Halaman produk adalah satu halaman yang paling penting dalam kedai online atau laman web e-Commerce.
Kenapa kita kena sediakan satu halaman produk yang lengkap sebelum bawak prospek masuk ke kedai online kita?
Sebab dalam bisnes e-Commerce…kita nak automasikan proses jualan atau kita panggil proses ’close sale’.
Halaman produk ni bertindak sebagai ‘team close sale’ dalam bisnes kita.
Jadi, halaman produk perlu ada segala maklumat yang boleh educate prospek berkaitan produk dan mempengaruhi prospek untuk buat pembelian.
Dalam artikel ni, saya akan kongsikan 7 elemen wajib ada dalam halaman produk untuk bisnes e-Commerce anda.
Nak siapkan satu halaman produk yang lengap sangat mudah kalau anda gunakan platform Shopify seperti yang kami ajar dalam video panduan Fast Track To Ecom Dropshipping. Sebab interfacenya sangat user friendly. Cuma perlu isi maklumat dan tick, tick, tick jer.
Gitu.

Follow dan apply jer apa yang kami kongsikan ni supaya anda dapat siapkan satu halaman produk yang lengkap dengan pantas.
Banyak tips yang kami nak kongsikan dalam artikel ni. Anda boleh jadikan halaman produk Spill-Proof Baby Gyro Bowl ni sebagai rujukan.

Nama Produk Yang Ringkas
Kita mulakan dengan nama produk. Anda boleh isikan nama produk kat ruangan ‘title’.
Gunakan formula ‘jual apa untuk siapa’.
Sebagai contoh, ‘gelang tangan untuk pencinta kucing’ dan ‘gamepad untuk mobile gamers’. Dah, simple macam tu pun boleh.
Tips: Elakkan guna nama produk yang diviralkan kat media sosial untuk elakkan prospek anda survey produk kat tempat lain.
Cuba cipta nama produk sendiri. Melainkan anda jual produk branded, yang memang dah dikenali ramai.
Copywriting Produk Untuk Educate Prospek
Anda boleh isikan segala maklumat produk kat ruangan ‘description’. Tujuannya adalah untuk membantu prospek dapatkan info dan faham tentang nilai produk anda supaya dapat membantu diorang untuk buat keputusan membeli.

Mulakan dengan intro. Apa masalah prospek yang anda cuba selesaikan dan bagaimana produk anda menjadi solusi?
Kemudian, anda boleh gunakan soalan-soalan kat bawah ni untuk karang description produk dan tulis dalam bentuk point;
- Apa kelebihan yang prospek dapat kalau guna produk anda?
- Bagaimana spesifikasi produk tu?
- Ready stock atau pre-order?
- Berapa lama tempoh penghantaran?
Cuba fikirkan lagi apa soalan-soalan yang mungkin timbul dari sudut seorang pembeli.
Sebagai contoh, kalau anda jual pakaian, tunjukkan size chart.
Gambar Produk Yang Berkualiti
Nak masukkan gambar produk dalam kedai online adalah semudah klik ‘upload product images’ dan pilih gambar jer.
Tapi anda kena sediakan gambar-gambar produk yang berkualiti.
Apa yang dimaksudkan dengan gambar produk yang berkualiti?

Anda mestilah sediakan gambar yang high resolution (‘tidak pecah’) dan yang dapat membantu prospek dapatkan gambaran yang jelas berkaitan produk anda.
Antara faktor yang mempengaruhi pembelian secara online adalah dari segi visual iaitu gambar atau video.
Berbeza dengan membeli-belah di kedai atau mall dimana pengguna boleh pegang dan selidik produk secara hands-on, pengguna lebih bergantung kepada copywriting, gambar dan video untuk membeli secara online.
Video Explainer Produk
Dalam panduan Fast Track, kami ajar anda sediakan copywriting produk, gambar produk dan video demo produk sebagai persediaan sebelum membina kedai online e-Commerce.
Kami sangat sarankan anda ada satu video explainer produk.
Kita bukan jer boleh gunakan video tu dalam halaman produk, tapi kita jugak boleh gunakan video yang sama sebagai bahan marketing untuk buat iklan FB Ads.
Video explainer produk yang terbaik adalah video yang menunjukkan sesuatu produk tu ‘wujud’ dan dah digunakan oleh pengguna lain.
Bukan sekadar video ‘slideshow images’. Kalau anda nak belajar buat video explainer produk sendiri dengan mudah guna fon jer, anda boleh belajar melalui video youtube kat bawah ni…
Harga, Variasi Dan Kuantiti Produk
Seterusnya anda boleh tetapkan harga dan letakkan harga promosi kalau anda buat kempen promosi. Pastikan anda tetapkan harga yang setanding dengan ‘nilai’ produk yang anda dapat berikan.

Harga bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan prospek membeli atau tidak. Dan bukannya faktor utama pun.
Sebab tulah anda kena gunakan sebaiknya peluang untuk menulis description produk yang terbaik, tunjukkan gambar-gambar yang berkualiti dan letak explainer video untuk tingkatkan nilai produk.
Gunakan fungsi ‘Variants’ kalau produk anda ada beberapa jenis yang berbeza.
Tujuannya adalah untuk tunjukkan variasi dan beberapa pilihan seperti saiz, warna, bentuk dan sebagainya. Ini akan memudahkan prospek untuk membuat pilihan.

Anda jugak boleh on kan fungsi ‘Quantity Selector’ dalam halaman produk supaya prospek boleh memilih kuantiti produk yang nak diorder.
Butang Add To Cart/ Buy It Now Yang Jelas
Butang Call-To-Action yang ada dalam halaman produk ialah butang ‘Add to Cart’ dan ‘Buy It Now’.
Tujuan kita optimumkan design dan layout sebuah halaman produk adalah untuk tukarkan prospek yang berminat kepada pelanggan yang membeli melalui butang tersebut.

Tips: Gunakan warna yang striking seperti merah, oren, hijai dan biru pada butang Add To Cart dan Buy It Now mengikut kesesuain warna tema kedai online anda.
Tawarkan Penghantaran Percuma!
Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh usahawan e-Commerce ialah situasi yang dipanggil ‘checkout abandonment’.
Ia adalah situasi dimana bakal pelanggan yang berminat dengan produk dah masukkan maklumat kat bahagian ‘Checkout’ tapi tak teruskan buat pembayaran.
Kenapa?
Antara sebab yang menjadi punca kepada checkout abandonment ialah ‘hidden charges’ seperti kos penghantaran.
Kemungkinan ada bakal pelanggan yang dah ‘setuju’ dengan harga yang dipaparkan pada halaman produk tapi tak jangka ada tambahan kos penghantaran.
Jadi, kami sarankan anda tawarkan penghantaran percuma pada pelanggan anda.
Masukan tawaran tersebut dalam copywriting produk anda dan pastikan harga yang dipaparkan dalam halaman produk adalah harga sebenar yang diperlu dibayar oleh pelanggan.
Kesimpulan Halaman Produk Untuk Bisnes E-Commerce
Halaman produk adalah halaman yang paling penting dalam kedai online anda.
Ia adalah satu halaman yang prospek akan ‘singgah’ selepas melihat iklan FB Ads anda. Ia jugak bertindak sebagai ‘team close sale’ dalam bisnes anda.
Dengan adanya perkongsian 7 elemen wajib ada dalam halaman produk ni, anda dapat sediakan satu halaman produk yang lengkap dengan pantas sebelum buat iklan FB Ads dan bawak masuk prospek ke kedai online anda.
Halaman produk yang lengkap dapat tingkatkan kepercayaan prospek terhadap kedai online anda.
Okay cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya!