Untuk bisnes online 2020 ni, kita masih lagi nak close sale secara manual kat Whatsapp atau automatikkan proses jualan melalui kedai online e-Commerce?
Bagi saya, selagi dua-dua cara tersebut dapat hasilkan jualan, kita buat dua-dua sekali.
Tak perlu nak tinggalkan salah satu. Dalam artikel ni, saya akan tunjukkan kat anda 3 sebab kukuh kenapa anda perlu buat kedai online e-commerce untuk jual produk pada tahun 2020!
Jadikan Proses Marketing Dan Proses Jualan Secara Automatik!
Funnel marketing dan jualan yang paling mudah dan simple untuk kita buat ialah funnel yang berakhir dengan platform Whatsapp. Maksudnya, Whatsapp jadi medium untuk kita close sale prospek.
Funnel yang mudah dan simple nak buat tak semestinya mudah dan simple nak uruskan. Bila close sale kat Whatsapp, sudah tentulah kena buat secara manual.
Anda sendiri ada pengalaman. Nak close sale kat Whatsapp pun ada strateginya.
Kena luangkan masa untuk educate prospek dengan beberapa template ayat dulu seperti info, manfaat dan testimoni sebelum bagitahu harga promosi. Kadang-kadang berakhir dengan ‘blue tick’ jer. “Penat iolls layan dan tunggu prospek reply..sob..sob”.
Tengok beza funnel yang simple antara Whatsapp dan kedai online e-Commerce kat bawah ni…

Kalau anda buat kedai online e-Commerce sendiri, anda boleh letakkan segala info berkaitan produk seperti gambar produk, gambar testimoni, explainer video, copywriting kelebihan dan manfaat produk, harga promosi, FAQ, tempoh penghantaran, cara penghantaran…semuanya dalam satu halaman produk yang berfungsi sebagai pembantu close sale anda.
Kalau prospek berminat nak beli, diorang hanya perlu klik butang ‘Buy It Now’, isikan maklumat dan jual beli berlaku secara automatik melalui kedai online anda termasuklah pembayaran online yang cepat dan selamat menggunakan sistem Billplz atau Stripe. Anda tak perlu lagi luangkan masa ‘ber-Whatsapp‘ dengan prospek.
Segala maklumat berkaitan produk untuk educate prospek ada kat halaman produk dalam kedai online e-Commerce anda.
Anda hanya perlu buat FB Ads guna teknik dan strategi yang betul, kaji prestasi iklan, tunggu jualan dan uruskan order nanti.
Jimat masa dan kurangkan beban berbanding melayan prospek kat Whatsapp.
Buat Branding Bisnes Sendiri Untuk Jangka Masa Panjang!
Dalam video panduan yang kami keluarkan sebelum ini, kami ada kongsikan satu formula untuk buat bisnes e-Commerce yang berjaya membuat jualan dan menghasilkan keuntungan.
Formulanya ialah…anda kena ada Winning Product, Own Branded Store dan Specialty Store.
Saya tak nak kupas pasal Winning Product dan Specialty Store kat sini.
Cuma saya nak terangkan pasal manfaat Own Branded Store atau buat branding bisnes sendiri untuk usahawan-usahawan kecil yang buat bisnes secara dropship khususnya.
Kita sebagai usahawan kecil yang buat bisnes secara dropship dengan mindset asal barang jadi duit ni, kita bukan nak bina satu jenama sampai jadi jenama besar pun.
Kita cuma nak buat duit jer buat masa ni dan nak usahakan sampai dapat buat untung.
Jadi, untuk buat branding bisnes sendiri ni, kita cuma buat benda yang asas jer iaitu dengan cara gunakan nama bisnes, logo dan penggunaan warna yang konsisten kat setiap platform menjual dan media sosial.
Bayangkan anda gunakan branding sendiri kat FB Page, Instagram, kedai online dan sebagainya secara konsisten.
Tujuannya adalah supaya prospek dapat ingat nama bisnes kita berbanding pesaing dan tingkatkan kredibiliti bisnes untuk jangkan masa panjang.
Kalau anda buat kedai online e-Commerce sendiri, anda boleh tunjukkan branding bisnes ni dan boleh ceritakan pasal bisnes anda kat halaman ‘About Us’ dalam kedai online.
Susah kita nak tonjolkan branding bisnes ni pada prospek kalau hanya guna Whatsapp jer.
Buat Content Marketing Dan Multichannel Engagement Untuk Tarik Trafik!
Saya suka dengan satu analogi yang direka oleh bos Hafiz Azman sendiri. Haha.
“Hari ni kalau kita ambil batu dan baling, mesti akan jatuh atas kepala orang yang buat bisnes online…”
-Bos Hafiz Azman-
Nak menunjukkan betapa ramainya orang buat bisnes online sekarang dan betapa sesaknya media sosial dengan posting-posting “beli lah hari ni”, “beli lah sekarang”.
Sebab tu lah kalau kita tengok kat akaun Instagram bisnes, followers bukan main sampai berpuluh-puluh ribu tapi bila tengok setiap post, dapat belas-belas like jer dan tak ada orang komen langsung.
Mana taknya, semua post tak habis-habis tunjuk produk nak menjual jer!
Dalam media sosial yang dah sesak dengan orang yang menjual produk yang sama, macam mana kita nak jadikan bisnes kita lebih kehadapan berbanding pesaing?
Macam mana kita nak dapatkan perhatian daripada audience?
Macam mana kita nak buat orang membeli dari bisnes kita?
Jawapannya ialah membina kredibiliti dan kepercayaan melalui content marketing.
Macam mana nak buat content marketing?
Caranya ialah bagi sesuatu yang bermanfaat kepada audience dalam bentuk bahan bacaan artikel atau video yang menarik dan bermanfaat.
Dalam masa yang sama, kita kenalkan bisnes dengan penggunaan branding sendiri dan softselling produk dalam artikel dan video yang bermanfaat tu.
Haaa…sama macam artikel yang anda tengah baca ni. Nak naikkan kredibiliti DropshipKartel, haha.
Kalau anda buat kedai online e-Commerce sendiri, anda boleh hasilkan artikel-artikel yang menarik dan bermanfaat kat halaman Blog dalam kedai online anda.
Lepas tu, anda boleh kongsikan link artikel-artikel tu ke media sosial seperti FB personal, group FB, channel Telegram, blast ke subscriber emel, blast ke database Whatsapp dan Instagram (buat posting IG Feed dan IG Story dengan tajuk dan gambar artikel dan letak link artikel kat bio IG).
Dengan cara ni, anda dapat buat multichannel enggagement dan tarik trafik ke kedai online e-Commerce anda secara ‘percuma’ melalui content yang menarik dan bermanfaat tu.
Secara tak langsung, audience yang membaca artikel tu, membaca blog dalam kedai online anda, dengan branding bisnes anda sendiri dan dapat tingkatkan peluang trafik melawat halaman produk dalam kedai online tu jugak.
Boleh ke anda buat macam ni kalau guna Whatsapp jer?
Kesimpulan Bisnes Online 2020 – Kembangkan Bisnes Anda Dengan Kedai Online E-Commerce!
Dalam artikel ni, saya dah tunjukkan kat anda 3 sebab kukuh kenapa anda perlu buat kedai online e-Commerce untuk jual produk pada tahun 2020!
Anda boleh jadikan proses jualan bisnes secara automatik, buat branding sendiri untuk jangka masa panjang dan buat content marketing untuk tingkatkan kredibiliti dan kepercayaan.
Penggunaan kedai online e-Commerce atau Whatsapp hanyalah platform yang berbeza untuk kita tukarkan prospek menjadi pelanggan.
Masing-masing ada kelebihannya.
Tak dinafikan, funnel marketing (method/ proses) yang menggunakan Whatsapp adalah yang paling mudah untuk kita belajar dan buat.
Tapi kalau anda boleh luangkan masa untuk belajar satu teknik dan strategi bisnes dropship e-Commerce yang dapat mendatangkan manfaat pada diri dan bisnes anda…why not kan?
Okay, cukup dulu sampai kat sini untuk artikel ni. Jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya!