fbpx

6 Lubuk Supplier Dropship Online Yang Ideal

by May 31, 2019Mula Bisnes85 comments

Pada tahun 2014, saya masih ingat ketika itu susah gila nak cari supplier yang tawarkan program dropship.

Dan lagi best, ramai yang bila saya tanya, mereka tak tahu langsung terma dan model dropship. Memang garu kepala saya. Haha.

Tapi itu dululah. Sekarang dah tak susah sebab ramai supplier dah sedar model business dropship ini sebenarnya menguntungkan mereka. Yelah, kira macam dapat promosi free dari agent-agent.

Dan sekarang bersepah orang buka program ini. Lubuk supplier dropship pun dah banyak.

Baca juga : Nak Mula Buat Bisnes Online Secara Dropship? Ini Panduan Lengkap Untuk Anda Follow

Tapi bagi anda yang masih tak tahu, teruskan membaca kerana dalam artikel ini, saya kongsikan pengalaman saya sendiri mencari lubuk supplier dropship pertama anda.

Anda nak tahu? Make sure baca sampai habis. Jom!

Facebook

Untuk mencari seller atau brand yang ada open program dropship di Facebook mudah je.

Pergi ke search bar Facebook, dan type keyword dibawah:

  • Dropship diperlukan
  • Dropship wanted
  • Program dropship
  • Agent dropship
  • Ejen dropship
  • Dropship Agent
  • Dropship Agent Malaysia
  • Lubuk Supplier Dropship

Ha lepas tu tekan search. Keluarlah segala bagai mak nenek produk dan jenama ada. Anda tinggal pilih je.

Boleh sort by page, post atau image.

Dropship Wanted Facebook
Search keyword yang sesuai dan pilih ‘Pages’. Selepas itu tengok produk mereka. Kalau minat baru contact.

Lepas dah jumpa buat senarai dalam spreadsheet macam excel ke, dan contact satu-satu dan dapatkan syaratnya sebelum join.

Mudahkan?

Google

Di google, cara untuk buat pencarian juga melalui keyword.

Jadi dalam kes ini, anda boleh guna keyword yang relevan untuk cari supplier yang membuka program agent dropship.

Antara keyword yang anda boleh key in adalah:

  • Dropship Malaysia
  • Dropship Diperlukan
  • Dropship Wanted
  • Program Dropship Malaysia
  • Dropship Agent Malaysia
  • Dropship Agent
  • Supplier Dropship
  • Lubuk Supplier Dropship
Dropship Malaysia Google
Dalam google, anda cari website-website supplier produk yang menawarkan program dropship. Guna keyword yang saya berikan diatas.

Lepas tu akan keluar la macam-macam website atau blog. Ada yang luar negara punya program. So saranan saya guna lubuk supplier dropship dari Malaysia sahaja supaya memudahkan urusan anda untuk operasi bisnes kelak.

Ada yang percuma. Tapi kebanyakannya kalau nak join, mereka akan minta anda bayar yuran komitmen yang rendah.

Kalau mahal sangat tak payah. Ambil yuran yang kalau boleh bawah RM 100 sahaja.

Gunakan lebihan bajet itu untuk buat marketing nanti.

Shopee

Ramai tak tahu, anda juga boleh jadikan sebagai lubuk supplier dropship untuk bisnes online.

Kebanyakan seller-seller di shopee, terutama yang mempunyai rating tinggi, atau preferred seller, memang mengalu-alukan anda buat dropship.

Caranya mudah sahaja. Anda perlu pilih niche atau kategori produk yang anda nak.

Lets say anda nak jual kasut sukan. Anda type sahaja sneakers.

supplier dropship shopee
Di Shopee mudah. Anda type sahaja produk yang anda nak, dan anda contact supplier tersebut untuk buat dropship.

Nanti akan keluar berlambak produk berkaitan sneakers yang dijual.

Apa perlu anda buat adalah pergi masuk ke kedai mereka, dan tengok pada ‘Shop Description’.

Biasanya mereka akan tulis ‘dropshippers are welcome’. Kalau ada anda boleh PM terus dan nyatakan hasrat anda untuk menjual barang mereka sebagai agent dropship.

Tetapi, kalau tiada ayat tersebut, jangan risau. Anda tanya juga. Sebab kadang-kadang ada yang tak aware pasal model dropship ini. Dan ada juga yang terlupa tulis. So anda tanya sahaja. Tak rugi apa pun.

Yang best cari supplier dropship di Shopee adalah mereka tak kenakan sebarang bayaran untuk menjual produk mereka.

Cuma yang tak bestnya, anda perlu beli pada harga yang sama seperti yang tertera. Jika anda dapat diskaun dari supplier. Anda bertuah.

Dan satu lagi kalau boleh jangan jual barang yang sama di Shopee. Kerana sudah pasti anda tak boleh bersaing dengan harga supplier anda.

Jual di tempat lain. Banyak lagi tempat anda boleh jual.

Lelong

Lelong.my adalah sebuah marketplace yang terkemuka dan sudah lama wujud sebelum adanya Lazada dan Shopee seperti hari ini.

Marketplace Lelong ini dibuat bertujuan supaya ramai orang boleh membeli produk secara online dengan harga yang jauh lagi murah dari harga pasaran.

Dahulunya sangat popular dikalangan peniaga-peniaga untuk mendapatkan stok barang bagi tujuan penjualan semula.

Hari ini, lelong masih bertahan walaupun ditinggalkan jauh oleh pesaing seperti Lazada dan Shopee.

Namun, anda masih boleh gunakan Marketplace ini sebagia sumber anda mencari dan membina hubungan baik dengan pembekal.

Kebanyakan pembekal di Lelong sudah lama berniaga dan dipercayai.

Untuk mencari supplier-supplier ini, anda hanya perlu search sahaja ikut nama produk anda.

Lelong.my juga antara web yang boleh dipercayai untuk anda cari supplier dropship.

Dan kemudian tanya pada supplier dropship tersebut dan nyatakan hasrat anda untuk menjual produk mereka.

Ikut pengalaman saya, kebanyakan dari mereka sangat suka jika anda sudi menjual produk-produk mereka.

Harga yang diberi pun sangat kompetitif. Dan kadang-kadang anda diberi diskaun sebagai dropshipper.

Lebih baik la dari di Shopee yang kebanyakan sellernya tiada memberi diskaun.

Cubalah. Mana tahu kat sini boleh jadikan lubuk supplier dropship utama anda.

Kumoten

Kumoten adalah sebuah marketplace supplier dropship yang dicipta khusus untuk semua dropshipper.

Disini apa yang perlu anda buat adalah membuka sahaja akaun Kumoten secara percuma, dan anda boleh terus mulakan promosi produk tersebut.

Kumoten ini agak menarik sebab mereka sudah sediakan gambar-gambar, dan huraian produk terperinci bagi membantu anda melakukan promosi.

Selain dari itu, akaun Kumoten anda boleh diintegrasikan dengan penyedia platform ecommerce seperti EasyStore atau SiteGiant.

lubuk supplier dropship kumoten
Kumoten adalah satu-satunya website terkenal di Malaysia, yang menawarkan peluang buat dropship dengan efisyen, mudah dan pantas.

Hanya dengan sekali tekan, semua produk yang anda pilih akan terus diimport masuk ke kedai E-commerce anda.

Dan apabila ada order masuk, dengan sekali klik, order tersebut akan dihantar terus ke sistem Kumoten.

Dari situ pihak Kumoten akan uruskan semua proses penghantaran dan juga tracking number pada anda dan customer anda.

Cuma yang tak best Kumoten adalah senarai produknya yang agak terhad, dan juga harganya kadang-kadang hampir sama dengan seller yang jual di Shopee dan Lazada.

Apa apa pun anda perlu pandai pilih produk. Test dulu apa-apa pun.

Ali Express

Aliexpress adalah sebuah marketplace atau lubuk supplier dropship antarabangsa yang dipunyai oleh Ali Baba Group.

Marketplace yang menempatkan jutaan produk buatan China, dan boleh dikatakan hampir semua benda yang anda nak ada di AliExpress.

Saya suka Aliexpress, sebab anda masih boleh dapatkan harga yang sangat murah walaupun anda hanya order satu unit sahaja.

Selain dari itu, setiap pembelian dari Aliexpress, anda boleh hantar barang tersebut di serata dunia dengan kos yang murah.

Aliexpress adalah platform dropship antarabangsa yang dipunyai oleh Ali Baba Group. Sangat best jika anda ingin jual secara dropship di pasaran antarabangsa,

Dan jika anda ingin mulakan bisnes dropship menggunakan supplier dropship dari Aliexpress, saya cadangkan anda gunakan penyedia e-commerce seperti Shopify.

Melalui Shopify, semua urusan import produk, tempahan dan juga notifikasi pelanggan diintegrasikan secara seamless dan smooth.

Baca juga : Panduan Mudah & Lengkap Buat Website eCommerce.

Saya sendiri ambil peluang ini untuk membuka kedai e-commerce untuk pasaran antarabangsa. Hasilnya sangat lumayan.

Bayangkan walaupun untung untuk satu unit lebih kurang 10 USD, anda dah dapat RM 40 jika ditukarkan disini.

Dan untuk jual barang yang boleh dapatkan untung 10 USD taklah sesusah mana. Sebab bagi orang putih disana, 10 USD ni macam RM 10 je.

Cuma, Aliexpress ni ada satu tak best. Shipping time yang mengambil masa sehingga 3 minggu.

Jadi pastikan anda bagitahu siap-siap pelanggan anda tentang ini untuk elakkan masalah dikemudian hari.

Kalau anda berminat nak belajar lebih tersusun dan detail, boleh rujuk panduan Rahsia Shopify yang saya rekomen ni.

Bagus sebab orang Malaysia sendiri ajar dan sangat mudah faham.

Kesimpulan Lubuk Supplier Dropship Online Yang Ideal

Apa yang saya kongsikan ini memang bulat-bulat dari pengalaman saya cuba itu dan ini.

Mungkin sifu dan otai lain mempunyai kaedah yang berbeza.

Sebenarnya ada banyak lagi platform atau website yang anda boleh jadikan supplier bisnes dropship.

Asalkan anda boleh deal dan dapatkan barang yang anda nak, then anda dah boleh jual semula sebagai agent dropship atau dropshipper.

Cuma, apa saya boleh katakan, tips dan lubuk supplier dropship yang saya beritahu diatas pun sudah cukup untuk dapatkan produk yang bagus untuk dijual.

Sekian, kita jumpa lagi di lain waktu. Good luck!

Baca juga : Nak Mula Buat Bisnes Online Secara Dropship? Ini Panduan Lengkap Untuk Anda Follow

Anda ada tips cari lubuk supplier dropship yang lebih best?

Kongsikan dengan saya dan pembaca lain diruangan komen dibawah.