Dah selesai ke tu kemelut politik yang melanda negara kita dalam tahun 2020 ni?
Heheh, lain macam jer ayat mukadimah saya kali ni. Nampak sangat banyak tengok Astro Awani 2-3 hari ni. Apa-apa pun, kita dah pun ada Perdana Menteri baru, kerajaan baru dan masa depan Malaysia yang baru.

Sekarang kita sambung balik perkongsian pasal bisnes e-Commerce, hehe.
Tak dinafikan, halaman produk adalah halaman yang paling penting dalam kedai online e-Commerce. Bukan homepage, bukan blog. Sebab halaman produk adalah halaman pertama yang prospek akan lawat lepas klik iklan anda.
Tapi, halaman produk bukan satu-satunya halaman yang wajib ada dalam kedai online. Ada lagi beberapa halaman lain yang penting. Dan halaman-halaman ni kita kena susun elok-elok dalam navigation menus kedai online kita.
Apa Fungsi Navigation Menus Dalam Kedai Online?
Sama macam department produk tertentu dalam supermaket Mydin, navigation menus dalam kedai online e-Commerce juga memudahkan prospek mencari produk tertentu atau info tertentu berkaitan bisnes anda.
Untuk kedai online jenis specialty store atau one-product store, navigation menus membantu untuk tingkatkan trust dan tingkatkan peluang membuat jualan.
Macam mana navigation menus boleh membantu tingkatkan trust dan tingkatkan peluang membuat jualan?
Prospek yang masuk ke halaman produk dan berminat nak beli produk yang anda jual, mungkin masih ragu-ragu samaada nak beli secara online atau tak. Macam-macam persoalan akan timbul. Lebih-lebih lagi kalau baru jer jumpa kedai online anda tu.

Diorang beli dengan siapa?
Diorang bayar online kepada siapa?
Apa nama syarikat?
Macam mana nak hubungi kalau barang lambat sampai?
Kat mana nak semak tracking number?
Apa nak buat kalau barang yang sampai tu rosak?
Jadi, navigation menus ni lah yang akan memudahkan prospek tu mencari info-info yang dapat menjawab persoalan diorang tu. Anda kena sediakan beberapa halaman lain dalam navigation menus ni.
Dengan cara ni, anda boleh hilangkan keraguan prospek, tingkatkan trust dan tingkatkan peluang membuat jualan.
8 Halaman Wajib Ada Dalam Web E-commerce Anda!
Sebelum kita pergi ke cara nak susun navigation menus dalam kedai online e-Commerce, saya nak terangkan dulu 8 halaman (Pages) wajib ada dalam sesebuah kedai online. Sebabnya, fungsi navigation menus adalah untuk guide prospek yang mencari 8 halaman penting ni.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya bahagikan 8 halaman tu kepada 2 kategori iaitu Store Pages dan Legal Pages. Tengok senarai berikut;
Store Pages
- Halaman Produk
- Halaman ‘Track Your Order’
- Halaman ‘About Us’
- Halaman ‘Contact Us’
Legal Pages
- Halaman ‘Shipping Policy’
- Halaman ‘Terms of Service’
- Halaman ‘Privacy Policy’
- Halaman ‘Refund Policy’
Cara Cepat Siapkan 8 Halaman Wajib Ada Dalam Web E-commerce!
Seperti yang kita semua dah tahu, kita mesti bagi lebih tumpuan pada halaman produk. Dalam masa yang sama, kita tak boleh abaikan halaman-halaman yang lain.
Jadi, saya nak tunjukkan kat anda cara cepat nak siapkan halaman yang lain ni supaya anda boleh luangkan lebih masa untuk tambah baik halaman produk nanti.
Kita mulakan dengan halaman-halaman yang paling senang nak buat iaitu halaman Legal Pages.
Kalau anda gunakan platform Shopify seperti yang kami sarankan, anda boleh siapkan halaman ‘Terms of Service’, ‘Privacy Policy’ dan ‘Refund Policy’ dengan beberapa klik sahaja.
Guanakan templates sedia ada dari Shopify dan edit untuk sesuaikan dengan bisnes anda. Pergi ke bahagian Settings kedai online dan klik pada Legal…

Cuma untuk halaman Shipping Policy kita kena buat sendiri. Jangan risau, saya nak tunjukkan kat mana anda boleh dapat template untuk Shipping Policy. Saya sarankan anda baca artikel pasal halaman Shipping Policy dan halaman About Us ni.
Kat situ anda boleh dapatkan template Shipping Policy dan cara nak buat halaman About Us sekali.
Untuk buat halaman Contact Us, pergi ke bahagian Pages pada dashboard akaun Shopify anda, klik butang Add A Page dan gunakan template ‘page.contact’.

Untuk buat halaman ‘Track Your Order’, sama jugak…anda kena buat page baru cuma kali ni guna template ‘page’ sahaja.
Nak tulis apa kat halaman ni? Anda cuma perlu tunjukkan langkah demi langkah macam mana nak semak tracking number.
Untuk siapkan satu halaman produk yang lengkap, saya pernah kongsikan dalam satu artikel sebelum ni. Tak cukup dengan tu, kami tunjukkan jugak secara lebih terperinci dalam video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping.
Kalau anda dah siapkan semua halaman wajib ada ni tadi, barulah kita teruskan dengan cara nak susun navigation menus dalam kedai online…
Cara Susun Navigation Menus Dalam Web E-commerce!
Untuk set up bahagian navigation menus, pergi ke bahagian ‘Navigation’ kat dashboard akaun Shopify anda.

Pastikan anda buat 2 jenis navigation menus iaitu Main Menu dan Footer Menu. Sekarang, anda perlu susun 8 halaman wajib tadi kat bawah dua menu ni. Jom tengok cara saya susun Main Menu dan Footer Menu.
Untuk Main Menu, saya utamakan halaman yang berkait dengan pembelian iaitu halaman produk, halaman ‘Shipping Policy’, halaman ‘Track Your Order’ dan halaman ‘Contact Us’. Ini hasilnya kat bahagian header kedai online nanti…

Untuk Footer Menu, saya masukkan 4 lagi halaman yang lain seperti halaman ‘About Us’, halaman ‘Privacy Policy’, halaman ‘Refund Policy dan halaman ‘Terms Of Service’. Ini hasilnya kat bahagian Footer kedai online nanti…

Sekarang kita dah selesai siapkan 8 halaman wajib dan dah susun navigation menus dalam kedai online kita. Lepas ni, boleh bagi sepenuh tumpuan untuk tambah baik halaman produk, tambah baik iklan dan tambah baik sales funnel bisnes e-Commerce pulak, huhu.
Kesimpulan Cara Susun Navigation Menus Dalam Web E-commerce.
Tujuan saya hasilkan artikel ni ialah supaya anda tak perlu nak berteka-teki apa lagi halaman lain yang anda perlu masukkan kat dalam kedai online anda selain halaman produk.
Ye lah, kalau ada homepage dengan halaman produk jer…tak ke hambar tu?
Selain tu, saya tunjukkan jugak macam mana cara terbaik nak susun navigation menus dalam kedai online jenis specialty store atau one-product store. Follow jer cara yang saya buat tu, tak payah fikir-fikir lagi, huhu.
Dengan adanya perkongsian ni jugak, anda boleh siapkan dan sediakan semua halaman ni dengan cepat dan tumpukan lebih masa untuk optimumkan halaman produk pulak.
Sekarang turn anda pulak untuk kongsikan pendapat anda apa lagi halaman yang perlu ada dalam kedai online. Kongsikan kat bahagian komen!