fbpx
STRATEGI VIDEO PEMASARAN SEBAGAI ALTERNATIF UNTUK TINGKATKAN BISNES ECOMMERCE

STRATEGI VIDEO PEMASARAN SEBAGAI ALTERNATIF UNTUK TINGKATKAN BISNES ECOMMERCE

Perasan tak ramai peniaga online yang dah mula menggunakan video sebagai salah satu medium pemasaran online?

Malah, pengguna dan Content Creator pun makin bertambah setiap hari di platform berbentuk video seperti YouTube, Facebok, Instagram dan TikTok.

Tidak dapat dinafikan di ketika ini video pemasaran menjadi salah satu strategi wajib yang harus digunakan oleh para peniaga online.

Teruskan membaca artikel ini dimana saya akan dedahkan kepentingan video pemasaran dan jenis-jenis video yang mudah untuk dihasilkan untuk mempromosikan bisnes ecommerce anda.

KEHEBATAN VIDEO PEMASARAN UNTUK BISNES ECOMMERCE ANDA.

‘When it comes to marketing, it helps when people actually want to hear from you.

– Lupa siapa cakap-

Percaya atau tidak? Jika diberi pilihan antara gambar dan video, audien lebih sukakan video.

Menurut kajian oleh Slidely, 44% pengguna media sosial menonton lebih daripada 5 buah rakaman video setiap hari.

Ini jelas menunjukkan bahawa video pemasaran merupakan peluang yang sangat besar untuk direbut oleh orang bisnes.

Video pemasaran terbukti dapat menarik perhatian customer sekaligus memberi hiburan kepada mereka.

Malah, melalui video juga peniaga online boleh mengenalpasti audien sasaran dengan melihat bacaan views dan klik mereka.

90% daripada pengguna media sosial mengatakan video sangat membantu mereka dalam membuat pilihan semasa shopping.

Daripada jumlah itu, 64% memilih untuk membuat pembelian.

Menurut HubSpot Research, pengguna media sosial lebih sukakan rakaman video berkualiti ‘rendah’ dan tulen berbanding video yang berkualiti tinggi tetapi nampak seperti fake.

Durasi video juga memainkan peranan yang penting dimana beberapa elemen utama perlu disertakan.

Elemen-elemen ini adalah untuk membantu menyampaikan mesej konten video dapat memberi impak dan membuatkan audiens bertindak untuk membeli.

Antara elemen tersebut adalah:

Hook – permulaan video yang dapat membuat audiens berasa ingin tahu mengenai apa konten video itu.

Catchy – sama ada muzik yang seiring dengan konsep atau vibe yang diekspresikan dalam video

CTA – menggesa audiens untuk membuat tindakan segera pada ketika video itu dimainkan

Ringkas dan padat – lebih menarik jika video diberikan sentuhan editing dengan memenuhi setiap saat timeframe dengan butiran produk

Jadi sebenarnya nak buat rakaman video pemasaran mudah sahaja, terutamanya untuk dropshipper yang baru nak mula ni.

Sebagai permulaan, tak perlu modal yang besar pun. Rakaman video HD boleh dihasilkan hanya dengan menggunakan smartfon sahaja.

13 JENIS VIDEO PEMASARAN YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK BISNES ECOMMERCE ANDA.

Sebelum anda memulakan sesuatu rakaman, buat survey untuk tahu jenis video yang sesuai.

Brand Video

Video jenis ini diguna pakai secara meluas dalam membuat kempen dan create awareness.

Ia juga dapat membantu meningkatkan trafik.

Penghasilan video seperti ini dapat menceritakan lebih jelas mengenai personaliti, budaya, misi, visi, produk dan juga servis.

Explainer Video

Video ini dirakam untuk jelaskan fungsi produk dan kelebihan yang pelanggan dapat daripada produk anda.

https://youtu.be/QADSH8XYx_A

Event Video

Kalau anda ada join mana-mana event, buat rakaman semasa menghadiri majlis tersebut.

Rakam dan ceritakan pengalaman anda.

Live Video

Anda juga boleh guna fungsi Live di social network yang popular seperti Youtube, Instagram, Facebook dan Twitter. Percuma saja. Manfaatkan peluang ini!

Antara kelebihannya, anda berpeluang untuk tingkatkan engagement. Viewers sanggup spend masa mereka semata-mata nak menonton video live anda.

Anda boleh berhubung dengan viewers secara langsung.

Anda juga boleh adakan sesi soal jawab, presentation, event dan lain-lain.

Dissapearing Video

Social network yang menawarkan format ini ialah seperti Snapchat, Facebook Stories dan Instagram Stories.

Yang bagusnya, dissapearing video ini boleh create rasa urgency pada audien.

Kalau anda sedang promote produk anda, customer akan rasa nak beli cepat-cepat. Ia kaedah sama yang digunakan oleh Wow Shop.

Educational or How-To Videos

Video jenis ini juga sangat popular.

Ia digunakan untuk mendidik audien tentang produk anda.

Ia juga dibuat untuk tingkatkan trust antara pelanggan dan penjual.

Demo Videos

Video jenis ini dibuat untuk pamer produk anda dan cara menggunakannya.

Akan ada seorang explainer yang akan kenalkan produk anda secara terperinci.

Explainer tersebut akan highlight kelebihan produk dan servis anda.

Ada call-to-action supaya customer bertindak membuat pembelian.

Expert Interviews

Dalam video ini, anda membuat sesi temu bual bersama pakar atau influencer.

Customer sangat sukakan video jenis ini.

Video talk atau interview jenis ini berpotensi untuk ketengahkan bisnes anda dengan lebih meluas.

Customer juga lebih percayakan anda kerana ada proof daripada tetamu temu bual tadi.

https://youtu.be/-P9e6aFEbqw

Personalized Message

Semasa peniaga online berurusan dengan potential buyers, rakaman video adalah satu cara yang bijak semasa berinteraksi dengan mereka.

Dikatakan bahawa personalized message ini lebih berkesan berbanding standard email response.

Ia juga boleh tingkatkan kepercayaan dan kesetiaan customer terhadap produk dan servis anda.

Mengikut laman web Oberlo, mereka cadangkan supaya anda menggunakan aplikasi Loom untuk merakam mesej ringkas.

Case Study and Customer Testimonial Videos

Video jenis ini sangat bagus untuk tambah bukti sosial (Social Proof).

Pelanggan juga tertarik untuk klik pautan yang anda sediakan.

Targeted customer perlu tahu bahawa produk anda adalah pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka.

Produk anda juga dipamerkan dalam video ini. Sambil-sambil itu boleh bina trust.

Animated Videos

Animasi adalah tool yang baik untuk pemasaran.

Kadang-kadang kita susah nak faham fungsi sesuatu produk itu jika tiada gambaran.

Jadi, gunakan khidmat pelukis untuk melakar animasi yang menarik dan pada masa yang sama mendidik pengguna.

CARA BUAT VIDEO PEMASARAN UNTUK BISNES ECOMMERCE

Okey, tadi kita sudah lihat jenis-jenis video yang boleh dibuat dan sesuai untuk bisnes. Sekarang kita lihat pula langkah mudah yang perlu anda lakukan.

Langkah 1: Pilih Audien Sasaran

Sebelum membuat rakaman, pastikan anda kenal dahulu segmen pelanggan. Cari betul-betul. Apabila sudah kenal pasti, lagi senang anda nak pilih format video dan sediakan konten.

Mari lihat contoh konten video oleh Oberlo.

Jika anda lihat konten di YouTube Oberlo, setiap video jelas mempunyai audien sasaran yang jelas.

Gambar 1: Video disediakan untuk audien yang tidak tahu maksud dropshipping dan minat untuk mempelajarinya.

Gambar 2: Video disediakan untuk audien yang sudah tahu asas dropshipping dan mahu belajar cara menjual pakaian.

Gambar 3: Video yang disediakan untuk audien yang sudah jelas makna dropshipping dan mahu belajar cara set up bisnes.

Langkah 2: Tahu Apa yang Anda Mahu Capai

Apa tujuan anda membuat rakaman video?

Nak tingkatkan brand awareness? Tambah sales? Atau nak tarik trafik?

Apa sahaja tujuan anda, pastikan ia benar-benar jelas.

Langkah 3: Kira Bajet Anda

Sebelum mulakan rakaman video, buat kira-kira dahulu. Kos apa yang perlu dibayar?

  • Jurugambar dan editor
  • Alat-alat elektronik
  • Pengangkutan
  • Sewa hotel
  • Iklan
  • Model atau Influencer (jika perlu)

Dan pastikan anda guna lighting yang sesuai dan elok. Barulah hasilnya cantik dan dapat memikat hati audien.

Langkah 4: Pilih Jenis Video dan Konsep

Anda sudah kenal pasti audien sasaran dan tujuan video pemasaran anda.

Now, it’s time to be creative!

Banyak apps untuk edit gambar serta video yang amat mudah digunakan dan boleh mendapatkannya secara percuma.

Sebaiknya, anda sediakan dahulu skrip sebelum membuat rakaman supaya anda perlu edit banyak kali dan video lebih smooth.

Untuk video live, anda boleh tulis point penting atas kertas kecil.

Langkah 5: Pilih Platform Untuk Terbitkan Video

Antara platform yang hot:

  1. Facebook
  2. YouTube
  3. Instagram
  4. Twitter
  5. Website
  6. Vimeo
  7. Snapchat Stories
  8. Tiktok

Seeloknya, anda fokus pada satu platform dahulu. Bila dah okey, boleh mula fikir untuk buat pemasaran di platform lain pula.

Ketahui RAHSIA BINA PERSONAL BRANDING TANPA NAMPAK MACAM MENJUAL

Langkah 6: Kenal Pasti Kelebihan dan Kelemahan

Kenal pasti kelebihan dan kekurangan yang ada.

Pastikan anda buat penambahbaikan pada rakaman video yang seterusnya.

Jika anda sunting sendiri, mungkin ada kelemahan.

Tetapi, jangan risau. Anda boleh minimakannya.

Contohnya, stick hanya pada satu dan dua angle sahaja.

Usah terlalu banyak sehingga nampak sisi tidak profesional.

Langkah 7: Adakah Video Menepati Sasaran Anda?

Ini poin yang penting. Seperti yang saya terangkan di atas, kenal pasti tujuan anda membuat video.

Jika tujuan anda adalah untuk brand awareness, maka views, likes dan shares yang diperlukan.

KESIMPULAN STRATEGI VIDEO PEMASARAN SEBAGAI ALTERNATIF UNTUK TINGKATKAN BISNES ECOMMERCE

Kesimpulannya, dalam membuat apa apa jenis Pemasaran, kaji dan pastikan dahulu apa tujuannya.

Optimumkan bisnes ecommerce dengan kaedah pemasaran video sebagai salah satu strategi sekaligus memonopoli peluang perniagaan 2021.

Kemudian, buat improvement di lain masa sekiranya tidak menepati piawaian anda.

Optimumkan bisnes ecommerce dengan kaedah pemasaran video sebagai salah satu strategi sekaligus memonopoli peluang perniagaan 2021.

Jika anda mahu apa-apa bantuan atau ada persoalan yang mahu diajukan, sila bertanya di ruangan komen di bawah ya.

Saya akan reply secepat mungkin.

6 TIPS POWER YANG ANDA PERLU TAHU SEBAGAI DROPSHIPPER BARU

6 TIPS POWER YANG ANDA PERLU TAHU SEBAGAI DROPSHIPPER BARU

Kalau anda tanya saya, jadi dropshipper ni senang tak?

Ya dan tidak. Senang kalau anda tahu cara yang betul.

Saya juga boleh kata yang jadi dropshipper ini susah sebab ada banyak benda yang perlu anda ambil kira. Dan semua perkara berkaitan anda perlu fahami dengan jelas.

Jadi, tak hairanlah jika ramai beginners yang mahu quit.

Anda nak berjaya dalam dunia ecommerce?

Perkara pertama yang perlu anda cari ialah mentor.

Mereka ialah orang-orang yang berpengalaman dalam bisnes.

Sebelum berjaya menjadi usahawan, mereka sudah menempuh macam-macam cabaran.

Jadi, mereka akan tahu dan faham situasi anda sebab pernah melaluinya.

Kalau anda rasa ada ramai orang yang cuba buat anda down, mereka pun pernah hadap semua tu.

Adat berbisnes begitulah. Tak lekang daripada komen negatif dan hasad dengki manusia.

Sebab itu, sangat penting untuk anda berada dalam circle yang sama dengan anda supaya matlamat anda tak tersasar.

Baiklah, dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan bernama Suhail Nurmohamed yang memulakan bisnes ecommerce dropshipping pada usia 16 tahun.

Tahu tak, dia berjaya buat sales sebanyak RM69,000 dalam masa 18 bulan?

Pada awalnya, ahli keluarga Suhail membangkang keputusannya untuk menjadi seorang usahawan.

Ada ramai saudara-mara yang mencemuh dan cuba patahkan semangat dia.

Tapi, dia tak peduli dan jalan terus je. Dia usaha sungguh-sungguh buktikan kemampuan diri.

Dan sekarang dia dah boleh tutup mulut orang yang ejek dia tadi.

Okey sekarang mari kita lihat rahsia kejayaan Suhail.

Ada 6 tips power untuk newbies yang baru berjinak-jinak dalam dunia eCommerce Dropshipping ni.

Jom kita kupas.

Kenapa Berbisnes?

Sebelum anda memulakan satu-satu bisnes, tanya diri anda dahulu. Apa sebab anda nak buat bisnes?

Jika anda gagal jelaskan matlamat sendiri, kemungkinan besar anda akan ada masalah nak survive.

Katakan anda berbisnes hanya kerana nak duit.

Kalau sales tak masuk, adakah anda rasa anda boleh kekal dalam bisnes itu?

Sebenarnya ada benda yang lebih besar daripada itu.

Cuba cari lagi big why anda.

Nak tolong keluarga?
Nak jadi pemberi zakat yang lebih besar?
Nak bantu lagi ramai anak muda untuk berjaya?
Nak bantu kurangkan pencemaran alam?

Gali, fikirkan sedalam-dalamnya.

Ambil contoh para usahawan berjaya di luar sana, mereka banyak berkorban masa, wang dan tenaga.

Kadang-kadang ada di antara mereka yang terpaksa menanggung kerugian. Banyak pula tu!

Tapi, mereka tetap teguh berdiri disebabkan tekad yang bulat dari hati.

Sebab ada perjuangan dan matlamat dalam bisnes yang nak dicapai. Sebab mereka ada big why yang kuat.

Buat Satu Bisnes Dahulu Selama Setahun

Okey, dah nampak sebab anda nak berbisnes? Jika sudah, bagus!

Step kedua pula, pilih niche yang anda suka dan paling dekat dengan jiwa. Jangan salah pilih pulak.

Contohnya, anda langsung tak suka dan tak tahu apa-apa pasal make up, tapi anda jual produk make up.

Nanti macam mana nak buat tutorial?
Macam mana nak educate audien? 
Macam mana nak yakinkan customer kalau anda sendiri pun tak serius dengan produk yang anda jual?

Jadi kalau anda nak result yang meletop dan nak fly high, pilih niche baik-baik.

“Bisnes adalah sebahagian daripada hidup anda.”

Maksudnya, anda perlu beri komitmen setiap saat.

Kenapa kena buat bisnes satu niche saja dahulu selama setahun?

Pertama, anda boleh improve diri dan bisnes secara konsisten dan berkesan.

Bermakna, anda fokus pada satu-satu bisnes itu sampai anda dapat sales 6 angka.

Bayangkanlah kalau anda buat dua ke tiga bisnes sekaligus.

Anda rasa anda boleh tumpukan perhatian?
Anda rasa anda boleh commit?

Bukan apa, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Boleh saja kalau anda nak buat pelbagai bisnes, tapi pastikan anda dapat capai sales 6 angka dahulu untuk satu-satu bisnes itu.

Anda rasa anda mampu?

Satu lagi, kita bukan nak kejar sales semata-mata, tetapi kualiti dan servis kita juga mestilah tip top.

Letakkan diri anda di dalam kasut customer anda. Agak-agak apa yang mereka fikir tentang anda?

Bayangkan diri sendiri jadi customer, tanya soalan-soalan ini:

  • Adakah anda akan beli produk yang anda jual tu?
  • Customer service okey ke tak?
  • Website dah cukup mesra pengguna?
  • Produk berkualiti tak?

Jawapannya, hanya anda sahaja yang tahu.

Kualiti, kualiti, kualiti!

Sebelum memulakan operasi bisnes, pilih siap-siap platform yang anda suka untuk menjual.

Contohnya Instagram, Web, Shopee dan sebagainya.

Biasanya bila mendaftar jadi dropshipper, bahan-bahan dan gambar produk memang dah disediakan oleh supplier. Boleh saja kalau anda nak gunakan gambar produk itu.

Tapi, sekarang ini anda perlu jadi kreatif dan berbeza supaya lebih menonjol daripada orang lain. Biar nampak ketara keistimewaan anda.

Selain itu, pastikan gambar-gambar yang anda upload serta penampilan di media sosial nampak profesional, kemas dan teratur.

Macam mana nak buat tu?

Anda boleh guna aplikasi Canva.

Ada banyak template free. Hanya pillih dan masukkan gambar produk yang supplier bekalkan tadi. Nanti anda akan dapat satu grafik yang sangat cantik.

Jangan lupa hias Instagram anda dengan menetapkan tema.

Pilih 2 atau 3 warna sahaja supaya nampak seragam. Jadi, Instagram anda tak nampak serabut.

Anda juga boleh reka banner yang cantik untuk website anda. Tambah watermark dan logo bagi mengelakkan orang ciplak hasil kerja anda.

Kalau anda ada modal lebih, beli stok daripada supplier dan ambil gambar sendiri. Barulah nampak unik dan luar biasa.

Test Market

Perhatikan brand besar dan ternama di luar sana, mereka banyak melabur duit pada targeted customer semata-mata untuk test market.

Sebagai dropshipper, anda boleh tanya dan dapatkan feedback ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.

Agak-agak mereka minat tak nak beli produk anda?

Kalau anda nak jual makanan, bagi mereka rasa dulu.

Sesuai dengan selera mereka atau tak?

Peranan Influencer

Kalau anda tak ada bajet yang besar untuk buat Facebook Ads, anda boleh guna khidmat influencer.

Bayaran kepada influencer biasanya tidaklah semahal membuat Ads. Jadi, carilah influencer yang mempunyai ramai followers berkualiti.

Kena pastikan bahawa followers mereka sememangnya berkualiti dan bukan robot ya!

Jangan tertipu dengan bilangan followers yang ramai.

Contohnya kalau anda berminat nak menggunakan servis review produk daripada Dena Bahrin.

Jangan lupa tanya, biasanya berapa ramai yang view Ig Story dia?
Berapa ramai pula yang tinggalkan comment?
Engagement excellent tak?

Tugas influencer biasanya membuat rakaman video seperti unboxing produk. Atau buat tutorial, komen dan sebagainya.

Video recording yang mereka hasilkan itu nampak lebih natural. Tidak seperti menjual. Para viewers tak rasa pun itu satu iklan.

Servis Haruslah Tiptop

Sesiapa saja boleh jadi dropshipper asalkan ada keinginan.

Tapi, nak berjaya tu biasanya ambil masa.

Antara ‘perencah’ yang anda boleh tambah dalam bisnes ialah anda kena sentiasa add value.

Beri sesuatu kepada customer anda supaya mereka sukakan servis anda berbanding servis orang lain.

Apabila jadi dropshipper ini anda kena jadi unik dan lain daripada yang lain. Kalau tak, anda akan tenggelam.

Sebagai contoh, jika ada customer whatsapp anda, reply dengan segera.

Kemudian, jangan lupa engage dengan customer anda dimedia sosial.

Anda juga boleh buat contest. Bagi free gift. Bagi kad loyalty dan hantar ucapan selamat hari lahir.

Selain itu, anda juga boleh bina blog.

Tulis artikel yang berkaitan dengan produk anda.

Pasti akan lebih banyak orang melihat anda sebagai autoriti.

Kesimpulan Tips Power Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Dropshipper Baru

Okey, setakat ni dulu sharing pasal tip-tip power daripada usahawan hebat bernama Suhail.

Kalau nak berjaya macam Suhail, follow setiap teknik yang dikongsi.

Ada yang tak jelas atau perlu penjelasan lanjut?
Atau anda pernah buat salah satu tip tapi tersangkut?

Tanya sahaja di ruangan komen di bawah. Saya sedia membantu.

KENAPA PERFORMANCE MARKETING SANGAT PENTING UNTUK GROW BISNES ANDA (PART 2)

KENAPA PERFORMANCE MARKETING SANGAT PENTING UNTUK GROW BISNES ANDA (PART 2)

Macam yang dijanjikan, cerita pasal performance marketing ni panjang. Jadi, hari ini saya kongsikan bahagian kedua pula.

Okey, lepas dah familiar cara operasi performance marketing, kita tengok pula 4 tips yang anda boleh guna dalam kempen iklan.

Memang betul, tak ada cara yang betul-betul tepat untuk buat performance marketing. Tapi ada panduan yang dapat tingkatkan peluang kejayaan anda sebagai penjenama atau penerbit.

Nak tahu caranya? Teruskan membaca.

Set Sasaran Yang Jelas

Matlamat performance marketing ialah untuk satukan tindakan dan keputusan.

Sebab itu, anda perlu ada sasaran yang jelas dan mampu dicapai. Apa sebenarnya yang anda nak dalam setiap kempen iklan? Untuk mudahkan proses ni, cukup jika anda fokus pada satu atau dua sasaran saja bagi setiap kempen.

Jom tengok beberapa kebiasaan goal yang disasarkan untuk kempen iklan :

Sales berdasarkan jumlah pelanggan – 50 pelanggan baru

Sales mengikut hasil – RM 5,000 jumlah keseluruhan

Penjana utama – 50 new leads, ikut jumlah peserta pertandingan, sign up newsletter atau muat turun apps.

Trafik web – 1,000 pelawat unik yang singgah web

Returning visits – Kempen yang ada target tertentu di mana 10 peratus pelawat unik yang kembali semula ke web anda

Brand engagement – 1,000 likes, 50 comment atau 20 share di post media sosial

Walaupun rancangan berjalan lancar dan berfungsi dengan baik, tak semestinya setiap pihak yakin 100 peratus dengan pencapaian mereka. Ada juga perkara luar jangkaan terjadi. Apa-apa pun, sediakanlah payung sebelum hujan.

Pilih Rakan Pemasaran (Affiliates) Dengan Bijak

Jika anda sebagai pemilik jenama atau penerbit yang gunakan network-OPM atau pihak ketiga untuk cari rakan pemasaran anda ada cukup kemampuan untuk stabilkan keadaan.

Pihak ketiga ni fungsinya memastikan anda dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain ketika bekerjasama dan segalanya teratur.

Tapi, katakanlah anda usahawan yang sedang cari jalan untuk kurangkan kos dan anda mahu uruskan kempen marketing affiliate sendiri. Jadi anda harus lebih berhati-hati dan teliti ketika pilih bakal affiliates.

Untuk cari affiliates, anda perlu tanya soalan-soalan ini sebelum buat keputusan :

+ Adakah penerbit ini relevan dengan niche jenama saya?

+ Adakah style dan imej partner ni serasi dengan jenama saya?

+ Adakah mereka ada konten yang ada tarikan magnet untuk raih perhatian pengikut?

+ Mungkin mereka hanya ada pengikut palsu?

+ Adakah mereka pernah terlibat dalam program performance marketing?

+ Jika pernah, anda ada cara untuk tahu pencapaian mereka atau sejauh mana partners mereka berpuas hati?

Sama juga, jika anda penerbit yang dihubungi untuk sesuatu jenama, pastikan anda tanya soalan-soalan ini :

+ Adakah jenama ini relevan dengan niche saya?

+ Adakah style jenama ini mampu serasi dengan prinsip kerja saya?

+ Adakah pengikut saya akan berminat dengan apa yang ditawarkan jenama ini?

+ Adakah akan wujud conflicts of interest dengan jenama lain yang turut bekerjasama dengan saya?

+ Adakah jenama ini memiliki reputasi yang bagus seperti yang ditunjukkan pada engagement dan reviews di media sosial?

+ Adakah jenama ini pernah terlibat dalam kempen performance marketing?

+ Jika ada, bagaimanakah saya boleh tahu prestasi mereka dan sejauh mana partners mereka berpuas hati?

Setiap soalan ni tak boleh dipandang remeh, pentingnya macam nak cari pasangan hidup. Anda kena fikir masak-masak supaya tak sesal di kemudian hari.

Track, Track, Track

Sebenarnya, ada banyak tools dan platforms sedia ada yang boleh bantu usahawan track perkembangan kempen performance marketing mereka.

Sebagai pemilik jenama, anda boleh track links yang berhubung dengan kempen affiliate gunakan Google Analytics. Tutorial lengkap pasal cara nak track pun ada disediakan.

Selain itu, ada juga software performance marketing dan tools yang berfungsi untuk track link iaitu ClickMeter.

Jika anda guna WordPress, anda boleh terus gunakan MonsterInsights or Pretty Links yang dah siap terpasang dalam sistem mereka.

Satu lagi alternatif, gunakan platforms seperti HubSpot yang ada setup untuk masukkan UTM codes atau trackable snippets ke pautan URL anda.

Segalanya dah makin mudah buat para usahawan ecommerce hari ini. Tinggal nak belajar dan buat dengan tak saja.

Memilih Pihak Ketiga Yang Berkaliber

Anda ada terfikir nak bina kempen iklan atas usaha sendiri?

Memang boleh. Tak mustahil pun anda boleh buat kempen performance marketing sendiri dan meraih hasil hebat.

Tapi, ia menuntut kerahan tenaga dan memakan masa. Maka, lebih baik bergabung dengan pihak ketiga yang dah terbukti kepakaran mereka supaya segala aspek dapat dilakukan secara efektif.

Okey ini ada senarai beberapa network dan agensi yang boleh bantu optimakan usaha performance marketing anda. Bermula daripada mencari rakan kongsi untuk mencipta kempen iklan yang berkualiti, seterusnya mengatur keseluruhan gerak.

Untuk penerbit:

+ Amazon Associates

+ eBay Partner Network

Untuk jenama dan penerbit:

+ ClickBank

+ CJ Affiliate

+ ShareASale

+ FlexOffers

+ Pepperjam

Tak Perlu Lagi Meneka-neka Kaedah Pemasaran

Setiap marketer dah rasa macam mana sakitnya membazirkan ribuan ringgit untuk iklan yang tak memberi impak. Duit hangus macam tu saja.

Serik dan meletihkan apabila dah cuba macam-macam taktik yang berakhir dengan kegagalan.

Dilema yang satu ini akan berterusan dan perfomance marketing ialah penyelesaiannya . Ia memastikan bajet anda dibelanjakan sebaik mungkin dan bisnes anda terus berkembang maju.

Sebagai penerbit, anda akan tahu bahawa bekerjasama dengan jenama yang tepat boleh mendatangkan sumber pendapatan yang berbaloi. Pilihan di tangan anda.

Kesimpulan Tentang Kepentingan Performance Marketing Untuk Bisnes Anda

Seiring teknologi yang semakin canggih, terdapat banyak pilihan untuk membina dan mencipta kempen performance marketing. Anda hanya perlu pilih mahu gunakan yang mana untuk bisnes sendiri.

Kunci bagi mencapai kejayaan ialah dengan memilih rakan kongsi yang betul dan memastikan anda sentiasa memiliki sasaran yang jelas. Jangan lupa, pantau setiap tindakan supaya anda tak tersilap langkah.

Anda pernah buat performance marketing?

Jika pernah, anda gunakan kaedah dan saluran mana?

Jom kongsikan di ruang komen, untuk manfaat bersama.

PENGARUH WARNA DALAM BRANDING BISNES ANDA

PENGARUH WARNA DALAM BRANDING BISNES ANDA

Putih bagaikan salji.

Merah likat macam darah.

Kuning bersinar keemasan.

Eh, macam baca puisi tentang warna pula ya?

Ini bukannya puisi, tetapi kita nak bercakap pasal psikologi warna yang boleh mempengaruhi perkembangan bisnes anda.

Peranan warna sememangnya penting dalam hidup kita. Sampaikan mesej tertentu macam yang anda faham pasal bunga dan maksud warnanya tu. Warna juga penting untuk menyerikan suasana. Kalau tak, semuanya monotone. Hitam putih saja. Bosan.

Pilihan warna melambangkan personaliti anda dan ada banyak lapisan cerita yang boleh dihuraikan menerusi warna kegemaran seseorang.

Prinsip yang serupa turut menentukan hala tuju bisnes anda.

Terkini, memahami psikologi warna merupakan strategi pemasaran yang diaplikasikan secara meluas. Sesuatu jenama atau produk akan lebih menonjol berdasarkan permainan warna yang ditampilkan.     

Oleh itu, warna yang digunakan untuk melatari ruang kedai juga penting untuk difikirkan.

Ramai usahawan terlepas pandang, betapa warna-warna yang menghiasi website mereka akan memberi kesan terus kepada emosi pelanggan.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Ya, rona warna yang tepat akan terus melekat pada minda bakal pelanggan. Ada dua kategori pelanggan di sini.

Golongan pertama ialah mereka yang jatuh cinta pandang pertama apabila melayari kedai online anda. Ada yang tidak bertangguh-tangguh lagi dan terus buat tempahan!

Mereka berasa sangat selesa dan memilih untuk menjadi pelanggan tetap anda. Seterusnya, dengan senang hati mereka akan mempromosikan kedai anda kepada keluarga dan rakan terdekat.

Pemasaran dari mulut ke mulut pun terjadi. Best kan?

Berbeza pula reaksi dengan golongan kedua yang mungkin hanya singgah, skrol ke sana ke sini dan lepas tu tinggalkan kedai ecommerce anda. Mereka tak jumpa rasa WOW untuk duduk lama-lama di website anda, jauh sekali mahu buat pembelian.

Ya, salah satu sebabnya ialah warna yang digunakan untuk kedai anda. Nampak tak?

Psikologi Warna

Menurut kajian oleh Seoul International Color Expo, lebih 92% responden berpendapat warna memainkan peranan penting ketika membeli barang dagangan.

Percaya atau tidak, hanya 6% yang berkata deria sentuhan ialah faktor terbesar. Manakala 1% responden memilih faktor bau dan bunyi – berkecuali jika mereka membeli penyegar udara atau muzik.

Kajian lanjut yang dilakukan oleh Institute of Color Research menunjukkan bahawa minda bawah sedar pembeli tidak terpengaruh dengan manusia, keadaan sekeliling dan sesuatu produk dalam tempoh 2 minit pertama.

Lebih utama, 60% ke 90% responden membuat penilaian bahawa ia adalah disebabkan pengaruh warna semata-mata!

Menarik, memang menarik!

Sebagai pemilik bisnes, manfaatkan data ini dan pastikan para pelanggan terpikat dengan warna yang dipersembahkan oleh jenama anda supaya proses jualan terjadi.

Pemilihan warna yang terbaekkk ialah pencetus kejayaan bisnes anda.

Baik, jom kita lihat secara ringkas 11 warna yang menjadi kegemaran ramai pengguna hari ini dan kesannya terhadap pelanggan online.

Coklat

Coklat melambangkan keteguhan dan boleh dipercayai.

Ia mendatangkan rasa tenteram kepada pembeli.

Secara tidak langsung, aura keyakinan akan meningkat. Jika warna ini digunakan dengan amaun yang betul, ia sangat membantu untuk menukar haluan pelanggan yang berpotensi.

Warna ini sangat sesuai untuk kedai kek.

Oren

Oren memancarkan aspirasi dan menampilkan pemiliknya bertenaga.

Ia mewakili keghairahan, keaslian dan permulaan yang segar.

Jika kita padankan warna oren dengan bayangan warna biru, ia akan mengeluarkan aura positif dan memberi getaran yang mengujakan.

Contohnya, kedai cermin mata amat serasi dengan warna oren.

Kuning

Kuning melambangkan suasana yang seronok dan ceria.

Cahaya kuning akan terus menggamit perhatian pelanggan.

Walau bagaimanapun, sebaiknya warna kuning diseimbangkan agar tidak keterlaluan. Pelanggan boleh bertukar fikiran jika melihat tona kuning yang berlebihan.

Kuning paling menyerlah dengan kedai barang permainan.

Hijau

Hijau sinonim dengan ketenangan alam semula jadi dan aura organik. Ppenyejuk mata.

Apabila pembeli melihat kehijauan, secara automatik mereka akan bayangkan sesuatu yang positif, santai, selamat dan harmoni.

Hijau berpadanan dengan kedai menjual barang kebun, baja dan sebagainya.

Merah Jambu

Merah jambu atau lebih popular dengan sebutan warna PINK sering dikaitkan dengan feminin, tapi ia juga boleh menarik perhatian kaum lelaki.

Merah jambu menggambarkan sifat baik hati, romantis dan perasaan cinta.

Pink ada elemen yang menyamankan. Ia berperanan mengimbangi warna-warna agresif seperti hitam, oren dan merah.

Kedai barangan yang sasaran pelanggannya terdiri daripada kanak-kanak perempuan atau gadis remaja sememangnya sesuai dengan latar merah jambu.

Merah

Merah warna yang dominan, original dan seakan memahami emosi pembeli.

Merah selalunya berkaitan dengan cinta, kehidupan dan keyakinan. Ia mampu mengubah pelanggan berpotensi menjadi pelanggan setia sepanjang hayat jika dimanfaatkan sebaiknya.

Tetapi hati-hati, terlalu banyak merah di webpage boleh memberi kesan visual yang keterlaluan dan sakitkan mata juga!

Jika anda mahu menjual teddy bear atau bunga, inilah warna yang paling ngam!

Putih

Putih memancarkan kesucian, kesegaran dan kejernihan. Ia penting kepada hampir semua laman sesawang.

Jangan lupa masukkan ruang kosong berwarna putih di sekeliling isi kandungan supaya pelanggan tidak berasa seakan ‘terkurung’. Rasa rilek.

Warna putih turut bertugas sebagai elemen kestabilan.

Pilih template ecommerce berlatar belakangkan putih yang memaparkan iklan semua fungsi media sosial yang boleh dikendalikan.

Ungu

Sebenarnya ungu sudah lama dikaitkan dengan status, kuasa dan kemakmuran.

Ungu memiliki sensasi tersendiri. Dan ada banyak ton ungu yang berbeza efeknya.

Kepakaran anda memilih dan mengaplikasikan warna ini sangat membantu mendapatkan pelanggan baru.

Contoh bisnes yang paling serasidengan warna ungu ialah kedai pakaian kasual lelaki.

Biru

Biru menyampaikan kepercayaan, ketenangan dan produktiviti.

Biru warna yang paling biasa digunakan untuk kedai online.

Jika anda pengusaha industri hospitaliti terutamanya restoran, elakkan guna warna biru. Ada pendapat mengatakan bahawa dekorasi warna biru berpotensi sebagai pemotong selera. Jadi pilihlah warna lain.

Manakala warna biru gelap sesuai untuk bisnesperabot pejabat.

Kelabu

Kelabu kebiasaannya berhubung dengan kesungguhan dan pemikiran konservatif.

Tona warna kelabu yang tepat, boleh memberi impak penuh sebagai pengisi ruang yang hebat berbanding warna cerah seperti oren, merah dan royal blue.

Contoh yang paling sinonim dengan kelabu ialah kedai kamera dan telefon.

Hitam

Hitam berkait rapat dengan kekuatan, kuasa dan dominan. Apabila digunakan di dalam dunia ecommerce, ia menghantar mesej yang menyakinkan kepada pelanggan berpotensi.

Tapi berhati-hati ya, jika berlebihan nanti lain pula maksudnya.

Ia boleh memberi kesan hambar dan persekitaran yang suram. Guna secara sederhana dan gabungkan juga warna yang tenang untuk kesan yang optimum.

Contohnya, anda boleh khaskan warna hitam untuk butik fesyen mewah dan juga reka bentuk teknologi laman web terkini.

So, Warna Mana Yang Anda Bakal Guna Untuk Branding Bisnes?

Di antara 11 warna yang dicadangkan ini, semestinya ada satu warna yang menawan hati.

Dah nampak warna yang sesuai untuk penjenamaan produk dan servis anda?

Jangan lupa, pilihlah warna dengan bijak bagi meraih ribuan pelanggan yang berkunjung dan berbelanja tanpa ragu!

KENAPA PERFORMANCE MARKETING SANGAT PENTING UNTUK GROW BISNES ANDA (PART 1)

KENAPA PERFORMANCE MARKETING SANGAT PENTING UNTUK GROW BISNES ANDA (PART 1)

Buat bisnes, mestilah nak lihat keuntungan.

Tahukah anda, ada garisan halus antara marketing yang bawa untung dan kaedah yang hanya membazirkan masa dan wang.

Tapi, susah nak kesan garisan tu ada kat mana dan jika anda mungkin sedang melintasinya.

Teknik marketing cara lama sememangnya berisiko tinggi, kerana ia tiada ukuran yang tepat. Tiada rekod sistematik.

Sebab itu, peranan performance marketing penting.

Perfomance marketing membantu meringankan permasalahan ini untuk pastikan anda membelanjakan duit demi pengiklanan yang berbaloi. 

Nampak macam rumit, namun tak mustahil untuk kuasainya.

Sama ada anda nak tarik jualan atau aliran trafik ke website, anda boleh capai sasaran ini menerusi performance marketing.

Bayaran, hanya perlu buat selepas sasaran dicapai.

Dalam artikel kali ini kita akan bincangkan tentang:

  • Definisi performance marketing.
  • Kepentingan performance marketing.
  • Contoh dan taktik performance marketing yang biasa.
  • Juga, ada beberapa tip untuk membantu anda bina strategi tersendiri yang mantap.

Definisi Perfomance Marketing

Merujuk nama yang diberi, performance marketing ni lebih kurang macam pemasaran digital di mana sesuatu jenama dibayar mengikut pencapaian kempen mereka.

Asas performance marketing ini hadir dalam pelbagai bentuk dan skala. Tapi sebagai core, terdapat dua pihak utama yang terlibat: jenama atau syarikat yang mahu dipromosikan DAN penerbit atau pemilik bisnes yang mempromosikannya.

Kedua-dua pihak bekerjasama untuk rancang sasaran yang spesifik, strategi dan buat perjanjian untuk merealisasikannya.

Apabila segalanya selesai mengikut terma yang dipersetujui, barulah pemilik jenama akan membayar penerbit bagi kerja yang dah dibuat.  

Selain dua pihak ini, terdapat beberapa jenis rangkaian, platform dan agensi yang menguruskan serta memantau keseluruhan proses.

Okey sekarang jom kita kenali pemain yang turut serta dan bagaimana mereka bermain bersama.

Pemain Performance Marketing

Terdapat 4 entiti yang terlibat dalam membina dan melaksanakan strategi performance marketing:

Jenama itu sendiri yang juga dirujuk sebagai saudagar, peruncit atau pengiklan. Contohnya, syarikat yang menjual produk atau servis yang ingin meraih sasaran tertentu.

Pihak penerbit, turut digelar sebagai affiliate, marketer atau rakan kongsi.

Mereka ini ialah pemilik atau syarikat yang menggunakan 1001 teknik untuk memperkenalkan sesuatu jenama.

Promosi dijalankan menerusi channel mereka sendiri seperti, website, blog atau akaun media sosial.  

Network dan platform. Kedua-duanya ialah pihak ketiga yang menghubungkan jenama dan penerbit, mengatur kempen dan kadar upah serta mengawasi prestasi kempen.

Pemilik jenama tak semestinya perlu melalui network, tapi mereka masih perlukan platform untuk monitor track clicks, jualan dan key performance indicators (KPI) yang lain.

Seiring perkembangan teknologi, sekarang ada banyak firma dan agensi yang menawarkan servis kempen pemasaran.

Bisnes produksi media sosial akan membantu anda dari segi buat videografi, fotografi, copwriting, kawal landing page dan beri panduan untuk search engine optimization (SEO).

Dah faham?

Teruskan membaca, untuk kita gali pula kenapa penting untuk buat pemasaran digital ni.

Kepentingan Performance Marketing

Sebenarnya, performance marketing ialah jalan penyelesaian utama bagi cabaran terbesar dalam dunia pemasaran hari ini: kebolehan, kuasa pemasaran

Biasa terjadi, kita tak dapat kesan mana satu teknik yang menghasilkan input positif dalam bisnes.

Sebab itu, menguasai tindakan yang jadi penghubung sesebuah pelan hingga keluar hasilnya itu sangat penting.

Umpamanya, jika anda tengok carta pengukuran pemasaran, kebolehan untuk menguasai semua jenama channel marketing ialah langkah kritikal untuk memahami punca dan cara pelanggan membeli.

Kefahaman ini boleh bantu anda optimakan pengalaman pelanggan, dari mereka mula kenal jenama anda sampailah ia berakhir dengan jualan.

Sebaik anda dapat pegang kunci yang betul, jenama anda akan meroket.

Perfomance marketing juga terbahagi kepada beberapa jenis, jom kita teknik yang biasa dibuat dalam dunia pemasaran.

Jenis-Jenis Performance Marketing

Performance marketing ialah kaedah jangka panjang yang boleh diaplikasi secara virtual dan dalam pelbagai bentuk pemasaran.

Apa yang pasti, bayaran perkhidmatan dibuat berdasarkan result yang kukuh.

Maksudnya kita boleh letak atau buat beberapa jenis pemasaran digital bawah payung performance marketing, dan biar semuanya beroperasi mengikut terma yang ditetapkan.

Ini termasuk pemasaran dalam bentuk lain seperti:

  • Pemasaran media sosial
  • Pengiklanan original dan tajaan konten
  • Iklan berbayar (mengikut kes tertentu)

Okey jom kita fahamkan dengan lebih lanjut ketiga-tiga aspek ini.

Affiliate Marketing

Anda pernah dengar atau anda sendiri ada join buat affiliate?

Jadi ejen affiliate atau affliator ni memang semakin meluas sekarang. Job yang sesuai bagi sesiapa yang nak buat duit tepi dan mereka yang bekerja dari rumah.

Sesetengah marketer menganggap marketing affiliate dan performance marketing tak jauh beza konsepnya.

Ia nampak serupa kerana dua-dua melibatkan individu atau syarikat yang mempromosikan jenama, dan terima komisen selepas ada hasil.

Tapi ramai pakar setuju bahawa marketing affiliate ialah subset kepada performance marketing.

Sebab performance marketing mampu uruskan kempen dalam skala yang lebih besar dan bervariasi.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, saya akan kongsi satu contoh marketing affiliate.

Contoh ini berkaitan dengan peranan seorang influencer, yang juga memakai topi ejen sebagai ejen affiliate.

Katalah seorang peniaga dropship menjual baju wanita bekerjasama dengan Instafamous yang popular dalam niche fesyen. Pemilik kedai minta influencer anjurkan pertandingan yang mampu meraih 1,000 peserta.

Untuk promosikan pertandingan itu, influencer akan paparkan custom tracked link, sejumlah konten, video dan stories di profil Instagram miliknya.

Kesemua post itu disambungkan ke link pendaftaran.

Klien boleh tahu jumlah peserta yang mendaftar menerusi link khas dan membayar nilai berpadanan.  

Segalanya bersistem dan mudah nak akses.

Jangan tak tahu, penyanyi nombor 1 Malaysia Dato Siti Nurhaliza juga dah mengorak langkah menggunakan servis affiliate.

Pre-order album terbarunya ManifestaSiti2020 terjual sebanyak 1,500 keping CD dalam tempoh sehari saja. CD tau, CD. Kita pun tahu orang dah jarang beli CD sekarang ni.

Itulah aura selebriti popular yang bergabung dengan kegigihan para ejen affiliate beliau.   

Pemasaran Media Sosial

Pemasaran guna medium media sosial semakin dapat perhatian ramai. Ada banyak platform yang tersedia, termasuklah Instagram, Facebook, Twitter, Linkedln dan Snapchat. Kempen performance marketing yang dibuat biasanya melibatkan para influencer dan iklan berbayar. 

Penajaan Konten

Bercakap tentang konten yang ditaja, penerbit akan membina sebuah blog yang di dalamnya terkandung sejumlah konten.

Topiknya mengikut kehendak klien dan bayaran hanya diterima selepas ‘goal’ mereka tercapai.

Iklan yang dibuat haruslah original, di mana kontennya itu direka supaya bersesuaian dengan medium dan audien yang disasarkan.

Perbezaaan utamanya, penerbit bangunkan konten untuk disiarkan dalam media milik sendiri bagi situasi konten yang dapat tajaan.

Manakala pengiklanan original, pemilik bisnes yang sediakan konten dan diberikan kepada pihak penerbit untuk dipaparkan.

Iklan Berbayar

Servis iklan berbayar boleh diletakkan dalam kategori perfomance marketing apabila pemilik bisnes membayar nilai promosi berdasarkan result akhir. Ikut kes.

Berbanding pengiraan secara tradisional yang biasanya ikut jumlah view seperti, cost-per-click (CPC) atau cost-per-thousand.

Sesetengah pakar bisnes cakap proses CPC tu sebahagian dari performance marketing juga. Tapi, ada definisi lebih kukuh untuk proses CPC ni. Macam cost-per-action or cost-per-acquisition (CPA) marketing, dan pay-per-action or pay-per-acquisition marketing (PPA).

Setakat ni boleh faham?

Kita berhenti dulu setakat ni. Sebab cerita pasal performance marketing ni panjang.

KEPENTINGAN PERFORMANCE MARKETING (PART 2)

Macam saya cakap tadi, huraian tentang Performance Marketing tidak sampai di sini sahaja. Sebab topik ini agak panjang.

Kita akan sambung lagi dalam bahagian ke-2 artikel nanti.

Stay tuned.

CIPTA JUALAN E-COMMERCE LEBIH BANYAK MENERUSI LIVE CHAT

CIPTA JUALAN E-COMMERCE LEBIH BANYAK MENERUSI LIVE CHAT

Anda pemilik bisnes?

Anda dah ada kedai e-commerce sendiri?

Jadi tentu anda tahu penting untuk pastikan setiap pelawat bertukar jadi pelanggan tetap di kedai anda.

Jika di dunia realiti anda boleh mencapai sasaran ini melalui layanan istimewa kepada semua pengunjung bagaikan VIP.

Ya,anda boleh sambut ketibaan pelanggan sebaik pintu dibuka, berikan tip penggayaan setaraf konsultan imej dan banyak lagi kelebihan yang lain.

Bagaimana pula dengan dunia maya?

Sebenarnya, anda boleh melakukannya menerusi aplikasi Live Chat iaitu komunikasi secara langsung bersama pelanggan.

Peratusan jual dan beli meningkat apabila sesi live antara pelawat dan pemilik bisnes berlaku.

Untuk kedai e-commerce yang kecil, memadai jika anda uruskan sesi chat yang pendek supaya tidak membebankan kerja-kerja pengurusan setiap seminggu.

Adakah jumlah jam yang diperuntukkan akan mempengaruhi status jualan?

Semestinya ya.

Paling penting, anda gunakan dan manfaatkan ruang chat yang ada untuk meraih perhatian pelawat.

Okey jom kita bongkar 4 teknik yang boleh dipraktikkan sebagai eksperimen permulaan untuk mencapai sasaran jualan.

Kenal pasti waktu trafik paling sibuk.

Aha, trafik sibuk bukan yang di atas jalan raya tu ya.

Anda perlu bersedia dan lapang untuk chatting ketika trafik kedai ecommerce anda sibuk, iaitu waktu ramai pelawat sedang keluar dan masuk ke kedai online anda.

Ia biasa terjadi sekiranya kita buat tawaran harga runtuh pada hujung minggu atau hari cuti umum.

Bagi mendapatkan data trafik, anda boleh muat turun Google Analytics.

Tapi, kebanyakan platform e-commerce termasuklah Shopify biasanya dah siap ada tool survey yang dapat membantu anda membuat perbandingan terperinci.

Jadi bila anda dah nak mula chatting, pilih 1 ke 2 jam antara waktu paling kedai online kecoh dan sesak dengan pengunjung.

Pastikan anda  fokus pada seberapa banyak chat yang diterima, isu yang timbul dan tahap produktifnya perbualan bagi mencipta jualan.

Ke sana, ke sini… anda dah faham laluan kompas kehendak pelanggan.

Okey, lepas skil chatting dah ada dalam tangan anda boleh konsisten set masa untuk sesi chatting ni dalam tempoh berbeza pula.

Pilih hari kerja biasa atau selepas waktu makan malam. Semakin banyak percubaan dibuat, anda akan semakin jelas dan jumpa formula yang sesuai dan serasi untuk sesi Live Chat.

Selepas dah siapkan jadual chatting, gabungkan bersama pelan pemasaran dan kempen jualan yang sudah disediakan bagi setiap produk.

Contohnya, anda menghantar emel newsletter kepada bakal pelanggan supaya ia mampu melajukan aliran trafik ke website.

Sebaik tekan butang ‘send’, secara automatiknya ia bermakna anda sudah bersedia untuk online di kotak chat.

Katalah pelanggan buka emel dan berminat untuk buat pembelian. Maka, bersedia untuk menjawab segala persoalan mereka menerusi ruang chatting.

Kawal siapa yang boleh melihat kotak chat.

Cara paparan kotak chat juga ada peranan penting.

Supaya lebih menarik, pilih rekaan bingkai yang sedap dipandang. Bukan hanya ada ruang chat berbentuk empat segi dengan warna putih atau pudar.

Selain itu, anda juga perlu tahu cara mengawal butang ‘Click to chat’ dan waktu yang sesuai untuk tingkap chat muncul di website.

Kena hati-hati, supaya pelanggan tak rasa terganggu waktu nak shopping.  

Kotak chat ni boleh disetkan lebih awal dan hanya dikeluarkan pada saat yang kritikal. Ia terpulang kepada pemilik bisnes dan konsep pemasaran mereka.

Salah satunya ialah sebelum pelanggan membuat bayaran, iaitu ketika pelanggan meneliti carta pembelian.

Ia waktu yang baik untuk anda set ruang chat muncul. Dari segi lain, ada peniaga yang dah tetapkan ruang chat ini di halaman produk baru atau bestseller.

Anda juga boleh luaskan potensi kotak chat dengan memuatkan ucapan mesra selama 20 ke 30 saat khas buat pelawat yang pertama kali sampai di kedai anda.

Ya! Beli hati mereka terlebih dahulu.

Macam mana, taklah susah sangat apabila dah tahu tekniknya kan?

Anda boleh cuba salah satu atau semua strategi yang dicadangkan.

Jika kurang serasi, buat peraturan sendiri berdasarkan panduan yang dah terbukti hasilnya ni.

Kata kuncinya di sini, pastikan anda sentiasa hadir dalam setiap sesi live chat bersama pengunjung yang berminat untuk membeli dan berusaha memenuhi permintaan mereka.

Kualiti mengatasi kuantiti

Sebagai pemilik bisnes kecil, bukan masa sahaja yang mahal. Tenaga dan daya tahan mental anda juga sangat berharga.

Cuba bayangkan ada berpuluh sesi chatting yang anda perlu fokuskan secara serentak?

Tak perlu buat kerja gila. Tak perlu seksa dan bebankan otak anda.

Pilih dan tumpukan perhatian kepada bakal pelanggan yang berpotensi.

Curahkan servis terbaik sepenuh hati, supaya pelanggan tahu dan ingat bisnes anda.

Seorang pelanggan yang berpuas hati dah cukup untuk pastikan bisnes anda terus stabil dan relevan.

Programkan sistem chat yang boleh disorokkan secara automatik apabila trafik dah capai angka tertentu.

Ini demi kebaikan anda juga. Apabila dah terlalu banyak chat yang masuk, bimbang anda tak mampu kawal dan tak mampu melayan.

Ingat, anda juga perlukan masa untuk dapatkan info produk serta kekal bertenang selama chatting.

Secara tak langsung, anda akan dapat merehatkan minda dan fizikal untuk seketika.

Oh ya, anda juga boleh gunakan tool pre-chat survey bagi menapis dan mengutamakan komunikasi berkualiti.

Ini boleh dilakukan dengan meminta pelanggan mengisi butir peribadi seperti nama, tempat asal, syarikat tempat kerja, jawatan dan lain-lain.

Jadi sebelum chatting, anda boleh asingkan pelawat yang mungkin sekadar nak tengok-tengok sahaja.

Anda juga boleh bersedia dengan senarai cadangan yang relevan dan berikan respon pantas.

Dapatkan maklum balas untuk perbaiki prestasi kedai anda

Apa saja maklum balas yang diberikan pelanggan ialah data penting, bagai harta karun yang tersimpan dalam peti besi.

Anda tak boleh ambil mudah bab ini. Anda perlu habiskan beberapa jam seminggu bagi sesi chatting untuk dapatkan pandangan pelanggan.

Tanyakan anggapan mereka pada jenama anda, kehendak serta pengalaman mengecewakan yang mungkin pernah dialami ketika berurusan dengan kedai e-commerce anda.

Gunakan segala respon ni untuk memperbaiki servis syarikat dan mutu produk anda.

Jika anda tak pasti macam mana nak mulakan, anda boleh cuba beberapa cadangan berikut:

Layout & navigation:

Berapa ramai pelawat yang mengadu mereka hilang jejak ketika jalan-jalan di kedai online anda?

Mungkin selepas klik detail produk, mereka tak jumpa butang untuk kembali ke halaman utama.

Navigation menu pula sama sekali tak membantu. Untuk kes ini, anda kena dapatkan khidmat pereka web supaya semua operasi disusun dan lebih sistematik.

FAQ Produk:

Perhatikan jika anda kerap dapat soalan yang sama tentang sesuatu produk. Jika ya, masukkan info lanjut di bahagian deskripsi. Nampak macam remeh, tapi ia mampu berikan impak yang besar terhadap jualan jangka panjang.

Permintaan dan cadangan:

Jika pelanggan nak minta warna pelangi atau corak ekstrem pujaan sendiri, mungkin melampau dan tambah peningkan kepala.

Tapi, ia bergantung pada fleksibiliti produk juga. Apabila dah terlalu ramai yang nak variasi warna atau penghantaran lebih pantas, cari jalan untuk tunaikan hajat mereka.

Gunakan hashtag unik ketika chat supaya anda mudah buat semakan dan senaraikan ikut kepentingan.

Kesimpulan Cipta Jualan eCommerce Lebih Banyak Menerusi Live Chat

Kesimpulannya bagi sebuah syarikat kecil atau start up, maksimakan setiap perbualan dan menggalakkan pembelian berulang.

Live Chat ialah komponen yang mampu menghasilkan pulangan luar biasa.

Anda hanya perlu yakin dan positif merancang strategi penjualan.

Selamat mencuba dan terus kembangkan hayat bisnes anda!

Ada soalan?

Boleh tanya diruangan komen.