Salah satu cara mempromosi laman ecommerce adalah melalui fotografi.
Gambar cantik akan mudah menarik perhatian pelanggan dan ia adalah kerja yang amat sukar untuk dilakukan.
Benda lagi payah, hasilnya mesti lebih padu.
Lebih-lebih lagi sekarang.
Dengan semua orang tertumpu kepada media sosial, tempoh tumpuan pengguna sudah berkurang kepada 8 saat sahaja.
Bermakna, anda hanya ada lapan saat untuk mendapatkan perhatian pelanggan.
Lapan saat yang mahal.
Lapan saat yang anda boleh grab melalui gambar lawa yang punyalah payah nak dibuat tu.
Berbaloi atau tak?
Rata-rata marketer akan bersetuju bahawa imej visual ini super penting bagi bisnes. Maka, berbaloi anda laburkan belanja dan masa untuk hasilkan gambar cun.
Tetapi, nama pun zaman teknologi kan?
Tentu ada cara nak mudahkan kerja yang satu ini. Haruslah ada, dan namanya ‘Photo Editing Apps’. Hahaha.
Sebelum kita pergi jauh, meh saya terangkan dahulu apa sebenarnya benda alah ni.
Photo Editing Apps adalah perisian atau aplikasi yang direka khusus untuk mengedit gambar menggunakan telefon pintar.
Untuk pemilik bisnes ecommerce, ini salah satu kegunaan telefon anda yang mahal dan ada banyak ruang data itu.
Hari ini, saya nak kongsi 10 aplikasi untuk edit gambar melalui iPhone dan Android.
1. Snapseed
Percuma di iOS dan Android.
Aplikasi ini sesuai untuk edit foto di telefon. Ia mempunyai filter tertentu untuk anda set gambar dari awal. Macam aplikasi lain, anda boleh edit filter ini dan buat semuanya sendiri dari awal.

Snapseed mempunyai tool klasik macam crop, frame, tambah teks, vignet dan macam-macam lagi. Oh ya, ada fungsi untuk buat gambar lebih sharp juga.
Satu hal menarik, Snapseed juga ada fungsi masking. Maknanya, anda boleh edit bahagian tertentu pada gambar dengan lebih terperinci.
Contoh, anda nak background blur dan mahu gambar objek depan lebih fokus. Boleh gunakan fungsi mask ini.
Lagi, anda juga boleh gunakan tool Selective Adjust. Dengan tool ini anda boleh pilih bahagian khusus pada foto dan buat pembaikan.
Sama ada anda nak tukar saturation, contrast ataupun brightness pada titik yang dipilih tadi.
Paling best, aplikasi ini akan simpan edit history yang anda dah buat.
Katalah anda tiba-tiba nak ubah lagi, anda tak payah nak mula semula dari awal. Hanya perlu pilih dan mula dari point yang nak diubah daripada edit history saja.
2. Prisma Photo Editor
Percuma di iOS dan Android.
Aplikasi yang paling sesuai jika anda nak tukarkan foto kepada lukisan. Ha, bila lagi anda nak ada lukisan gaya Picasso dalam telefon?
Menggunakan Artificial Intelligence (jangan tanya saya macam mana ia berfungsi), aplikasi ini membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang nampak macam lukisan Picasso ataupun Salvador Dali.

Cubalah, anda pasti terkejut campur seronok. Anda boleh juga bayar untuk akses filter tambahan tetapi set percuma yang tersedia pun sudah banyak.
Satu lagi, Prisma pun ada komuniti sosial macam Instagram. Nanti dah selesai edit gambar, anda boleh kongsikannya di feed Prisma, simpan ke telefon, kongsi di mana-mana media sosial atau hantar melalui emel dan mesej.
3. Adobe Photoshop Express
Percuma di iOS dan Android.
Adobe dan foto, cukup sinonim. Aplikasi ini sesuai untuk edit foto secara menyeluruh.

Seronoknya, ia mengambil banyak tool Photoshop yang best dan dimuatkan dalam satu aplikasi khusus untuk telefon pintar. Walaupun ada ciri-ciri canggih yang banyak, aplikasi percuma ini masih mudah digunakan pada skrin sentuh kecil macam telefon.
Anda hanya perlu muat naik gambar daripada memori telefon, atau ambil gambar baru guna kamera, atau gunakan imej tersedia dalam Akaun Adobe Creative Cloud dan mulakan sesi edit.
Semua tool yang anda perlu; crop, red-eye correction, brightness, contrast, saturation, filter, border, dan banyak lagi ada dalam aplikasi ni. Yang paling best adalah smart filter. Filter dah bijak, apa lagi yang anda mahu?
Senang banyak dah.
Apa smart filter ni buat?
Ia akan betulkan kalau ada isu-isu biasa macam color temperature atau exposure tak betul. Tapi ingat, app bijak pun tetap anda yang perlu kawal dan pilih nak yang macam mana.
Macam perisian dan aplikasi Adobe lain, anda kena daftar dulu untuk ID akaun Adobe. Lepas dah siap edit, anda boleh saja simpan di Cloud, telefon atau kongsi ke media sosial lain.
4. Foodie
Percuma di iOS dan Android.
Dengar namanya pun dah boleh agak untuk apa, kan? Ya, ini aplikasi khusus untuk ambil gambar makanan. Baik punya hasil. Tauke makanan sure suka ni.

Ada masanya kita susah betul nak cari sudut okey untuk ambil gambar makanan.
Apabila dah ambil dari atas, kadang-kadang senget. Lepas tu ada pula pantulan lampu pada pinggan. Kalau alas meja ada gambar, lagilah rasa tak okey.
Jangan risau, muat turun saja aplikasi ini dan lihat hasilnya. Foto makanan anda tentu akan lain daripada yang lain.
Fungsi suntingannya sama macam Instagram.
Yang berbeza, 30 filter dan features dalam app ni khas untuk makanan. Anda boleh edit gambar biar nampak elok macam pandangan dari atas, dengan warna yang betul-betul naik. Tentu makanan nampak super sedap.
Anda suka dan perlu ambil gambar makanan? Anda wajib ada app ni.
5. Photo Collage
Percuma di iOS dan Android.
Macam namanya, aplikasi ini sesuai untuk sediakan kolaj foto superb. Kalau nak ikutkan, ada banyak app yang boleh hasilkan kolaj ringkas tapi app ini ada lagi banyak kelebihan khusus untuk kolaj.

App ini dah siap ada ribuan layout. Anda tinggal cari dan pilih yang mana sesuai untuk digunakan.
Ada banyak stail dan latar berbeza yang menarik. Lagi, anda juga boleh tambah teks, tukar jenis font, warna dan saiz.
Oh ya, tool asas untuk edit gambar dah siap ada dalam app ini. Jadi, tak payahlah anda nak tukar-tukar antar app masa nak buat kolaj.
6. Instagram
Percuma di iOS dan Android.
Instagram adalah app yang sesuai untuk kongsi gambar online dan kumpul follower. Senang cakap, apabila ada gambar Instagram ialah tempat paling syok untuk anda kongsikannya.

Selepas Facebook dan YouTube, Instagram adalah media sosial ketiga terbesar di dunia. Sehingga Jun 2018 sahaja, app ini ada 1 bilion pengguna aktif sebulan. Bayangkan jumlahnya sekarang?
Aplikasi ini juga ada tool asas untuk edit gambar, termasuklah fungsi filter, efek, sticker dan overlay.
Selain gambar, aplikasi ini turut mempunyai tool lain yang anda boleh gunakan untuk tambah follower. Contohnya, anda boleh manfaatkan data daripada Insight Instagram bagi memahami cara audiens engage dengan post anda.
Anda juga boleh gunakan Instagram Stories dan Instagram Live untuk sesi yang lebih interaktif bersama follower.
7. Canva
Percuma di iOS dan Android.
Berlainan dengan app lain, Canva sesuai untuk gambar dan material melibatkan bisnes. Ia bukan untuk foto semata-mata.
Jika anda nak buat poster atau apa-apa gambar untuk page ecommerce dan bahan-bahan untuk kerja pemasaran, app ini sangat sesuai.

Macam mana nak buat? Anda ambil gambar, muat naik di Canva, edit dan mula tambahkan elemen lain yang perlu.
Anda boleh sediakan dalam format banner, poster, saiz untuk post Instagram, cover profil Facebook dan banyak lagi.
Nanti apabila pelanggan buka mana-mana media yang anda ada pun, mereka boleh lihat maklumat sama tetapi dalam bentuk berbeza.
8. SKRWT
$0.99 di iOS dan Android.
Aplikasi berbayar ini sesuai untuk betulkan perspektif gambar.
Bayangkan anda ada gambar yang perspektifnya sedikit lari atau herot. SKRWT boleh bantu betulkan.

SKRWT akan betulkan perspektif imej, supaya semuanya nampak selari ataupun tersusun dengan sempurna. Ia juga ada fungsi auto-crop dan pembetulan perspektif. Maknanya, anda tak payah suruh, ia dah betulkan siap-siap.
Jika anda mahu betulkan sendiri pun boleh. Anda boleh gunakan fungsi 4 Points Correction untuk edit secara manual.
Anda juga boleh gunakan app ini untuk betulkan lensa kamera smartfon yang terherot. Ini isu biasa kamera smartfon.
Atas sebab itu, SKRWT menggunakan tagline “Missing link in high-end smartphone photography.”
9. TouchRetouch
$1.99 di iOS dan Android.
Satu lagi aplikasi berbayar yang menarik. TouchRetouch ialah aplikasi yang paling best untuk singkirkan objek yang anda tak nak ada dalam gambar.
Bunyi macam kool, tapi apa yang app ni buat sebenarnya?

Pernah tak anda ambil gambar, tapi rasa nak buang ‘benda’ atau ‘objek’ yang rosakkan background lawa anda.
Punyalah penat anda cari sudut, elok nak snap ada pula orang lalu. Kalau tak pun, sebab dah tak ada sudut lain. Itu sahaja yang ada dan paling elok pun.
Di sinilah aplikasi TouchRetouch ini boleh bantu hilangkan masalah anda yang ini.
Contohnya, anda tak nak gambar tu anda nampak tong sampah, kabel elektrik, penanda arah atau orang yang lalu tadi.
Atau anda ada gambar selfie dan nampaklah segala kecacatan, jerawat, bintik hitam pada wajah anda. Orang photobomb pun anda boleh ‘buang’ kalau nak.
Tak susah pun nak guna app ni. Anda hanya perlu tap objek yang nak dibuang. Tapi kalau anda perlu bantuan, ada tutorial dah tersedia dalam app. Anda boleh rujuk dan maksimakan penggunaan features yang ada sebaik mungkin.
10. VSCO
Percuma di iOS dan Android.
Aplikasi ini adalah filter untuk gambar klasik. Seperti Instagram, VSCO menggabungkan kamera, tool edit dan komuniti online. Yang membezakannya ialah jenis filter.

App ini menyediakan set filter yang boleh buatkan gambar anda nampak macam diambil menggunakan kamera analog.
Klasik beb.
Filter yang lembut menambahkan sentuhan istimewa pada gambar berbanding tetapan Instagram yang filternya heavy.
Filter yang ada pun boleh disesuaikan, anda hanya perlu slide sahaja.
Dan pastilah app ini ada tool standard untuk edit gambar. Macam adjustment, crop, border dan vignet. Anda juga boleh guna fungsi saturation, contrast, temperature dan skin tone dalam app ini.
Dah siap edit, anda boleh kongsi gambar di komuniti VSCO atau media sosial lain.
Kesimpulan Apps Edit Gambar Cantik Di Smartphone Untuk Store E-commerce Anda
Banyak tak? Sebenarnya ada lagi dan tak dinafikan, ada banyak aplikasi di smartfon untuk edit gambar. Bahkan, ia mungkin bertambah setiap hari.
Bagi mendapatkan aplikasi terbaik untuk bisnes ecommerce anda, lihat semula matlamat dan sasaran yang anda mahu capai. Kemudian, uji beberapa aplikasi dan pilih yang terbaik untuk bisnes anda.
Untuk hasil terbaik, cukup anda pilih satu atau dua aplikasi sahaja. Mahirkan betul-betul dan maksimumkan penggunaannya untuk bisnes ecommerce anda.