Anda dah ada produk yang hebat dan web site yang menarik.
Sekarang, apa yang anda harus buat adalah fikirkan cara untuk tarik trafik ke store ecommerce anda supaya menghasilkan jualan.
Anda nak gunakan media sosial atau cara old-school?
Teruskan membaca.
Artikel ini akan bantu anda faham apakah jalan terbaik untuk tarik trafik ke store e-commerce anda.
Apa Itu Website Traffic?
Website Traffic adalah aliran pelawat yang masuk ke store e-commerce étau website anda.
Anda boleh tengok jumlah trafik melalui bahagian Analytics dalam store Shopify anda.
Analisis akan menunjukkan berapa banyak view biasa dan view unik bersama data terperinci.

Semakin banyak trafik web yang anda dapat, semakin besar peluang anda untuk mendekati bakal pelanggan.
Tapi jangan terlalu berharap, tak semestinya setiap pengguna yang datang ke kedai online anda itu bertukar status kepada pelanggan.
Apa pun, seterusnya saya akan kongsikan 15 cara power untuk tarik trafik ke store e-commerce anda.
Optimumkan Carian Store E-commerce Anda
Buat permulaan, cari kata kunci yang mewakili niche asas blog atau kedai online anda.
Sebaiknya anda fokus kepada satu atau dua kata kunci saja untuk sesebuah laman web.
Gunakan SEO Tool seperti Keyword Everywhere (berbayar) atau Uber Suggest (percuma) bagi mendapatkan kata kunci berkaitan.


Pada mulanya, fokus pada kata kunci yang mempunyai jumlah carian di bawah 10,000 sebulan.
Selepas beberapa bulan dan anda pun sudah ada konten blog, atau optimumkan halaman produk, anda boleh mula target kata keyword yang jumlah cariannya lebih tinggi.
Pastikan anda memilih keyword asas yang kuat bagi mendapatkan trafik store e-commerce anda dan pastikan anda memanfaatkan penggunaan blog.
Kenapa saya pesan begini?
Bukan saja-saja, apatah lagi nak suka-suka buat anda buat kerja lebih.
Sebab ia akan beri impak terbesar dalam menentukan aliran trafik organik ke store e-commerce anda nanti.
Eksperimen Dengan Konten Terkini
Konten berkualiti akan bantu menaikkan jumlah trafik ke store e-commerce anda.
Ya, anda perlu hapuskan konten lama yang isinya dah basi dan masukkan konten baru yang lebih relevan.
Cara paling mudah untuk memastikan kesegaran konten, anda boleh manfaatkan aplikasi review produk seperti Loox (untuk Shopify)

Aplikasi ini membolehkan pelanggan meninggalkan ulasan di halaman produk anda, dan ia menunjukkan kepada Google bahawa terdapat aktiviti rutin yang berlangsung.
Ia juga bantu anda untuk import review produk anda dari AliExpress jika anda masih belum ada customer review.
Selain itu, anda hendaklah peka pada maklum balas pelanggan dan publish semula untuk dimuatkan dalam product page e-commerce anda.
Update Konten Baru Setiap Hari
Salah satu faktor yang mempengaruhi ranking Google adalah sejauh mana in trend dan segarnya sesuatu konten itu.
Jadi kenapa tak anda ambil peluang ini dengan update page sekerap mungkin?
Sebolehnya anda update setiap hari. Jika anda rasa seminggu sekali sudah banyak, buatlah begitu.

Ia bukan saja satu tindakan yang bagus untuk SEO. Tapi, ia juga memberi sebab yang kukuh buat pengguna untuk terus kembali ke page ecommerce anda.
Mereka tahu dan tertunggu-tunggu konten baru yang akan buatkan masa mereka terisi.
Sediakan Konten Eksklusif di Page Anda
Mula bina sebuah blog, anjurkan kursus percuma, bangunkan presentation slideshare dan terbitkan apa saja konten yang berkaitan dalam store e-commerce anda.
Apa yang penting, anda mesti konsisten.

Patuhi jadual penerbitan konten dan beri peluang untuk mereka subscribe.
Jadi mereka ada tujuan baru untuk bergelar pengunjung setia, tambah ilmu pengetahuan.
Buat Kuiz Yang Ada Fungsi Sharing
Bermain kuiz pasti seronok, kan?
Ada senarai soalan yang menarik, pilihan jawapan yang buatkan anda tersenyum seorang diri serta paparan visual yang warna-warni, dan klik punya klik… rupanya dah satu jam anda bersoal jawab depan skrin!
Kuiz adalah satu gaya pemasaran yang sangat efektif.

Anda bukan saja dapat alamat emel peserta, tapi juga data tentang pengguna menerusi jawapan yang dipilih.
Okey, berbalik pada sasaran utama: trafik web.
Apa kaitannya dengan kuiz?
Sebaik pengguna tamat jawab kuiz, mereka akan terima keputusan atau kesimpulan yang boleh dikongsikan.
Mereka akan share result itu di media sosial, lalu kenalan mereka juga boleh klik link yang tertera dan turut bermain kuiz.
Gunakan taktik ini untuk meraih lebih banyak trafik dan tambahkan senarai emel secara serentak.
Membuat Podcast
Podcast memiliki audien yang sangat besar.
Di Malaysia, podcast Ais Kacang adalah antara yang popular. Dan sekarang, semakin banyak podcast yang ditambah setiap hari.

Apa kata anda buat podcast untuk menyokong bisnes online anda. Dapat tambah aliran trafik ke store e-commerce anda juga.
Beberapa faedah apabila anda mempunyai podcast:
- Branding: Pengguna mungkin kenal anda menerusi podcast, dan kemudiannya melawat store e-commerce anda untuk belajar lebih banyak.
- Meningkatkan trust: Berikan nilai tambah kepada pelanggan melalui konten podcast. Anda juga boleh gabungkan komponen interaktif bagi mewujudkan brand trust dalam fıkran mereka.
- Search Engine Optimization: Jika anda transkrip podcast, postkan teks itu di blog anda. Ia akan memberikan anda banyak peluang untuk optimakan carian.
Buat Contest
Siapa yang tak sukakan hadiah?
Jadikan contest sebagai satu strategi berterusan untuk bisnes anda, pengguna pasti tertarik berkunjung ke store e-commerce anda setiap masa.
Pemasaran dari mulut ke mulut (word of mouth) turut berlaku dengan pantas.

Apabila pengguna menyertai contest, anda mempunyai peluang membuka pintu marketing dan advertising kepada mereka.
Tambah menarik, anda juga akan dapat data spesifik tentang kegemaran dan kehendak mereka.
Jadi anda boleh mencipta gerak kerja bisnes berpandukan respon yang diberikan.
Pemasaran YouTube
Tingkatkan trafik dari akaun YouTube anda dengan membuat pengiklanan YouTube.
Masukkan link di bahagian keterangan dan pastikan YouTubers lain dapat kongsi link anda dalam video mereka.
Seperti konten blog, anda juga perlu rakam dan buat video baru secara konsisten.
Satu video baru setiap minggu, pasti akan buat followers tertunggu-tunggu update.

Pada masa yang sama, ia mampu menambahkan trafik ke store e-commerce anda.
Jika anda belum ada audien, anda boleh meminta khidmat YouTubers berpengalaman untuk jadi affliate atau bayar saja upah.
Teknik ini berkesan buat sementara, tapi ia tetap satu idea bagus yang harus diaplikasikan bagi menjimatkan kos.
Pemasaran Instagram
Seiring teknologi terkini, Instagram menjadi medium pemasaran yang semakin hebat untuk para peniaga online.
Aplikasi ini ada ciri mesra bisnes serta ada tahap capaian audien yang luas.
Apa yang hebat sangat ya? Jom kita sama-sama belajar.
Aliran trafik dapat ditingkatkan dengan link di ruang biodata anda.
Jika anda ada affiliates, masukkan juga link rujukan untuk ke akaun Instagram mereka.
Atau, anda juga boleh mendekati influencer yang dipanggil Instafamous dan ada ratusan ribu pengikut.

Minta mereka kongsikan link bisnes anda dalam biodata mereka. Ya, semestinya ia dikongsi pada harga tertentu.
Oh, jangan diabaikan fungsi Instagram Stories, post dan gambar.
Teruskan sharing dan sertakan link ke store e-commerce anda pada bila-bila masa.
Atau anda boleh manfaatkan aplikasi percuma seperti Showcase untuk mencipta Galeri Instagram.
Jadi, apabila anda letak link itu di bahagian biodata, ia akan bawa followers Instagram ke galeri dalam store e-commerce anda.
Butang Kongsi
Muatkan butang kongsi di setiap halaman seperti blog, halaman produk dan gambar serta konten yang lain.
Butang perkongsian sosial ini mudahkan pengguna untuk terbitkan semula konten anda bersama link.
Ia membantu menaikkan brand image anda dan jumlah aliran trafik.
Bakal pelanggan anda yang nampak link, boleh klik dan terus sampai di store e-commerce anda.
Pemasaran Emel
Jika anda fikir pemasaran emel dah ketinggalan zaman, anda silap.
Sebenarnya, selagi para pelanggan kekal subscribed, laluan trafik ke store e-commerce anda akan berterusan tanpa henti.
Dibandingkan dengan media sosial yang sering hadkan capaian posting anda, pemasaranemel adalah satu-satunya senjata yang anda miliki untuk kuasai audien sepenuhnya.
Membina senarai emel pelanggan berpotensi boleh ambil masa sangat panjang, jadi penting untuk anda mulakannya sekarang.
Maksimakan Pemasaran Twitter
Walaupun Twitter sering tercemar dengan auto spam, anda masih boleh jadikannya sebagai sumber trafik.
Medium Twitter adalah platform terbaik untuk bereksperimen.
Anda langsung tak perlu bimbang tentang capaian yang terhad.
Dengan bantuan hashtag yang relevan, anda mampu mencapai jumlah audiens yang jauh lebih besar dari followers sedia ada.

Salah satu teknik yang boleh digunakan untuk meraih trafik dari Twitter ialah sharing, klik pautan retweet dengan orang yang disebutkan (mentioned) dalam artikel.
Ia membolehkan tweet asal anda dilihat umum, lebih-lebih lagi apabila ada hashtag popular digunakan.
Kedudukan Tweet anda akan meningkat di laman feeds.
Kesimpulannya, semakin ramai pengguna baca tweet, dan anda akan data bonus klik ke page ecommerce anda.
Ada Apa Dengan Pinterest?
Salah satu sumber trafik adalah Pinterest. Bagaimana caranya?
Tampal gambar produk anda atau konten blog beberapa kali dalam seminggu untuk pengguna Pinterest.
Ada masanya, trafik dari Pinterest ini dapat mengalahkan media kuasa besar seperti Facebook.

Cukuplah satu pin-post jadi viral. Anda akan raih trafik yang mencurah-curah umpama hujan lebat turun ke store e-commerce anda.
Jika anda berkongsi catatan blog, anda boleh post semua imej di antara setiap catatan.
Cara ini membuatkan pelbagai peluang terbuka luas.
Salah satu gambar itu mungkin lebih menonjol dan ia mencetus aliran trafik yang berpanjangan.
Demi menaikkan trafik, anda boleh cuba aplikasi Pinoculars yang berperanan memilih pengunjung sasaran dalam Pinterest.
Cuba Pemasaran Influencer
Ada pelbagai cara menggunakan pengaruh influencer:
- Bayar influencer untuk hebahkan brand dan produk anda di media sosial, termasuklah berkongsi pautan.
- Minta influencer introduce brand anda di dalam emel newsletter mereka.
- Bina hubungan baik dengan Blogger berpengaruh, supaya mereka boleh bercerita tentang brand anda di blog mereka.
- Hantar ‘Free Product kepada influencer dan ajak mereka berikan review jujur mengenai produk anda di channel mereka.
- Sebutkan nama influencer dalam konten dan kongsikan pautan bersama mereka seperti, “Hai, saya tulis tentang anda di page saya!” — ramai orang suka promosi percuma dan mungkin mereka akan viralkan pada followers mereka pula.

Semuanya menarik dan berpotensi besar, tak rugi anda mencuba kan?
Guna Facebook Group
Komuniti online semakin berkembang, ramai peniaga merebut peluang memperkenalkan bisnes dan jenama mereka, termasuklah melalui Facebook Group.
Untungnya medium dan ruang percuma ini boleh dimanfaatkan sebaiknya.
Anda hanya perlu cari kumpulan yang berkaitan dengan niche, perhatikan perbincangan di antara peniaga dan apa salahnya anda turut serta beri nilai tambah.

Sama seperti konsep forum, paling penting menjaga tertib.
Jangan buat onar dengan mempromosi secara berlebihan.
Relationship yang sihat diutamakan, manakala aliran trafik patut jadi isy kedua.
Kesimpulan Tentang Cara Tarik Trafik ke Store E-commerce Anda
Baiklah, sekarang anda sedia maklum ada banyak cara untuk mengalirkan trafik ke store e-commerce anda.
Untuk test kaedah mana yang paling berkesan, ia bergantung pada prestasi brand dan respon pelanggan anda.
Belum cuba belum tahu, kan?
Segalanya akan menjadi lebih baik selepas anda mempunyai pengalaman.
Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini mampu membantu anda.