fbpx
5 Jenis Produk Yang Anda Perlu Elak Jual Dalam Store E-commerce Dropship.

5 Jenis Produk Yang Anda Perlu Elak Jual Dalam Store E-commerce Dropship.

Menjadi dropshipper tidak bermakna anda boleh jual semua benda.

Ada juga produk yang anda perlu elakkan daripada menjualnya, lebih-lebih lagi apabila anda baru nak belajar jadi dropshipper.

Jika mahu jual produk berkaitan juga, anda boleh dapatkan alternatifnya.

Ya, saya akan sediakan cadangan produk lain yang sesuai sebagai ganti supaya anda tak pening kepala untuk fikir.

Mengapa ada barang yang anda tak digalakkan jual?

1. Nak kurangkan peratus return & refund.
2. Elakkan isu trademark atau tanda dagang.
3. Elakkan isu dengan iklan FB yang makin strict.

Dah sedia?

Terus skrol ke bawah, baca dan hadam.

Walaupun dikatakan menjadi dropshipper adalah cara paling senang untuk mulakan bisnes online dan ada banyak produk yang anda boleh pilih, tidak semuanya boleh dijual.

Tidak dinafikan, apabila dah tersalah pilih produk anda akan ada masalah untuk mula balik.

Dah habis banyak masa dan wang untuk sediakan laman web, ayat iklan, promosi, polisi return & refund dan lain-lain, tiba-tiba dapat tahu produk anda ada isu besar. Terduduk dibuatnya.

Habis, produk apa yang boleh dijual dan yang mana anda kena elakkan?
Tenang, kita senaraikan satu demi satu ya.

1. Jeans/ Seluar Ketat

Seluar ketat, elakkan bang. Walaupun bunyinya macam hot market, tapi ini adalah produk yang anda kena elakkan

Sebab apa?

Kita selalu dengar pelanggan pulangkan barang sebab masalah saiz, kan?

Apabila jual seluar ketat ni, dah tentulah saiz akan jadi masalah besar. Maka, akan ada banyak permintaan untuk refund & return yang kita nak elakkan daripada berlaku.

Walaupun diketahui terdapat perbezaan saiz antara seluar dari US, Eropah dan China, dan saiz seluar berbeza walaupun jika dibeli dari mall yang sama.

Maka, tak hairanlah jika saiznya tak sama jika didapatkan daripada pembekal berbeza.

Umumnya, seluar dari China biasanya saiznya dua kali lebih kecil daripada seluar dari US.

Ya, mungkin anda kata anda boleh sediakan carta saiz. Tapi, berapa ramai pelanggan yang akan pilih untuk buat pesanan ikut saiz yang mereka biasa pakai?

Jika anda dah letak disclaimer supaya tambah 1 saiz siap-siap apabila nak order, ada kemungkinan pelanggan akan keliru juga. Akhirnya mereka tak seronok apabila nak shopping di kedai online kita.

Sudahnya apabila mereka tetap juga salah pilih saiz, anda akan ada satu kerja tambahan lain.

Bersedialah untuk mengadap proses return & refund yang kebarangkaliannya tinggi bagi produk begini.

Jadi, nak jual apa sebagai alternatif?

Selain seluar longgar dan labuh, anda juga boleh jual legging atau seluar yang kainnya jenis stretch.

Sediakan juga carta saiz, sifat kain yang stretchable itu akan bantu supaya ia boleh muat untuk saiz kaki pelanggan.

Pelanggan akan lebih mudah buat pilihan apabila anda tawarkan seluar longgar (tutup aurat juga bagi yang Muslim) atau stretchable, anda pun akan seronok sebab kurang permintaan untuk refund!

2. Beg Hitam

Dah kenapa pula dengan beg hitam ni?

Bukan beg plastik sampah ya, kawan-kawan. Beg di sini bermakna beg tangan.

Tapi, kenapa tak boleh jual beg hitam? Bukan lawa ke? Ringkas pun ringkas.

Ha, sebab itulah. Ringkas sangat!

Ingat satu perkara, produk apa pun yang anda jual pastikan ia dapat menarik minat pelanggan dan boleh buat mereka rasa mahu terus beli. Maknanya tengok gambar sahaja pun dah cukup. Ada rasa nak beli.

Dropshipper yang sukses perlu memahami pelanggan dan tahu produk mana yang mereka akan tertarik untuk beli.

Tak salah kalau anda suka beg hitam yang ringkas, tetapi itu anda. Bukan pelanggan.

Sebab itu, pilih produk yang pelanggan akan suka dan berguna untuk mereka.

Rugi apabila anda run iklan FB untuk produk ringkas dan sempoi sangat ni. Sebab pelanggan tahu mereka ada pilihan untuk dapatkan beg begini di kedai, jimat kos pos juga.

Maka, pilih untuk jual beg yang coraknya unik dan menarik.

Ia akan buat pelanggan berhenti skrol FB dan klik link untuk ke kedai online anda. Banyak pilihan warna, lain daripada yang lain, dan cantik apabila anda buat video iklan.

Macam mana nak tahu pelanggan suka produk anda?

Jika anda guna FB, perhatikan insight di Facebook Business Manager.

Anda lihat click-through-rate (CTR) bagi iklan yang anda dah buat tu. Keputusan ini mewakili jumlah pelanggan yang nampak dan klik link iklan anda.

Jika peratusnya kurang daripada 2%, ini bermakna anda perlu buat lebih test.
Cuba iklankan produk lain atau cuba format lain untuk iklan anda.

Sama ada anda tukar ke video, tukar gambar dan tajuk, dan sebagainya sampailah anda jumpa format yang okey. Yang nilai CTRnya lebih 2%.

3. Kasut Bertrademark

Ini satu lagi produk hot yang anda kena elakkan daripada terjebak.

Memanglah lumayan jika dapat jual, produk pun akan laku keras tetapi sebagai dropshipper baru saya nasihatkan jangan buat. Sebab jika anda buat, bermakna anda dah jual kasut tu secara haram.

Nak jual kasut atau produk ada trademark ni, kena ada lesen. Namanya reseller license.

Bukan kasut saja, mana-mana produk yang ada trademarklah senang cakap. Sekali anda dikesan, anda akan kena tutup semuanya.

Buang masa anda bina kedai online, buat katalog lawa-lawa, setup polisi baekkk punya, tapi akhirnya kena tutup. Rugi.

Tak berbaloi anda ambil risiko. Kedai nak pakai lama, jenama anda pun nak guna lama. Ada baiknya anda alihkan semua usaha tu kepada produk lain yang boleh bantu anda bertahan.

Nak jual apa?

Kasut, kita ganti dengan kasut jugalah. Kasut yang tak ada jenama atau kasut daripada jenama pembekal sendiri.

Banyak pembekal ada in-house brand walaupun tak ada trademark. Maka, anda boleh jual kasut mereka tanpa perlu bimbang.

Tak ada trademark bukan bermakna kasut mereka tak berkualiti. Banyak sahaja bahkan beribu jenama kasut berkualiti yang ada di pasaran tanpa trademark.

Semua kasut ini trendy dan diinspirasikan daripada model-model kasut yang popular di pasaran, jadi anda boleh saja promosikan semuanya dengan yakin.

Tak payah nak pening apabila dah kena tangkap sebab jual secara haram, bisnes anda pun akan terus berjalan. Tak gitu?

4. Face Mask

Eh, kenapa tak boleh jual face mask di FB? Produk kecantikan penting ni. Punyalah ramai cari, bukan perempuan saja.

Nak pula sekarang ni kalau dalam drama China, memanjang depa promo face mask.

Okey, bab ini nak tak nak anda kena kaji semula Polisi Pengiklanan Facebook.

Ada klausa yang cakap, tak dibenarkan iklankan produk yang ada claim atas kesihatan. Berkerut-kerut dahi nak fahamkan klausa ni. Luas sungguh cakupannya.

Kalau ikut mudahnya, ini bermakna mana-mana produk yang anda iklankan di FB dengan claim akan boleh beri perubahan pada keadaan kesihatan seseorang, termasuk dalam klausa ini.

Contohnya, anda kata produk anda boleh bantu cerahkan kulit. Dari sudut pandang team FB, ini termasuk dalam kategori health claim. Maknanya, iklan anda tak akan dilepaskan.

Leceh?

Ya, sedikit. Tapi, sebab anda nak gunakan kelebihan FB yang ada berjuta-juta audiens itu, kenalah ikut peraturan mereka.

Jika anda buat juga, ada kemungkinan iklan tak approve dan akaun anda akan kena ban.

Silap-silap akaun anda akan kena delete. Dah satu hal nak mula semula dan kumpul follower, kan?

Jadi, macam mana kita boleh buat?

Sediakan cermin. Macam mirror server database internet kalau nak main game atau tengok movie online tu.

Macam mana cermin ni berfungsi?

Caranya, anda sediakan produk lain sebagai cermin yang akan bantu pelanggan kenal jenama dan kedai anda di FB.

Jual sahaja face mask di kedai online anda macam selalu dan sasaran anda pastilah golongan yang obses dengan produk kesihatan dan kecantikan ni. Tak perlu risaukan nak buat iklan di FB.

Jika produk anda yang paling laku itu tak lepas untuk diiklankan di FB, bertenang sahaja.

Bagi promosi dan iklan di FB, anda boleh cari aksesori atau produk lain dalam niche yang sama. Untuk sasaran pelanggan yang sama dan iklankan di FB dengan sasaran untuk tarik trafik ke kedai online anda.

Apabila pelanggan dah masuk kedai anda, mereka akan jumpa produk lain dan tak mustahil mereka akan jumpa face mask anda juga.

Menggunakan cara ini, anda tak perlu nak buat iklan lain dan anda juga tak akan kena banned di FB. Teruskan sahaja kumpul followers dan likers dengan produk yang FB tak banned.

5. Perabot

Nak jual perabot ni, banyak hal yang anda kena teliti.

Walaupun anda boleh markup tinggi dan buat untung besar dengan jual perabot, ia bukanlah produk yang disarankan untuk dropshipper baru.

Ingat ini sahaja. Jangan jual produk yang saiznya lebih daripada 90 x 60 cm atau berat lebih daripada 2 kg.

Kalau anda nak jual juga, anda kena fikir dan sediakan banyak benda. Plan backup pun kena banyak.

Pertama sekali, cara penghantaran. Dah tentulah kos penghantaran akan tinggi. Silap-silap kos pos akan lagi mahal daripada harga barang yang anda jual.

Satu lagi, kalau dah saiz besar ni tentulah akan ambil masa yang lebih lama untuk penghantaran. Itu dah satu perkara lagi – pelanggan tak seronok apabila kena tunggu lama.

Tapi, saya tak nafikan yang produk hias rumah ni niche yang menguntungkan.

Jika anda tetap nak kekal dalam niche ini, cari produk yang dalam kategori saya sebut tadi. Saiznya tak lebih daripada 90 x 60 cm dan berat kurang daripada 2 kg.

Apa yang anda boleh jual? Aksesori untuk perabot besar.

Contohnya set alas meja, cadar, sofa, dan macam-macam lagilah yang sewaktu dengannya. Kecil, boleh dilipat dan anda nak pos pun senang.

Paling penting, anda tak pening nak fikir kos penghantaran yang tinggi. Untung pun untung, kan?

Kesimpulan 5 Jenis Produk Yang Anda Perlu Elak Jual Dalam Store E-commerce Dropship.

Okey, jelas tak?

Jangan pakai redah sahaja atau nanti anda sendiri penat dan burn out nak tanggung segala kerugian sebab strategi anda yang suka langgar dinding tu.

Tak salah nak untung besar apabila berniaga. Siapa yang tak nak?

Tapi, pastikan risiko yang anda ambil berbaloi untuk jangka panjang kepada jenama dan kedai online anda sendiri.

Strategi Bina Bisnes E-commerce Yang Boleh Bertahan Lama (Dan 5 Cadangan Produk Best)

Strategi Bina Bisnes E-commerce Yang Boleh Bertahan Lama (Dan 5 Cadangan Produk Best)

Kita selalu dengar, bina sesuatu yang mapan dan mampan dan selalunya ia dikaitkan dengan alam sekitar dan pembangunan.

Apa kaitan dengan bisnes ecommerce?

Dari sudut bisnes ecommerce, ia adalah hal yang sangat relevan.

Siapa yang tak nak bisnes kukuh dan bertahan lama, kan?

Tapi, macam mana nak ada bisnes ecommerce yang kuat?

Ini bukan semata-mata menguruskan duit, produk dan masa. Ada satu faktor lagi yang membantu iaitu membina bisnes yang memberi impak positif dari sudut sosial dan kepada alam sekitar.

Ha, bunyi macam kompleks. Dah nak kena fikir alam sekitar pula, bisnes sendiri pun entah ke mana ni.

Saya tak nafikan, ia tak senang.

Buka bisnes dah satu hal, dan yang paling penting adalah bagaimana anda boleh menjadi dropshipper yang memanfaatkan alam sekitar dan bertanggungjawab kepada masyarakat?

Ada beberapa tip yang saya boleh kongsi.

Selain itu, saya juga akan kongsikan beberapa jenis produk untuk bisnes ecommerce yang bagus untuk alam sekitar.

Memberi Semula Kepada Alam Sekitar dan Masyarakat

What you give, you get back.

Earn more and give back to the community.

Pernah dengar dua ayat di atas? Jika belum pernah, tahniah kerana anda dah baca kali ini. Ya, jika kita tak pentingkan masyarakat sendiri, siapa lagi nak jaga? #kitajagakita

Ramai pembeli sekarang concern dan mahu berurusan dengan peniaga yang bertanggungjawab kepada masyarakat.

Atas sebab itu, mereka akan lebih suka untuk berurusan dengan anda apabila mereka tahu anda terlibat dengan hal-hal yang bagus untuk komuniti dan alam sekitar.

Sebagai contoh, kajian yang dibuat oleh Cone Communications di Amerika Syarikat menunjukkan 87% responden lebih percaya syarikat yang menyokong atau terlibat dengan social cause atau kerja kebajikan untuk alam sekitar.

Selain itu, 89% responden berkata mereka akan sanggup tukar dan pilih jenama yang terlibat dengan good cause ni.

Dalam bahasa mudahnya, ia akan menguntungkan syarikat berkenaan dalam jangka panjang. Maknanya, syarikat akan boleh bertahan.

Jika bisnes ecommerce anda adalah syarikat yang dimaksudkan bermaksud anda akan untung, dan pada masa yang sama anda akan rasa lebih baik kerana telah menyumbang untuk masyarakat.

Ada banyak cara untuk jadi tauke bisnes ecommerce yang bertanggungjawab kepada masyarakat:

1. Tanam Pokok / Pelihara Haiwan Terancam

Bukan bermaksud anda sendiri yang tanam. Dah kedai pun online, takkanlah nak tanam pokok di tepi blog?

Boleh juga kalau anda nak tanam atas tanah sendiri. Atau libatkan diri dengan kerja-kerja sukarelawan berkaitan di sekolah atau mana-mana pusat.

Selain itu, anda boleh membantu dalam usaha pemuliharaan dan perlindungan haiwan terancam seperti orang utan, Harimau Malaya dan penyu.

Anda boleh menyumbang terus kepada komuniti yang terlibat seperti Orang Utan Appeal UK yang aktif memelihara orang utan di Sepilok, Sabah.

2. Menyokong Kerja Amal dan Kebajikan

Libatkan diri dengan kerja-kerja amal. Selain menyumbang secara peribadi atau melalui syarikat, anda juga boleh menyediakan pakej khusus untuk pelanggan yang mahu membeli sambil menyumbang.

Atau anda boleh juga ajak para pelanggan terus menyumbang kepada kerja kebajikan berkaitan. Contohnya, pengasas FashionValet Vivy Yusof dan Fadza Anuar bekerjasama dengan IMARET (Pasukan Perundingan & Rawat Persatuan Perubatan Islam Malaysia) dan menubuhkan Dana Sokongan FV Covid19 (www.simplygiving.com/fv-covid19-support-fund).

Tujuannya, mengumpul dana untuk membantu kerja-kerja pasukan perubatan yang sedang berjuang di barisan hadapan bagi memerangi wabak Covid-19 di Malaysia.

Bagaimana anda boleh bantu? Ikut menyumbang dan sebarkan supaya lebih ramai boleh melakukannya juga.

Selain itu, servis anda kepada pelanggan juga adalah salah satu cara untuk menyumbang kepada masyarakat. Dengan menjadi peniaga yang mementingkan kualiti servis dan produk, anda sudahpun menyumbang.

Tak pasti bagaimana? Saya kongsikan di bawah ini.

Teruskan skrol dan baca.

Berusaha untuk Kurangkan Peratus Pemulangan dan Bilangan Pelanggan Tidak Puas Hati

Buat sebaik mungkin supaya pelanggan berpuas hati dengan produk dan servis yang diterima. Lebih-lebih lagi apabila anda menjual produk dari luar negara dan mengambil masa panjang untuk penghantaran.

Elakkan pemulangan yang disebabkan oleh isu produk itu sendiri seperti isu salah saiz, barang tidak boleh digunakan dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anda sudah memberi sumbangan kepada pelanggan dan masyarakat.

Bagaimana nak buat? Saya kongsikan tiga cara yang boleh membantu anda.

i) Sediakan Penerangan Produk yang Jelas dan Gambar Elok

Walaupun sebelum ini saya pernah bercerita dalam topik mengenai penjagaan dan pengurusan pelanggan (http://dropshipkartel.com/8-cara-buat-pelanggan-kembali-membeli-di-kedai-e-commerce-anda/), hari ini saya nak ulang sekali lagi.

Tulis penerangan yang jelas mengenai produk anda. Jika anda menjual baju, perincikan semua material, saiz dan pilihan warna yang ada (lengan, bahu, labuh, punggung, dll) supaya pelanggan boleh bandingkan dengan ukuran tubuh mereka.

Sertakan gambar yang jelas dan paling dekat dengan warna asal produk yang dijual. Dengan memberi maklumat terperinci, anda membantu mereka membuat pilihan yang tepat untuk diri sendiri. Ia akan mengurangkan pembaziran dan pembelian sia-sia.

ii) Sediakan Panduan untuk Kitar Semula Produk

Salah satu cara yang anda boleh buat sebagai servis selepas transaksi jual-beli berlaku adalah menyediakan panduan untuk mengitar semula produk yang anda jual.

Saya guna semula contoh tadi. Katalah anda jual baju atau pakaian. Anda boleh sediakan siap-siap artikel mengenai cara pelanggan boleh recycle baju mereka selepas suatu tempoh.

Bagaimana nak recycle baju? Bagi baju yang masih cantik dan elok, sudah pasti ia boleh didermakan.

Untuk pakaian yang sudah lusuh, ia boleh digunakan semula sebagai kain pengelap, baju untuk anak patung, atau alas kaki. Tidak salah jika anda sediakan tutorial cara-cara membuat alas kaki daripada pakaian lama.

iii) Tidak Perlu Minta Pelanggan Pulangkan Barangan

Daripada anda minta pelanggan pulangkan semula barangan kepada anda, ada baiknya anda sediakan pilihan supaya mereka hanya hantar gambar. Jika perlu, minta mereka rakam video produk untuk beritahu sebab mereka mahu pulangkan.

Jika barangan dipos daripada luar negara, pastilah kos penghantarannya tidak murah. Maka, biarlah pelanggan simpan sahaja barang yang tidak boleh digunakan atau dipakai itu.

Anda hanya perlu proses pemulangan menggunakan video atau gambar yang diterima dan minta pelanggan buat recycle, derma atau jadikan hadiah kepada orang lain, bergantung kepada keadaan produk berkenaan.

Jika anda khuatir polisi ini akan menaikkan jumlah permintaan untuk pemulangan, tidak perlu iklankan secara besar-besaran. Hanya pastikan maklumat ini dimasukkan dalam FAQ atau dalam Polisi Return & Refund.

Dah nampak cara-caranya?

Okey sekarang kita tengk pula contoh produk mesra alam yang boleh anda jual sebagai permulaan bisnes ecommerce anda.

Cadangan Produk yang Boleh Dijual di Web Ecommerce Anda

1. Beg Kain Mesh yang Boleh Diguna Semula

Memandangkan penggunaan beg plastik dah kena caj dan tak lama lagi ada kemungkinan akan diharamkan, ada baiknya anda jual beg kain yang jauh lebih banyak fungsinya ini.

Selain boleh digunakan berkali-kali untuk pergi beli barang keperluan, anda pastinya telah memberi sumbangan besar kepada alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik.

2. Beg Storage yang Boleh Diguna Semula

Selain bekas simpanan makanan, satu lagi produk yang menarik adalah beg storage. Iyalah, kita nak simpan macam-macam barang. Kalau semua bekas, tak muat peti ais.

Lagi seronok apabila boleh letak macam-macam jenis stok kekacang dalam plastik berlainan dan kemudian susun dalam satu bekas.

Selain itu, ada juga barang yang lebih sesuai letak dalam beg plastik. Lagipun, plastik lebih ringan dan mudah untuk dibawa. Berbanding angkut bekas plastik atau kaca. Berat dan makan ruang.

Jika ada beg plastik, pelanggan akan lagi suka sebab boleh sumbat lebih banyak barang. Di rumah pula, plastik ini boleh dileperkan semula dan disimpan apabila tidak digunakan.

Tak ada lagi masalah ruang, kan? Boleh guna semula lagi.

3. Lampin, Sudah Pastilah yang Boleh Diguna Semula

Semakin banyak pihak yang mula menggunakan lampin guna semula. Apatah lagi apabila ada banyak corak menarik di pasaran. Tidak sukar untuk menggunakannya.

Bagi ibu bapa yang mementingkan alam sekitar, mereka sentiasa mencari alternatif kepada lampin pakai buang. Di sinilah pentingnya anda sebagai peniaga cloth diaper.

Macam pakaian bayi yang lain, ia tahan lama dan boleh digunakan banyak kali. Berbanding lampin pakai buang yang sah-sah hanya sekali guna dan buang.

4. Straw Besi

Satu lagi produk yang semakin lama semakin penting dan perlu.

Walaupun straw plastik laku keras dan bertahan lama dalam pasaran, kini semakin ramai yang berhenti menggunakannya dan beralih kepada penyedut minuman daripada sumber terbiodegradasi.

Malah, restoran makanan segera juga sudah menghentikan pembekalan straw plastik kepada pelanggan. Para pengguna juga sudah sedar straw plastik termasuk dalam bahan yang berbahaya kepada alam dan haiwan.

Sebab itu, straw besi yang boleh dicuci dan diguna berkali-kali semakin mendapat tempat dalam pasaran. Bila lagi anda nak bantu dalam penjagaan alam sekitar?

5. Botol dan Lunch Box – Stainless Steel

Bekas stainless steel adalah antara item popular bagi pelanggan yang mahu produk boleh guna dan tahan lama. Ia bukan sahaja berkualiti, tetapi rekannya juga menarik dan cantik.

Macam mana nak tunjuk kelebihan produk? Selain menyenaraikan kelebihannya, anda juga boleh gunakan video. Jika lunch box ada banyak saiz dan rupa, gambar dan video akan sangat membantu.

Mahu lagi menarik, anda siapkan sekali set dengan kutleri stainless steel juga. Kalau ada yang mahu, siapkan juga chopstick stainless steel. Ia akan jadi pakej untuk bawa ke pejabat yang nice!

Kesimpulan Strategi Bina Bisnes E-commerce Yang Boleh Bertahan Lama

Saya percaya, setiap peniaga ada matlamatnya.

Tidak salah anda letakkan sasaran untuk menjadi peniaga ecommerce yang memberi impak positif dari sudut sosial dan kepada alam sekitar. Bahkan, ia akan buat anda menjadi peniaga yang jauh lebih baik.

Anda ada cadangan produk lain?

Boleh kongsikan dalam ruang komen. Saya seronok nak tahu pandangan anda.

Dalam Diam, Orang Kita Jana Pendapatan Dari Bisnes Dropship E-Commerce!

Dalam Diam, Orang Kita Jana Pendapatan Dari Bisnes Dropship E-Commerce!

Hai dan salam hari ke-27 kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada 10 April yang lepas, kerajaan dah buat keputusan untuk lanjutkan tempoh perlaksanaan PKP sehingga 28 April 2020.

Ini jugak adalah atas nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pakar-pakar perubatan yang sentiasa memantau kes-kes dan trend penularan wabak Covid-19 kat Malaysia.

Bagi sesiapa yang mencari-cari satu sumber pendapatan yang lain, kita ada tambahan masa yang banyak untuk belajar benda baru, belajar skill baru dan usahakan satu bisnes online dalam tempoh ni.

Terus Berusaha Mencari Jalan!

Sebelum ni saya ada tunjukkan salah seorang student dalam komuniti Dropship Kartel, Muhammad Meerza berjaya buat jualan RM1,200 dalam masa 5 hari (2 April-6 April) dari bisnes dropship e-Commerce.

Dalam situasi usahawan lain tengah resah gelisah dengan keadaan kewangan dan jualan bisnes, student dalam komuniti Dropship Kartel ambil peluang untuk buat kajian produk hot, cari supplier produk, buat kedai online sendiri dan run FB Ads.

Terus berusaha walaupun dalam waktu kiritikal yang tak dijangka.

Sebagai seorang usahawan, hidup kita memang tak lari dari hadapi cabaran. Cabaran demi cabaran. Cabaran datang dan pergi. Lepas dia pergi, dia datang balik. Lepas tu dia pergi. Suka hati jer.

Ingatkan dah tak ada, rupanya “eh, datang lagi kau!”. Macam tu lah.

Jangan harapkan hidup ni semua benda nak senang jer. Tapi sentiasa fikirkan, “Macam mana aku boleh buat lebih baik”.

Jangan harapkan kita tak dapat banyak masalah dalam hidup, tapi sentiasa fikirkan, “Macam mana aku boleh atasi masalah dalam hidup ni”.

Dalam Diam, Orang Kita Buat Duit Online Dari Rumah!

Kalau anda bertanya, “Apa benda ni bisnes dropship e-Commerce?”… ia adalah satu model bisnes di mana kita menjual produk fizikal secara dropship guna platform kedai online sendiri.

Kalau anda bertanya, “Dari mana nak mula belajar buat bisnes dropship e-Commerce ni?”, anda boleh follow langkah demi langkah dalam e-Book panduan Mula Bisnes Online Guna E-commerce.

Sebenarnya, sehari lepas Muhammad Meerza share screenshot hasil jualan daripada kedai online dia tu, ramai pulak ahli group yang lain share hasil jualan masing-masing dari bisnes dropship e-Commerce ni.

Meriah hari tu (7 April) kat dalam group. Meriah dan panas, haha. ‘Panas’ tengok member-member lain berjaya buat jualan. Tapi panas yang positif. Yang bagi inspirasi dan motivasi, “kalau dia boleh buat, aku pun boleh buat!”.

Dalam artikel ni, saya akan kongsikan beberapa lagi screenshot hasil jualan beberapa orang student Dropship Kartel yang diorang share kat dalam FB group.

Jualan RM1,461 Dalam Masa 9 Jam!

Pada tarikh 7 April tu, seawal pukul 9 pagi lagi student kami, Nik Abd Sobur dah panaskan group bila dia share screenshot hasil jualan RM1,461 dalam masa 9 jam dari kedai online dia. Panas macam baru lepas jogging di pagi hari…

Kalau betul lah perkiraan saya dia mula run FB Ads pukul 12 malam (waktu kebiasaan orang mulakan kempen FB Ads), jadi betul lah dia dapat jualan banyak tu dalam masa 9 jam jer.

Jualan RM52,870 Dalam Masa 7 Hari!

Untuk hasil jualan seterusnya ni, anda kena tengok nombor tu betul-betul, ade huruf ‘k’ kat belakang. Bukan 52 hengget, tapi RM52,870 dalam masa 7 hari dalam bulan April! Ini lagi terbakarrrr! Nama FB student ni Helios Wolfgang…

Kalau yang tadi tu panas macam baru lepas jogging, yang ni nak cakap panas macam apa ye? Panas macam masuk sauna tak keluar-keluar selama 7 hari 7 malam ke?

Produk apa yang hot sangat ni?? Kalau ikut perkiraan kasar, produk yang dia jual berharga Rm114 seunit. Dia pun jual produk fizikal untuk pasaran Malaysia jer.

Jualan RM2,940 Dalam Masa 7 Hari!

Lepas tu dalam tengah hari macam tu, sorang lagi student iaitu Zuhairi Aie share screenshot hasil jualan RM2,940 setakat 7 hari dalam bulan April. Kalau ikut perkiraan kasar, produk yang dia jual tu berharga RM140 seunit…

Jualan Pertama Dari Bisnes Dropship E-Commerce!

Dalam apa-apa bisnes pun, bukan semua orang yang mula buat terus jadi. Banyak proses yang kita kena lalui. Apa-apa pun, setiap hasil jualan yang banyak-banyak tu bermula dengan jualan yang pertama.

Yang terbaru (11 April), student kami Tuan Adam share screenshot dapat jualan pertama dalam masa 24 jam run kempen FB Ads. Dia jual produk fizikal dalam niche Fitness.

Pada hari yang sama, student kami Iqbal Hasnan share screenshot hasil 2 jualan pertama sejak mula belajar dan follow langkah demi langkah strategi buat bisnes dropship e-Commerce yang kami kongsikan…

Ada lagi student yang lain, Anuar Marzuki dapat jualan pertama dalam masa 24 jamrun kempen FB Ads. Nampak sikit, tapi jualan RM30 yang pertama ni akan jadi penguat semangat untuk capai Jualan RM3,000 pulak lepas ni. InsyaAllah!

Kesimpulan Jana Pendapatan Dari Bisnes Dropship E-Commerce

Banyak usahawan yang terkesan dengan cara yang berbeza sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Sebab kita semua ada model bisnes yang berbeza.

Tapi jangan lupa, pengguna jugak seperti ‘dipaksa‘ untuk belajar membeli secara online disebabkan situasi yang kita hadapi sekarang ni.

Ada banyak produk kat luar sana yang dapat jadikan solusi kepada masalah yang pengguna hadapi dalam tempoh PKP. Atau mungkin produk keperluan yang susah nak dapat kat kedai disebabkan kedai banyak tutup.

Satu-satunya benda berharga yang kita dapat dari PKP ni adalah ‘masa’. Tapi macam mana kita menghargai masa yang kita ada ni untuk belajar benda baru, belajar skill baru dan usahakan bisnes baru.

Dalam artikel ni, saya dah tunjukkan beberapa contoh usahawan yang ambil peluang untuk terus berusaha mencari jalan untuk jana pendapatan dari bisnes dropship e-Commerce. Saya harap, diorang dapat jadi inspirasi pada anda untuk mulakan usaha yang sama!

10 Tips Bisnes Dropship Power Yang Usahawan Baru Perlu Tahu

10 Tips Bisnes Dropship Power Yang Usahawan Baru Perlu Tahu

Anda berminat nak mulakan bisnes Dropship?

Adakah anda dah tahu atau buat kajian apa kemahiran yang diperlukan untuk buat bisnes Dropship?

Sebenarnya, model bisnes dropship ni mudah. Anda boleh mulakan bisnes tanpa sebarang inventori sama sekali.

Sebaik saja anda berjaya membuat jualan, pihak pengeluar yang akan uruskan penghantaran produk dari kilang mereka terus ke depan pintu rumah pelanggan anda.

Ya. Anda langsung tak perlu pening kepala fikirkan stor barangan, pakej atau cara pengeposan.

Sememangnya dropship adalah bisnes yang paling sesuai untuk bakal usahawan. Ia berisiko rendah, modal juga rendah, senang bagi start up dan boleh berfungsi secara automatik.

Dalam artikel ini, anda akan belajar kenapa anda harus buat dropship dan ada 10 tip yang mampu membantu anda untuk sukses.

1. Fokus Skil Pemasaran

Disebabkan ada banyak aspek dalam bisnes dropship yang bergerak secara automatik, anda ada lebih waktu untuk fokus pada pemasaran atau penjenamaan.

Walaupun reka website, cipta logo dan lukis grafik nampak macam aktiviti yang seronok, tapi pemasaran adalah mesin buat duit.

Jadi anda harus luangkan masa dan belajar ilmu pengiklanan, kembangkan trafik serta tukarkan pelawat website anda.

Ruang iklan dan SEO boleh bantu mengalirkan lebih trafik ke kedai anda. Dengan kata lain, anda akan ada lagi banyak peluang buat jualan apabila trafik tinggi.

Membuat konten blog dan maksimakan kata kunci bagi setiap halaman produk anda akan senangkan pengguna jumpa page anda. Dengan cara ini pengikut anda juga semakin bertambah.

Selain itu, pastikan keseluruhan fungsi website anda mesra pengguna.

Caranya, guna skrip yang mengajak atau memujuk orang ramai supaya membeli di kedai anda. Anda masukkan review pelanggan sebagai bukti yang produk anda osem. Juga, pastikan gambar-gambar produk dipaparkan secara tersusun.

Anda mesti tunjukkan kesungguhan, tak boleh buat ala kadar je.

2. Berikan Tawaran Menarik

Sebagai usahawan yang peka, jangan terlepas pandang perkara penting seperti menyediakan tawaran bonus yang mampu menarik minat pembeli. Jika tiada satu pun produk yang diberikan potongan harga, orang mungkin tawar hati untuk membeli.

Apa yang pentingnya di sini adalah anda memilih produk yang tepat dengan kadar harga berpatutan. Produk anda berpotensi jadi laris sekelip mata.

Jualan secara kombo juga antara kaedah yang berkesan. Fokuslah menjual barangan yang sama dalam satu bundle. Jika pelanggan dah memang suka sesuatu produk, biasanya mereka tak kisah beli borong.

Cabaran yang anda hadapi hanyalah bagaimana nak yakinkan pembeli.

Apabila dah dapat rentak, teruskan upsell lagi dan lagi.

3. Bisnes Bergerak Secara Automatik

Menguruskan bisnes zaman sekarang ternyata semakin mudah. Anda ada pilihan untuk berbisnes secara sistematik dan produktif.

Bagaimana caranya?

Gunakan tool dropshipping seperti Dropship Kartel, banyak aspek bisnes anda boleh jadi auto.

Jika anda bekerja sepenuh masa atau sedang cari peluang pendapatan sampingan yang lain, tool yang macam ni perlu supaya anda boleh fokus bekerja ikut keutamaan.

Biarkan tool ni berkhidmat untuk anda. Sebagai gantinya, anda dapat kebebasan untuk terus kejar impian anda.

Tool kedai e-commerce akan membantu kembangkan bisnes anda dengan pantas. Fungsi buffer membolehkan semua post media sosial dirancang, disimpan dan diterbitkan secara auto. Manakala kit pemasaran seperti iklan, emel, survey dan lain-lain juga boleh diprogramkan.

4. Umum Vs Niche

Macam mana nak bezakan sesuatu yang umum atau ada niche tertentu?

Jika sasaran anda mulakan bisnes adalah semata-mata untuk bereksperimen dan mencari niche yang sesuai, buatlah kedai umum. Tapi, kena asingkan setiap produk ikut kategori supaya memudahkan audien ketika browsing.

Di sebalik penubuhan kedai umum, faktor pentingnya adalah itu kedai pertama yang anda buka. Anda dah berjaya pecah rekod pencapaian sendiri.

Tapi jika anda dah buat kajian atau tahu kembangkan idea bisnes, sebaiknya anda berusaha untuk bangunkan kedai yang ada niche. Kedai begini membolehkan anda fokus mencari pelanggan khusus untuk produk anda.

Oh ya, anda tak perlu masukkan nama niche bisnes ke dalam domain jika anda ada perancangan untuk besarkan bisnes menjadi kedai yang menjual pelbagai barangan.

Anda boleh luangkan sedikit masa untuk cari info tentang beberapa syarikat yang menjalankan bisnes berpandukan niche tertentu. Dapatkan idea segar untuk pembangunan kedai online anda.

5. Tawaran Istimewa Buat Pelanggan

Mana-mana produk pun, pasti ada peniaga lain yang jual.

Ini hakikat persaingan dalam dunia bisnes.

Tapi, ada cara untuk tampil berbeza di hadapan bakal pelanggan dan anda perlu kreatif.

Tawarkan sistem refund dan sentiasa respon kehendak pelanggan memang penting tapi perkara ni dah biasa dilakukan oleh mana-mana syarikat.

Apa kata anda sediakan servis lebih mesra dengan pelanggan? Contohnya ada kad terima kasih tulisan tangan jika mereka dah banyak kali membeli di kedai anda.

Anda boleh beri giveaway sebulan sekali khas buat pelanggan setia anda. Buatlah apa saja yang mampu mencairkan hati setiap pelanggan, supaya mereka rasa dihargai.

Tanpa mereka, anda tak mungkin capai sasaran dan mendaki tangga kejayaan.

Jadi mulakan habit menghargai pelanggan dari jualan pertama.

Para pelanggan mungkin tak ingat apa barangan yang pernah dibeli dari website anda, tapi percayalah bahawa cara layanan anda sentiasa mengisi kotak memori mereka.

6. Jadi Aktif Setiap Hari

Menjalankan bisnes perlukan usaha yang gigih setiap hari.

Tapi, anda tak perlulah habiskan 8 jam dalam seharian semata untuk bekerja. Sekurang-kurangnya anda boleh laburkan satu jam sehari bagi meningkatkan jualan bisnes anda.

Setiap hari anda wajib memproses order supaya produk anda selamat sampai ke tangan pelanggan mengikut waktu yang dijanjikan.

Anda juga perlu respon pada permintaan pelanggan dalam tempoh 24 jam. Walaupun anda sibuk tak menang tangan, jangan abaikan atau biarkan sebarang mesej blue tick tanpa dibalas langsung. Ingat, pelanggan bergantung harapan pada anda.

Dan, itulah trust yang harus direbut.

Selain itu, pelan pemasaran juga mesti berterusan. Setkan posting di media sosial pada setiap awal minggu dan pastikan kitaran yang sama berlangsung setiap hari.

Kata kuncinya di sini adalah aktif. Sebagai pemilik bisnes yang baru beroperasi, anda harus bergerak cergas dan berada 10 langkah di hadapan pesaing lain.

7. Import 25 Item Sebagai Permulaan

Segalanya di hujung jari anda.

Sekadar skrol dan buat beberapa klik, tanpa disangka dah ada banyak produk dalam kedai e-commerce anda.

Wow! Mula-mula memang anda rasa teruja.

Tapi, lepas tu timbul pula isu lain. Apabila anda masukkan terlalu banyak produk untuk dijual, anda perlu tulis semula deskripsi dan mungkin kena buang logo daripada gambar sedia ada. 

Bayangkanlah berapa lama masa yang diambil untuk menulis keterangan bagi 100 produk?

Apatah lagi jika anda seorang pelajar atau bekerja ikut waktu rutin 9 pagi hingga 5 petang.

Ia pasti melelahkan, silap-silap boleh patah tangan dibuatnya!

Oleh itu janganlah cari penyakit.

Cukuplah dengan 25 item saja dulu sebagai permulaan. Anda boleh tarik nafas lega dan siapkan deskripsi produk yang berkualiti dalam tempoh beberapa jam.

Secara tak langsung anda boleh jalankan bisnes dengan pantas dan buat jualan. Setiap minggu anda boleh masukkan dalam 10 ke 20 produk baru, jadi anda dapat tambah koleksi di kedai sambil meraih keuntungan serentak.

Apa pun, anda tak perlukan 100 produk bagi mencapai jualan pertama. Anda hanya perlukan satu produk hebat yang akan menghasilkan jualan.

8. Order Sampel Produk

Sebelum mulakan bisnes dropship, ini tip yang tak boleh dipandang ringan.

Order dulu sampel produk dari kilang. Kemudian periksa dengan teliti sama ada kualiti dan kriteria produk tu menepati apa yang anda mahukan.

Dengan melihat sendiri produk di depan mata, anda dapat hasilkan keterangan yang lebih tepat. Anda boleh ambil gambar dari pelbagai angle ikut cita rasa sendiri. Selain itu, anda juga dapat gunakan sampel ni untuk buat review dan rakam video promosi yang lebih menyakinkan pelanggan.

Jika ada nilai tambah bagi tingkatkan kualiti produk, anda mungkin boleh perbaikinya dan ubah suai.

Sememangnya banyak manfaat apabila anda memilih untuk order sampel terlebih dulu, sebelum anda buat keputusan sama ada ia layak dijual atau tak.

Tindakan ini umpamanya anda meletakkan diri sendiri di dalam kasut pelanggan. Apa perasaan mereka ketika shopping di kedai anda?

Mungkin selama 15 minit dihabiskan dengan skrol, tengok dan pilih barang kesukaan. Selepas itu langkah terakhir tentulah masukkan barang ke dalam carta, mereka pun klik buat bayaran.

Apa yang mempengaruhi fikiran pelanggan adalah tawaran yang jelas, mudah difahami dan sesuatu produk yang berbaloi untuk dimiliki.

9. Monitor Pesaing Anda

Rezeki sentiasa ada di mana-mana.

Ya, tu memang betul dan tak boleh dinafikan.

Tapi, rezeki juga bergantung kepada usaha yang anda curahkan.

Ini satu lagi tip penting dalam bisnes dropship, perhatikan dan pantau siapa pesaing anda. Jangan lupa LIKE halaman mereka di media sosial. Dengan cara ini anda akan dapat iklan promosi dan tahu perkembangan terkini produk mereka.

Apa yang anda perlu buat adalah monitor website mereka setiap masa. Apa tawaran produk yang dipasarkan? Adakah produk tu dapat sambutan seperti ramai orang yang nak share atau tinggalkan komen?

Dengan survey ni anda dapat input tentang produk bagaimana yang patut dijual serta jenis copywriting atau konten yang menarik perhatian audien. Semua ini mampu meningkatkan skil pemasaran dalam diri anda dan bisnes menjadi lebih sukses.

10. Mencipta Penjenamaan

Reputasi anda sebagai ketua akan dipandang tinggi apabila jenama bisnes anda semakin kuat. Bagaimana nak cipta jenama yang kukuh dan terkenal?

Baik, apa kata anda fikirkan atau cari keunikan bisnes anda. Di mana kelebihan yang boleh menyokong pengukuhan jenama anda dalam pasaran?

Pelanggan suka membeli dari kedai yang mereka dah percaya dan akan berulangkali buat pembelian. Jadi binalah kepercayaan tu menerusi imej jenama anda.

Fikirkan bahawa jenama anda mewakili imej syarikat. Imej yang hebat akan membantu tingkatkan nilai bisnes anda dan itulah memori yang anda nak masukkan dalam jiwa pelanggan.

Dah Nampak Jalan?

Anda dah baca sampai hujung artikel ni dan tahu 10 formula untuk bergelar usahawan dropship.

Adakah anda sedang mengangguk-angguk dan mula merancang produk dropship anda?

Baguslah, itu tandanya anda dah bersedia dari segi mental.

Untuk buang rasa ragu-ragu, anda kena ambil kertas dan mula catat nota penting.

Peranan saya, kongsi tip buat bisnes dropship, tapi ia tak bermakna jika tiada tindakan di pihak anda.

Dalam situasi ekonomi jatuh mendadak akibat virus Covid19 yang menyerang satu dunia, sejujurnya anda perlukan inovasi dalam kerjaya dan siapa tahu jika dropship adalah pilihan terbaik buat anda?

Apa pun, semoga anda terus bersemangat menghadapi segala cabaran kehidupan.    

Keyword: tip dropship, tip bisnes dropship, tip bisnes ecommerce, tip untuk dropshipper baru

Jualan RM1,200 Dalam Masa 5 Hari Sambil Duduk Diam-Diam Kat Rumah!

Jualan RM1,200 Dalam Masa 5 Hari Sambil Duduk Diam-Diam Kat Rumah!

Hari ni hari ke berapa entah kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dah nak dekat tiga bulan dah kan?

Tempoh ni penting untuk kita putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Tak sure anda perasan ke tak, Majlis Keselamatan Negara (MKN) ada umumkan satu channel Telegram untuk anda dapatkan maklumat lanjut kejadian Covid-19 kat Malaysia. Anda boleh join channel Telegram tu kat sini.

Tak Ada Masa Atau Tak Ada Disiplin?!

Baru-baru ni saya tertarik dengan satu posting dari FB Page Entrepreneur Mindset yang lalu kat newsfeed FB saya. Posting tu berikan satu peringatan yang buatkan minda saya tercabar!

Saya terangkan mesej dari posting tu dalam bahasa yang mudah faham…

Kalau lepas habis tempoh kuarantin (PKP) ni anda tak belajar ilmu baru, tak bina skill baru dan masih tak mula usahakan satu bisnes yang dapat jana pendapatan sampingan… anda sebenarnya bukan tak ada masa, tapi tak ada DISIPLIN!

Entrepreneur Mindset

Minda saya tercabar, buatkan saya berfikir dan terus senaraikan apa ilmu baru yang saya patut belajar, apa skill baru yang saya patut belajar dan apa model bisnes untuk jana pendapatan sampingan yang patut saya fokuskan.

Mana taknya, cuba anda fikirkan… kita dah 20 hari di arah dan dikawal untuk duduk diam-diam kat rumah. Kita ada banyak masa!

Tapi adakah kita gunakan masa tu sebaiknya untuk tambah ilmu, bina skill baru dan usahakan bisnes? Apa yang kita dah capai selama 20 hari ni? Memang sekadar ‘duduk diam-diam’ untuk raikan hashtag #dudukdiamdiam ke?

Kalaulah kita memang tak capai apa-apa dalam masa yang banyak kat rumah ni, maknanya memang betul lah kita bukan ada masalah ‘tak ada masa’ untuk mulakan sesuatu, tapi tak ada disiplin!

Jualan RM1,200 Dalam Masa 5 Hari Bisnes Dropship E-Commerce!

Saya tak nak suruh anda fikir jauh-jauh sangat. Cuba anda fikirkan apa yang dah anda capai sejak masuk bulan April ni sahaja (dah 6 hari).

Apa ilmu baru yang anda dah belajar? Apa skill baru yang anda dah belajar? Dan berapa jualan dari bisnes yang anda dah berjaya hasilkan sebagai usahawan online?

Hari ni, salah seorang student dalam komuniti Dropship Kartel iaitu Muhammad Meerza ‘panaskan suasana’ dalam group premium Dropship Kartel bila dia belanja screenshot hasil jualan dari kedai online dia yang berjaya buat jualan RM1,200 dalam masa 5 hari!

Memang terbakar member-member yang lain dalam group, huhu.  Sebabnya, baru jer 5 hari lepas (2 April) dia tunjuk kat dalam group screenshot hasil jualan pertama dari bisnes dropship e-Commerce ni. Masa tu jumlah jualan dia baru RM60 jer.

Dalam masa usahawan lain tengah resah gelisah pasal kewangan dan jualan bisnes, Muhammad Meerza ambil peluang untuk buat kajian produk hot, cari supplier produk, buat kedai online sendiri dan run FB Ads.

DISIPLIN! Terus berusaha walaupun dalam waktu-waktu kritikal yang tak dijangka. Dari mana dia belajar ilmu dan skill buat bisnes dropship e-Commerce ni? Dia hanya follow jer langkah demi langkah dalam apa yang Tuan Hafiz share.

Ilmu Dan Skill Yang Anda Boleh Belajar Dalam Tempoh Stay At Home

Sejak 5 hari yang lepas, mesti masih ada yang tak buat apa-apa dan tak tahu nak mula dari mana. Jadi, saya akan cadangkan 2 ilmu dan 2 skill yang anda boleh explore sepanjang baki tempoh stay at home ni untuk manfaatkan masa yang ada.

Selebihnya, anda yang kena disiplin untuk tambah ilmu dan kembangkan skill supaya dapat mulakan satu bisnes untuk jana pendapatan sampingan bila habis tempoh stay at home ni nanti. Jangan cakap tak ada masa! Babap nanti baru tahu.

Belajar Buat Bisnes Dropship Jual Guna Kedai Online!

Untuk manfaatkan masa anda sebagai usahawan online, saya cadangkan anda belajar jual produk fizikal secara dropship dan guna kedai online e-Commerce. Untuk permulaan, anda boleh baca panduan buat bisnes dropship.

Tapi kenapa guna kedai online?

Kalau anda buat kedai online e-Commerce sendiri, anda boleh letakkan segala info berkaitan produk semuanya dalam satu halaman produk yang berfungsi sebagai pembantu close sale anda.

Kalau anda dah bersedia untuk belajar ilmu praktikal jual produk fizikal secara dropship guna kedai online e-Commerce, anda boleh terus engage dalam group FB Dropship Kartel Lab untuk update-update konten terbaru.

Atau nak terus belajar hands on dan praktikal melalui video, dan nak result lebih cepat, anda boleh join course Dropship Kartel kat sini.

Belajar Buat Bisnes Dropship Jual Kat Shopee!

Kalau anda tak ready dari segi modal atau masih belum jelas dengan teknik dan strategi bisnes e-Commerce, anda boleh jual produk fizikal secara dropship kat Shopee jer dulu.

Walaupun kita belum ready nak buat bisnes dropship e-Commerce ni, tak kan lah kita nak duduk diam guna satu platform ni jer, betul tak? Kita kena jugak teruskan usaha buat jualan kat platform lain.

Dekat Malaysia, kita ada marketplace Shopee dan Lazada untuk jual barang. Kalau anda tak nak guna kedai online e-Commerce sendiri buat masa ni, anda boleh mula menjual kat Shopee untuk permulaan.

Banyak sebenarnya teknik dan strategi menjual kat Shopee yang anda boleh belajar. Dekat laman web Klikjer ada eBook panduan menjual kat marketplace Shopee dan Lazada.

Belajar Skill Design Gambar Menarik

Kita sentiasa perlukan gambar yang menarik untuk tujuan bisnes. Gambar logo, gambar posting kat media sosial, gambar iklan dan sebagainya. Jadi, anda boleh luangkan masa untuk kembangkan skill design gambar menarik.

Sekarang ni, kita boleh edit sendiri je. Kalau anda tak nak belajar guna software edit gambar yang advance macam Photoshop, anda boleh belajar design guna tool percuma Canva.

Dan kalau anda nak tahu mana apps yang bagus untuk belajar edit gambar, boleh pergi ke artikel sini.

Belajar Skill Teknikal Buat Iklan Berbayar

Kenapa saya sarankan anda belajar skill teknikal buat iklan berbayar? Sebab anda boleh dapatkan result dari iklan dengan lebih cepat dan boleh perbaiki iklan untuk dapatkan prospek yang berkualiti.

Sebagai usahawan online, anda mestilah belajar teknik dan strategi yang berkesan untuk jana pendapatan secara online. Sebagai contoh, ada pelbagai teknik dan strategi untuk menjual kat Marketplace, Facebook, Instagram dan kedai online e-Commerce.

Ini pula artikel yang kami sediakan tentang cara guna Facebook Ads untuk eCommerce. Boleh tengok sini.

Kesimpulan Buat Jualan Bisnes E-Commerce Sambil Duduk Diam-Diam Kat Rumah

Hampir sebulan tempoh stay at home ni sebenarnya banyak menguji diri kita dan bagi ruang untuk kita kenal diri sendiri.

Usahawan yang selalu bagi alasan ‘tak ada masa’ untuk mulakan sesuatu, sekarang diorang tahu samaada betul tak ada masa atau sebenarnya tak ada disiplin, huhu.

Saya dah tunjukkan salah seorang student dalam komuniti Dropship Kartel yang menjana jualan RM1,200 dalam masa 5 hari dari bisnes dropship e-Commerce.

Dia manfaatkan masa sebaiknya walaupun dalam tempoh kritikal sekarang.

Semoga perkongsian saya ni dapat bagi inspirasi dan motivasi pada anda untuk mula belajar benda baru, kembangkan skill dan mula usahakan satu bisnes untuk jana pendapatan sampingan!

Top 10 Niche Hot & Evergreen Untuk Mula Bisnes Dropship E-commerce

Top 10 Niche Hot & Evergreen Untuk Mula Bisnes Dropship E-commerce

Masa saya mula-mula dulu belajar nak buat bisnes dropship guna e-commerce, benda paling susah bagi saya adalah nak cari niche dan produk yang betul.

Sebab dalam 10 store saya buat, takde satu pun menjadi. Rupanya niche dan produk yang saya pilih adalah produk yang kurang demand, dan susah nak jual. 

Dah la nak cari dan decide satu produk untuk saya jual tu lama gila. Mau makan seminggu kadang. Penat gila!

Tapi sekarang saya dah terer skit dah. Satu jam pun boleh jumpa satu produk yang ada potensi dan hot.

Semua ni memerlukan praktis dan ilmu.

Tapi jangan risau, anda tak perlu lalu benda-benda susah macam tu.

Sebabnya, dalam artikel ini, saya sediakan 10 top niche yang hot & evergreen untuk mula bisnes dropship e-commerce pada tahun 2020.

Dah ready? Cantik.

Kita proceed terus. 

#1 : Gadget & Barang Kereta

Ini antara niche yang hot dan evergreen. Sebab apa saya cakap hot? Sebab jumlah kereta kat Malaysia ni lagi ramai dari penduduk Malaysia itu sendiri.

Dianggarkan setiap orang kat Malaysia ini ada dalam 1.7 kereta. Senang cerita ada yang ada lebih dari 1!

Apa maksudnya? Maksudnya ini peluang!

Apa contoh produk dalam kategori ni?

Ada banyak. Salah satu nya yang saya dah test adalah Dash Cam.

Ala yang selalu kamera orang letak dalam kereta tu. Yang boleh rekod video tu.

Produk ni memang hot gila. Google trends membuktikan.

#2: Peralatan Kecantikan

Saya sebut peralatan kecantikan, bukan produk kecantikan. 

Kenapa bukan produk kecantikan macam supplement, kosmetik apa bagai tu? Sebabnya nanti korang susah nak promote kat Facebook & IG.

Policy dan enforcement diorang strict tau sekarang. So elakkan please.

Mesti korang tak tau peralatan kecantikan tu apa kan?

Ha ni contohnya.

Produk-produk camni senang nak iklankan guna iklan berbayar macam kat Facebook dan Instagram. Serius.

Takyah cakap apa-apa pasal kulit orang. Tunjuk video dan gambar je orang dah tahu.

Perempuan gila benda ni dan memang cari alternatif yang lebih murah. Sebab kat Sephora mahal gila. Beratus-ratus harganya.

Jom tengok Google Trends untuk produk ni.

#3: Aksesori Bayi & Kanak-kanak.

Ni memang tak yah cakap panjang pun takpe. Siapa-siapa ada baby tau lah. Lagi-lagi kalau yang baby first. Semua benda dia nak beli. Haha!

So, lubuk duit memang sentiasa ada kat sini, Evergreen gitu.

Contoh produk seperti dibawah:

Ni baru salah satu. Ada banyak lagi dan mostly barang-barang camni memang laku. Dan supplier untuk produk macam ni pun banyak sangat.

Tak caya kita tengok demand kat Google Trends.

#4: Aksesori Mak-mak

Tadi kita dah sembang pasal baby dan budak. Ni sembang pasal mak budak plak. Haha.

Ini pun niche yang evergreen dan sentiasa hot sejak manusia lahir,

Sebab mak-mak ni sentiasa cari jalan untuk memudahkan urusan jaga anak setiap hari, dan dalam masa sama nampak style.

So antara produk contoh dalam niche ni adalah Maternity or Diapers Bag Pack.

Cute kan? Ni biasa kalau wife minta husband mesti belikan punya. Confirm.

Bukan tu saja, ini lagi contoh saya belanja.

Ini pula graf dari Google Trends untuk niche ni.

#5: Fitness

Niche ni pun satu hal. Memang hot sentiasa. Lagi-lagi awal tahun. Sebab semua acah-acah nak sihat dan kurus. Haha!

Tapi itu petanda bagus untuk kita sebagai seller.

Biasa kalau saya memang target audience perempuan untuk benda camni sebab buying power diorang lebih tinggi, dan diorang suka buat impluse buying (maksudnya pembelian ikut emosi dan perasaan). Tak fikir panjang kadang gitu. Hehe.

Tapi lelaki pun sama je perangai kalau kita offer produk yang kena dengan lifestyle, gaya dan minat diorang.

Contoh produk dalam niche ni adalah macam kat bawah ni.

Ini graf demand dari Google Trends.

#6: Peralatan Memasak dan Penyediaan Makanan.

Ini pun sama. Niche yang steady dikalangan perempuan.

Sebabnya mostly perempuan yang masuk dapur, bukan lelaki. Dan apa-apa benda yang mudahkan mereka buat kerja memasak, memang diorang akan beli.

Contoh produk yang saya tengok ada potensi adalah:

Tah-tah korang pun minat nak beli dan guna barang macam ni.

Tengok graf kat Google Trends untuk niche ni.

#7: Gaming

Fuh. Niche ni faveret saya. Ikutkan tak nak bagitahu tapi takpe lah. Rezeki masing-masing kan?

Niche gaming makin meningkat naik di mana-mana termasuk Malaysia. Sampaikan gaming atau esports ni ada atlet dan akademi diorang sendiri. Duit pun masyuk beb.

Memang lubuk duit.

Dan kalau korang decide nak main niche ni, better buat cepat-cepat. Setakat ni belum ada lagi yang ramai orang main niche gaming, lagi-lagi kat Malaysia.

Antara produk yang boleh korang try macam kat bawah ni.

Ini graf Google Trends untuk niche ni.

#8: Personalized Made Item

Custom made item ni rasanya apa jenis barang pun laku. Ala barang-barang yang boleh order letak nama ke design sendiri ke, semua tu memang saya tgk steady permintaan dia.

Macam gambar kat bawah ni.

Even saya pernah beli phone case yang di-personalized letak nama saya. Saya beli harga RM120.

Casing dia biasa je, rasa RM 5 pun boleh dapat. Hahaha. Tapi bisnes tu laku dan maju. Macam-macam casing dah skrang.

Korang pun boleh cuba. Cuma nak cari supplier yang buat camni jelah mencabar. Tapi kalau korang boleh cari dan pandai deal, memang lubuk beb.

#9: Aksesori Rumah

Aksesori rumah ni hot gak. Tapi kene pandai pilih skit la barang. Kalau boleh barang-barang dia rare skit dan susah nak cari kat kedai luar.

Contoh macam produk kat bawah ni:

#10: Peralatan DIY

Last but not least, peralatan DIY pun laku. Macam biasa,kalau boleh cari yang rare dan perempuan pun boleh guna.

Contoh produk macam kat bawah ni. Memang pompuan suka sebab senang nak tolak benda. Tak payah panggil suami tolong. Haha..

KESIMPULAN TOP 10 NICHE YANG HOT & EVERGREEN UNTUK MULA BISNES DROPSHIP E-COMMERCE

Ok done. Saya dah belanja anda 10 top niche siap contoh produk lagi.

Bila lagi nak cuba jual guna e-commerce store sendiri. Dropship je pun. Hari ni pun boleh terus start.

Saya cadangkan anda cari sebanyak mungkin produk yang korang rasa best. Nak ikut niche yang saya suggest ni pun boleh.

Cari la dalam 30 produk ke. Hehehe.

Tapi kalau anda malas macam saya, dan nak cepat, elok guna software je.

Bawah ni adalah software yang saya rekomen, dan bagus untuk anda guna.

Apa-apa pun semoga berjaya. Make sure keep in touch dalam FB group, Telegram dan email untuk tips-tips yang lain.