fbpx
10 Tanda Anda Sudah Bersedia Menjadi Seorang Usahawan

10 Tanda Anda Sudah Bersedia Menjadi Seorang Usahawan

Kadang-kadang memang sukar untuk kita memahami isi hati sendiri. Anda sedang membaca artikel ini sekarang, bererti anda sudah ada jawapannya.

Anda mahu menjadi usahawan dan perlukan saya untuk memberitahu bahawa anda tidak akan menyesal dengan keputusan ini. 

Tapi, saya bukannya tukang tilik. Saya tak mampu membaca fikiran anda.

Sebenarnya, anda melakukan perkara yang serupa seperti saya di masa lalu, iaitu sebelum saya berhenti kerja untuk mencapai impian bergelar usahawan.

Jika anda perlukan tepukan semangat, saya sudi berikan.

Ya, saya faham perasaan dipandang rendah oleh orang terdekat.

Ibu bapa dan rakan baik sewenang-wenangnya mengatakan anda sudah tersilap langkah.

Tanpa sedar merekalah yang sebenarnya membuat kesilapan, bukannya anda.

Anda boleh menjalani kehidupan yang anda mahukan.

Jika anda mahu membina bisnes hari ini, hanya anda yang boleh menghalang diri sendiri.

Segala halangan dan duri di sepanjang perjalanan hanya akan membuatkan anda melompat lebih tinggi.

Mungkin anda rasa sesak dan terperangkap dalam dunia kerja sekarang.

Apa yang anda mahu hanyalah kebebasan, untuk menikmati kehidupan sendiri tanpa syarat.

Oleh itu, jom kita semak 10 tanda yang sememangnya anda ditakdirkan menjadi seorang usahawan.

Anda sebenarnya sudah tahu, kan? Mengaku sajalah.

Anda Menganggap Majikan Tidak Berkaliber

Terdapat perbezaan di antara bos dan ketua.

Seorang bos sering memberi arahan bagi tugasan yang perlu dibuat. Manakala seorang ketua memberi peluang kepada anda untuk belajar dan bertindak sendiri.

Anda dilantik kerana anda calon paling layak untuk memegang jawatan yang diberikan.

Jadi, kenapa seseorang perlu masuk campur tentang cara anda membuat kerja?

Itulah sifat dan amalan bos, seorang ketua tak mungkin buat begitu.

Sasaran dalam pekerjaan juga mustahil untuk dicapai, jika wujud golongan yang menghalang anda melakukan sesuatu mengikut cara anda.

Jika anda pernah berasa buah fikir atau bentuk latihan yang bos anda cadangkan bunyinya seperti ketinggalan zaman, nampaknya anda sudah bersedia untuk hantar notis berhenti kerja.

Dalam fikiran anda itu, sudah ada senarai kritikan yang panjang berjela, hanya tak terluahkan saja.

Bergelar usahawan adalah tentang melakukan setiap tugasan secara cekap dan berkaliber.

Jika anda berkhidmat di bawah jenis kepimpinan yang salah, perkembangan diri anda akan terbantut.

Ingat, persekitaran yang anda pilih dan lima orang yang anda sering habiskan masa bersama adalah apa yang membentuk diri anda.

Anda Mampu Berdikari

Jika anda bertanggungjawab, sentiasa dahagakan ilmu, mampu berdikari dan tahu bagaimana mahu hadapi isu-isu berat, anda sudahpun memiliki sifat seorang usahawan.

Anda tidak perlukan bimbingan sesiapa untuk memulakan bisnes. Cukup sekadar anda belajar menerusi aplikasi Shopify, membaca artikel online dan tonton video sistem dropship.

Segalanya sudah tersedia, anda hanya tunggu detik untuk melaksanakannya. Mungkin sudah terlambat jika anda memilih hari esok, jadi bertindaklah hari ini juga.

Jika anda benar-benar mahu menggapai impian, anda tentu sanggup buat apa saja untuk merealisasikannya. 

Anda tidak perlu tunggu sehingga gaji seterusnya masuk.

Semestinya anda tidak perlu termenung menunggu kemunculan rakan bisnes, untuk membantu anda bermula.

Anda hanya perlukan diri sendiri.

Dan anda bakal menjadi insan yang paling bermotivasi dalam hidup anda. 

Kuasa di tangan anda. Kenapa anda asyik terlupa?

Anda Sesak Nafas Mengadap Rutin Waktu Pejabat

Dulu saya pernah gagal dalam bisnes. Saya memaksa diri untuk pergi bekerja, hadapi kitaran 9 pagi hingga 5 petang, akhirnya saya sesak nafas dan kelemasan.

Ini bukanlah sejenis metafora semata-mata. Saya sedar setiap hari saya akan mengalami serangan rasa panik.

Ya. Jika anda terseksa dan tertekan ketika bekerja, anda akan diserang rasa sakit sepanjang masa.

Ia bermula dengan sakit perut yang mencucuk halus, tahap stres yang setinggi bumbung dan tubuh mengalami seram sejuk dan proses ini akan sentiasa berulang. 

Itulah respon semulajadi badan anda kerana berada dalam persekitaran yang penuh toksik.

Dan, secara tak sedar muka anda turut dicop sebagai pekerja banyak MC.

Apa pun, itulah petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk anda tinggalkan rutin pejabat.

Anda Sudah Memiliki Bisnes Sampingan

Mereka yang tidak bekerja bukannya baru bangun tidur, meletak jawatan dan mulakan bisnes pada keesokan harinya. Itu formula yang kurang tepat. Berisiko tinggi. 

Salah satu langkah bagi mengurangkan risiko kerugian, biasanya mereka sudah ada bisnes sampingan sebelum buat perancangan untuk berhenti.

Usahawan sejati bijak mencari, menapis, memilih idea bisnes terbaik untuk membuat duit.

Selepas itu, mereka akan melaksanakan idea tersebut. Mereka turut membongkar potensi diri untuk disesuaikan dalam bidang tertentu.

Anda belum mulakan sebarang bisnes lagi?

Tak mengapa, anda boleh buka satu kedai online hari ini.

Anda Membuat Keputusan Sendiri

Adakah anda pernah abaikan pandangan orang lain demi mencapai keputusan yang lebih bagus?

Mereka yang bekerja sendiri melakukannya setiap waktu.

Mereka bukanlah sengaja bersikap kepala batu atau diktator.

Mereka hanya mahu satu perkara atau tugasan itu dijalankan dengan lebih efektif, mengikut cara sendiri.

Jika anda mendapati bahawa anda sering membuat kesimpulan yang berbeza dari orang lain, anda sememangnya patut bergelar usahawan.

Orang di sekeliling anda berada dalam kitaran Rat Race bekerja di pejabat, manakala anda membuka perniagaan.

Orang lain mula bekerja pada pukul 9 pagi, sebaliknya anda boleh pilih mulakan kerja pada pukul 7 pagi.

Anda tidak sama seperti orang lain. Anda bersinar dalam jalan hidup sendiri.

Tidak Minat Politik Pejabat

Anda terdengar rakan sekerja bergosip tentang bos anda?

Anda pekakkan telinga dan tak mahu peduli. Anda tidak melibatkan diri dengan geng gosip atau membawang di dalam pejabat, langsung tak pernah.

Nampaknya, anda memang seorang yang kebal.

Jika berlakunya peralihan kuasa, ada syarikat lebih besar mengambil alih pengurusan syarikat terkini, anda tidak menganggap itu sebagai penamat segalanya.

Sebenarnya, mungkin anda sudah dapat menduga perkara itu lebih awal dan sudah bersedia untuk menyesuaikan diri. 

Anda langsung tak berdrama, jauh sekali berasa sentap.

Anda bertenang saja dan mampu teruskan tugasan seperti hari-hari biasa.

Nilai usahawan yang menyala dalam diri membuatkan anda fokus kepada perkara yang lebih penting.

Dan sewaktu rehat tengah hari, anda mungkin sibuk mendengar audio topik bisnes bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan anda.

Impian Anda Besar Berbanding Apa Yang Dimiliki Sekarang

Mereka yang bekerja sendiri biasanya mempunyai impian terbesar dalam kehidupan ini. Apa salahnya berimpian atau bermimpi, ia tak perlukan walaupun satu sen, percuma sahaja.

Okey, apa yang anda mahu capai dalam hidup? Kongsikanlah, apa yang mungkin tercatat dalam diari atau buku nota impian anda sejak zaman remaja. 

Apa yang anda boleh mulakan hari ini untuk terus melangkah ke arah sasaran anda itu? Bertindak sekarang dengan mulakan langkah pertama. 

Langkah ini penting sekiranya anda takut berdepan dengan hakikat kegagalan. Anda wajib mula secara bertatih, satu demi satu langkah.

Kata Irfan Khairi, cara paling cepat untuk berjaya dalam perniagaan online adalah bermula secepat mungkin.

Anda Obses Mahu Tingkatkan Kemahiran Diri

Mereka yang bakal menjadi usahawan nampaknya obses mencari nilai tambah dalam diri. 

Walaupun anda terikat dengan komitmen kerja harian, apabila ada kelapangan anda mungkin memasang dan menonton video-video tentang pengurusan bisnes.

Anda mungkin tak berminat tengok berita atau skrol paparan newsfeed di media sosial, anda sebenarnya menapis info-info yang tidak sahih.

Koleksi buku bisnes anda pula makin bertambah, tersusun tinggi memenuhi meja kerja. Ia bukan sekadar dekorasi, anda benar-benar membaca kesemuanya.

Setiap hari anda memastikan penjagaan kesihatan seperti, memasak menu diet atau meluangkan sedikit masa untuk bersenam.

Selain itu, boleh jadi anda turut bermain permainan video yang menguji ketajaman fikiran anda untuk mengendalikan cabaran ketika berbisnes.

Fasa belajar tak terhenti pada hari graduasi.

Sedar atau tidak, anda mungkin belajar lebih banyak menerusi dunia sebenar berbanding ketika di sekolah atau kolej. 

Usahawan Yakinkan Anda Untuk Jadi Usahawan

Para usahawan berpengalaman mudah mengenal pasti orang yang berkongsi impian seperti mereka.

Hanya berbual beberapa minit, mereka sudah tahu anda berpotensi atau tidak untuk bekerja sendiri.

Orang berdekatan anda, seperti ahli keluarga mungkin berpendapat anda patut mempunyai jawatan tetap bagi menjamin kestabilan ekonomi peribadi.

Namun, sebaliknya apabila anda berbincang dengan usahawan senior, mereka dengan berani akan menegaskan bahawa anda tidak sesuai berada dalam dunia korporat.

Mereka tidak berkias sama sekali, mereka berterus-terang kepada anda. 

Siapa yang makan cili api, dia yang terasa pedasnya!

Usahawan yang memberi galakan kepada anda itu bukannya dapat sebarang bonus, lebih kepada mereka bakal terima pesaing baru dalam lapangan bisnes. 

Oleh itu, jika ada usahawan di luar sana yang menasihati anda supaya tinggalkan alam pekerjaan, sudah terang lagi bersuluh, mereka nampak ciri-ciri keusahawanan yang bersinar dalam diri anda.

Anda Benar-Benar Mahu

Jika naluri anda asyik memberitahu anda untuk bekerja sendiri, jangan abaikannya. Anda tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri lebih dari sesiapa pun.

Anda berasa tertekan bekerja dalam tempoh 9 pagi hingga 5 petang?

Anda sering terfikir untuk menghantar notis berhenti kurang dari 24 jam?

Adakah anda pernah rasa terdesak mahu melarikan diri?

Ya. Tak semua orang akan faham apa yang anda harungi.

Mereka cuba memujuk anda dengan mengatakan bahawa semua stress adalah normal dan ia pasti berlalu. Hakikatnya, itu tak mungkin terjadi.

Bukan semua orang ditakdirkan untuk kerja sendiri tanpa majikan, jadi mereka tak dapat memahami semangat keusahawan yang anda miliki.

Jika anda mahu bekerja demi diri sendiri, jadi teruskan niat itu! Dan jika anda perlu mendapatkan pekerjaan baru untuk bertukar angin, itu pun menarik juga.

Kesimpulan Tanda Anda Sudah Bersedia Menjadi Seorang Usahawan

Artikel ini ditulis khas untuk perjalanan membentuk sifat keusahawanan anda.

Saya tidak mampu sentiasa berada di sisi anda untuk yakinkan anda membuat pilihan tepat.

Tapi, sejujurnya anda tak perlukan saya. Anda sedar apa yang perlu dilakukan.

Saya tahu betapa berdebarnya untuk buat keputusan yang besar, menjadi berbeza dari orang lain.

Jangan risau, anda pasti bertemu ketenangan yang dicari.

Mindset Buat Bisnes Dropship E-Commerce Jualan RM9,000 Sebulan

Mindset Buat Bisnes Dropship E-Commerce Jualan RM9,000 Sebulan

Baru-baru ni kami bukak offer pada usahawan lain yang nak take over salah satu bisnes dropship e-Commerce kami yang dah terbukti buat jualan. Kami nak jual kedai online tu.

result bisnes dropship e-commerce

Kedai online ni baru jer berumur 2 bulan lebih, dah mencecah jualan RM19,000 sebelum kami bukak offer tu. Purata jualan RM9,000 sebulan dengan 50% keuntungan bersih lepas tolak semua kos yang terlibat.

Untung dalam 4k sebulan buat bisnes e-Commerce. Duduk rumah, duduk cafe, hadap laptop sambil minum ice blended Cappucino, monitor prestasi iklan dan handle fullfilment secara online jer hari-hari.

Siapa tak nak gaya hidup macam ni, kan?

Nak cakap susah pun tak, nak cakap senang pun tak. Kami dah pun dokumenkan proses buat bisnes e-Commerce ni dalam video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping. Mana-mana bisnes pun kita memang kena belajar dan cuba buat dulu.

Ada sebab kami bagi nama ‘FAST TRACK’ pada video panduan tu. Mindset kami sebagai tenaga pengajar, nak guide anda sampai dapat buat iklan FB Ads Conversion pertama untuk dapatkan 10 jualan pertama bisnes e-Commerce.

Itu yang penting.

Benda-benda yang melambatkan anda buat jualan bisnes e-Commerce, kami tak ajar. Kami ajar proses yang simple, straight to the point dan no fancy-fancy things, gitu. Sebab tu pentingnya ada mindset.

Supaya kami tak lari dari tujuan utama buat video panduan iaitu supaya anda dapat buat iklan FB Ads Conversion pertama dengan cepat dan dapatkan 10 jualan pertama dalam bisnes e-Commerce.

Mindset Buat Bisnes Dropship E-Commerce

Anda sebagai usahawan e-Commerce pun kena ada mindset yang betul. Mindset adalah cara kita berfikir terhadap sesuatu perkara. Macam mana cara kita berfikir, akan mempengaruhi tindakan kita.

Dengan mindset yang betul, anda dapat bertindak dengan cara yang betul dan lebih efektif, dapat tingkatkan keyakinan dan dapat kekalkan motivasi sepanjang mengusahakan bisnes.

Berikut adalah beberapa mindset yang anda perlu ada untuk buat bisnes dropship guna platform e-Commerce;

E-Commerce Hanyalah Platform Jualan! Tak Semestinya Kena Guna FB Ads!

Sebab utama saya nak buat artikel pasal mindset ni sebenarnya saya nak sampaikan point yang pertama ni. ‘E-Commerce hanyalah sebuah platform jualan’. Bagi saya, ada beberapa usahawan yang salah faham pasal ‘bisnes e-Commerce ni.

Ada yang ingat…kalau buat bisnes e-Commerce jer, wajib guna FB Ads. Tak wajib pun guna FB Ads. E-Commerce ni salah satu platform jualan, FB Ads pulak salah satu teknik dan strategi marketing. Dua benda yang berbeza dalam proses buat bisnes online.

Hanya disebabkan belum ready untuk laburkan modal minimum RM10 selama 7 hari untuk buat iklan FB Ads Conversion, diorang “tak nak main e-Commerce” katanya.

Guna jer lah e-Commerce. Apa masalahnya?

E-Commerce ni platform yang memudahkan proses educate prospek dan buat jualan tanpa perlu Whatsapp prospek. Lengkap dengan sistem pembayaran automatik.

Tak ready nak guna FB Ads? Okay…guna lah cara lain tarik trafik ke halaman produk kedai online anda. Ini antara lain cara tarik trafik ke kedai online;

  • Promosi dalam group FB
  • Promosi pada followers akaun Instagram sendiri
  • Promosi pada followers akaun Instagram orang lain (Influencer Marketing)
  • Promosi kat channel Youtube
  • Promosi dalam laman web SEO
  • Promosi Guna Google Ads

Jadikan E-Commerce Sebagai Medium Sebar Kebaikan! Bukan Sekadar Menjual Produk!

Mindset kedua ni akan tambahkan keyakinan anda nak promosikan kedai online e-Commerce anda. ‘Jadikan e-commerce sebagai medium sebar kebaikan’. Kalau kita fikirkan balik, bisnes ni sebenarnya membantu orang lain selesaikan masalah.

Sebagai agen dropship, kita adalah ‘orang tengah’ yang promosikan sesuatu produk yang bermanfaat kepada orang yang betul. Itu kerja kita, PROMOSI. Kita sebarkan kebaikan guna ilmu dan skill marketing yang ada.

Sebab tu lah dalam Modul 1 – Cari Produk Hot, kami kongsikan salah satu formula winning product untuk bisnes e-Commerce ialah produk yang ada ciri Problem Solver.

Untuk berjaya dalam bisnes e-Commerce, cari produk yang membantu orang lain selesaikan masalah . Lagi cepat anda buat marketing dan sebarkan kebaikan, lagi cepat anda dapat bantu orang lain.

Buat Bisnes E-Commerce Untuk Jana Pendapatan! Bukan Bina Jenama Besar!

Bila kita sebarkan kebaikan pada orang yang betul, pasti orang akan beli. Dari situ kita jana pendapatan. Untuk fasa awal, kita bukan nak bina jenama besar. Cukup sekadar promosi, hantar produk pada orang yang membeli dan jana pendapatan.

Jadi , tak perlu bazir masa dan tenaga pada benda-benda yang tak penting. Sebagai contoh, ambil masa terlalu lama nak fikir nama bisnes, nak design logo, design video dan gambar iklan, nak cantikkan kedai online dan sebagainya.

Ini yang kami maksudkan kami hanya ajar proses yang simple, straight to the point dan no fancy things dalam video panduan video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping.  Benda-benda yang melambatkan anda buat jualan bisnes e-Commerce, kami tak ajar.

Run FB Ads Conversion Pertama Dulu, Baru Sembang!

Dan akhir sekali, bila anda dah langkah kaki dalam bisnes e-Commerce ni nanti, kami mintak anda pasanglah mindset nak run FB Ads Conversion – Website Purchases yang pertama cepat-cepat.  

Janganlah nak memandai-mandai cakap bisnes e-Commerce ni susah ke, senang ke, berjaya ke gagal ke. Cuba buat dulu, baru sembang. Haaa gitu. Follow jer apa yang kami ajar dalam video panduan Fast Track kami tu.

Kesimpulan Mindset Buat Bisnes Dropship E-Commerce

Dengan adanya perkongsian mindset buat bisnes dropship e-Commerce ni, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk usahakan bisnes e-Commerce dengan cara yang lebih efektif dan keyakinan yang lebih tinggi berbanding sebelum ni.

  • Buat jer satu kedai online e-Commerce sendiri. Tak nak guna FB Ads, cuba belajar teknik dan strategi marketing yang lain.
  • Fokus pada sampaikan value dan bantu selesaikan masalah orang lain, anda akan lebih mudah buat jualan dalam apa-apa bisnes pun.
  • Luangkan lebih masa pada task yang betul, anda akan lebih cepat capai matlamat.

Cukup sampai kat sini dulu untuk perkongsian kali ni. Sekarang turn anda pulak untuk kongsikan apa mindset lain yang perlu ada pada usahawan yang buat bisnes dropship e-Commerce. Kongsikan kat bahagian komen!

9 Karakter Usahawan Berjaya Yang Anda Perlu Follow.

9 Karakter Usahawan Berjaya Yang Anda Perlu Follow.

Karakter seorang usahawan berjaya pastinya berbeza dibandingkan dengan mereka yang seharian menghadapi rutin kerja pejabat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Jika anda terbaca artikel ini dan tersangkut, mungkin itu tandanya anda ingin tahu sama ada karakter usahawan berjaya ada dalam diri sebelum terjun ke lautan bisnes. 

Jauh di sudut hati, anda sudah tahu jawapannya. 

Saya tidak boleh menjadikan anda usahawan berjaya .

Namun berbekalkan skil dan bakat sedia ada, saya yakin anda mampu bekerja keras dan memperoleh taraf kehidupan yang lebih daripada sekarang.

Apa pun, jom kita lihat senarai sifat usahawan yang ada.

Yakin Pada Diri Sendiri

Hakikatnya tiada siapa yang mampu halang seseorang usahawan untuk berjaya mencapai impiannya. 

Ibu anda ragu-ragu dengan usaha anda? Tak ada masalah.

Kawan baik anda rasa anda sekadar main-main? Tunggulah, anda akan ketawakan mereka pula nanti.

Majikan selalu buat anda stress? Tak apa, semua itu hanya akan tinggal jadi sejarah dan menjadi pengalaman yang mematangkan.

Ciri-ciri paling ideal seorang usahawan berjaya adalah mereka percayakan diri sendiri di saat tiada siapa pun yang menyokong.

Dan mereka memiliki keyakinan luar biasa untuk menghadapi pelbagai ujian dan rintangan.

Mata mereka seolah-olah ada nyalaan api semangat yang marak.

Anda mahu menjuarai pertandingan dengan diri sendiri dan bebaskan diri anda daripada kitaran hutang?

Bisiklah pada diri sendiri, “Saya juara dalam hidup saya! Saya superhero! Saya mahu melakukan sesuatu demi mengubah kehidupan saya.”

Namun, cakap kosong je tak berguna. Bertindaklah dan buktikan pada diri sendiri.

Tahu Nilai & Kemampuan Diri

Di antara ciri-ciri terbesar seorang usahawan berjaya adalah mereka tahu kemampuan diri.

Anda mahu tahu nilai diri sendiri? Lihatlah tahap gaji anda. Realitinya, anda menukarkan masa anda dengan duit. Itulah jumlah sumbangan anda.

Menakutkan?

Adakah anda fikir jumlah yang dibayar itu berbaloi dibandingkan dengan 2,000 jam yang anda laburkan setiap tahun?

Detik 2,000 jam yang sama anda boleh luangkan bersama keluarga, mengejar cita-cita atau bekerja meraikan impian anda, bukannya impian orang lain.

Bergelar usahawan menuntut beribu-ribu pengorbanan. Pada mulanya, hidup anda mungkin tidak mudah dari segi kewangan, tapi anda dapat aset setiap 9 pagi hingga 5 petang yang amat mahal, iaitu masa.

Masa yang tidak boleh dijual beli.

Saya berikan satu contoh situasi. Anda sudah dipecat dan kehilangan sumber kewangan yang selama ini stabil, boleh jadi membimbangkan.

Namun jika anda bertenang dan teruskan bersemangat seperti biasa, ia akan jadi satu memori yang bermakna. 

Kenapa? 

Kemungkinan besar peristiwa dipecat itu yang mengubah hidup anda dan membongkar ciri-ciri usahawan yang terpendam dalam diri anda.

Pendengar Yang Baik

Kemampuan mendengar dan berasa empati adalah sifat yang diperlukan oleh seorang usahawan berjaya.

Kebanyakan orang biasanya suka menghabiskan masa dengan scroll newsfeed media sosial, membaca emel secara pasif dan scan tajuk-tajuk utama isu semasa. Tindakan yang sama sekali tidak bermotif, tanpa tujuan.

Itu bukanlah sifat pendengar yang hebat.

Pendengar yang hebat akan memahami bahan bacaannya, merasai emosi konten yang disampaikan dan berfikiran rasional dengan memilih perspektif artikel-artikel yang dibaca.

Selepas mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan, apa yang dirasai, apa yang sampai ke telinga, anda bangkit dan mencari jalan penyelesaian.

Anda sedar bahawa ada manusia yang bertarung dengan kesunyian walaupun mereka tidak menunjukkannya.

Secara tak langsung, anda berperanan menyelesaikan isu kesunyian era teknologi.

Pintu peluang sudah terbuka. 

Anda boleh mencipta aplikasi khas yang dapat menghubungkan para pekerja, fokus pada aktiviti yang membentuk semangat berpasukan dan tidak abaikan sebarang aduan.

Percayalah, pekerja suka pada majikan yang peka dan mahu mendengar. 

Punca Sumber Maklumat 

Prinsip hidup seorang usahawan berjaya adalah, “Mencari Jalan Penyelesaian.”

Jika anda tidak tahu sesuatu perkara, bacalah buku yang berkaitan dengannya.

Jika anda kurang bagus dalam sesuatu tugasan, serahkan kepada mereka yang pakar.

Jika anda tidak ada waktu untuk uruskan semuanya, tumpukan fokus pada perkara yang meninggalkan kesan mendalam.

Jangan risau, anda hanya insan biasa. Einstein tahu banyak perkara, tapi genius seperti dia juga tidak mampu tahu semuanya.

Apa pun, anda perlukan rasa ingin tahu yang tinggi untuk belajar supaya anda dapat membantu pihak lain dengan mengurangkan beban masalah mereka.

Jadi amalkan membaca buku, daftar bengkel dan belajar pelbagai skil yang unik. Semua itu akan melahirkan versi baru anda yang lebih baik.

Bercita-cita Tinggi

Orang yang bercita-cita tinggi sama sekali tidak bermimpi untuk naik pangkat atau tangga gaji.

Sebaliknya, orang yang bercita-cita tinggi mahu terbang dan membina legasi tersendiri.

Anda tidak dapat menikmati keindahannya jika hidup dengan mimpi orang lain. Setiap tindak-tanduk anda terbatas, tiada kebebasan.

Namun, jika anda berusaha menjadikan mimpi anda satu kenyataan dan mencipta kejayaan, anda mampu memilih destinasi seterusnya. Jalan terus atau belok ke kanan, itu adalah keputusan anda.  

Apa saja yang anda ingin bina terpulang kepada anda.

Mungkin anda mahu memiliki rantaian kedai makanan segera di bandar-bandar besar.

Atau, anda sebenarnya hanya inginkan bisnes yang kecil, sebuah syarikat yang berkembang maju dan tidak terlalu stres untuk diuruskan. 

Anda juga boleh mencipta aplikasi atau website secara sampingan supaya anda boleh dapat pendapatan pasif untuk jangka panjang.

Perkara paling penting adalah anda harus menjalani kehidupan yang anda raikan.

Mula awal jika anda benar-benar mahu. Setiap usaha kecil yang anda buat secara konsisten, pasti akan membantu pencapaian anda untuk hari esok.

Rajin dan Gigih Bekerja

Baiklah, kita sudah sampai pada ciri yang keenam. Satu lagi sifat dan persamaan usahawan berjaya ialah rajin bekerja.

Ramai figura hebat di luar sana yang mencurahkan sepenuh fokus mereka untuk tempoh 80 ke 90 jam seminggu. 

Ya, anda perlu berkorban masa dan tenaga untuk menjamin kejayaan bisnes anda. Anda perlu lebih gigih bekerja daripada orang lain.

Tapi faktor kerajinan tak semestinya melibatkan komitmen masa. Ia juga harus disertakan dengan usaha yang teliti.

Secara logiknya, adakah anda yakin dengan bekerja terlalu keras selama 80 jam seminggu mampu menghasilkan nilai yang hebat? Siapa yang dapat kekalkan prestasi tanpa alami gejala ‘burn out’?

Tiada sesiapa. Anda hanya manusia biasa, bukannya robot.

Jadi jika anda mampu kunci komitmen selama tiga jam sehari, maka terus ikut rutin yang sama dan berikanlah yang terbaik.

Masa yang berbaki boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan anda, seperti membeli dan membaca buku-buku yang bagus.

Ingat, anda boleh bekerja bersungguh-sungguh tanpa perlu membuktikan pada orang sekeliling bahawa anda bekerja lebih kuat dari mereka. 

Kerja keras yang berkualiti adalah lebih bermakna berbanding kuantiti.

Bagaimana? Adakah anda sanggup berkorban segalanya dalam hidup demi perkembangan bisnes?

Itu bukan prinsip asas keusahawanan yang sebenar.

Sebenarnya, ia tentang membuat sesuatu pekerjaan dengan cara yang betul supaya anda memiliki banyak masa untuk menikmati kehidupan.

Anda bukannya hidup untuk kerja, anda kerja untuk hidup.

Pemurah

Sesetengah orang suka mengambil atau menerima, tetapi usahawan berjaya pula sentiasa memberi.

Jika anda dapat keluar daripada pusingan ‘rat race’, kemiskinan atau musibah, anda memegang tanggungjawab membantu orang lain untuk turut sama keluar dari zon itu.

Kejayaan yang sebenar datang dari sejauhmana kemampuan anda untuk mendekati dan berkongsi rezeki bersama mereka yang hidup susah.

Jika anda dapat mencari jalan keluar, anda mampu mengubah taraf ekonomi ramai orang yang memerlukan.

Selepas anda berjaya mencapai tahap itu, di mana hanya mereka yang bertaraf jutawan dapat muhasabah diri dan mula berfikir untuk terus menyebarkan kebaikan di serata dunia.

Mungkin anda boleh menderma buat kerja kebajikan atau menyelesaikan salah satu isu global.

Atau anda boleh berkongsi kemahiran dengan mengadakan seminar motivasi untuk membantu mereka yang menghadapi tekanan hidup. 

Selagi anda sanggup mencurahkan usaha demi manfaat bersama, anda sememangnya layak memegang status usahawan.

Semakin banyak anda memberi, pasti pulangannya akan meningkat berkali ganda.

Tidak Suka Hidup Mewah

Salah satu sifat paling ketara seorang usahawan ialah mereka ni suka berjimat. Sebelum membeli apa-apa, mereka akan buat kira-kira dahulu secara bersistem. 

Mana boleh bakar duit macam tu saja? Haruslah tengok pulangannya juga.

Cuba tengok cara berfikir orang kebanyakan, sebolehnya mereka mahu habiskan setiap sen yang dimiliki.

Sebaliknya cara berfikir orang kaya hanyalah fokus untuk hidup mengikut keperluan mereka.

Saya kongsikan satu contoh, Warren Buffet masih menetap di rumah yang dibeli pada tahun 1958.

Bayangkanlah beliau memiliki harta yang mencecah angka 86 bilion, tetapi memilih untuk tinggal di rumah lamanya sahaja. Memang sangat sederhana dalam berbelanja. 

Menjalani kehidupan secara ala kadar dan tidak bermewah, maksudnya anda hanya keluarkan duit untuk keperluan dan anda memberi peluang kepada diri untuk mempunyai simpanan. 

Wang simpanan yang bermula sedikit, lama-lama jadi bukit.

Makanan tengah hari berharga RM10 yang anda beli mungkin boleh dilaburkan ke akaun bank atau pasaran saham demi menjamin kehidupan stabil di masa hadapan.

Cara anda berfikir dan berbelanja sebenarnya jadi penentu.

Jika anda menghabiskan semua wang ke atas barangan berjenama, satu hari nanti apabila keadaan mendesak, tak mustahil anda menjualkan semula barangan itu dengan harga diskaun.

Betul, kan? 

Satu hari nanti juga, anda akan sedar bahawa anda tidak perlu membeli barang mahal hanya untuk buktikan kemewahan diri.

Percayalah, lebih baik jadi kaya tanpa populariti. 

Bertindak Sebagai Pemilik Bisnes

Anda tahu tak, ada jurang perbezaan di antara mereka yang bekerja sendiri dan usahawan?

Usahawan berperanan dan bertindak lebih kepada pemilik daripada pekerja.

Impian utama adalah bukannya sekadar menjadi orang yang menguruskan bisnes, tetapi orang yang memiliki bisnes itu.

Sebenarnya, bekerja sendiri ni boleh menimbulkan banyak tekanan. 

Bayangkanlah, anda bekerja 80 jam seminggu dan anda stres tentang aliran duit. Anda sedar tak? Penyakit jantung boleh menyerang anda pada bila-bila masa saja.

Ya, serangan bahaya itu tak terjadi pada semua orang. Tapi ia sudah banyak kali terjadi.

Sememangnya apabila anda berbisnes, setiap halangan pasti memudaratkan anda.

Jika anda memakai topi sebagai pemilik bisnes, anda akan menjalankan bisnes secara lebih terkawal dan matang. Apabila membuat sesuatu keputusan, fikirkan dan pentingkan juga tahap kesihatan anda.

Saya faham, semestinya anda ambil berat dan mahu curahkan yang terbaik untuk bisnes anda. Namun, kesihatan anda jauh lebih penting dan berharga.

Kesimpulan Karakter Usahawan Berjaya Yang Anda Perlu Follow.

Baiklah, cukup sampai di sini perkongsian saya.

Sebenarnya, tidak ada satu penilaian yang tepat atau formula dalam memandu seorang usahawan menuju ke menara sukses.

Anda mungkin mempunyai ciri-ciri usahawan secara peribadi yang dapat membantu meningkatkan kejayaan anda sendiri.

Setiap orang di dunia ini ada sumbangan tertentu. Sama ada diri anda tidak sesuai menjadi usahawan atau langsung tak berminat, tak ada salahnya. 

Pada penghujung hari, setiap keputusan yang anda buat itulah yang mencorakkan kehidupan anda pada masa hadapan. Saya tiada hak untuk campur tangan. 

Jadilah diri sendiri, kejar cita-cita yang diimpikan.

Selagi anda berada di landasan yang betul, saya yakin anda akan tenang dan menempuh hidup yang membahagiakan. 

Case Study RM343,200 Jualan Bisnes E-Commerce Cuti Christmas

Case Study RM343,200 Jualan Bisnes E-Commerce Cuti Christmas

Susah nak jumpa usahawan e-Commerce yang share kedai online diorang pada public.

Sepanjang permerhatian saya macam tu lah, usahawan e-Com International ke tempatan ke. Lebih-lebih lagi kedai online yang tengah masyukkk buat jualan.

Memang tak dapat lah kan. Tapi saya faham lah kenapa.

Sebab diorang nak fokus bina sumber pendapatan, bukan nak show off kat orang.

Selain tu, faham-faham lah…ramai jer yang duk memerhati sekeliling kita ni yang kalau boleh diorang nak guna jalan shortcut buat semua benda.

Tiruvasi katanya, padehal tiru bulat-bulat. Haha.

Jadi, lebih baik buat diam-diam dan fokus.

RM343,200 Jualan Bisnes E-Commerce Cuti Christmas!

Tapi apa yang best, baru-baru ni ada salah sorang usahawan dropship International yang saya follow ni share kat Youtube kedai online dia yang dah buat jualan USD85,800 (RM343,200) dalam Fasa Q4 2019 dari tarikh 1 October hingga 31 December 2019 yang lepas.

Saya tahu, dia berani share sebab kedai online yang dia buat ni memang fokus untuk jualan masa cuti Christmas jer. Dan dia share pun lepas dah sebulan lebih habis fasa cuti Christmas tu.

Jadi, dalam artikel ni saya nak buat case study berdasarkan pemerhatian saya sendiri terhadap kedai online dia dan beberapa video dari channel Youtube dia.

Saya nak tekankan beberapa point penting terutamanya yang selari dengan pembelajaran dalam kelas online Ecommerce Superstar.

Dengan adanya case study ni, anda boleh jadikan kedai online dia sebagai rujukan, tengok contoh susunan halaman produk dan tengok contoh beberapa ayat copywriting.

Anda jugak dapat tambah rasa keyakinan untuk bina satu bisnes e-Commerce sebab kedai online dia ni sangat lah simple. Bila saya saya tengok halaman produk dia, terdetik dalam hati…“aku punya lagi better!”, huhu.

Jom kita tengok…

Kedai Online Santaleggings.com

Kedai online yang saya maksudkan ialah Santa Leggings milik Alexander Polischuk. Halaman produk yang dia fokus promosikan ialah Christmas Leggings. Dia gunakan platform Shopify untuk buat kedai online.

Asalnya saya follow usahawan dropship ni sebab buat bisnes eBay.

Berdasarkan video-video perkongsian bisnes eBay dia, saya tahu dia jenis yang walk the talk. Jadi bila dia mula buat bisnes e-Commerce tu, saya ter follow lah jugak video-video dia pasal bisnes e-Commerce.

Ini beberapa point penting dari pemerhatian saya…

Halaman Produk Yang Simple Tapi Lengkap!

Sekali tengok interface halaman produk Christmas Leggings tu, saya dah tahu dia gunakan theme ‘Debut’. Antara theme percuma dan simple dalam platform Shopify. Dari dulu lagi saya sendiri memang suka gunakan theme ni, huhu.

Apa lagi yang kita boleh belajar dari halaman produk ni?

Kalau anda tengok, persediaan dan susunan bahan marketing seperti gambar, video explainer produk dan copywriting produk sama seperti apa yang kami ajar dalam salah satu modul video kelas online Ecommerce Superstar.

Tambahan lagi, sebelum ni saya pernah kongsikan satu artikel bertajuk ‘7 Elemen Wajib Ada Dalam Halaman Produk Untuk Bisnes E-Commerce’.

Kalau anda tengok, 7 elemen tu memang ada dalam halaman produk ni! Termasuklah tawarkan penghantaran percuma.

Product Reviews Sebagai Social Proof!

Walaupun kami tak tekankan buat satu bahagian product review dalam halaman produk, tapi kalau anda mampu buat ia adalah sangat-sangat digalakkan! Ini adalah satu benda powerful yang kita dapat belajar.

Product review adalah salah satu teknik social proof. Info yang dapat tingkatkan keyakinan prospek terhadap bisnes anda dan mempengaruhi prospek untuk buat pembelian.

Halaman produk Christmas Leggings tu sebenarnya sangat powerful sebab lengkap dengan bahagian product reviews. Dia gunakan satu Shopify app berbayar iaitu Vitals.

Melalui app tersebut, dia boleh copy product reviews dari mana-mana halaman produk kat Aliexpress dan masuk ke halaman produk kat kedai online sendiri. Anda boleh tengok dalam video kat bawah ni…

Harga Shopify app ni ialah RM120 sebulan. Memang kapak! Hah hah hah. Untuk fasa awal, anda boleh elakkan guna apps yang berbayar dulu.

Jadi, selain buat satu bahagian product reviews, anda boleh letak gambar testimoni produk jer kat bahagian product images atau product description.

Formula Winning Product!

Pada minit ke 4.50 dalam video product revealed tu, Alexander Polischuk ni bagitahu yang dia mencari satu produk yang ada ‘wow factor’ untuk dijual pada musim Christmas. Anda boleh tengok dalam video kat bawah ni…

Produk yang ada ciri-ciri ‘wow factor’ adalah salah satu formula winning product yang kami ajarkan selain produk yang ada ciri-ciri Problem Solving dan Low Availability.

Seawal Modul 1 lagi kami dah ajarkan cara cari produk hot dan tips pilih produk pertama untuk bisnes e-Commerce.

Pemilihan Niche Berdasarkan Passion!

Pada minit ke 5.30 dalam video yang sama, dia ada terangkan apa sebab utama dia pilih untuk jual legging tu pada musim Christmas. Sebabnya adalah PASSION! Passion dia dalam niche bodybuilding.

Dia sendiri adalah gym-addict. Jadi, dia kenal siapa audience dalam niche bodybuilding tu dan dia tahu produk apa yang diorang perlukan dalam niche tu.

Kalau anda tak tahu,  wanita kat luar negara memang akan pakai legging bila pergi gym.

Saya pernah kongsikan, cara terbaik nak pilih niche untuk buat bisnes e-Commerce ialah pilih niche berkaitan passion (minat) atau hobi kita sendiri.

Sebabnya, kita akan rasa enjoy dan bermotivasi untuk usahakan sesuatu bisnes yang kita suka.

Selain tu, anda sendiri tahu apa produk yang orang cari dalam komuniti passion atau hobi anda tu, anda tahu apa masalah yang dihadapi oleh komuniti tu, apa yang diorang perlukan, macam mana gaya hidup diorang  dan macam mana nak communicate dengan diorang melalui copywriting dan video.

Mulakan Dengan Iklan FB Ads Conversion!

Selain persedian seperti pemilihan niche, pemilihan produk, buat kedai online dan sediakan halaman produk yang lengkap, saya berminat nak tahu macam mana contoh iklan FB Ads yang dia buat dan apa strategi FB Ads yang dia gunakan.

Tapi saya tak jumpa FB Page Santa Leggings ataupun apa-apa iklan yang membawa kepada halaman produk Christmas Leggings ni.

Saya dah try cari dah kat FB, tapi tak jumpa. Jangkaan saya, dia unpublish FB Page untuk elakkan orang spy strategi iklan.

Kalau boleh semua benda kita nak scan, haha.

Namun begitu, hint terbaik yang saya jumpa setakat ni ialah pada satu komen dalam satu video dia yang lain berkaitan strategi targeting FB Ads. Ada orang tanya samaada dia mulakan dengan ads jenis Post Page Enggagement (PPE) atau Website Conversion (WC)…

Jawapan dia…always conversion!

Selari dengan apa yang kami ajarkan dalam video panduan Ecommerce Superstar.

Dalam Modul 7, kami ajar anda cara buat iklan FB Ads Conversion – Website Purchases untuk dapatkan 10 jualan pertama.

Anda dah mula buat belum? Hehe.

Kesimpulan Case Study RM343,200 Jualan Bisnes E-Commerce

Dalam artikel ni, saya dah kongsikan 5 point penting yang kita boleh belajar dari satu kedai online yang dah berjaya buat jualan pada musim Christmas yang lepas.

Saya tunjukkan jugak beberapa tips atau strategi yang selari dengan pembelajaran kita dalam video panduan Ecommerce Superstar.

Sebenarnya, ada beberapa lagi benda yang anda dapat belajar kalau anda study halaman produk Christmas Legging ni.

Oleh sebab saya dah tinggalkan link halaman produk tu sebagai rujukan anda, anda boleh kaji sendiri selebihnya, huhu.

Saya kongsikan jugak channel Youtube Alexander Polischuk kalau-kalau content dia berkaitan dropshipping kena dengan jiwa anda.

Sekarang turn anda pulak kongsikan kat bahagian komen apa point-point penting yang lain yang kita semua boleh belajar dari kedai online Santa Legging ni….

Bagaimana Saya Terjebak Dalam Dunia Bisnes Online (Update 2021)

Bagaimana Saya Terjebak Dalam Dunia Bisnes Online (Update 2021)

Ramai yang bertanya kepada saya, baik kawan ataupun yang baru saya kenal, tentang bagaimana saya boleh terjebak dalam dunia bisnes online.

Biasanya saya akan cerita serba ringkas sahaja tentang diri saya. Maklumlah saya ni kan pemalu orangnya. Hehe.

Jadi disebabkan ramai bertanya, dan ramai yang masih belum kenal saya. ada baiknya saya tulis secara detail tentang perjalanan saya dalam dunia bisnes online sehinggalah ke hari ini.

Saya harap wadah ini juga menjadi tempat saya untuk kenalkan diri saya, dan juga berkenalan dengan anda.

CERITA DUNIA BISNES ONLINE SAYA BERMULA

Pada tahun 2013, saya mengalami situasi kewangan yang semakin sempit.

Mana taknya, ketika itu saya masih baru bekerja dengan gaji ‘fresh graduate’, dan tidak mampu untuk membayar segala komitmen yang ada.

Pendek kata komitmen saya lebih tinggi dari pendapatan saya.

Ketika itu, saya sudah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata

Disebabkan kesempitan itu, saya tak sengaja develop habit berhutang.

Dari duit yang saya pinjam, saya rolling untuk tutup hutang lain, dan setengahnya saya guna untuk tampung kehidupan kami sekeluarga.

Sampailah pada satu masa, saya sedar apa yang saya buat ini akan memakan diri saya, dan ia patut dihentikan segera.

Saya mula terdetik untuk mencari extra income dari berniaga. Cuma masalahnya, saya tak tahu kat mana patut saya bermula!

Orang kata buku boleh buat orang jadi pandai.

Jadi saya bermula belajar selok belok bisnes dari buku.

Kinokuniya KLCC

Dan pada tahun itu, masa saya banyak dihabiskan dengan explore, dan buat kajian tentang cara-cara untuk mula bisnes.

Namun saya masih belum berani untuk mulakan apa-apa.

MULA TAHU DAN BELAJAR TENTANG BISNES ONLINE

Saya masih ingat lagi. Saya mula tahu tentang bisnes online pada awal tahun 2014.

Macam mana saya boleh tahu? Saya cuma google sahaja.

Tapi saya bukan google untuk terus dapatkan ilmu buat bisnes online, tapi lebih kepada mencari mentor yang boleh bimbing saya dan cepatkan progress saya berjaya dalam bisnes.

Saya nak cepat sebab saya sangat terdesak akibat komitmen hidup yang tinggi, dan juga hutang yang semakin menggunung.

Dari pencarian saya di google, saya terjumpa blog dari Irfan Khairi. Beliaulah tok guru saya dalam dunia bisnes online.

Tok guru pertama saya dalam bisnes online

Ketika itu nama beliau memang top di Malaysia.

Jadi bila saya nampak beliau ada offer untuk join kelas bisnes internet beliau, saya cepat-cepat join walaupun mahal. Mahal sebab kelasnya harga RM 800, walhal duit dalam akaun saya ada RM 1000 sahaja.

Disebabkan saya memang serius nak belajar, saya nekad habiskan duit saya bulan itu untuk masuk kelas beliau.

Tapi sedih bila apa yang diajar sangat basic, dan hanya berlangsung selama sehari. 

Nak tahu apa jadi lepas kelas tersebut?

Situasi masih sama.

Saya masih terkontang kanting mencari idea dan cara buat bisnes.

Apa yang saya bawa balik hanyalah sekadar ‘awareness’ dan surface saja tentang dunia bisnes online.

BERJAYA MASUK KELAS INTENSIF BISNES ONLINE

Di penghujung tahun 2014, saya masuk satu seminar tentang bisnes online. Kalau tak silap seminar itu dipanggil IM LEJEN.

Seminar ni bagi saya unik sebab ia menghimpunkan 6 orang otai bisnes online dalam satu pentas. Antara speaker yang terlibat adalah Faisal Abdullah, Firdaus Putra, Wan Mus, Sifu Jamal, dan juga Encik Titan.

Apa yang saya boleh simpulkan dari seminar ini adalah sebenarnya ia seminar preview untuk promote kelas intensif masing-masing. Saya layankan je. Maklumlah, newbie la katakan.

Dalam ramai-ramai speaker tersebut, yang menarik perhatian saya adalah Sifu Jamal.

Beliau bercerita tentang impak Facebook Marketing dalam bisnes.

Kebetulan saya memang mencari orang yang boleh ajar saya betul-betul dalam Facebook Marketing.

Pada waktu itu, orang tak tahu lagi betapa powernya Facebook Marketing dan Facebook Advertising.

Nak dipendekkan cerita, saya decide masuk kelas intensif beliau dengan membayar RM 200 sebagai booking deposit. Harga keseluruhan seminar tersebut kalau tak silap dalam RM 5000.

Yang menariknya, saya main daftar je. Duit pun takde. Tapi staff beliau cakap saya boleh langsaikan baki dalam tempoh sebulan, sebelum kelas pertama bermula.

So camne saya boleh dapatkan duit untuk bayar baki yuran kelas tersebut?

Mudah je. Saya susun masa untuk buat 3 kerja.
 
Maknanya saya ada 3 sumber income. Dan kalau ikut perkiraan saya, saya mampu untuk bayar semuanya sebelum kelas bermula.

Selain dari kerja hakiki saya dalam sektor kerajaan, saya kumpul duit dengan ambil upah buat kuih dari bapa saya, dan juga menjual barang-barang skrap seperti kotak, tin, plastik dan sebagainya.

Memang hustle habislah kiranya!

Dan alhamdulillah, saya berjaya akhirnya masuk kelas intensif Sifu Jamal. Bangga gila beb!

Dalam kelas sifuFBads

MULA BINA NAMA & TAPAK

Saya bermula serius dalam dunia bisnes online semasa dalam kelas Sifu Jamal. Saya masih ingat ketika itu, hanya saya seorang yang tiada apa-apa produk untuk dijual.

Saya memang datang untuk mahir dalam Facebook Marketing sahaja. Sebab bagi saya, produk apa pun boleh jual kalau kita tahu cara yang betul untuk menjual.

Saya faham, kalau tiada produk untuk dijual, macam mana saya nak test power ilmu Facebook yang disampaikan oleh beliau. Jadi saya terus berjumpa sifu lepas kelas.

Beliau cakap takpe, sebab beliau adalah stokis bagi satu produk ini. Nama produk tersebut adalah Mesotropin. Ia adalah produk bina badan jenama tempatan.

Produk pertama saya buat dropship dan alhamdulillah boleh dikatakan berjaya juga.

Saya pun ON je. Takde expect apa-apa sebab saya cuma nak test power dan praktis ilmu saja.

Saya pun balik dan terus buat homework.

Saya ambil masa dalam 2 minggu juga untuk dapatkan sale yang pertama dari Facebook. Sale pertama memang menaikkan motivasi saya untuk teruskan dalam bidang ini.

Saya tak sangka begitu mudah untuk buat duit secara online walaupun sebagai agen dropshipper.

Dari sale yang pertama, hasil jualan saya meningkat dengan agak pantas sehingga berjaya buat sales konsisten 6 angka setiap bulan dari menjual produk tersebut. 

Sifu Jamal perasan hasil jualan saya tersebut, beliau panggil untuk saya naik ‘hot seat’ dan berkongsi kisah kejayaan dalam seminar beliau, di depan audiens seramai 2000 orang.

Ketika sesi ‘hot seat’ dalam seminar SifuFBAds

Sejak dari itu, nama saya mencanak naik dikalangan orang-orang dalam dunia bisnes online.

Ia betul-betul adalah pengalaman yang mengubah hidup saya.

Dapatlah merasa masuk surat khabar 😛

PERJUANGAN MASIH DITERUSKAN

Perjalanan dan pembelajaran saya dalam dunia bisnes online tidak terhad pada Facebook Advertising sahaja.

Sejak dari pengalaman buat dropship Mesotropin tersebut, saya mengorak langkah untuk lebih serius dalam kerjaya ini.

Bagi mengembangkan lagi pengalaman saya, saya buat keputusan untuk join sebuah Digital Marketing Agency di Malaysia.

Apa yang mengejutkan saya adalah mereka memberi kepercayaan pada saya dengan memberi jawatan yang tinggi di dalam syarikat tersebut, iaitu sebagai Head of Digital dan juga Head of Social.

Ketika saya bekerja di Digital Marketing Agency. Bos Melayu Tapi Kene Urus Staff Cina. Panik Jugak Kejap. Haha

Macam-macam jenama telah saya bantu untuk uruskan kempen pemasaran digital mereka seperti Ajinomoto, CK Watches, Dubuyo, Pancake House dan banyak lagi.

Ia sangat mencabar kerana saya bekerja dalam persekitaran yang dimonopoli oleh bangsa lain, dan mereka kini perlu ‘report’ pada saya setiap hari kerja mereka. Susah beb!

Saya jadi obses tentang dunia bisnes online. Hampir setiap hari saya belajar benda baru yang boleh meningkatkan kemahiran dan kepakaran saya dalam bidang ini.

Kebanyakan masanya saya belajar sendiri, dan juga menghadiri kelas dari sifu otai lain. Dan alhamdulillah saya semakin mahir.

Throwback saya mengajar dan coaching bisnes online

Selain dari itu, saya juga mula aktif berkongsi ilmu melalui jemputan kelas, dan one to one coaching tentang pemasaran digital, dan bisnes online.

Kini saya juga telah membuka syarikat consulting saya sendiri, iaitu Shark Media Studio, untuk membantu usahawan tingkatkan prestasi syarikat mereka dalam skop penjenamaan, digital marketing dan juga sales.

DROPSHIP KARTEL DIASASKAN

Secara peribadi, saya masih aktif dalam menjalankan bisnes online secara dropship kerana sifatnya yang mudah untuk dimulakan, mudah urus, dan juga mudah untuk dikembangkan.

Melalui pengalaman dan ilmu yang saya kumpul sejak hampir 5 tahun lepas, saya kembangkan bakat saya dalam menjalankan bisnes dropship di pasaran antarabangsa pula.

Senang cerita main income USD la pulak. 

Sedikit hasil dari main dropship melalui ecommerce

Saya boleh dikatakan berpengalaman dalam bidang dropship dan ecommerce, oleh sebab itu saya mula mendapat banyak pertanyaan tentang ini dari ramai orang.

Disebabkan itu, saya decide untuk bina satu platform dan komuniti untuk membantu orang lain pula membina empayar bisnes online mereka menggunakan model bisnes dropship dan ecommerce.

Doakan Dropship Kartel Berjaya Bantu Ramai Orang Berjaya Dalam Bisnes Dropship!

Dari situ, tertubuhlah DropshipKartel.com

APA YANG SAYA BELAJAR DARI SEMUA INI

Kenapa saya cerita semua ini pada anda?

First, sebab ramai orang bertanya tentang perjalanan saya dalam dunia bisnes online.

Kedua, sebab saya rasa ada perkara penting yang anda harus belajar dari pengalaman saya. Antaranya adalah: 

Perlu komitmen

Nak buat apa pun dalam hidup, perlukan komitmen. Maksud saya disini adalah kalau anda dah decide untuk buat bisnes, buat betul-betul. 

Setkan dalam kepala yang ianya sangat penting, dan perkara lain yang tidak membantu perjalanan anda dalam bisnes, anda boleh tangguhkan dulu sehingga bisnes anda betul-betul sudah bertapak. 

Macam saya, saya sangat komited untuk mahirkan kemahiran dan pengetahuan saya dalam bisnes. 

Dan ia bukan berlaku dalam satu dua hari. In fact, sehingga sekarang saya masih lagi belajar, dan explore benda baru untuk kembangkan lagi bisnes saya. 

Sumber pengetahuan utama saya adalah dari buku. Saya baca lebih kurang 1 buku bisnes setiap minggu. Saya tak suka baca buku pun, tapi sebab saya obses untuk improve, jadi saya terpaksa komited.

Buat satu-satu. Jangan gopoh.

Bila anda baru mulakan sesuatu, jangan gopoh. Buat satu-satu. 

Sebagai contoh, jika anda tak pernah buat sale, set target untuk buat 1 sale dahulu. Dah dapat satu sale baru fikir bagaimana untuk jadikan ia 2 sales. 

Dan begitulah seterusnya. 

Sama juga kalau anda nak belajar sesuatu, jangan gopoh untuk belajar dan buat semua benda. Mahirkan satu-satu skill dahulu, baru beralih ke skill yang lain. 

Anda faham apa yang saya sampaikan?

Perlu rajin dan disiplin

Saya rasa ini tak perlu untuk diterangkan dengan panjang lebar. Semua orang tahu, orang yang rajin dalam hidup akan berjaya juga akhirnya. 

Selain dari itu, disiplin juga penting. 

Malah ia lebih penting dari motivasi semata-mata. Kerana dengan disiplin, anda tidak akan dipengaruhi oleh mood dan rasa malas yang mungkin akan ganggu fikiran anda sepanjang dalam bisnes. 

Tidak kira apa mood, dan cabaran, melalui disiplin terpaksa buat apa yang anda patut buat. Jika anda mampu kawal disiplin, percayalah bahawa kejayaan sudah hampir pasti menjadi milik anda.

Kejar impian anda

Jika anda memang selama ini bercita-cita untuk dapat sesuatu dalam hidup, usahakan sampai jadi. 

Biar apa orang cakap. Anda lebih tahu apa yang anda patut buat dengan hidup anda. Kerana akhirnya, yang menanggung masalah hidup anda adalah diri anda sendiri. 

Jadi abaikan kata-kata negatif dari mentaliti orang kalah (loser)

SELAMAT TINGGAL 2020. HELLO 2021!

Saya tambah section baru dalam artikel ni setiap akhir tahun.

Ketika saya tulis ni, adalah pada bulan December 2020.

Jadi elok lah saya recap dan summarizekan apa yang berlaku sepanjang tahun 2020, dan plan untuk tahun 2021.

15,000 Subscribers Dalam Masa 12 Bulan.

Matlamat utama saya bila buat blog Dropship Kartel adalah saya nak ada mailing list sendiri, atau biasa orang cakap – DATABASE.

Saya plan pada awalnya untuk dapatkan 10 ribu. Tapi terlebih plak. Which is good.

But sebenarnya lebih dari tu jumlah subscriber saya. Rasa dalam 30 ribu asalnya, tapi banyak yang saya dah remove atas sebab-sebab bisnes.

Saya guna email marketing provider dari GetResponse untuk bantu saya urusan email marketing ni.

Bayar bulan-bulan.

Dalam RM 1000 macam tu. (dah macam sewa kedai).

Kalau orang yang hanya kumpul database tapi tak tahu cara untuk monetize database, memang akan rasa satu pembaziran.

Bagi saya ni normal dan masuk dalam kos operasi bisnes.

Macam sewa kedai jugak.

Tapi berbaloi-baloi.

Sebab saya punya kiraan adalah setiap subscriber yang subscribe mailing list saya, akan beri saya income RM 1 setiap bulan.

Kalau ada mailing list 30 ribu?

Then saya boleh terus agak income saya setiap bulan adalah RM 30,000.

Kalau bisnes anda mungkin nilai setiap subscriber tu lagi tinggi.

Saya tak tahu. Anda kene kira sendiri.

Cuma nak cakap satu jela…. EMAIL MARKETING IS NOT DEAD.

Conversion Rate dari email lagi better dari semua platform yang lain,

Jangan percaya.

Buat dulu, dan tengok hasilnya.

4 Online Course Berkaitan eCommerce Dropshipping

Tahun 2020 saya antara tahun terbaik saya sepanjang bergelar usahawan online.

Sebab tah macam mana, saya mampu buat empat online course berkaitan topik eCommerce Dropshipping.

Ikutkan dulu malas gila.

Nak buat satu pun berbulan-bulan.

Saya pun tak faham kenapa rajin sangat. Haha.

Maybe sebab saya excited nak bantu orang belajar buat duit online kot.

Anyway, saya happy sebab student saya almost 1000 orang, dan ramai yang dah mampu buat side income yang lumayan dari apa yang saya kongsikan.

Ini antara student saya yang sudi share progress mereka dalam group.

Actually ada banyak lagi tapi malas nak share semua.

Review of Year 2021

Seperti yang dijangka dan dirancang, saya fokus lebih kepada pembangunan Kartel Digital as a brand.

It went quite good in the aspect of branding. Cumanya duit tak masuk banyak macam tahun 2020. Haha.

I think punca utama adalah sebab tak aggressive keluarkan course baru dan promote course sedia ada. Sibuk sangat dengan repositioning myself, and Kartel Digital towards public.

Dan satu lagi, sebab saya sendiri pun tak berapa organise dan burnt out kaw-kaw. So ambil masa rehat tu agak lama.

But one thing that I am quite happy adalah, saya dijemput bekerjasama dengan Shopify, as one of their commerce coach and educator for Malaysian audience.

Its really an honor. Sebab dah masuk tahun ketiga ni dok promote dan guna Shopify as a preferred ecommerce platform to use by entrepreneurs.

So banyak la benefits dia bila dah officially in the Shopify team.

In summary, 2021 is just a mediocre year for me.

But its okay. Sebab semuanya saya buat seorang.

Kalau benda yang saya tak tahu pun, saya ambil masa belajar sendiri dan buat.

So, I am proud of myself. Hehe.

Going Forward in 2022

Tahun 2022 actually dah bermula bulan November 2021.

Saya dah plan dan dah setup team untuk bantu saya doing the work.

10k allocation per month for team. Fuh.

Harapnya return pun berkali-kali ganda la.

Cuma bila dah lama tak hire orang ni, rasa kekok dan stress lain machiam. Tak tahu macam mana nak cakap.

But I have to. Kalau tak sampai bila-bila akan ada episod burnt out setiap tahun.

Strategi tahun ni is to ‘double down’ the effort for Kartel Digital.

Dan juga introduce Kartel Digital Academy to the public.

Kalau tak tahu Kartel Digital Academy ni macam e-learning portal.

Saya sumbat semua course sedia ada, dan course akan datang semua kat sana.

Bila ada dedicated learning platform macam ni senang manage, dan student experience pun much better. Hopefully.

Bolehlah jemput jenguk nanti Kartel Digital Academy bila free. Hehe.

KISAH SAYA BELUM BERAKHIR

Dari masa ke masa, saya akan update ruangan ini sebagai salah satu proses dokumentasi perjalanan saya, dan juga mungkin sebagai sumber inspirasi untuk anda semua.

Saya harap dari post ini, anda belajar sesuatu dari saya.

p/s: Kalau anda berminat nak mendalami dunia dan nak jana income dari bisnes ecommerce dropship, boleh la join kelas online saya kat sini : Ecommerce Superstar