fbpx

5 Bisnes Online Yang Anda Boleh Mulakan Pada Musim Ekonomi Gawat Era Covid-19

by Apr 19, 2020Mula Bisnes0 comments

Masa sekarang adalah sukar untuk semua orang. Ekonomi dunia sedang sakit dan kemunculan pandemik Covid-19 memburukkan lagi keadaan.

Semakin banyak syarikat kecil dan sederhana (PKS) terjejas, tidak mampu bertahan sehingga dijangka semakin ramai yang akan hilang pekerjaan bermula Mei 2020.

Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila orang mula mencari cara untuk mencipta sumber pendapatan baru bagi meningkatkan keselamatan kewangan masing-masing.

Namun apabila semakin banyak bisnes ditutup, tentulah sukar juga untuk mencari ruang menjadi part-timer.

Ditambah pula dengan segala halangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan risiko dijangkiti wabak semakin menyukarkan untuk kita keluar bekerja.

Dengan statistik melebihi 2.2 juta kes jangkitan dan 150 ribu kematian di seluruh dunia setakat 17 April 2020, siapa yang mahu keluar?

Dalam semua kekusutan ini, ada satu peluang yang terbuka iaitu memulakan bisnes online. Saya kongsikan lima bisnes yang anda boleh mulakan secara online menggunakan apa yang ada, tanpa perlu keluar modal besar semasa musim pandemik ini.

Dropship E-commerce

Nama pun dropship kartel, haruslah ia jadi pilihan pertama. Bukan nak angkat bakul ya, bisnes ecommerce memang sedang berkembang.

Ahli strategi bisnes, Prof Shelley E. Kohan menulis di Forbes bahawa ketakutan terhadap virus yang sedang melanda dunia ini akan melonjakkan jualan ecommerce pada 2020 dan seterusnya.

Disebabkan perintah kawalan dan lockdown sedang berlaku di banyak negara, kenaikan permintaan secara mendadak bagi pelbagai barangan keperluan home office dan penjagaan kesihatan di rumah.

Manakala produk berkaitan travel dan pakaian pula menerima kesan penurunan yang sangat pantas.

Produk seperti sarung tangan pakai buang, ubat batuk, makanan dalam tin, beras dan makanan kering, peralatan mencuci dan vitamin adalah antara produk yang jualannya semakin meningkat sejak wabak ini meletus.

Kenapa anda kena tahu maklumat-maklumat ini?

Sebabnya mudah, supaya anda boleh mulakan kedai online dan menjual produk yang sedang trend ini.

Masa inilah nak buat dropship. Anda buat jualan secara online tetapi pengeluar yang simpan stok, pakejkan dan pos kepada pelanggan untuk anda.

Jika anda sedang mencari cara cepat untuk dapat duit, model bisnes dropship ialah cara paling mudah dan cepat untuk anda mulakan jualan secara online.

Anda tak tahu cara nak bina web ecommerce sendiri?

Tak ada masalah, tak payah susah hati pasal tu. Boleh guna Shopify sahaja. Anda boleh ikuti cara-caranya di sini.

Sangat mudah, tak sampai 1 jam dah boleh siap satu web ecommerce yang profesional dan berfungsi.

Tak payah coding pun. Paling best, service fee pun percuma 90 hari dan tak perlu kad kredit.

Selepas setup, anda boleh mulakan buat pemasaran. Boleh gunakan platform media sosial, affiliate atau pempengaruh (influencer).

Belajar cara step by step mula bisnes dropship e-commerce ala Dropship Kartel disini.

Bisnes Print on Demand (POD)

Satu lagi keperluan penting yang semakin dicari-cari ialah Print on Demand. Bukan buat servis cetak kerja sekolah tu (walaupun yang ini boleh tahan permintaannya).

POD ni lebih kurang macam dropship juga.

Anda hanya bayar produk yang dah dijual dan pembekal akan uruskan selebihnya (simpan stok, pakejkan dan hantar).

Bezanya pada satu hal sahaja iaitu anda boleh customize label produk dengan design anda sendiri.

Jom tengok macam mana POD ni berfungsi.

Pertama, anda setup produk di kedai online (baju-T, buku nota, beg) gunakan design ori anda sendiri. Pada masa yang sama, pengeluar dah ada produk umum yang tersedia.

Apabila anda dapat order, pengeluar akan cetak design anda pada produk dan hantar kepada pelanggan. Logo anda pun akan dicetak pada pakej, macam anda yang buat semuanya sendiri.

Amacam, menarik tak?

Trend untuk POD ni nampak macam perlahan, tapi sebenarnya ia menunjukkan peningkatan permintaan dan pencarian dalam tempoh 5 tahun terakhir.

Seperti dropship, anda tak perlu keluar modal (jika ada pun, minimum sahaja) untuk bermula.

Jadi, sekiranya anda nak buat duit dengan cepat dan anda ada kemahiran buat design sendiri, POD adalah pilihan yang baik untuk dipertimbangkan.

Produk apa yang sesuai untuk bisnes POD?

Banyak, antaranya pakaian, topi, barang perhiasan, aksesori HP, sticker, perkakas dapur, perkakas rumah, alat tulis, bingkai gambar dinding.

Dan sekali lagi, anda kena semak produk mana yang dalam kategori trending sebelum pilih mahu fokus yang mana.

Dengan cara yang sama macam dropship, anda boleh buka kedai online di Shopify dan guna apps POD seperti Printful, yayprint dan snaptee.

Untuk pasarkan, boleh gunakan medium yang sama macam anda buat pemasaran dropship.

Tutor dan Mengajar

Keperluan tutor online semakin meningkat di seluruh dunia. Covid-19 telah memaksa lebih 1.7 billion pelajar meninggalkan sekolah dan kelas. Sebab itu, belajar secara online menjadi pilihan dan keperluan baru.

Platform kelas online juga menunjukkan peningkatan penggunaan sebanyak 50% sejak virus ini tercetus.

Apabila berjuta-juta orang terpaksa duduk di rumah, industri penjagaan kesihatan dan kesejahteraan di rumah seperti apps meditasi, kelas fitness digital, kelas memasak online tumbuh dengan banyak.

– The Economist

Selain itu, disebabkan semakin ramai yang hilang pekerjaan dan ekonomi mula gawat, orang akan mencari alternatif untuk menambah kemahiran dan kelayakan melalui kursus-kursus online.

Buat kelas online, bunyinya menarik kan? Tapi, nak ajar subjek apa?

Ada macam-macam topik yang anda boleh pilih seperti muzik, matematik, bahasa (Melayu, Inggeris, Mandarin), yoga, nutrisi dan diet, memasak, renovasi rumah, perakaunan, bisnes, pemasaran, penulisan, dan macam-macam lagilah.

Macam mana nak mulakan kelas online?

Penting untuk anda tahu, nak mengajar ni anda tak perlu jadi pakar nombor satu dalam satu-satu bidang sebelum anda boleh mengajar orang lain.

Jika anda ada kemahiran dan sudah melakukannya bertahun-tahun, anda boleh saja ajarkan kelas asas kepada yang baru nak bermula.

Dah pilih topik, anda kena fikir pula sama ada nak ajar melalui panggilan video atau mulakan kursus online. Jika anda mencari platform, boleh mendaftar di salah satu platform berikut:

Sertai Ekonomi Gig

Ekonomi gig telah tumbuh secara luar biasa sebanyak 15% sejak 2010 dan ia tempat yang baik untuk anda bermula.

Google Trends juga menunjukkan bagaimana Covid-19 memberi kesan kepada peningkatan pencarian ekonomi gig, baik di US mahupun Malaysia.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ekonomi gig ini?

Senang cakap, gig atau side-gig ialah kerja-kerja kecil atau tugasan yang dibayar.

Secara umumnya apa-apa pekerjaan kasual yang mendatangkan duit tu kita boleh panggil gig.

Namun pandemik ini telah mengubah banyak hal. Kerja-kerja gig yang popular seperti pemandu Grab, rider dan runner dan personal shopper terjejas dan menjadi pekerjaan yang berbahaya pada masa pandemik ini.

Menjadi penghantar pakej pun berisiko lebih-lebih lagi selepas diketahui virus Covid-19 boleh bertahan pada permukaan kadbod sehingga 24 jam dan sehingga 3 hari di atas plastik dan besi.

Namun, peluang buat duit tetap ada. Anda boleh intai-intai ruang berikut:

  • Edit podcast, muzik dan video
  • Transkrip video YouTube dan masukkan sari kata
  • Data entry
  • Penulisan blog
  • Bookkeeping untuk bisnes kecil
  • Pembantu virtual

Bagaimana nak mulakan side gig ni?

Ada pelbagai platform online yang membenarkan anda membina profil dan cari kerja-kerja berbayar.

Antaranya ialah Fiverr, Upwork, People Per Hour, Pro Translating dan TaskRabbit.

Menjadi Freelancer (Pekerja Bebas)

Freelancer ialah individu bekerja sendiri yang menyediakan servis kepada beberapa klien.

Golongan ini menjana pendapatan melalui setiap tugas yang dibuat untuk klien, sama ada caj dikenakan mengikut projek atau dibayar mengikut jam bekerja.

Umumnya para freelancer menggunakan kemahiran yang dilakukan dalam pekerjaan yang sedang dilakukan sekarang dan menawarkan servis yang sama kepada klien lain.

Ia cara paling cepat kerana mereka sudah mahir melakukan kerja-kerja berkenaan.

Sekarang, freelancing juga semakin popular dan kajian oleh Freelancers Union terhadap data site Upwork mendapati seramai 4 juta freelancer dari US yang telah mendaftar di platform berkenaan dari tahun 2014-2019.

Saya bukannya nak kongsi data pasal US tu, tetapi saya suka nak kongsi dapatan mereka yang ini,

“Kerja secara bebas memberikan peluang kepada orang-orang yagng tidak boleh bekerja di pejabat. Sebanyak 46% pekerja bebas bersetuju yang kerja freelance memberikan mereka flexibility yang diperlukan sebab mereka tidak mampu untuk bekerja di bawah majikan tradisional dan masuk pejabat atas isu-isu peribadi.”

Serangan Covid-19 yang menyakitkan ekonomi dunia membenarkan penyataan ini.

Para pekerja bebas mula berasa keadaan kewangan mereka jauh lebih selamat berbanding rakan lain yang kerja makan gaji.

Dan daripada kajian mereka, didapati 7 daripada 10 orang freelancer akan meneruskan kerja mereka sekarang.

Lebih-lebih lagi apabila semakin banyak bisnes yang mencari remote worker. Google Trends pun menunjukkan kenaikan yang mencanak-canak.

Berbanding gig yang fokusnya lebih kepada kerja-kerja kasual, freelancer adalah golongan profesional yang menawarkan servis menggunakan kemahiran mereka.

Antaranya ialah:

  • Programmer
  • Grafik design
  • IT
  • pemasaran
  • penulisan
  • konsultan bisnes
  • servis guaman
  • servis kewangan

Macam mana nak jadi freelancer?

Ada TIGA jalan yang anda boleh pilih untuk jadi freelancer.

Pertama, gunakan marketplace atau pasar khusus untuk buka tawaran sebagai freelancer seperti Fiverr, Upwork dan Freelancer.

Di sini, anda boleh setup profil online dan berhubung dengan klien yang memerlukan servis.

Namun, penyedia platform akan mengambil sedikit peratusan daripada pendapatan anda.

Kedua, anda boleh cari kerja-kerja yang disenaraikan di job boards seperti Remote.com, Monster, Angel List, Flex Jobs, Problogger, Dribble Jobs, Media Bistro dan Freelance Writing. Nak tulis untuk Dropship Kartel pun boleh.

Cara ketiga ialah anda bina laman web sendiri dan pasarkan kepada klien berpotensi melalui kaedah SEO atau pemasaran LinkedIn.

Cara ini biasanya akan ambil masa yang lebih lama sebelum anda dapat klien.

Kesimpulan Bisnes Online Yang Anda Boleh Mulakan Pada Musim Ekonomi Gawat Era Covid-19

Ringkasnya, jika anda cari cara untuk buat duit dengan cepat, ada bisnes yang boleh dijalankan secara selamat dari rumah.

Saya ringkaskan lima bisnes online yang anda boleh mulakan secara percuma (atau modal minimum) semasa PKP ini:

  • Mula menjadi dropshipper
  • Lancarkan bisnes Print on Demand di Shopify
  • Mengajar secara online di platform seperti Tutor Me, Udemy dan Cambly.
  • Sertai ekonomi gig di platform seperti Upwork, People per Hour dan TaskRabbit.
  • Menjadi freelancer dan gunakan platform seperti Remote.com, Monster dan Problogger.

Anda tahu cara lain untuk buat duit yang saya tak sebutkan di atas semasa PKP ni?

Mari kongsikan di ruang komen.