Pemilihan niche sangat membantu saya dalam bisnes online.
Tak kira lah samaada nak buat bisnes produk fizikal, produk digital atau tawarkan servis sebagai seorang freelancer, bagi saya…pemilihan niche sangat kritikal lebih-lebih lagi untuk usahawan baru.
Saya bersyukur bila dah tahu apa itu niche dan dah finalizekan beberapa niche untuk diri saya sendiri.
Buatkan saya lebih fokus dan tak bazir masa.
Kalau tak, saya akan terus lost tak ada hala tuju dan bazir masa usahakan beberapa idea bisnes yang sebenarnya saya sendiri tak mampu nak handle pun.
Dalam artikel ni, fokus saya adalah nak tunjukkan kat anda macam mana cara cari idea niche bisnes e-Commerce anda yang pertama.
Tapi sebelum tu, saya akan terangkan dulu apa itu niche dan apa kelebihannya untuk usahawan dalam mana-mana bisnes pun.
Apa Itu Niche Dalam Bisnes?
Berdasarkan laman web BigCommerce, niche adalah satu segmen khusus dalam pasaran tertentu.
Anda boleh fahamkan niche sebagai ‘pengkhususan’.
Khusus untuk sesuatu topik tertentu. Khusus untuk minat tertentu. Khusus untuk keperluan tertentu.
Saya akan gunakan laman web Shopee untuk tunjukkan kat anda apa yang dimaksudkan dengan niche atau ‘segmen khusus dalam pasaran tertentu’.
Pada halaman utalam laman web Shopee, kita dapat tengok ada pelbagai kategori produk.

Ada banyak kategori produk dalam laman web Shopee. Contohnya seperti Health & Beauty, Home & Living, Mobile & Gadjets dan Baby & Toys.
Itu adalah contoh beberapa pasaran yang berbeza.
Bila saya klik pada kategori Baby & Toys contohnya, ada banyak kategori kecil yang ada kat dalam kategori Baby & Toys ni.
Contohnya Feeding & Nursing, Maternity Care, Toys & Education, Baby Gear dan banyak lagi.

Itu adalah contoh beberapa segmen khusus dalam pasaran Baby & Toys. Dan itulah contoh ada beberapa niche yang berbeza dalam kategori Baby & Toys.
Setiap Niche Ada Audience Yang Berbeza!
Pada awal artikel ni saya ada nyatakan pemilihan niche sangat kritikal dalam proses usahakan satu bisnes online lebih-lebih lagi untuk usahawan baru.
Saya akan terangkan macam mana niche ni berkait dengan proses lain dalam bisnes online.
Setiap niche ada audience yang berbeza dengan keperluan yang berbeza.
Sebagai contoh, audience untuk niche Maternity Care adalah wanita yang dalam fasa mengandung dan berpantang.
Audience ni perlukan produk-produk tertentu untuk penjagaan semasa fasa ini.
Audience untuk niche Toys & Education adalah ibu bapa yang mencari permainan untuk pendidikan awal bayi diorang.
Audience ni mencari permainan tertentu yang sesuai dengan umur bayi diorang.

Kedua-dua niche tu ada audience yang berbeza. Dan perlukan produk yang berbeza.
Apa impaknya audience yang berbeza dengan keperluan yang berbeza kepada anda sebagai usahawan?
Untuk usahakan satu bisnes, anda perlukan masa untuk study pasal produk, buat kajian pasaran, study pasal pasal interest dan gaya hidup audience tertentu dan hasilkan bahan marketing (copywriting dan video explainer) dengan ayat yang berbeza.
Bayangkan kalau anda nak cuba jual produk dalam niche yang totally jauh berbeza?
Niche Maternity Care dan niche Cat Lovers contohnya.
Berapa banyak masa sangat yang anda ada? Inilah antara punca yang melambatkan proses anda nak berjaya dalam bisnes online.
Sebab tu lah saya nyatakan pemilihan niche sangat kritikal dalam proses usahakan satu bisnes online lebih-lebih lagi untuk usahawan baru.
Kelebihan Pemilihan Niche Untuk Bisnes e-Commerce
Sepanjang pembacaan saya dalam industri bisnes e-Commerce, saya dah jumpa pelbagai pandangan berkaitan dengan niche.
Samaada perlu atau tak, bagus atau tak, nak buat niche store atau general store dan sebagainya.
Bagi saya, niche memang perlu ada dan sangat-sangat membantu usahawan yang baru nak mula buat bisnes e-Commerce.
Berikut adalah beberapa kelebihan pemilihan niche dalam bisnes e-Commerce;
- Jadikan anda LEBIH FOKUS pada bisnes yang anda nak bangunkan. Anda tak akan terikut-ikut dengan orang lain hanya disebabkan sesuatu produk tu viral. Anda tak akan bazir masa cuba nak usahakan macam-macam idea bisnes yang akhirnya satu pun tak hasikan pendapatan.

- Jadikan anda usahawan jenis AUDIENCE- CENTERED dan bukannya product-centered. Anda akan bermula dengal mengenal pasti sesuatu audience dengan masalah atau minat tertentu. Kemudian mencari produk untuk audience tu. Ini lebih baik dan lebih mudah berbanding memilih produk dulu kemudian mencari audience untuk produk tu.
- JIMATKAN MASA DAN TENAGA anda perah otak untuk hasilkan copywriting iklan, copywriting halaman produk dan video explainer produk. Anda dah kenal dengan niche dan audience. Nak ubah produk? Cuma perlu ubah gambar dan ayat sikit-sikit jer. Masih lagi fokus pada audience yang sama.
Cara Cari Idea Niche Untuk Bisnes e-Commerce!
Cara terbaik nak pilih niche untuk buat bisnes e-Commerce ialah pilih niche berkaitan passion (minat) atau hobi kita sendiri.
Sebabnya, kita akan rasa enjoy dan bermotivasi untuk usahakan sesuatu bisnes yang kita suka.

Selain tu, anda sendiri tahu apa produk yang orang cari dalam komuniti passion atau hobi anda tu, anda tahu apa masalah yang dihadapi oleh komuniti tu, apa yang diorang perlukan, macam mana gaya hidup diorang dan macam mana nak communicate dengan diorang melalui copywriting dan video.
Sesetengah orang mungkin tak sedar yang dia ada passion atau hobi tertentu.
Atau sebenarnya dia tak tahu nak describe apa nama passion dan hobi dia tu. Jadi, untuk bantu anda…saya sarankan anda pergi ke artikel 150+ Hobby Ideas ni.

Ambil masa untuk go-through satu per satu senarai hobi yang ada dalam artikel tu.
Senaraikan atas kertas (atau Word dokumen) setiap passion atau hobi yang dekat dengan jiwa anda.
Setiap senarai hobi tu sebenarnya anda boleh jadikan niche untuk bisnes e-Commerce anda.
Kemudian, finalizekan dan susun niche tu mengikut keutamaan berdasarkan tahap ilmu, minat, skill dan pengalaman yang anda ada untuk niche tu.
Itulah senarai niche yang anda akan gunakan untuk bisnes e-Commerce anda pada masa akan datang.
Kesimpulan Cari Idea Niche Untuk Bisnes e-Commerce
Dalam artikel ni saya dah terangkan kat anda apa itu niche, macam mana niche memberi impak pada proses lain dalam mana-mana bisnes online pun, kelebihan ada niche dalam bisnes e-Commerce dan macam mana nak cari idea niche untuk bisnes e-Commerce anda.
Cara terbaik nak pilih niche untuk buat bisnes e-Commerce ialah pilih niche berkaitan passion (minat) atau hobi kita sendiri.
Semoga dengan sedikit panduan dalam artikel ni, dapat jadikan anda usahawan yang lebih fokus, audience-centered dan dapat jimatkan masa dan tenaga anda usahakan satu bisnes e-Commerce dalam tahun 2020 ni.