fbpx

Cara Buat FB Ads Yang Ideal & Berkesan Untuk Bisnes E-commerce (Latest 2020)

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter

Kebanyakan usahawan bisnes online masih ramai tidak yakin untuk gunakan e-commerce dalam membuat jualan di internet.

Dan alasan yang rata-rata saya terima adalah mereka tidak tahu cara untuk buat pemasaran dan pengiklanan online yang efektif, dalam mencari pelanggan yang ingin membeli melalui e-commerce.

Sebenarnya tak susah pun jika tahu caranya.

Kalau anda salah seorang yang mempunyai masalah tersebut, artikel ini sangat sesuai untuk anda.

Teruskan membaca sebab kali ini saya akan tunjukkan cara dan strategi untuk buat jualan dengan menggunakan platform pengiklanan online paling popular di dunia, iaitu Facebook Ads (FB Ads)

Cara buat FB Ads yang bakal dikongsikan ini adalah strategi yang saya sendiri guna untuk run semua kedai e-commerce saya.

Tanpa buang masa, jom kita mula.

Baca juga : Checklist Penting Sebelum Anda Run Kempen FB Ads Untuk Bisnes eCommerce

Asas Sales Funnel E-commerce

Bila kita menjual nak tak nak, kena faham apa itu sales funnel.

Funnel ni dalam bahasa mudah untuk faham adalah proses atau perjalanan.

Jadi bila kita sebut sales funnel, maksudnya kita sedang bincang tentang perjalanan atau proses yang perlu dilalui oleh seseorang dari mula sehingga menjadi pelanggan.

Sales funnel ini ada di mana-mana.

Malah bisnes offline dari jenama terkenal seperti Mcdonalds, Starbucks, Samsung, Apple dan lain-lain, mempunyai funnel mereka sendiri untuk mendapatkan pelanggan.

Kini, ia menjadi satu ilmu dan skill penting pada bisnes online seperti e-commerce.

Sebenarnya, untuk bisnes menggunakan e-commerce ada pelbagai strategi dan taktik sales funnel yang boleh digunakan.

Cuma, untuk jadi master dalam membina sales funnel sendiri, anda perlu master asasnya dahulu.

Funnel asas untuk e-commerce adalah seperti berikut.

cara buat fb ads untuk ecommerce
Facebook Ads Conversion/ Sales Funnel

Ia bermula dengan mencari dan memasukkan traffik audience yang disasarkan ke dalam sales funnel.

Traffik boleh dapat melalui pelbagai sumber.

Boleh jadi melalui word of mouth, buka booth, google search, sosial media dan banyak lagi.

Cuma dalam konteks ini, saya gunakan Facebook Ads sebagai sumber trafik utama.

Selepas trafik anda dah setel, anda perlu bawa mereka ini ke satu laman jualan atau sales page.

Untuk e-commerce, kebiasaannya sales page adalah product page itu sendiri.

Dalam ramai-ramai orang klik dan tengok product page anda, kemungkinan ada beberapa percent akan berminat untuk buat pembelian dan pergi ke ‘Add to Cart’.

Dan dalam jumlah yang ‘Add to Cart’, hanya beberapa peratus sahaja yang akan membuat pembelian (Purchase) selepas kali pertama melihat product page anda.

Anda nampak tak flow dia macam mana?

Makin lama makin sikit orang yang proceed setiap level funnel tersebut.

Takpe tengok diagram funnel dibawah.

corong jualan fb ads ecommerce
Average E-commerce Conversion Rate

Melalui diagram ini, anda boleh lihat dari 100 orang yang masuk ke kedai anda, bukan semua yang membeli.

Jika dilihat pada research yang dilakukan oleh Smart Insights, hanya 3.3% sahaja orang yang buat pembelian selepas singgah ke kedai anda.

Sikit? Itu hakikatnya.
Untung atau rugi? Itu subjektif.

So far boleh faham ke simple explanation saya tentang funnel?

Teruskan membaca sebab di akhir artikel ini anda akan tahu cara buat fb ads untuk tingkatkan conversion (jualan) bisnes ecommerce anda.

4 Jenis Kempen Wajib

Ada 4 jenis kempen wajib yang selalu saya guna bila saya guna FB Ads untuk buat sales.

Dan so far, result yang saya dapat sangat konsisten dan lebih dari nilai conversion rate standard 3.3% seperti saya explain tadi.

4 kempen tersebut adalah:

  • Audience 
  • Acquisition
  • Reminder
  • Loyalty

Semua kempen-kempen ini saya run secara serentak dalam satu masa.

Perlu diingat walaupun ia berjalan serentak, audience yang melihat iklan-iklan Facebook saya adalah berbeza mengikut level yang mereka dah lalu dalam funnel tersebut.

Okay. Sekarang saya nak cerita lebih detail tentang kempen-kempen tersebut.

Tapi tunggu kejap, make sure anda dah register daftar dan setup dengan betul sebelum mula buat FB Ads.

Boleh rujuk video-video yang saya sediakan bawah ni.

Video 1 : Cara daftar akaun FB Business Manager.

Video 2 : Cara buat FB page untuk bisnes.

Video 3 : Cara buat akaun FB Ads Untuk Bisnes

Okay. Itu setup penting yang anda kene buat.

Sekarang saya nak cerita strategi dan cara buat kempen fb ads supaya anda dapat buat jualan dengan baik untuk bisnes ecommerce anda.

Kempen #1 : Audience

Kempen audience adalah satu kempen dimana saya buat bertujuan hanya untuk mencari dan membina audience sasaran (seed audience).

Cara nak buat pada peringkat ini adalah dengan menggunakan objective iklan Engagement, Traffic atau Video Views.

Boleh je nak pakai objective lain, tapi ini cara saya.

Kalau banyak duit boleh buat semua jenis objective untuk kempen audience ni.

Contoh iklan ini yang anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan FB Post, Video atau Blog Post.

Gunakan konten yang mampu menarik perhatian dan minat audien sasaran anda.

Cadangan saya, buat satu konten yang bermanfaat untuk mereka.

Tujuannya adalah untuk menapis dan mengumpul sebanyak mungkin prospek yang mungkin berminat pada produk atau solution yang bakal anda tawarkan.

Contoh jika anda jual produk fitness, anda boleh keluarkan konten dan info yang bermanfaat untuk audience anda.

Lihat contoh dibawah.

Boleh juga gunakan blog post atau artikel untuk run kempen audience dan filter audience yang tepat untuk bisnes anda

Dan konten tersebut anda jadikan sebagai iklan.

Lepas iklan dah berjalan, anda perlu buat Custom Audience untuk orang-orang yang dah baca content anda.

Jika anda keluarkan konten dalam bentuk blog post, anda boleh pilih Custom Audience kategori Website Traffic, dan letakkan URL blog post tersebut dalam akaun FB ads anda.

Dengan cara ini, Facebook akan kumpulkan orang-orang yang baca konten anda dalam satu kumpulan audience yang baru.

Saya cadangkan anda run berterusan sehingga anda dapat jumlah audien kumpulan tersebut sekurang-kurangnya 100 orang. Paling baik 1000.

Jika dah lebih 100, anda perlu gunakan custom audience yang anda buat tadi, dan expand kepada lookalike audience.

Tujuan saya expand kepada lookalike audience adalah saya nak Facebook cari seramai mungkin orang yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan seed audience saya (audience yang engage dengan konten saya)

Lihat contoh dibawah:

Biasanya saya akan expand audience saya dengan kepada 10 lookalike audience.

Saya akan buat multiple split 1% sehingga 10%.

Lihat contoh dibawah.

Lepas anda dah create semua lookalike audience tersebut, Facebook akan ambil masa beberapa minit untuk populate data tersebut.

Jika semuanya selesai, anda boleh proceed kepada fasa Acquisition.

Kempen #2 : Acquisition

Fasa Acquistion adalah fasa dimana kita buat iklan Facebook khusus untuk mendapatkan jualan.

Dalam fasa ini, kita akan guna satu objektif iklan sahaja iaitu Conversion.

Jenis kreatif yang akan kita gunakan pula adalah jenis video.

By far, iklan jenis video adalah yang terbaik dalam menghasilkan jualan dengan efektif dan murah.

Untuk bermula, anda perlu buat satu campaign baru, pilih conversion sebagai objektif dan terus ke bahagian adset.

Dalam bahagian adset, anda perlu set pada siapa iklan anda akan dipaparkan, di mana ia akan dipaparkan, dan juga berapa bajet iklan yang anda ingin belanjakan.

Ingat tak dalam fasa audience, kita ada buat iklan dan cari targeted audience melalui Lookalike Audience?

Kalau ingat, bagus.

Sebab dalam fasa Acquisition, anda perlu gunakan lookalike audience tersebut sebagai audien sasaran anda.

Bajet pula terpulang pada anda.

Saya biasa run iklan hanya dalam lingkungan RM10 hingga RM 30 untuk fasa awal (bergantung pada berapa besar potential audience anda).

Setting-setting lain dalam adset semua biarkan seperti sedia ada. Placement juga biar All Placement.

Biar Facebook sendiri cari dan paparkan iklan pada orang yang berpotensi untuk membeli dari kedai ecommerce kita.

Dibawah adalah contoh kreatif yang boleh anda apply dalam fasa Acquisition.

Contoh Iklan Kempen Acquisition Menggunakan Video

Lepas dah setel semua, biarkan ads anda run sekurang-kurangnya 7 hari untuk dapatkan data iklan yang lebih strong dari Facebook.

So far boleh follow?

Kempen #3 : Reminder

Kempen reminder bagi saya adalah kempen yang sangat penting bagi pemain e-commerce.

Macam yang saya cerita di awal artikel ini, conversion purata store e-commerce untuk first time visitors adalah pada kadar 3.3%.

Melalui kempen reminder, atau setengah sifu panggil kempen retargetting ini, ia boleh bantu anda tingkatkan conversion store e-commerce anda lebih dari biasa.

Konsep Retargetting akan buatkan pelawat melihat iklan untuk produk yang mereka lihat dalam store anda di Facebook.

Untuk buat kempen macam ni mudah je sebenarnya.

Anda hanya perlu paparkan iklan pada orang yang sudah menunjukkan minat untuk membeli dari anda.

Antara orang yang biasa saya ‘tembak’ kempen reminder adalah:

  • Orang yang visit product page tapi tidak ‘Add to Cart’.(ATC)
  • Orang yang visit product page, dan klik ‘Add to Cart’ (ATC), tapi tak buat Payment (PURCHASE)
  • Semua orang yang visit store (ALL WEB VISITORS)

Cuma untuk newbie, dan yang tak banyak bajet iklan, cukup sekadar anda tembak iklan pada golongan kedua, iaitu yang dah ATC tapi belum PURCHASE.

Macam biasa sebelum anda boleh run iklan pada mereka, anda perlu create satu Custom Audience.

Lepas dah selesai, anda run iklan menggunakan objektif Conversions, dan target pada Custom Audience tersebut.

Anda boleh gunakan ayat yang memberi urgency pada mereka.

Boleh juga gunakan insentif supaya mereka lakukan tindakan segera untuk pembayaran.

Contoh iklan reminder yang anda boleh tiru adalah seperti dibawah.

Iklan ini target pada orang yang abandoned cart. Iklan ini meletakkan special offer dan urgency untuk naikkan conversion rate kedai ecom mereka.

Tapi kalau anda malas, anda guna saja iklan yang anda buat pada fasa ke-2 sebelum ini.

Kempen #4 : Loyalty

Fasa terakhir adalah fasa loyalty.

Fasa ini direka untuk galakkan pembelian berulang dari existing customer.

Kira macam upsell, crossell, atau downsell la jugak.

Cuma dalam situasi ini, saya gunakan Facebook Ads untuk bantu saya dapatkan kembali orang yang pernah beli dari saya.

Untuk kempen loyalty, orang yang anda perlu target adalah orang yang pernah buat pembelian dari anda.

Macam biasa, buat custom audience untuk orang yang purchase.

Contoh seperti dibawah.

Iklan untuk kempen ini simple je.

Just bagitahu yang kita nak reward mereka dengan special offer sebab pernah jadi customer kita.

Cuma kali ni kita promote produk lain pulak.

Contoh iklan adalah seperti dibawah.

Contoh iklan untuk buatkan pembeli mereka buat lagi pembelian untuk produk berbeza pula.

Kempen loyalty tak perlu letak bajet banyak.

Letak dalam RM 5 cukup. (bergantung pada size audience pembeli anda)

Objektif campaign pula biasa saya guna pelbagai, tapi biasa saya akan guna Engagement, Traffic, Video Views atau Conversion.

Itu saja.

Simple kan?

Kesimpulan Cara Buat FB Ads Yang Ideal & Berkesan Untuk Bisnes E-commerce

Strategi dan cara buat fb ads untuk bisnes ecommerce yang saya kongsikan ini adalah strategi asas tapi sangat berkesan untuk anda cuba.

Tak dinafikan memang ada banyak strategi yang canggih-canggih, tapi untuk newbie, cukup anda master asas ini dulu.

Nanti dah hebat, anda boleh adjust, improve dan sesuaikan dengan model bisnes dan produk anda.

Itu saja untuk kali ini.

Kalau rasa nak go deep dan explaination lebih details dalam bentuk video, boleh tengok playlist lengkap kat bawah ni untuk course FB Ads saya.

Dalam tu saya cerita A-to-Z cara buat FB Ads yang berkesan dan bantu student saya buat jualan 6 angka setahun.

Please appreciate content premium saya bagi dan apply terus. Ini content berbayar yang saya telah release dan beri secara PERCUMA.

Just KLIK GAMBAR dibawah untuk akses segera.

Anda ada apa-apa nak tanya?

Kongsikan soalan, dan pendapat anda diruangan komen dibawah.

21 thoughts on “Cara Buat FB Ads Yang Ideal & Berkesan Untuk Bisnes E-commerce (Latest 2020)”

  1. Artikel jenis ‘how to’ yang sangat mantap sebab topik berat berjaya disampaikan dalam bahasa yang santai.

    Sangat recommend untuk orang yang nak belajar teknikal, taktik dan strategi digital marketing untuk subscribe Dropship Kartel.

    Moga maju jaya!

  2. Assalam tn. Sy ada bbrp soalan.

    1) Utk keempat2 campaign ni, tn terus jalankan serentak atau utk permulaan kena start dgn objective engagement dulu utk create custom audience dan lookalike audience? And then baru proceed dgn objective campaign conversion menggunakan custom dan lookalike audience tersebut. Ataupun tn terus serentak keempat2 objevtive campaign?

    2) Brp bajet yg tn biasa guna utk satu2 campaign utk dropshipping international market especially US?

    3) Tn galakkan guna CBO atau ABO?

    Terima kasih…

    1. 1. mula2 cari seed audience dulu. then Custom audience dah ready baru semua jalan serentak.

      2. saya mula dengan 5 usd. lepas tu scale pelan2.

      3. Saya sekarang pakai CBO untuk testing. kalau scale pakai ABO.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK kami HANTAR KONTEN TERUS KE INBOX ANDA?

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship.
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

Dapatkan Update Konten Premium Terus Ke Inbox Anda

Setiap Minggu Saya Akan Hantar Konten Terbaik Saya Untuk Bantu Anda Meroket Dalam Bisnes Dropship eCommerce
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

JOM JOIN KOMUNITI DROPSHIP KARTEL

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship.

Masukkan nama & email aktif anda untuk join komuniti kami sekarang!

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

[FREE MASTERCLASS]

Nak Belajar Cara Buat Bisnes Online Dengan E-commerce Dropshipping?

Dalam panduan video percuma ini, anda boleh belajar Step-by-step cara untuk mulakan bisnes online dropship dengan berkesan.

Takpe saya dah pandai. Terima kasih.
Scroll to Top