Antara alasan yang saya saya seringkali dengar dari bakal peniaga online bila nak start buat bisnes dropship ecommerce adalah mereka tak tahu nak jual produk apa.
Soalan ini bukan saja ditanya mengenai bisnes dropship, malahan juga untuk bisnes ecommerce. Nak jual apa? Tak tahu apa yang sesuai untuk dijual
Dari pemerhatian saya, soalan ini seringkali muncul sebab tak tahu cara untuk cari produk dropship apa yang hot dan ada potensi untuk dipromote.
Betul tak?
Sebenarnya tak susah mana pun nak cari. Dengan lambakan tools, teknologi dan capaian internet, anda boleh carinya dengan mudah sebenarnya.
Kalau anda salah seorang yang berdepan masalah ni, anda boleh teruskan baca artikel ni.
Dalam artikel ni saya akan tunjuk strategi, dan teknik yang telah saya dan student saya buat untuk mencari produk dropship yang hot dan berpotensi, untuk dijual dalam store ecommerce masing-masing.
Strategi dan teknik rahsia ni lah yang bantu ramai student saya buat duit 6 angka setahun.
Teruskan baca kalau nak tahu.
APA ITU BISNES DROPSHIP?
Dropship ni actually satu term dalam bidang rantaian pembekalan (supply chain). Cuma term ni sekarang lebih popular dan merujuk kepada salah satu bisnes model online sekarang.
So bila someone cakap dia buat bisnes dropship, ia merujuk kepada bisnes model ‘dropshipping’.
Macam mana konsep dropshipping ni?
Konsep dropshipping ni saya ada cerita dalam artikel lain, tapi saya terangkan secara ringkas lagi sekali kat sini.
Untuk mudah faham, bisnes dropshipping ni adalah jenis bisnes trading yang sama macam bisnes trading tradisional yang lain.
Cuma bezanya adalah pada bahagian fulfillment, dan supply chain.
Beza sebab kalau anda buat bisnes online dropshipping ni, anda tak perlu beli stok, simpan stok, packing barang, pergi pos dan sebagainya.
Apa kerja anda perlu buat mostly hanya cari customer untuk beli barang. Which is mainly tertumpu pada sales dan marketing.
Basically ada 3 pihak utama dalam game dropshipping online, iaitu:
- Anda (Merchant/ Retailer)
- Customer
- Pembekal
So konsep dia macam diagram yang saya share ni.

Tugas anda hanya promote.
Then bila ada order, anda pass order pada supplier, dan bayar pada supplier harga anda (harga diskaun)
Lepas anda dah buat payment pada supplier, mereka akan proses dan hantar barang tersebut direct kepada customer anda.
So untung datang dari perbezaan harga diantara harga beli dan harga jual.
Lets say harga anda beli pada supplier RM 10, dan harga anda jual pada customer anda RM 30.
So RM 20 adalah untung anda. As simple as that.
Sama je kan macam bisnes trading yang lain? Cuma beza pada cara pembekalan produk dan fulfillment je.
Dan menariknya, dengan adanya internet dan teknologi, anda boleh jual pada satu dunia, dan anda boleh buat bisnes ni kat mana-mana anda nak.
Setakat ni faham?
Baca juga : Panduan Lengkap Buat Bisnes Dropship eCommerce
DSers : Tool yang sangat bagus untuk bisnes dropshipping anda!
Dengan model bisnes dropship, anda tak perlu risau uruskan tentang stok produk.
But nanti, bila anda dah dapat ‘tune’, dan nak besarkan lagi jualan dan juga bisnes, anda perlu guna tool dropship yang bagus macam DSers.

Dengan fungsi ‘Supplier Optimizer’, anda boleh mencari supplier dropship dengan pantas dan mudah. Ia penting.
Tambahan lagi, tool ni membantu anda untuk jimatkan proses order customer.
Sebabnya DSers mampu uruskan lebih 100+ orders dan fulfillment dekat Aliexpress, dalam masa beberapa saat sahaja.
Tak perlu ada dedicated staff uruskan hal-hal berkaitan fulfillment.
Awesome kan?
Satu lagi benda best pakai DSers ni adalah affiliate program mereka bersama Admitad.
Program ni bantu anda jimatkan banyak kos sebab setiap order yang anda buat, anda akan dapat semula penjimatan dalam bentuk ‘cash back’.
Untuk full features berkenaan tool DSers, anda boleh semak link yang saya dah sediakan.
KENAPA PENTING CARI PRODUK DROPSHIP YANG HOT & BERPOTENSI?
Untuk berjaya dalam bisnes ni, anda perlu ada skill untuk identify, dan promote produk yang betul pada bakal pelanggan.
Dah ramai sangat saya tengok kecundang buat bisnes ni sebab salah pilih produk.
Modal habis banyak dekat marketing, website dan sebagainya. Tapi sales ‘yilek’.
Senang citer, kalau produk takde demand, takde market, memang susah nak go.
Tapi kalau bajet marketing anda unlimited, then its going to be a different story.
Untuk orang biasa-biasa macam kita ni, sumber kita sangat terhad.
Sumber ni macam duit, masa, network, ilmu, skill etc.
That is why skil cari produk dropship ni kene ada supaya kita tak membazir promote produk yang ‘salah’.
CIRI-CIRI PRODUK DROPSHIP YANG HOT & BERPOTENSI
Ada 7 kriteria atau ciri-ciri yang saya selalu lihat bila nak cari produk dropship yang ada potensi. Jom kita lihat satu persatu apa kriteria berikut.
Ada Pesaing
Aik? Produk yang bagus ada pesaing? Bukan lagi susah nak jual ke kalau banyak pesaing.
Yes. Salah satu tanda produk tu hot, ada demand dan winning is when you got active competitors.
Sebab kalau satu produk tu ramai pesaing, or ada pesaing yang strong, it means that diorang tengah buat duit.
So dari situ kita boleh agak, produk tu mesti demand tinggi, dan paling penting, ada market.
Cuma, ada trick dia.
Trick dia adalah jangan la kita jual produk sebijik macam dia.
Contoh dia jual bola warna hijau, kita pun jangan la jual bola warna hijau. Semua sebijik serba serbi.
Jual la produk yang ‘sama tapi tak serupa’.
Cuba cari produk dropship yang ada variasi lain, atau better dari dia. But still serve the same market and at the same kind of people.
Boleh tangkap?
Susah Nak Cari Dekat Kedai Biasa.
Biasanya produk yang ada potensi untuk kita jual sebagai dropshipper is produk tu susah nak jumpa dekat real life or tak jumpa dekat kedai-kedai biasa ni.
Kalau boleh cuba avoid produk yang anda nak jual tu memang senang nak jumpa dekat kedai yang popular.
Contohnya, anda menjual air Milo kotak, tak pun minuman Nescafe.
Ataupun produk anda mudah untuk dijumpai especially dekat kedai serbaneka macam Daiso, EcoShop, MR.DIY.

Memang takde la orang nak beli kat kedai online anda. Dah la kene tunggu pulak tu abg posmen hantar.
Itu contoh extreme la supaya nak bagi anda faham.
Ada Buat Marketing Berbayar.
Satu lagi tanda produk tu hot is bila anda selalu nampak orang promote, atau nak lagi cun, orang tu promote guna iklan berbayar macam Facebook Ads, Google Ads, Tiktok Ads etc.
Itu menandakan diorang buat duit dan produk tu memang orang beli.
Sebab biasanya seller dia tak akan spend duit banyak kat iklan, unless its profitable.
So kalau nampak iklan produk best-best tu, cuba screenshot dan save dalam satu folder supaya mudah untuk anda rujuk nanti bila nak cari produk.
Menyelesaikan Masalah
Biasanya produk yang senang untuk anda jual adalah produk yang boleh selesaikan masalah atau mudahkan hidup seseorang.
Sebab senang kita nak promote dan hit pain point diorang nanti.
Anda pun tahu kalau orang dalam masalah, kesakitan, kesedihan, dia mesti akan aktif cari solution.
So kalau anda ada sesuatu yang bagus untuk offer mereka dan boleh bantu selesaikan masalah mereka, then you may have a good product to sell.
Wow Factor
Wow Factor ni antara elemen terpenting dalam menentukan sesuatu produk dropship tu hot atau tak.
Sekarang terlalu banyak produk yang ada Wow Factor. In fact, setiap hari kilang kat China tu keluar produk yang unik, dan attractive hampir setiap hari.
Contoh macam bola bawah ni.

Bola dia ada Wow Factor, sebab bola ni ‘Glow in The Dark’. Boleh main dalam gelap atau malam2 gitu.
Atau pun macam barang bawah ni.
So barang-barang yang ada elemen Wow Factor ni mmg menarik perhatian dan unik kalau anda promote dalam store dropship ecommerce anda.
Ada Passionate Audience
Kalau anda nak tahu, saya suka jual barang pada market atau audience yang ada minat (passion atau hobi) terhadap satu perkara.
Orang yang dalam market macam ni biasanya obses dengan aktiviti mereka.
So kalau ada produk atau barang best yang boleh fulfill dan satisfy minat mereka, biasanya senang kita nak promote dan jual.
Contoh, kalau anda peminat tegar karakter superhero Marvel, dah tentu anda akan tertarik untuk kumpul barang-barang brand Marvel dan semua karakternya.

Begitu juga kalau anda berminat dengan aktiviti outdoor seperti hiking, masuk hutan sebagainya. Anda mesti akan selalu shopping barang-barang survival, camping, hiking dan outdoor.
Cuma kat sini cabaranya adalah, apa yang anda perlu buat adalah buat research passionate audience mana yang anda nak target, dan cuba tengok berapa besar market tersebut. Especially untuk market Malaysia. Sebab market Malaysia buat masa sekarang agak kecil.
Boleh guna Google Trends untuk estimate market demand based on carian hot.

Kalau untuk market international, hampir semua benda ada orang yang fanatik. Tinggal pilih apa market, dan niche yang kita nak masuk.
Baca juga : Top 10 Niche Yang Evergreen Untuk Bisnes Dropship eCommerce
Tak Complicated & Senang Untuk Orang Faham.
Lagi satu saya tengok ramai orang silap.
Silap sebab jual barang yang terlalu rare, canggih sampaikan susah audience nak faham.
Contoh macam barang ni. Cuba tengok? Agak2 boleh teka barang apa?

Saya pun tak boleh teka kalau sekali tengok.
So sama juga macam audience kita. Kalau diorang confuse, otak dia akan hesitate untuk proceed buat pembelian.
Jangan terlalu fokus nak cari produk dropship yang unik semata-mata.
Nanti kita nak promote dan explain pun susah.
Ada Peluang Untuk Mark Up.
Ini benda penting. Sometimes saya tengok orang buat dropship ni, suka sangat pilih barang yang susah nak untung.
Contoh, jual casing phone atau charging cable.
Benda ni dah terlalu ramai orang jual, dan ramai buang harga.

So peluang kita untuk untung dari produk tersebut sangat tipis.
Kena tengok-tengok juga market dan competitor. Anda kene pakai kebijaksanaan anda sendiri utk menilai.
Dan satu lagi, produk dropship yang anda jual mestilah ada potensi untuk anda markup sekurang-kurangnya sekali ganda atau minimum RM 30.
Sebab?
Sebab anda ada kos marketing untuk promote barang tersebut.
So make sure ada margin yang selesa supaya anda boleh grow.
Ada Access Untuk Dapatkan Supplier Yang Reliable.
Satu hal lagi bila anda dah jumpa few products yang ada potensi tapi supplier pulak tak jumpa.
So anda tak boleh jual barang tersebut.
Especially market Malaysia. Supplier sangat limited.
Tapi kalau anda main market international, memang mudah untuk dapatkan supplier.
With that, make sure anda ada beberapa senarai produk yang berpotensi. Sebab bukan semua ada supplier yang boleh diharap (reliable).
PRODUK YANG ANDA PERLU ELAK JUAL KALAU BARU MULA
Tadi saya dah explain apa kriteria dan ciri-ciri produk dropship yang hot dan berpotensi untuk anda promote dalam store ecommerce anda.
Now, saya nak share apa jenis produk yang anda perlu elak jual sebagai dropshipper.
Saya ada tulis artikel pasal benda ni. Anda boleh baca.
Baca Juga : Jenis Produk Yang Perlu Elak Jual Sebagai Agent Dropship
CARA CARI PRODUK DROPSHIP YANG HOT & BERPOTENSI
Okay tadi saya dah explain tentang kriteria dan ciri-ciri produk dropship yang hot dan berpotensi untuk anda jual dalam store ecommerce dropship anda.
Now, saya nak explain pasal macam mana kita nak buat research untuk tujuan cari produk dropship.
Ada banyak method untuk research. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.
Dan sometimes lain orang lain teknik dia.
Tapi dalam artikel ni saya explain apa yang saya pakai dan ajar pada student saya.
Dah ready? Jom kita mula.
Facebook Graph Search
Melalui Facebook pun kita boleh discover banyak produk dropship yang hot dan trending.
Sebabnya 90 percent dropshipper ecommerce memang gunakan Facebook Ads sebagai platform marketing utama untuk mendapatkan customer.
Salah satu cara untuk discover produk hot melalui Facebook adalah dengan gunakan satu fungsi yang dipanggil Facebook Graph Search.
Dengan guna fungsi anda perlu search berdasarkan keyword.

Keyword yang akan digunakan adalah keyword biasa dari ayat iklan dropshipper lain.
Antara ayat yang anda boleh guna untuk search adalah seperti berikut:
- 50% / 60% Off (or any other percent off)
- Get Yours Now / Here
- Free Shipping
- Get It Here
- Get It Now
- Just Pay Shipping
- Click Link
- Buy Now
- Limited Supply
then nanti akan keluar semua related content yang ada guna keyword tersebut.
Apa perlu anda buat adalah tengok pada bahagian gambar atau video. (Saya suka video)
Then anda boleh nampak semua post video produk-produk best yang dropshipper lain jual.
Content2 tersebut anda boleh save di Facebook atau buat satu senarai dalam Goolge Sheets.
Simpan nama produk dan link halaman website produk tersebut.
Info-info ni anda akan guna nanti. Simpan dulu.
Facebook Ads
Macam saya cakap, mostly dropshipper ecommerce suka guna Facebook sebagai platform marketing utama.
Dan hampir semuanya akan guna iklan berbayar Facebook Ads untuk dapatkan jualan.
Oleh sebab itu, kita boleh ambil kesempatan bagi tujuan research.
Cara dia macam mana?
Mudah.

Anda kena buat aktiviti yang boleh buatkan sistem Facebook identify anda sebagai potential buyer bagi seller-seller ecommerce dropship yang lain.
Untuk itu, anda perlu bagi ‘signal’ pada Facebook supaya lebih banyak iklan-iklan produk ecommerce ni keluar pada anda.
Untuk bagi signal tersebut, anda perlu buat satu aktiviti yang saya panggil fake checkout.
Prosesnya simple.
Macam tadi anda dah ada senarai seller dan website yang jual produk best kan?
Anda pergi balik dekat post Facebook diorang, then masuk ke website ecommerce, dan try berlakon macam nak beli barang.
Buat lah aktiviti seperti Add To Cart sampai Checkout.
Then keluar dari website tersebut.
Buat berulang kali pada website lain.
Dengan cara ini, dalam masa beberapa minit ke beberapa jam, Facebook akan keluarkan banyak iklan produk ecommerce best2.
Apa perlu anda buat adalah Like, Click dan Save iklan tersebut dalam Facebook atau Google Sheets.
Buat benda ni berulang kali.
Even saya pun dah bertahun dalam bidang ni pun masih lagi aktif buat kerja ni. Haha.
Mudah kan?
Facebook Ad library.
Tak tahu anda perasan ke tak yang kita sebenarnya boleh tengok semua iklan yang sedang dijalankan oleh sesuatu bisnes dalam Facebook?
Fungsi itu dipanggil Facebook Ad Library.

Ini pun lubuk emas, sebab kita boleh follow mana brand atau seller dropship yang aktif run ads untuk bisnes diorang.
Kita boleh tengok dan agak produk mana yang tengah ditest, produk mana yang tengah hot, apa ayat iklan diorang pakai dan macam-macam lagi.
Contoh anda pergi ke satu Facebook page nama HygoShop.

Anda boleh pergi ke bahagian Page Transparency, dan click Ad Library.
Then view all.
Dari situ anda boleh tengok banyak iklan yang diorang tengah run untuk satu-satu produk.
Kat sini je pun anda dah boleh dapat banyak idea produk dropship yang hot untuk anda jual.
But of course, anda perlu dah ada senarai page-page yang rajin jual barang dropship melalui ecommerce.
Antara page dan website yang saya selalu follow adalah seperti berikut.
Anda pun boleh buat carian produk ni dekat Google Search.
Untuk Google Search just guna keyword bawah ni.
- Dropship Malaysia
- Dropship Diperlukan
- Dropship Wanted
- Program Dropship Malaysia
- Dropship Agent Malaysia
- Dropship Agent
- Supplier Dropship
- Lubuk Supplier Dropship
Nanti akan keluar banyak independent merchant yang anda boleh jadikan supplier untuk bisnes dropship anda.
Anda boleh contact mereka cakap yang anda berminat untuk jual produk mereka sebagai dropshipper.
Ada yang kenakan yuran, ada yang tidak. Apa pun anda kena tanya dan ikut apa guidelines dan instruction dari mereka.
Online Marketplace
Salah satu tempat boleh discover produk dropship yang hot adalah di dalam online marketplace.
Online marketplace ni banyak sangat.
Kalau kat Malaysia macam Shopee, Lazada, Lelong, Kumoten dan sebagainya.
Kalau overseas memang jangan cakap. Banyak sangat.
Okay. Setiap marketplace dia ada fungsi untuk kita filter based on best selling.
So kita boleh guna fungsi tersebut untuk berikan kita idea barang-barang apa yang hot dan berpotensi untuk store dropship kita.
Dibawah adalah senarai marketplace yang anda boleh consider untuk buat research.
Dan ada some of the marketplace anda siap boleh jadikan supplier.
- Shopee – (Product Research/ Supplier)
- Aliexpress – (Product Research/ Supplier)
- Ebay – (Product Research/ Supplier)
- Kumoten – (Product Research/ Supplier)
- Amazon – (Product Research Only)
- Lelong – (Product Research/ Supplier)
- Lazada – (Product Research/ Supplier)
- SaveValue2u – (Product Research/ Supplier)
- Etsy – (Product Research/ Supplier)
- Wish – (Product Research/ Supplier)
Kalau ada lagi marketplace anda discover, boleh share dekat bahagian komen.
Website Competitor
Kalau tadi anda research melalui website marketplace, kali ni anda boleh guna teknik yang sama untuk research dalam website ecommerce competitor.
Let’s say anda dah ada website-website yang anda rasa barang dia menarik.
Anda boleh pergi ke bahagian ‘Best Selling’ atau ‘Best Seller’.
Dan kalau website tersebut pakai Shopify, anda boleh letak skrip ni dekat bahagian belakang URL website tersebut.
Skrip dia : /collections/all?sort_by=best-selling
Contoh : www.namawebsite.com/collections/all?sort_by=best-selling
So nanti akan keluarlah senarai produk yang best selling dekat kedai diorang.
Kalau jumpa produk yang menarik, then boleh masuk dalam list Google Sheets anda.
Software
Kalau anda jenis pemalas dan jenis busy memanjang macam saya, eloklah guna software untuk percepatkan proses discover produk dropship yang hot.
Kebanyakan software-software ni berbayar, tapi berbaloi la dengan kemudahan yang anda bakal dapat.
Data dan info yang mereka provide pun lebih accurate dan details.
Dan ada software yang bukan sahaja cari produk, tapi boleh carikan kita supplier sekali dan terus import masuk dalam store.
Nak cari website competitor, targeting ads, ayat iklan, gambar dan video pun mereka dah bagi siap-siap untuk kegunaan kita nanti.
Mudah bukan?
Antara software yang bagus, yang anda boleh cuba adalah seperti berikut.
- SaleSource (Favorite Tool Saya)
- EcomLad
- EcomHunt
- NicheScraper
- Sell The Trends
- SaleHoo
- Spocket
- Pexda
Actually list software atas ni semua power-power dan best.
Cuma favourite software dan kerap saya guna adalah SaleSource. Anda boleh cuba dulu selama 3 hari percuma. Klik sini kalau nak cuba.
Kalau ngam boleh terus subscribe untuk dapat fungsi penuh.
Dalam video ni saya ada demo dan review skit tool SaleSource ni macam mana.
KESIMPULAN STRATEGI RAHSIA CARI PRODUK DROPSHIP HOT & BERPOTENSI
Teknik yang saya share ni memang dah proven berulang kali untuk discover produk dropship yang best-best.
Tak kesah apa teknik anda nak pakai, make sure produk yang anda jumpa tu ada follow ciri-ciri produk dropship hot yang saya share, iaitu :
- Ada pesaing
- Tak jumpa dekat kedai biasa
- Ada buat marketing berbayar
- Ada Wow Factor
- Menyelesaikan masalah
- Ada passionate market
- Mudah untuk audience faham.
Tak dapat semua ciri-ciri tersebut pun takpe. At least ada 3 pun dah cukup.
Proses nak cari produk dropship hot ni memang akan take time. Begitu juga dengan saya buat dulu masa mula-mula belajar, boleh dikatakan ambil masa sampai berminggu.
Sekarang sejam pun dah boleh jumpa. Kene practice dan biasakan diri survey produk-produk yang hot untuk anda tarik masuk ke eCommerce anda.
Selain daripada tu, kalau nak result yang cepat dan mudah anda boleh consider pakai tools berbayar macam SaleSource.
Supaya anda boleh launch cepat dan buat profit secepat mungkin.
Cari la produk dropship yang ada potensi dalam 10 ke atas. Listkan dalam Google Sheets.
Then lepas dah setel, anda boleh proceed buat Website eCommerce anda sendiri.
Saya ada sediakan panduan lengkap yang anda boleh buat dalam tempoh sejam.
Baca Juga : Panduan Lengkap Buat Website eCommerce.
Anda ada soalan?
Macam mana cara anda pulak cari produk dropship yang hot?
Share dengan saya dan kawan-kawan lain diruangan komen.