fbpx

Apa itu Pemasaran Email Dan Kenapa Pemasaran Email penting Untuk Bisnes eCommerce anda?

by Jun 11, 2020Pemasaran Digital & Jualan0 comments

Kalau anda dah berkecimpung dalam bidang marketing dan masih belum menggunakan pemasaran email, anda boleh mula explore kaedah pemasaran ini kerana pemasaran email boleh dikatakan seperti pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Ia-nya satu jenis pemasaran yang evergreen walaupun macam-macam kaedah pemasaran yang lebih moden seperti Facebook Ads, Google Ads & Tik Tok Ads ada sekarang ini.

Kalau anda senua perasan, pemasaran email ni digunakan oleh semua industri termasuk industri kecil, sederhana mahupun besar.

Contohnya anda boleh lihat jenama seperti Oxwhite, Adidas, SifuFbads sangat aktif menggunakan pemasaran email.

Jom kita lihat apa itu pemasaran email dan kenapa saya sangat tekankan kepentingannya.

Apa itu pemasaran Email?

Pemasaran Email ialah satu bentuk pemasaran yang sangat lama bertapak di Internet.

Secara asasnya email ialah menghantar surat dalam versi digital. Bayangkan kita menulis surat seperti dulu-dulu dan menghantar kepada penerima, email ialah surat versi digital. 

Manakala pemasaran email pula ialah merancang pemasaran dengan menggunakan platform email.

Sebenarnya, pemasaran email ini adalah satu platform pemasaran yang terbaik dan evergreen oleh kerana kosnya yg rendah, tak bergantung kepada 3rd party dan content yang boleh di-tulis dengan sangat spesifik bergantung kepada distribution list kita. 

Dalam dunia serba moden kini, saya jamin hampir semua ada email persendirian. Ye lah, semua benda sekarang ni perlukan email termasuklah bil-bil online dan kalau nak shopping pun mesti kena key-in email.

Tapi, anda tahu tak macam mana email ni berfungsi?

Bagaimana pemasaran email berfungsi?

Ok, kalau sebagai platform pemasaran, pemasaran email berfungsi untuk memberikan mesej, offer atau sebarang bentuk komunikasi daripada penjual kepada pembeli atau prospek. Ini adalah untuk meningkatkan kadar kesetiaan serta dalam masa yang sama memberikan value kepada mereka. 

Dalam pemasaran email ada banyak proses. Fasa pertama ialah menyediakan list subscription yang sesuai dengan segmen pelanggan.

Contoh, kalau anda adalah subscriber baru, anda akan masuk ke dalam email list “New subscriber”, jika anda pembeli, anda termasuk dalam list “New Buyer”, jika anda ialah pembeli berulang, anda akan termasuk dalam list “repeat buyer” dan seterusnya. Setiap kategori akan dipisahkan mengikut list masing-masing.

Selepas sudah fasa segmentasi kepada list subscription yang sesuai, susunan strategi perlu dibuat untuk engage dengan list-list tersebut.

Antara contoh strategi seperti adalah dengan memberi kod diskaun mula, informasi berkenaan produk, bertanya pendapat, buat poll dan sebagainya.

Jangan lupa letakkan CTA (Call to action) yang sesuai untuk setiap email supaya mudah penerima anda melakukan tindakan seterusnya selepas menerima email tersebut. 

Fuh, secara asasnya, begitulah cara & strategi pemasaran email. Nampak macam susah kan? Jangan risau, ianya berbaloi.

Baca Juga : 10 Tips Convert Trafik Jadi Subscriber Setia Store E-Commerce Anda

Kenapa pemasaran email sangat penting?

Anda pasti tertanya-tanya kenapa pemasaran email selalu ditekankan di dalam mana-mana plan pemasaran digital di era serba canggih ini.

Jika anda merasakan pemasaran email sudah tidak relevan, data menunjukkan pemasaran email memberikan ROI sehingga $32 dengan $1 yang di laburkan. 

Ya! tiada kaedah pemasaran digital lain yang dapat melawan ROI pemasaran email ini. Lihat graf di bawah untuk info lanjut;

https://www.oberlo.com/blog/what-is-email-marketing

Ini baru satu statistik berkenan ROI pemasaran email. Ada lagi satu sumber mengatakan setiap $1 menghasilkan $40 ROI. Wow!

https://www.lyfemarketing.com/blog/importance-email-marketing/

Metrik penting di dalam pemasaran Email

So, apakah metrik (indicator) yang kita nak tengok dalam pemasaran email ni?

Sebelum memulakan pemasaran email, kita perlu ambil tahu apakah metrik-metrik yang patut dilihat supaya kita dapat menyusun strategi pemasaran email kita yang lebih berkesan.

Open Rate : Bilangan orang yang membuka email anda berbanding email yang dihantar keluar. 

Click-Through-Rate (CTR): Bilangan orang yang klik sesuatu di dalam email anda berbanding yang tidak klik (untuk yang membuka email)

Conversion Rate : Kadar konversi orang yang membeli produk dari kedai anda setelah klik dari dalam email anda.

Bounce Rate : Kadar orang yang terus keluar dari email anda tanpa klik apa sahaja di dalamnya. 

Subscribe Rate : Kadar peratusan (meningkat/berkurang) jumlah subscriber yang di masukkan ke dalam list pemasaran email dalam sesuatu masa. 

Unsubscribe Rate : Kadar peratusan jumlah orang yang unsubscribe dari list atau kempen yang spesifik dalam satu tempoh masa. 

Jika anda dapat memahami metrik-metrik ini, kempen pemasaran email anda akan menjadi sangat padu sebab anda boleh ubah suai kelemahan kempen itu seterusnya meningkatkan jualan bisnes anda.

Kelebihan pemasaran Email

Di sini saya list kan apa kelebihan-kelebihan pemasaran email ni.

ROI yang bagus.

Seperti data yang di tunjukkan di atas, kadar ROI untuk pemasaran email adalah sangat tinggi jika anda menggunakan strategi yang tepat untuk setiap kempen anda. Anda juga boleh menambah baik ROI dengan melihat dan mengkaji kadar ROI dan strategi yang digunakan untuk kempen-kempen sebelumnya.

Boleh diukur

Dengan menggunakan tools seperti Google Analytics, anda boleh track kempen pemasaran email anda yang memberikan hasil conversion yang baik di website. Ianya seperti pixel di Facebook, anda boleh melihat sejauh mana CTR (Click through rate) dengan menggunakan tools seperti ini.

Kebolehan untuk automasi

Pemasaran email boleh di-automasi kan. Anda boleh membuat satu strategi auto untuk setiap kempen. Contohnya, kepada setiap prospek yang subscribe email list, anda boleh menghantar 1 email permulaan dengan memberi kod diskaun.

Jika prospek tidak membeli, selepas 2 hari anda boleh menghantar email peringatan dengan diskaun kod berbeza.

Ini semua boleh dilakukan secara automatik tanpa perlu kita membuat secara manual. Ohsem bukan?

Kesimpulan kelebihan pemasaran Email untuk bisnes Ecommerce

Jika anda lihat secara menyeluruh, pemasaran email ialah satu bentuk pemasaran yang kompleks dan memerlukan strategi yang bagus untuk mencapai ROI yang baik.

Walaupun begitu, statistik menunjukkan bahawa pemasaran email telah outperformed semua kaedah pemasaran yang lain sehingga hari ini.

Jika anda sudah berada di dalam bidang e-commerce, saya sarankan anda mula kaji strategi dalam pemasaran email kerana ia-nya sangat berbaloi.

Baca Juga : Dalam Diam, Orang Kita Jana Pendapatan Dari Bisnes Dropship E-Commerce.