Bisnes dropship memang best terutamanya kalau anda baru nak mula cari side income di internet. Sebab dalam masa tak sampai sehari pun, anda dah boleh ada satu bisnes online yang berpotensi.
Dan kalau nak tahu, dah ramai saya lihat usahawan online yang jana ratusan ribu ringgit dengan model bisnes dropship online je. Gilakan?
Walaupun simple, tapi ia tetap memerlukan usaha, komitmen dan dedikasi yang tinggi untuk jayakannya.
Oleh sebab itu, dalam artikel ini, saya akan kongsikan apa itu model bisnes dropship, apa kelebihan, dan langkah demi langkah cara buat bisnes dropship online.
Make sure baca sampai habis okay?
Apa itu bisnes dropship online?
Bisnes dropship online adalah salah satu dari model bisnes online yang sangat popular.
Trend ini dimulakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah kerana mudah untuk dimulakan, dan diuruskan walaupun anda seorang yang sangat sibuk.
Namun tahun-tahun kebelakangan ini kita boleh lihat trend ini juga semakin mendapat tempat di Malaysia.
Tapi anda tahu ke bisnes dropship ni apa benda?
Tak tahu takpe. Biar saya jelaskan konsepnya disini.
Secara umumnya, bisnes dropship ini melibatkan tiga pihak:
- Penjual (anda)
- Pembekal
- Pembeli

Jadi bila anda menjalankan bisnes dropship, apa yang perlu anda buat adalah promote dan handle customer service sahaja. Anda tidak perlu simpan apa-apa stok produk.
Kerana produk tersebut akan disediakan dan diuruskan oleh pembekal anda.
Senang cerita, mereka yang akan uruskan penghantaran kepada pelanggan anda.
Manakala pembeli hanya akan berurusan dengan penjual (anda), bukan dengan pembekal.
Pendek kata anda dah kira macam promoter online untuk produk tersebut.
Boleh faham ke ni?
Apa yang best buat bisnes dropship?
Banyak benda best bila buat dropship ni. Even sampai sekarang ini adalah bisnes model yang saya jalankan di internet.
Antara perkara yang best bila kita buat bisnes online secara dropship adalah:
1) Modal permulaan yang minima
Kebiasaannya, bila anda nak buat dropship, modal permulaan sikit je. Sebab anda tak perlu simpan stok pun.
Cuma, kadang-kadang ada pembekal yang kenakan yuran komitmen yang minima untuk anda bermula.
So, kalau anda ada modal, gunakan duit lebih anda untuk buat pemasaran dan pengiklanan nanti.
2) Sesuai jika anda sibuk
Kalau anda masih makan gaji, atau masih belajar, atau suri rumah, bisnes model ini sangat sesuai.
Sebab anda tak perlu risau pasal nak buat produk, nak simpan stok, dan juga penghantaran tempahan pelanggan.
Itu tanggung jawab pembekal.
Macam saya, saya hanya habiskan masa dalam 1 ke 2 jam saja sehari untuk uruskan bisnes dropship saya.
Sebab masa-masa lain saya gunakan untuk urusan keluarga dan anak. Hehe.
Cuma jangan salah faham. Ini tak bermaksud anda boleh jadi malas.
Kerana kalau anda mampu beri masa lebih pada bisnes, dah tentu lebih cepat bisnes anda berkembang.
3) Boleh buat di mana sahaja.
Bila anda buat bisnes dropship secara online, anda tak perlu pun ada office atau premis khas untuk run bisnes anda.
Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah laptop dan juga internet yang laju.
Pendek kata, tengah holiday pun boleh run bisnes. No problem.
Lokasi sasaran pelanggan anda juga tidak terhad di Malaysia saja.
Sebab anda juga boleh jual pada mana-mana pelanggan dalam dunia selagi mereka ada akses kepada internet.
4) Hanya fokus pada aktiviti pemasaran dan jualan saja.
Sebagai dropshipper online, anda hanya perlu fokus pada cara untuk cari dan jual produk.
Sebab perkara lain sebahagian besarnya dah diuruskan oleh pembekal.
Jadi anda sebenarnya ada lebih ruang dan masa, dan gunakan ia untuk mahirkan ilmu pemasaran dan jualan anda di internet.
Pergi daftar kelas-kelas pemasaran online yang berlambak sekarang. Atau kalau rajin, boleh explore dan belajar sendiri melalui Google dan Youtube.
Baca juga : 7 Senjata Pemasaran Online Yang Sesuai Untuk Agent Dropship
Langkah untuk mula bisnes dropship
Setiap benda dalam hidup ni kalau nak buat dan jayakan, mesti ada proses. Begitu juga kalau anda nak mulakan bisnes dropship.
Apakah prosesnya?
Teruskan bacaan anda sampai ke akhir artikel ini.
Langkah 1 :Tentukan niche anda.
Niche ni dalam bahasa mudahnya kita boleh anggap sebagai ‘bidang’, ‘kategori’, atau ‘market’.
Jadi bila saya sebut anda perlu tentukan niche, ini bermaksud anda perlu pilih apa jenis market yang anda nak buat.
Contoh, kalau anda cakap niche baby, maksudnya anda nak masuk bidang yang serve market dan produk berkenaan baby. Begitulah lebih kurang.
Benda ni penting.
Sebab kalau niche yang anda pilih itu tepat, sangat mudah untuk anda run bisnes anda nanti.
Jadi macam mana nak tahu niche itu tepat untuk anda?

Jawapannya, saya tak tahu.
Hanya anda sahaja yang tahu apa yang sesuai untuk anda.
Tapi sebagai panduan, cadangan saya cari niche yang anda minat, ada kepakaran, pengalaman, dan paling penting, ada demand.
Kebiasannya ramai sifu bisnes akan cakap untuk follow minat anda.
Logik mereka, dengan adanya minat mendalam terhadap satu-satu niche, anda mudah untuk hadap apa jua cabaran yang datang.
Tapi bagi saya, minat sahaja tidak cukup.
Kerana jika niche tersebut tidak ada demand, kemungkinan besar susah untuk anda buat duit.
Oleh yang demikian, pilih niche yang anda minat dan juga wajib ada demand untuk anda buat duit kelak.
Macam mana nak tahu ada demand?
Anda boleh gunakan tool percuma iaitu Google Trend.
Masukkan keyword untuk niche tersebut, dan lihat trend tersebut untuk 5 tahun kebelakang.

Jika anda lihat secara kasarnya, ia semakin meningkat dan konsisten, maka niche tersebut berpotensi untuk diteruskan.
Langkah 2 : Pilih produk ‘hot yang berpotensi
Selepas anda dah tentukan niche anda, apa yang perlu anda buat seterusnya adalah cari produk yang ‘hot’ dan berpotensi dalam niche tersebut.
Ada banyak cara untuk cari.
Anda boleh cari secara percuma, atau untuk jimatkan masa, anda boleh gunakan tools berbayar seperti SaleSource atau Sell The Trend.
Kalau nak cari secara percuma, anda boleh browse di dalam marketplace Malaysia seperti Lazada, Shopee, atau Lelong.

Atau jika anda nak jual produk pada audien antarabangsa, anda boleh tengok di dalam marketplace besar seperti Amazon atau Ebay.

Kebiasaannya, saya akan pilih produk mengikut jualan terbanyak dalam kategori niche yang saya pilih.
Dan dari situ, saya akan dapat beberapa idea produk yang saya nak buat, dan saya akan letak dalam satu senarai seperti Google Sheets untuk rujukan saya nanti.
Kumpulkan dalam satu senarai.
Cari sekurang-kurangnya 10 produk yang anda rasa boleh pergi dan berpotensi.
Baca Juga : 7 Strategi Rahsia Cari Produk Dropship Hot & Berpotensi
Langkah 3 :Cari supplier untuk produk tersebut
Lepas dah pilih produk, anda perlu cari supplier yang benarkan anda jual produk mereka secara dropship.
Ada banyak lubuk supplier yang anda boleh gunakan.
Jika di Malaysia, anda boleh cari supplier dalam marketplace terkenal seperti Shopee, Lazada, Lelong, Kumoten etc.
Baca juga : 6 Lubuk Supplier Untuk Mula Buat Dropship

Cara nak cari mudah saja.
Anda search macam biasa produk yang anda nak jual. Lepas tu cuba berhubung dengan supplier tersebut.
Katakan yang anda berminat untuk jual produk tersebut sebagai dropshipper.
Kebiasannya mereka akan beri green light.
Jika di pasaran antarabangsa pula, saya lebih gemar gunakan supplier dari AliExpress.
Cuma jika anda dropship produk dari AliExpress, anda tak perlu berhubung dan minta kebenaran dari mereka.
Sebab marketplace tersebut memang rata-ratanya lubuk untuk pemain dropship antarabangsa dapatkan pembekal mereka.

Macam biasa, buat satu senarai khas untuk pembekal produk anda.
Senaraikan sekurang-kurangnya tiga pembekal berbeza dan bina hubungan baik dengan mereka untuk menjamin kelangsungan bisnes anda kelak.
Langkah 4 : Bina web e-commerce sebagai kedai online anda.
Bila kita sebut bisnes online, mahu atau tak, kita wajib ada website menjual.
Website ini umpama premis atau kedai anda di dunia online.
Dan dengan adanya website, pelanggan lebih konfiden untuk membeli.
Malah pembekal juga akan nampak ada serius berniaga.
Tapi, anda jangan main buat sahaja website.
Anda perlu website yang direka khas untuk menjual, dan mempunyai fungsi pengurusan jualan online.
Website jenis ini orang panggil web e-commerce.

Bagi anda yang tiada kemahiran untuk buat web e-commerce, saya cadangkan anda guna platform berbayar seperti Shopify.
Shopify adalah syarikat penyedia e-commerce dari Kanada yang sangat terkenal dikalangan pemain dropship e-commerce antarabangsa.
Kenapa saya suka Shopify?
Sebab ia sangat mudah dan mesra pengguna.
Dalam masa 30 minit pun anda boleh siapkan satu web e-commerce yang professional.
Lengkap dengan sistem pengurusan jualan dan pemasaran online.

Tapi kalau anda ada modal atau ada kemahiran teknikal, anda boleh upah orang.
Kebiasannya satu web e-commerce berharga RM 1500 dan keatas, bergantung kepada berapa jumlah produk dan kerumitan fungsi yang anda inginkan.
Saya sangat sarankan anda cuba dahulu.
Anda boleh dapatkan akses percuma selama 14 hari disini.
Baca juga : Cara Mudah Buat Website E-commerce Sendiri (Updated 2020)
Langkah 5 : Promote kedai dan produk anda pada audien sasaran.
Dah siap kedai e-commerce anda? Cun!
Sekarang dah tiba masa untuk anda ‘tarik’ orang masuk kedai anda.
Anda pelbagai strategi dan taktik pemasaran yang anda boleh guna secara online.
Tapi sebagai permulaan, saya nak anda fokus kepada platform pengiklanan berbayar dari Facebook.

Kenapa Facebook?
Sebab kemudahan pengiklanan dari Facebook sangat efektif dan mesra pengguna.
Dengan pangkalan data pengguna yang sangat besar, boleh dikatakan hampir semua jenis manusia ada disitu.
Dan dari situ, anda boleh paparkan iklan kepada orang-orang yang anda inginkan dengan lebih tepat, pantas, dan jika anda mahir, sangat menguntungkan.
Namun begitu, disebabkan terlalu ramai yang beriklan dan berniaga online sekarang, anda perlukan sedikit kemahiran dan kreativiti untuk jadikan kempen pemasaran anda berjaya.
Oleh sebab itu anda pergi belajar bagaimana untuk buat.
Facebook juga ada sediakan program percuma untuk anda belajar tentang pengiklanan di Facebook. Anda boleh search Facebook Blueprint untuk maklumat lanjut.

Tapi, percayalah, ia tidak sesusah mana bila anda dah mula belajar dan buat.
Kalau nak belajar macam mana saya dan student saya buat Facebook Ads untuk store eCommerce, boleh klik link dibawah.
Baca Juga : Cara Buat FB Ads Yang Ideal & Berkesan Untuk Bisnes Ecommerce
Langkah 6 : Mudahkan pelanggan untuk berhubung dengan anda
Last but not least, pastikan anda sediakan tempat untuk bakal pelanggan, ataupun pelanggan berhubung dengan anda.
Saya tengok di Malaysia, kebanyakan pembeli lebih gemar untuk chat dahulu dengan penjual sebelum buat keputusan membeli.
Kadang-kadang benda yang ditanya semua dah ditulis, tapi masih nak bertanya.
Pelikkan?
Sebenarnya, mereka bukan tak faham atau tak baca apa yang anda tulis, tapi mereka sebenarnya tak percaya lagi dengan anda.
Oleh sebab itu, anda perlu mudahkan mereka untuk berhubung dengan anda.
Jika anda buat web e-commerce, anda pastikan ada fungsi chatting.
Ada banyak apps atau plugin web e-commerce anda boleh gunakan.

Macam saya guna platform Shopify, saya akan enable fungsi Messenger Chat di kedai online saya.
Dan paling best, mereka juga boleh terus buat pembelian dari dalam messenger itu sendiri.
Menarik kan?
Kesimpulan Panduan Mudah Mula Bisnes Dropship Online (Edisi 2020)
Amacam?
Ada rasa macam semangat sikit tak nak buat bisnes dropship online ni?
Saya tulis ni memang nak bantu anda. Tapi anda perlu bantu diri sendiri dengan TAKE ACTION.
Buat hari ini. Kalau boleh buat sekarang!
Gunakan artikel saya ini sebagai panduan.
Lepas dah study make sure buat. Dan saya yakin kalau anda buat tindakan pantas, hasilnya pasti pantas.
Jangan takut untuk gagal. Sebab gagal itu adalah proses untuk berjaya.
Akhir kata, saya doakan urusan anda dipermudahkan.
Dan jangan lupa doakan saya sekali okay?
Anda ada apa-apa soalan nak tanya tentang bisnes dropship?
Drop soalan, dan pendapat anda diruangan komen dibawah.