fbpx

5 Langkah Bina Blog Untuk Besarkan Bisnes E-commerce Anda.

by Apr 14, 2020Pemasaran Digital & Jualan0 comments

Blogging adalah alat yang efektif bagi peniaga ecommerce.

Manfaat blogging bukanlah hanya dari segi SEO, malah tak terjangkau. Blog mempunyai kuasa untuk memupuk dan membentuk respon pelanggan anda.

Jika anda merancang dengan baik, ia akan mengalirkan lebih banyak trafik dan jualan. Dan, itulah sasaran semua orang di penghujung hari.

Apa pun, jom kita tinjau cara memulakan blog untuk promosikan bisnes anda.

Blogging untuk Mereka Yang Baru Bermula

Blogging boleh memberikan ribuan faedah untuk kedai online:

1. Bagus untuk SEO: Lebih banyak konten yang relevan dengan keyword, maknanya lebih cerah peluang masuk ke dalam ranking dan meraih backlinks.

2. Memupuk perhubungan pelanggan: Anda boleh tambah bahagian pengalaman pelanggan, sediakan nilai tambah yang dapat membantu mereka buat pembelian terbaik.

3. Membina penjenamaan: Jika konten anda bernilai untuk dikongsikan, pengguna akan menempatkan jenama anda di dalam rangkaian mereka.

4. Mengumpan pelanggan: Tak semua pelawat website bersedia atau berminat untuk membeli. Berikan mereka konten yang padu, berterusan bina kepercayaan dan secara tak sedar mereka dengan sendirinya memilih untuk jadi pelanggan.

5. Sokong inisiatif pemasaran yang lain: Selagi anda mengembangkan usaha pemasaran, konten memainkan peranan penting, terutamanya untuk media sosial dan pemasaran melalui emel.

6. Menjana pendapatan pasif: Apabila trafik blog tinggi, anda boleh manfaatkannya untuk menjadi saluran menambah pendapatan.

Baiklah, jika anda baru mula mencipta blog, perkara paling utama adalah menentukan sasaran.

Apa yang anda inginkan menerusi blog anda?

Artikel ini akan menjelaskan keseluruhan strategi ketika blogging dan memastikan setiap usaha dibuat demi kemajuan bisnes anda.

Sambil anda fikir, saya kongsikan dulu langkah untuk membangunkan blog.

Langkah-Langkah Mencipta Blog

1. Pilih platform untuk blog anda
2. Gunakan reka letak yang betul dan menarik
3. Tahu konten yang mahu dikongsi
4. Mencipta konten
5. Terbitkan dan sebarkan konten

1. Pilih Platform untuk Blog Anda

Jika anda sudah memiliki kedai online, cara termudah untuk mulakan blog adalah gunakan platform yang dah tersedia fungsi ini.

Paling mudah jika anda guna Shopify untuk run store e-commerce. Sebab fungsi ini dah tersedia. Tinggal ON je.

Ia juga merupakan salah satu cara menjimatkan kos, sebab dah ada blog percuma.

Tapi jika anda tiada website atau kedai online, anda perlu cari alternatif lain.

Beberapa platform yang biasa digunakan para usahawan tentang bagaimana nak buat blog termasuklah:
– WordPress
– Blogger
– Tumblr
– Linkedin

Setiap platform ada cara sendiri. Ada yang sekadar perlu daftar akaun dan boleh terus bermula. Ada juga yang perlukan anda mengisi senarai soalan dan melihat tahap kesesuaian.

2. Gunakan Struktur & Design yang Betul dan Menarik

Setiap platform ada menyediakan design lengkap dan flexible dari segi warna latar, susun atur, jenis tulisan dan sebagainya. Namun, anda juga boleh buat ikut kreativiti sendiri, pilih dan gabungkan apa saja elemen yang anda suka.

Semasa membuat reka letak blog, pastikan ia sepadan dengan imej bisnes yang anda usahakan.

Anda perlu tahu satu perkara. Pastikan blog anda sedap untuk dipandang. Maksudnya mesti ada banyak ruang kosong dan pilih jenis tulisan yang mudah dibaca.

Pemilihan gambar juga antara faktor penting. Lebih-lebih lagi jika jenama anda dalam kategori yang perlu banyak promosi visual. Pastikan tempat/ruang simpanan untuk foto dan thumbnail berkapasiti besar.

Oh ya, jangan lupa masukkan pautan ke blog dari website utama. Lebih baik jika anda letak di bahagian header atau menu.

3. Tahu Konten Yang Mahu Dikongsi

Ini bahagian paling sukar. Apa agaknya yang anda mahu sampaikan di dalam blog?

Tiada jawapan yang tepat bagi persoalan itu. Semuanya bergantung pada keadaan, bagaimana penerimaan audien, sasaran bisnes anda dan sumber maklumat yang anda miliki.

Apabila anda baru nak mula, apa salahnya anda bereksperimen dengan pelbagai jenis konten dan topik.

Ini membolehkan anda mengenal pasti penyampaian bagaimana yang paling disenangi audien, seterusnya dijadikan panduan untuk anda buka langkah seterusnya.

Selain itu, anda boleh membuat kajian kata kunci, menyemak forum-forum berkaitan niche anda dan merujuk pada aduan pelanggan.

Ini akan membantu anda mencari konsep yang bersesuaian. Dari sini, anda boleh bina idea konten berdasarkan persoalan dan isu yang timbul.

Berikut adalah cadangan idea untuk anda bermula:

i) Kemas kini produk:

Jika anda mengeluarkan produk baru, anda perlu kemas kini stok sedia ada atau letak ia sebagai hot item. Anda boleh tukar peluang ini jadi konten blog

Anda boleh bercakap tentang kelebihan produk tersebut dan bagaimana pelanggan dapat memanfaatkannya.

ii) Di sebalik tabir:

Tunjukkan kepada pelanggan proses yang dilalui untuk mencipta produk atau cara memenuhi tempahan. Berikan mereka gambaran dalaman gerak kerja bisnes anda.

Boleh anda buat galeri khusus yang menunjukkan persekitaran semasa sesi bergambar yang terakhir? Mungkin anda boleh buat persembahan grafik tentang bagaimana produk anda dihasilkan?

iii) Berita industri:

Jika anda berasa tak selesa untuk bercakap tentang diri sendiri, ceritalah perkara yang sedang berkembang dalam industri anda. Kongsikan pandangan atau perspektif unik anda.

Ini akan meningkatkan penguasaan dalam niche anda, media sosial yang berisi, dan beri pengguna daya tarikan untuk kembali berkunjung ke blog anda.

iv) Round-ups:

Terdapat satu cara untuk isi kalendar konten anda. Buat sesi brainstorm dan sediakan senarai terbaik di antara yang terbaik berkaitan isu yang relevan dengan industri anda.

Anda juga boleh wujudkan event mengikut tema tertentu, contohnya seperti hadiah misteri ketika musim cuti.

Acara tahunan seperti Hari Guru, Hari Kebangsaan dan perayaan, jangan lupa masukkan dalam kalendar.

v) Post influencer:

Pemasaran influencer adalah satu lagi cara bagi memperkenalkan jenama anda dan raih kepercayaan audien baru. Minta servis influencer tuliskan konten untuk bisnes anda.

Atau boleh juga berkongsi topik berkaitan para influencer dalam bidang perniagaan. Semua orang sukakan promosi percuma!

vi) Menjana konten daripada pengguna:

Anda tak perlu buat konten sendiri. Tapi, anda boleh biarkan penyokong tegar melakukannya untuk anda. Dan percayalah, konsumer lebih suka konten telus yang begini.

Ya, gunakan semula review produk, kajian kes, komen-komen di media sosial dan apa saja konten testimoni dari pengguna.

4. Mencipta Konten

Anda dah dapat idea?

Jadi sekarang tiba masa untuk mengembangkannya. Menulis bukannya semudah petik jari bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi bila anda mempunyai ribuan isu lain ketika menguruskan bisnes.

Meletakkan blogging di tangga yang paling bawah senarai keutamaan, itu perkara biasa.

Namun, sebenarnya ada beberapa teknik anda boleh gunakan untuk mencipta konten:

i) Buat sendiri:

Jika anda ada masa dan skil menulis, tulislah konten anda sendiri. Ini adalah kaedah yang paling menjimatkan, juga paling sukar untuk anda curahkan komitmen secara konsisten, dalam jangka panjang.

ii) Bahagikan kepada ahli pasukan:

Jika anda ada pekerja, anggaplah ia sebagai satu tanggungjawab tambahan.

Serahkan tugas ini kepada mereka yang uruskan media sosial dan pemasaran email.

Apa pun, ia agak mencabar untuk dilaksanakan secara berterusan, kerana terpaksa mencuri masa dari tugasan yang sedia ada.

iii) Mendapatkan khidmat pihak lain:

Cara ini mungkin menuntut perbelanjaan yang tinggi, namun ia juga paling realistik bagi kebanyakan bisnes. Terdapat bermacam pilihan perkhidmatan penulisan bergantung pada bajet anda. Ingat ya, anda dapat apa yang anda bayar!

5. Terbitkan dan Sebarkan Konten

Selesai post konten di blog, tidak bermakna kerja anda sudah selesai. Tulisan yang bagus tanpa pembaca adalah seperti makanan yang sedap tetapi tidak dimakan.

Blog yang terkenal dan sukses pada zaman ini perlu ada strategi promosi dan hebahan. Media sosial, blog dan pemasaran emel, kesemua elemen ini harus bersatu.

Biasakan guna emel bagi mempromosikan setiap catatan blog anda.
Muatkan Facebook Pixel di halaman blog anda.

Dengan teknik ini, anda boleh sasarkan pengguna yang sudah terpikat dengan konten anda, tapi belum pernah buat pembelian.

Seiring masa berlalu, anda boleh meriahkan suasana dan ajak mereka berbual.

Bagaimana Mahu Mulakan Blog dan Menjana Wang?

Anda nak belajar cara dapatkan duit semata-mata dari blog?

Kacing! Kacing!

Bayangkan bunyi duit yang berdenting masuk tabung tanpa henti, mesti seronok, kan?

Pada awal kemunculan platform blog, pendapatan sampingan biasanya hasil jualan ruang iklan.

Konsep ini masih diteruskan hingga sekarang bagi menambah duit poket, namun ROI sebenar untuk dropshipper muncul apabila anda gigih memikirkan strategi, fokus dan komited.

Blogging adalah satu permainan yang panjang, ia bukan sejenis skim cepat kaya.

Ia juga bukan skim cepat dapatkan ribuan pembaca.

Beri dan curahkan masa, semakin banyak anda akan belajar tentang pencapaian anda. Selepas itu anda boleh lari pecut tanpa ragu-ragu.

Menghasilkan duit dari blog anda yang berperanan sebagai kedai online, bermula dengan mengutamakan audien.

Jenama yang paling popular menggunakan pendekatan pelanggan sentrik, iaitu anda buat tinjauan dan kajian secara terperinci, apa kemahuan mereka. Ini taktik yang bagus untuk memancing trafik ke blog anda.

Agendanya adalah memberi nilai tambah dalam kehidupan pengguna, tanpa perlu fokuskan hal-hal promosi.

Mengiklankan produk anda bukanlah satu-satunya untuk menjana duit blogging.

Sememangnya ada beberapa pilihan di hadapan mata:

Konten yang ditaja:

Sebaik saja anda dah ada sekapal pembaca, anda boleh bayar syarikat lain untuk terbitkan konten dalam blog anda. Biasanya ada perkongsian pautan ke website mereka juga yang dimuatkan bersama konten.

Iklan digital:

Daftarkan platform pengiklanan hosting seperti Google Adsense.

Anda sediakan iklan di blog anda dan raih duit dari aliran trafik. Apa pun, pastikan paparan iklan tak terlalu berat buat pembaca atau terlalu banyak mesej spam, kerana pelanggan adalah raja!

Pemasaran affiliate:

Seperti dua pilihan di atas, pemasaran affiliate boleh jadi efektif apabila anda memiliki pergerakan trafik yang cantik, maksudnya pelawat berterusan berkunjung ke blog anda.

Dalam sistem affiliate, anda mempromosi produk atau servis lain dalam pos blog anda dan dapat persen bagi setiap perbualan yang dihantar dari website anda.

Kesimpulan 5 Langkah Bina Blog Untuk Besarkan Bisnes E-commerce Anda.

Setiap blog berbeza konsepnya, tapi ada satu persamaan yang universal. Utamakan pelanggan anda, bersedia melabur dalam satu permainan jangka panjang.

Juga, jangan lupa untuk review analisis anda, supaya dapat memahami resepi kejayaan sebenar.

Bagi mengejar peluang terbaik menjana duit dari blog anda, rancanglah secara strategik.

Pilih platform yang akan melancarkan status bisnes online anda, guna design yang mampu mengunci pengguna, cipta konten yang dekat dengan jiwa audien dan persembahkan pada orang yang tepat.

Anda mesti ingat, blog bukan tempat untuk dapatkan jualan secara mendesak.

Inilah ruang istimewa yang anda bina dan kembangkan bersama pelanggan, satu perhubungan yang membentuk nilai setia terhadap jenama anda.

Jangan salah platform!