Sekarang ni ramai betul peniaga yang gunakan video sebagai medium pemasaran.
Pengguna di platform untuk video seperti YouTube, Facebok, Instagram dan TikTok juga makin bertambah setiap hari.
Tidak dapat tidak, video pemasaran menjadi salah satu strategi wajib yang perlu diguna oleh semua orang bisnes.
Dalam artikel ini, saya akan dedahkan kepentingan video pemasaran untuk bisnes dan jenis video yang boleh dibuat.
KEHEBATAN VIDEO PEMASARAN UNTUK BISNES ECOMMERCE ANDA.
‘When it comes to marketing, it helps when people actually want to hear from you.‘
– Lupa siapa cakap-
Jika diberi pilihan antara gambar dan video, audien lebih sukakan video.
Menurut kajian oleh Slidely, 44% pengguna media sosial menonton lebih daripada 5 buah rakaman video pada setiap hari.
Ini jelas menunjukkan bahawa video pemasaran ialah peluang yang sangat besar untuk direbut oleh orang bisnes.
Video pemasaran bukan sahaja bagus untuk tarik perhatian customer dan memberi hiburan kepada mereka.
Malah, melalui video ini juga anda sebagai orang bisnes boleh kenal pasti audien sasaran dengan melihat views dan klik mereka.
90% daripada pengguna media sosial mengatakan video sangat membantu mereka dalam membuat pilihan semasa shopping.
Daripada jumlah itu, 64% memilih untuk membuat pembelian.
Menurut HubSpot Research, pengguna media sosial lebih sukakan rakaman video berkualiti ‘rendah’ dan tulen berbanding video yang berkualiti tinggi tetapi nampak seperti fake.
Jadi sebenarnya nak buat rakaman video pemasaran mudah sahaja, terutamanya untuk dropshipper yang baru nak mula ni.
Nak mula, anda tak perlu modal besar pun. Anda boleh membuat rakaman video HD menggunakan smartfon sahaja.
13 JENIS VIDEO PEMASARAN YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK BISNES ECOMMERCE ANDA.
Sebelum anda memulakan sesuatu rakaman, buat survey untuk tahu jenis video yang sesuai.
Brand Video
Video jenis ini diguna pakai secara meluas dalam membuat kempen dan create awareness.
Ia juga membantu meningkatkan trafik.
Ia menceritakan personaliti, budaya, misi, visi, produk dan juga servis.
Explainer Video
Video ini dirakam untuk jelaskan fungsi produk dan kelebihan yang pelanggan dapat daripada produk anda.
Event Video
Kalau anda ada join mana-mana event, buat rakaman semasa menghadiri majlis tersebut.
Rakam dan ceritakan pengalaman anda.
Live Video
Anda juga boleh guna fungsi Live di social network yang popular seperti Youtube, Instagram, Facebook dan Twitter. Percuma saja. Manfaatkan peluang ini!
Antara kelebihannya, anda berpeluang untuk tingkatkan engagement. Viewers sanggup spend masa mereka semata-mata nak menonton video live anda.
Anda boleh berhubung dengan viewers secara langsung.
Anda juga boleh adakan sesi soal jawab, presentation, event dan lain-lain.
Dissapearing Video
Social network yang menawarkan format ini ialah Snapchat, Facebook Stories dan Instagram Stories.
Yang bagusnya, dissapearing video ini boleh create rasa urgency pada audien.
Kalau anda sedang promote produk anda, customer akan rasa nak beli cepat-cepat. Ia kaedah sama yang digunakan oleh Wow Shop.
Educational or How-To Videos
Video jenis ini juga sangat popular.
Ia digunakan untuk mendidik audien tentang produk anda.
Ia juga dibuat untuk tingkatkan trust antara pelanggan dan penjual.
Demo Videos
Video jenis ini dibuat untuk pamer produk anda.
Ada seorang explainer yang akan kenalkan produk anda secara terperinci.
Explainer tersebut akan highlight kelebihan produk dan servis anda.
Ada call-to-action supaya customer membuat pembelian.
Expert Interviews
Dalam video ini, anda membuat sesi temu bual bersama pakar atau influencer.
Customer sangat sukakan video jenis ini.
Video jenis ini berpotensi untuk ketengahkan bisnes anda dengan lebih meluas.
Customer juga lebih percayakan anda kerana ada proof daripada tetamu temu bual tadi.
Personalized Message
Semasa berurusan dengan potential buyers, rakaman video adalah satu cara yang bijak semasa berinteraksi dengan mereka.
Dikatakan bahawa personalized message ini lebih berkesan berbanding standard email response.
Ia juga boleh tingkatkan kepercayaan dan kesetiaan customer terhadap produk anda.
Mengikut laman web Oberlo, mereka cadangkan supaya anda menggunakan aplikasi Loom untuk merakam mesej ringkas.
Case Study and Customer Testimonial Videos
Video jenis ini sangat bagus untuk tambah bukti sosial.
Pelanggan juga tertarik untuk klik pautan yang anda sediakan.
Targeted customer perlu tahu bahawa produk anda adalah pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka.
Produk anda juga dipamerkan dalam video ini. Sambil-sambil itu boleh bina trust.
Animated Videos
Animasi adalah tool yang baik untuk pemasaran.
Kadang-kadang kita susah nak faham fungsi sesuatu produk itu jika tiada gambaran.
Jadi, gunakan khidmat pelukis untuk melakar animasi yang menarik dan pada masa yang sama mendidik pengguna.
CARA BUAT VIDEO PEMASARAN UNTUK BISNES ECOMMERCE
Okey, tadi kita sudah lihat jenis-jenis video yang boleh dibuat dan sesuai untuk bisnes. Sekarang kita lihat pula langkah mudah yang perlu anda lakukan.
Langkah 1: Pilih Audien Sasaran
Sebelum membuat rakaman, pastikan anda kenal dahulu segmen pelanggan. Cari betul-betul. Apabila sudah kenal pasti, lagi senang anda nak pilih format video dan sediakan konten.
Mari lihat contoh konten video oleh Oberlo.
Jika anda lihat konten di YouTube Oberlo, setiap video jelas mempunyai audien sasaran yang jelas.

Gambar 1: Video disediakan untuk audien yang tidak tahu maksud dropshipping dan minat untuk mempelajarinya.
Gambar 2: Video disediakan untuk audien yang sudah tahu asas dropshipping dan mahu belajar cara menjual pakaian.
Gambar 3: Video yang disediakan untuk audien yang sudah jelas makna dropshipping dan mahu belajar cara set up bisnes.
Langkah 2: Tahu Apa yang Anda Mahu Capai
Apa tujuan anda membuat rakaman video?
Nak tingkatkan brand awareness? Tambah sales? Atau trafik?
Apa sahaja tujuan anda, pastikan ia benar-benar jelas.
Langkah 3: Kira Bajet Anda
Sebelum mulakan rakaman video, buat kira-kira dahulu. Kos apa yang perlu dibayar?
- Jurugambar dan editor
- Alat-alat elektronik
- Pengangkutan
- Sewa hotel
- Iklan
Dan pastikan anda guna lighting yang sesuai dan elok. Barulah hasilnya cantik dan dapat memikat hati audien.
Langkah 4: Pilih Jenis Video dan Konsep
Anda sudah kenal pasti audien sasaran dan tujuan video pemasaran anda.
Now, it’s time to be creative!
Sebaiknya, anda sediakan dahulu skrip sebelum membuat rakaman supaya anda perlu edit banyak kali dan video lebih smooth.
Untuk video live, anda boleh tulis point penting atas kertas kecil.
Langkah 5: Pilih Platform Untuk Terbitkan Video
Antara platform yang hot:
- YouTube
- Website
- Vimeo
- Snapchat Stories
Seeloknya, anda fokus pada satu platform dahulu. Bila dah okey, boleh mula fikir untuk buat pemasaran di platform lain pula.
Langkah 6: Kenal Pasti Kelebihan dan Kelemahan
Kenal pasti kelebihan dan kekurangan yang ada.
Pastikan anda buat penambahbaikan pada rakaman video yang seterusnya.
Jika anda sunting sendiri, mungkin ada kelemahan.
Tetapi, jangan risau. Anda boleh minimakannya.
Contohnya, stick hanya pada satu dan dua angle sahaja.
Usah terlalu banyak sehingga nampak sisi tidak profesional.
Langkah 7: Adakah Video Menepati Sasaran Anda?
Ini poin yang penting. Seperti yang saya terangkan di atas, kenal pasti tujuan anda membuat video.
Jika tujuan anda adalah untuk brand awareness, maka views, likes dan shares yang diperlukan.
KESIMPULAN KEPENTINGAN DAN CARA BUAT VIDEO PEMASARAN UNTUK BISNES ECOMMERCE
Kesimpulannya, dalam membuat Pemasaran, kaji dan pastikan dahulu tujuannya apa.
Kemudian, buat improvement di lain masa sekiranya tidak menepati piawaian anda.
Jika anda mahu apa-apa bantuan atau ada persoalan yang mahu diajukan, tanya di ruangan komen di bawah ya.
Saya akan reply secepat mungkin.