fbpx

Tak Pernah Buat Jualan Guna E-Commerce? Buat 5 Benda Ni Sekarang!

by Jan 26, 2020Pemasaran Digital & Jualan0 comments

Setiap orang impikan nak jadi usahawan e-Commerce yang berjaya.

Sepertimana orang lain yang dah berjaya…ada kedai online e-Commerce sendiri, dapat jualan konsisten secara automatik tanpa perlu wasap prospek dan kerja hari-hari cuma monitor iklan jer.

Tapi kita semua tahu nak berjaya buat jualan guna e-Commerce bukan mudah.

Ada yang masih BELUM berjaya buat jualan tapi sebenarnya ‘cahaya’ kejayaan tu dah nampak.

Dah pernah dapat engagement dari iklan, dah pernah dapat data View Content, Add To Cart dan Initiate Checkout.

Cuma Purchase jer belum. Ciss!

Walaupun belum berjaya lagi buat jualan, tapi dengan hasil yang ada setakat ni buatkan kita tak give up tapi lebih bermotivasi untuk buat lebih baik.

Buatkan kita sentiasa bertanya, “Macam mana aku boleh improve dalam bisnes e-Com ni?”.

Mungkin strategi marketing kita selama ni tak tepat. Jadi, dalam artikel ni kami nak sarankan anda buat 5 tindakan untuk dapatkan jualan pertama guna e-Commerce. Jom layan…

Jual Di Pasaran Malaysia!

Kemungkinan anda dah pernah buat jualan guna e-Commerce sebelum ni tapi anda mula dengan dropship produk ke market International seperti United State, Canada, United Kingdom dan sebagainya untuk dapatkan jualan dalam USD.

Cabaran buat marketing kepada market International lebih tinggi memandangkan anda kena tulis copywriting dalam English dan tempoh penghantaran produk dropship dari China lebih lama.

Untuk dapatkan jualan pertama dalam e-Commerce, kami sarankan anda mula usahakan satu kedai online yang jual produk kepada market Malaysia pulak.

Lebih senang untuk anda tulis segala copywriting dalam Bahasa Melayu.

Anda jugak boleh jadikan peniaga kat Shopee sebagai supplier produk.

Cuba cari produk yang ready stock supaya tempoh penghantaran produk kepada pelanggan jadi lebih cepat.

Fokus Pada 1 Niche!

Kemungkinan sebelum ni anda dah cuba jual macam-macam produk melalui kedai online. Tapi anda tukar produk dalam niche yang berbeza.

Dari niche Gaming ke niche Baby. Lepas tu tukar pulak ke niche Beauty. Disebabkan terikut-ikut dengan orang lain.

Nampak jer sesuatu produk tu viral, anda nak buat jugak.

Bagi saya, pemilihan niche adalah satu benda yang sangat kritikal dalam bisnes e-Commerce.

Niche yang berbeza-beza akan melambatkan proses anda nak dapatkan jualan pertama.

Kenapa?

Sebab setiap niche ada audience yang berbeza.

Cara nak communicate (melalui copywriting) dengan setiap audience tu pun berbeza. Anda kena ambil masa untuk study pasal produk, pasal interest dan gaya hidup audience tertentu.

Untuk dapatkan jualan pertama dalam guna e-Commerce, kami sarankan anda pilih satu niche yang dekat dengan jiwa anda.

Yang anda betul-betul kenal siapa audience nya. Macam mana gaya hidup audience tu.

Apa yang diorang minat dan anda tahu kat mana nak cari audience untuk niche tu.

Ini akan memudahkan anda untuk buat pemilihan produk, tulis copywriting iklan, susun ayat dalam video explainer produk dan tulis copywriting kat halaman produk nanti.

Semuanya memakan masa. Kalau anda nak tukar produk, cari produk dalam niche yang sama. Cuba fokus pada 1 niche jer untuk tahun 2020 ni, boleh?

Buat Kedai Online Jenis Specialty Store!

Kemungkinan sebelum ni anda cuba nak jadikan kedai online anda ‘nampak trusted’ dengan memasukkan sampai 10 ke 20 produk.

Ini jugak akan melambatkan peluang anda nak dapatkan jualan pertama dalam bisnes e-Commerce.

Kenapa?

Sebab anda kena luangkan banyak masa nak sediakan 10 ke 20 halaman produk sebelum buat marketing!

Banyak habis masa tambah produk jer tapi marketingnya satu pun tak mula lagi.

Bayangkan nak lengkapkan satu halaman produk anda kena cari gambar, buat video, tulis copywriting dan sebagainya.

Lepas tu nak siapkan semua sekali sebelum buat marketing? Bila nak mula buat marketing tu? Tahun depan..??

Buat Iklan Jenis Conversion – Website Purchases!

Kemungkinan selama anda gagal buat jualan dari bisnes e-Commerce sebelum ni sebab anda hanya pernah buat iklan FB Ads jenis Post Engagement jer.

Bila iklan tu tak hasilkan jualan, anda buat keputusan tukar produk.

Setiap iklan ada objektif yang berbeza. Iklan jenis Post Engagement adalah untuk brand awareness.

Facebook tunjukkan iklan anda pada orang yang berpotensi untuk enggage dengan iklan anda. Bukan pada orang yang berpotensi untuk buat pembelian.

Dalam online course Ecommerce Dropshipping Superstar, anda akan terus strategi dan taktik proven yang boleh bantu anda untuk dapat 10 jualan pertama dalam bisnes e-Commerce.

Selain dari tu, anda juga akan diajar tentang ads scaling. Iaitu cara marketing untuk buat dari 1 sales sehari kepada 10, 50, atau 100 sales sehari.

Melalui iklan jenis Conversion – Website Purchases, Facebook akan tunjukkan iklan anda pada orang yang berpotensi untuk beli produk dalam kedai online anda.

Buat Retargeting Ads Pada Custom Audience!

Kemungkinan selama anda buat bisnes e-Commerce sebelum ni, anda tak pernah pun sampai tahap buat Custom Audience dan Lookalike Audience daripada data Facebook pixel yang anda dapat dari FB Ads.

Bukan semua orang yang ready nak membeli lepas kali pertama tengok iklan anda.

Tujuan kita buat Custom Audience ialah supaya kita boleh paparkan iklan retargeting kepada kelompok data tertentu yang kita dapat dari iklan Conversion pertama tadi.

Anda hanya perlu paparkan iklan retargeting pada orang yang dah tunjukkan minat untuk membeli.

Sebagai contoh, orang yang dah lawat halaman produk, dan klik butang ‘Add to Cart’, tapi tak buat pembelian.

Anda kena dapatkan 100 data ‘Add to Cart’ untuk buat Custom Audience.

Jadi, cuba run iklan Conversion – Website Purchases pertama anda sampai anda dapat 100 data ‘Add To Cart’.

Kemudian buat Custom Audience dari data tu dan buat iklan retargetting.

Dengan cara ni, anda dapat jimat banyak kos iklan untuk dapatkan jualan pertama dalam bisnes e-Commerce berbanding paparkan iklan kepada cold audience.

Kesimpulan 5 Tindakan Dapatkan Jualan Guna E-Commerce

Kalau anda tak pernah lagi buat jualan dalam bisnes e-Commerce, cuba pertimbangkan untuk follow 5 tindakan yang kami sarankan ni dan follow strategi yang kami ajar dalam online course Ecommerce Dropshipping Superstar.

Yang penting, pastikan anda pilih satu niche untuk tahun 2020 ni dan usahakan cepat untuk buat iklan Conversion – Website Purchases pertama anda.

Semoga dengan jualan pertama anda nanti dapat bagi anda semangat untuk terus berusaha dalam bisnes e-Commerce!