fbpx
6 UPDATE SHOPIFY TERBARU TAHUN 2021 YANG ANDA PERLU TAHU

6 UPDATE SHOPIFY TERBARU TAHUN 2021 YANG ANDA PERLU TAHU

Setuju atau tak, komunikasi tu penting dalam perniagaan. Bukan setakat komunikasi antara peniaga dan pelanggan, perhubungan sesama usahawan dan pemilik bisnes dalam satu komuniti pun sama penting.

Dunia terbalik ke, dilanda taufan ke, kita tetap kena berhubung supaya semua orang faham dan bergerak dengan misi yang serupa.

Sebab itu, Shopify gerakkan Reunite.

Acara broadcast pertama untuk semua pemilik bisnes Shopify. Ini peluang baek untuk penjual, partner dan komuniti pemilik bisnes ‘duduk’ sekali dalam satu sesi.

Di situ nanti akan ada banyak perkongsian super penting dan info dalaman pasal masa depan dan perangkaan dunia bisnes ecommerce.

Oh, jika dah terlepas sesi broadcast ni anda dijemput untuk tonton rakamannya di sini.

So, ada enam perkara penting dan terkini yang anda perlu tahu pasal Shopify.

1. Duit

Aliran tunai ni benda paling penting dan tak pernah lari, sentiasa ada dan berputar-putar dalam kepala kita, lebih-lebih lagi waktu pandemik ni. Masa sukar untuk semua orang ni. Apabila ada sokongan kewangan yang kukuh, kita boleh pergi jauh dan kembangkan bisnes yang ada.

Atas sebab itu, Shopify melancarkan produk baru dengan ciri-ciri yang disasarkan khas untuk tolong pemilik bisnes kecil menguruskan kewangan masing-masing.

[Baru] Shopify Balance

Servis kewangan dan perbankan ialah bahagian besar dan penting untuk bisnes ecommerce.

Masalahnya, bank tak sediakan sistem yang menyenangkan urusan pemilik bisnes. Maka, Shopify membantu dengan memberi tools yang boleh memudahkan urusan kewangan bisnes anda.

Shopify Balance; produk terbaru berkaitan urusan kewangan yang dibina khusus untuk pemilik bisnes dan usahawan ecommerce.

Dengan sistem ini, anda boleh akses bahagian penting untuk mula, run dan kembangkan bisnes. Apa yang anda boleh akses dengan sistem Shopify Balance ni?

Shopify Balance account. Macam kedai one-stop, tempat admin nak tengok aliran tunai, bil yang nak dibayar, track perbelanjaan secara menyeluruh. Dari situ, anda akan lebih mudah nak buat keputusan untuk masa depan bisnes, tanpa perlu keluarkan bayaran tambahan untuk yuran bulanan atau baki minimum dalam akaun.

Shopify Card. Ada kad fizikal dan maya. Para peniaga boleh gunakan kad ini untuk akses maklumat akaun dengan lebih cepat. Ikutlah nak tengok masa berbelanja di kedai, melalui telefon atau online.

Ganjaran. Ada ganjaran istimewa macam cashback dan diskaun. Semuanya dikhususkan untuk perbelanjaan harian bisnes.

Shopify Balance akan memudahkan anda menjalankan perniagaan ringkas dan paling penting, ia boleh diakses oleh seramai yang mungkin. Sistem ini sudah dilancarkan terlebih dahulu di US dan akan dikembangkan ke negara lain pada masa hadapan.

[Update] Shopify Capital

Shopify Capital ialah program yang membantu kemudahan akses kewangan pemilik bisnes kecil.

Peniaga dari negara yang layak boleh memohon dana menggunakan akaun Shopify. Apabila dah lulus, anda akan lihat tambahan dana dalam akaun bank selepas beberapa hari.

Shopify issues amaun dari $200 hingga $1,000,000 tanpa ambil kira sejarah kredit anda. Selain itu, Shopify juga tak memiliki sebarang peratus daripada bisnes peniaga.

Bagi membantu peniaga kekal dalam pasaran, Shopify juga mengembangkan Shopify Capital di luar US, termasuk UK dan Kanada. Sebanyak $200 juta juga ditambah kepada dana $1 bilion sedia ada untuk program ini.

[Baru] Ansuran Shop Pay

Bukan peniaga saja yang ada situasi aliran tunai, pembeli pun sama.

Bagi membantu keadaan ini, Shopify mengumumkan pelancaran Shop Pay Installment.

Tudiaaa, boleh bayar ansuran. Sistem ini akan dimulakan dahulu di US sebelum dikembangkan ke negara lain pula.

Ansuran Shop Pay ini membenarkan pelanggan membuat pembelian dengan membayar secara ansuran sebanyak empat kali, tanpa ada faedah atau yuran tambahan.

Peniaga akan menerima jumlah penuh terlebih dahulu dan Shopify akan mengutip baki bayaran daripada pelanggan. Maknanya, peniaga tak tanggung risiko.

Pilihan yang fleksibel macam ni sememangnya seksi dan beri pelanggan keselesaan waktu membeli. Secara tak langsung, ia akan membantu ekonomi pemilik bisnes ecommerce.

Bayaran ansuran ini akan dihubungkan dengan sistem checkout Shop Pay. Jadi peniaga boleh terus buat tawaran urusan pembelian yang pantas dan lancar kepada pembeli.

2. Kedai Online

Kedai online ialah inti penting dalam pengalaman bisnes ecommerce. Di sini ada banyak cabaran yang perlu dilepasi dahulu sebelum web ecommerce anda boleh beroperasi.

Bagi membantu peniaga baru, ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ecommerce ni, Shopify akan membangunkan ciri-ciri baru dalam kedai online.

Apa maksudnya?

Maknanya di sini, akan ada tools dan kemudahan baru untuk sekalian Shopify Partner & Merchant untuk berniaga.

Macam mana? Jom tengok cara-caranya.

[Baru] Express Theme

Disebabkan makin banyak bisnes ecommerce baru tumbuh, Shopify memperkenalkan tools dan sumber yang akan bantu anda untuk buka kedai online lebih pantas.

Salah satu sumber ini ialah tema Shopify percuma yang dipanggil tema Express.

Express dicipta khusus untuk menyediakan pengalaman shopping dalam satu halaman dan ia dioptimumkan untuk pembelian mobile.

Anda boleh gunakan template ini untuk membangunkan kedai online secara pantas dan ia sangat sesuai untuk katalog produk kategori medium.

Tema ini dibangunkan supaya ia menepati ciri-ciri bagi bisnes seperti restoran dan kafe, serta sesiapa yang mahu pelanggannya merasai pengalaman pembelian yang ringkas. Juga, ia sesuai untuk mana-mana bisnes yang perlu terus sedia untuk online.

[Baru] Kad Hadiah (Gift Card)

Bagi menyokong peniaga, Shopify juga ada sediakan kad hadiah percuma. Paling best, kad ni ada untuk semua pelan Shopify.

Jadi, tak payah risau kalau-kalau nak kena tukar pelan untuk dapat features ni.

Seronoknya dengan pelan ni, pelanggan masih boleh sokong bisnes ecommerce kegemaran mereka melalui kad hadiah.

Sesuai sangat untuk anda yang ada situasi produk belum dapat dijual.

[Baru] Beri Tip

Satu lagi peluang best untuk menggalakkan kemasukan pendapatan (positive cashflow); iaitu melalui tip daripada pembeli. Dengan adanya fungsi Tip ini, pembeli boleh sokong bisnes anda dengan beri tip.

Contohnya untuk bisnes makanan yang ada tawarkan servis penghantaran, atau mana-mana bisnes yang sesuai untuk sistem tip, ciri-ciri baru ini boleh membantu anda.

Oh, satu lagi benda best anda juga boleh gunakan feature ini untuk dapatkan sumbangan bagi projek kutip sumbangan/derma.

[Baru] Pasaran Antarabangsa

Berita baik untuk peniaga pasaran antarabangsa dan pelanggan anda! Shopify juga akan menambah dan melancarkan DUA ciri-ciri baru kedai online :

i) Domain tempatan

Anda boleh gunakan domain tempatan, yang membolehkan anda siapkan domain individu bagi negara dan matawang, selain set bahasa yang nak digunakan.

Domain tempatan akan menambah baik pengalaman pelanggan masa berbelanja, khususnya pelanggan antarabangsa. Ia bagus untuk bina kepercayaan dan menggalakkan pembelian berulang.

Domain tempatan menggunakan ciri-ciri macam HTML tag hreflang yang fungsinya bantu Google arahkan pelanggan pergi ke kedai untuk negara dan bahasa yang betul. Ini  akan bagi sumbangan positif untuk ranking SEO kedai anda.

ii) Custom FX

Dengan feature ini, peniaga yang gunakan multicurrency boleh stabilkan harga produk walaupun masa matawang berubah-ubah. Maksudnya anda boleh menjual ke 133 negara, dapat bayaran dalam matawang negara asal penjual dan harga yang terpapar pada pelanggan masih stabil.

Sistem harga Custom FX ini juga ada peraturan tersendiri dan ia memudahkan anda untuk sasarkan pembeli dalam matawang tempatan. Jadi, lagi mudah nak rancang kerja pemasaran sebab peniaga boleh iklankan tanpa risau nak tukar harga produk.

Dengan sistem yang transparent ni, peniaga lebih mudah dapatkan kepercayaan pelanggan antarabangsa.  

[Update] Design Baru Kedai Online

Design baru kedai online ini ada komponen tambahan iaitu peniaga boleh tambahkan section pada pages kedai online. Drag and drop, tak susah pun untuk tambah dan anda boleh customize pages tanpa perlu tulis apa-apa coding.

Dengan adanya fungsi ini, peniaga boleh tambahkan macam-macam fungsi baru di kedai online. Paling penting, tak payah tulis coding.

Pada Januari lalu, Spotify dah lancarkan 2 app extensions baru iaitu snippet dan section yang peniaga boleh guna untuk buat kedai online lebih interaktif dan menarik. Barulah seronok orang nak shopping!

[Update] Checkout and Subscriptions

Subscription antara ciri-ciri yang paling banyak permintaan. Fungsi ini akan beri pengalaman membeli yang baru, selain set tools yang anda boleh guna untuk set up, uruskan dan dapatkan laporan pesanan dan subscription produk.

Fungsi ini akan menjadikan proses checkout yang lebih customize dan meluas.

Untuk mencapai matlamat ini, Shopify kena lebih fleksibel dan dan bersepadu dengan app untuk melancarkan proses checkout. Kelancaran ini akan membantu meningkatkan kadar penukaran (conversion rate) yang tinggi kepada peniaga.

3. Omnichannel dan Pemasaran

[Baru] Shopify POS

Dunia bisnes runcit dah berubah. Data dari 13 Mac -24 April menunjukkan penurunan jualan melalui Shopify POS (point of sales) berbanding enam bulan sebelumnya. Pasa masa yang sama, 94% daripada jualan yang hilang ini digantikan melalui pembelian online di kedai yang sama.

Ini menjadi bukti penting kepada peniaga runcit, bahawa ada penyelesaian yang mendekatkan jarak antara kedai fizikal dan kedai online.

Sebab itu, Shopify melancarkan Shopify POS yang baru dengan binaan baru bersama sistem POS yang ada keupayaan omnichannel untuk pembelian di kedai.

Salah satu ciri yang ada ialah smart grid.

Retailer boleh higlight app, diskaun dan workflow yang staff paling selalu guna dan smart grid akan adjust fungsi ini secara automatik mengikut data yang diperoleh dalam cart. Ia akan memberi peluang baru kepada developer app POS yang membantu peniaga bina dan kukuhkan bisnes mereka.

Ada beberapa fungsi yang ditambahkan dalam sistem POS yang baru ini termasuklah:

+ Contactless checkout: Dengan Shopify POS yang dah ada pilihan contactless payment seperti Google Pay dan Apple Pay (guna Tap & Chip card reader), kaedah pembayaran tambahan diperkenalkan untuk pengguna yang tiada akses kepada kedua-dua pilihan.

Tak lama lagi, pembeli boleh terus scan kod QR melalui telefon bagi pembelian di kedai, menggunakan fungsi online checkout di Shopify. Ia akan menyokong penjarakan sosial di kedai fizikal.

+ See what’s in-store: Pembeli juga akan dapat melihat produk yang ada di kedai melalui laman web peniaga tidak lama lagi. Ia akan memberi pelanggan membuat pilhan terbaik untuk mereka, termasuklah memilih mahu gunakan servis pickup di kedai atau di lokasi tertentu.

Sistem Shopify POS baru ini sudah beroperasi secara global. Untuk bantu peniaga sesuaikan bisnes dengan keadaan semasa, Shopify dah tambah POS Pro dan ia percuma untuk semua sehingga 31 Oktober 2020.

[Baru] Shopify Email

Emel ialah tool pemasaran power dan penting. Ia antara channel untuk peniaga berhubung dengan pembeli. Pada April 2020, Shopify lancarkan fungsi Emel Shopify untuk tujuan ini.

Shopify juga ada ciri-ciri lain yang memudahkan kerja-kerja merchant dengan menambah pelbagai template emel.

Akan datang, ada banyak fungsi lain akan ditambahkan. Contohnya, set automatik emel.

Bagi anda yang perlukan fungsi emel pemasaran yang lebih canggih atau khas, Emel Shopify mungkin bukan solution terbaik.

Namun Shopify akan sokong perkembangan pemasaran emel dengan membenarkan lebih banyak ruang untuk memasukkan app lain kepada developers, juga menyediakan lebih banyak pencirian yang membantu perkembangan bisnes peniaga.

Fungsi Emel Shopify ini percuma sehingga Oktober 2020.

[Baru] Penyenaraian Percuma di Google Shopping

Sebab nak luaskan lagi capaian audience yang akan nampak produk anda, Shopify bekerjasama dengan Google.

Tujuannya, membenarkan peniaga memasukkan produk mereka secara percuma di Google Shopping, melalui app Shopify’s Google Shopping.

Sekiranya anda sudah ada produk yang sync melalui app, produk yang diluluskan akan dipaparkan di tab hasil carian Google Shopping yang berkaitan, tanpa perlu buat apa-apa penambahan.

Aplikasi ini hanya boleh digunakan di US buat masa ini dan akan diluaskan ke peringkat global pada akhir tahun hadapan.

[Baru] Facebook Shop

Shopify juga bekerjasama dengan Facebook dan lancarkan Facebook Shops, ruang baru untuk cipta pengalaman shopping baru. Anda boleh bina kedai online yang ringkas, guna jenama kedai online masing-masing di Facebook dan Instagram, dan sync dengan Shopify.

[Baru] Shopify Ping

Shopify Ping ialah app mesej percuma baru, sebagai tempat untuk anda chat dengan pelanggan dan jawab pertanyaan mereka. Ia akan membantu pelanggan meyakini kedai online anda dan buat keputusan untuk membeli.

Aplikasi ini bersepadu dengan platform mesej popular yang lain seperti Apple Business Chat, Facebook Messenger dan Shopify Chat. Jadi, pelanggan boleh pilih mahu mesej peniaga melalui aplikasi yang dimahukan.

Ping boleh didapatkan di iOS dan iPad, manakala versi Android dan web akan tersedia tidak lama lagi.

Bagi membantu peniaga memberi servis yang lagi bagus, Shopify juga menambah akaun untuk staff retail. Dari situ, staff yang berbeza boleh berinteraksi dengan pelanggan secara one-to-one dan pastinya dengan sistem tiket.

Team anda boleh bergabung dan mesej sesama sendiri di Ping, bagi kelancaran operasi dan komunikasi. Barulah boleh elak salah faham dan operasi akan lebih cekap.

[Baru] Shop dan Shop Channel

Selain itu, Shopify juga gabungkan ciri-ciri Arrive dan Shop Pay untuk bina personal shopping assistant yang baru iaitu Shop.

Daripada pencarian hingga penghantaran, app Shop akan bantu anda untuk tambah baik pengalaman pelanggan berbelanja di kedai online mereka.

Dengan feature tempatan, Shop akan mudahkan pembeli cari peniaga terdekat dan dari situ mereka boleh sokong bisnes tempatan.

Pembeli juga boleh lihat rekomendasi produk daripada kedai yang mereka pernah shopping sebelumnya.

Apabila pelanggan dah buat keputusan nak beli, mereka tak payah nak pening-pening sebab urusan checkout yang pantas di Shop Pay.

Sebagai tambahan, Shop juga ada fungsi yang bantu pembeli track parcel.

Tak lama lagi, anda juga boleh gunakan Shop untuk ceritakan pasal jenama anda, dengan customize bagaimana dan di mana jenama anda akan muncul di app. Jika anda nak sertai, boleh sertai senarai menunggu di webpage Shop.

Shop akan jadi saluran percuma dalam Shopify dan ia boleh digunakan oleh semua peniaga, bersama kedai online dan POS. Peniaga boleh aktifkan Shop Pay di bahagian admin dan tambah notifikasi Shop di page status order.

4. Back Office

Jika kedai online adalah wajah peniaga, admin ialah otaknya. Di situlah tempat anda susun dan menguruskan segala hal untuk gerakkan bisnes. Untuk lancarkan proses di pejabat ini (admin), Shopify menambah beberapa perkara supaya peniaga boleh kerja lagi laju dan bijak:

[Baru] Product Conditions

Fungsi baru ini akan dilancarkan tak lama lagi dan ia akan beri akses kepada anda untuk create produk dan simpan sebagai draft, boleh tambah perincian nanti atau bagi member lain yang sudahkan, hanya publish apabila semuanya dah siap.

Anda juga boleh gunakan fungsi archive; ini best untuk sesiapa yang ada senarai produk yang panjang.  

[Baru] Faster Product & Inventory Updating

77% peniaga yang berpindah dari kedai fizikal ke kedai online cakap mereka habiskan banyak masa untuk masukkan produk di kedai online. Ini tak bagus.

Anda perlu buat task yang satu ini lebih pantas supaya bisnes boleh bertahan. Sebab itu tak lama lagi, anda boleh buat kerja-kerja upload ini melalui telefon sahaja.

Ambil gambar, masukkan details macam harga, tajuk, pilihan dan scan barcode semuanya guna telefon. Apabila dah sedia, anda boleh review produk gunakan telefon dan publish di kedai online.

Shopify juga sedang optimize kelajuan untuk desktop.

Nanti anda boleh create product secara pukal; peniaga boleh tambahkan gambar, harga, tajuk, pilihan, inventori dan banyak lagi di skrin yang sama dan ia akan buat kerja-kerja tambah produk di kedai online lebih laju.  

[Baru] Purchase Order

Apabila produk dah online, anda perlu uruskan inventori berkaitan. Nak dapatkan bilangan yang tepat, lokasi dan bila nak tambah produk ialah kerja yang mengambil banyak masa.

Fungsi Shopify Purchase Order (PO) memudahkan proses ini. Anda boleh pesan, track dan terima inventori daripada suplier melalui fungsi ini. Tak lama lagi, ia juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon yang pastinya akan jadikan kerja lagi cepat dan senang.

Ciri-ciri yang ada termasuklah:

+ PO dengan draf, pesanan, terima, dan tutup belian

+ Eksport ke PDF

+ Kos produk dan pelarasan kos

+ Terma bayaran

+ Notis penghantaran dan jangkaan tiba, tracking ID dan kurier

+ Pautan antara pembekal dan produk untuk mudahkan proses order semula

+ Penerimaan melalui telefon

Purchase Order boleh diakses di Shopify Admin.

[Update] Page Senarai Order

Sebab dah makin banyak peniaga beralih ke bisnes online, kita dapat lihat kenaikan belian online. Penting untuk anda dapatkan pesanan daripada pelanggan secepat mungkin untuk diproses.

Sebelum ini, anda kena klik setiap order untuk tengok perincian. Sekarang, semua maklumat yang perlu ada di page senarai order. Anda boleh semak detail pelanggan, order, kaedah penghantaran, nota pesanan dan tag pada satu tempat.  

Dengan maklumat ini, anda boleh lihat pesanan mana perlu dihantar ke luar negara dan tempatan, atau pesanan mana yang perlukan penghantaran atau diambil sendiri di kedai. Senang, kan?

5. Penghantaran

Dengan bisnes online makin banyak, strategi penghantaran yang bagus diperlukan untuk kejayaan peniaga. Jadi, Shopify membangunkan bahagian khusus untuk memenuhi keperluan ini.

[Baru] Kaedah Penghantaran dan Pickup

Dalam beberapa bulan ini, cara orang berbelanja di kedai tempatan sudah berubah. Antara 13 Mac dan 24 April, purata order tempatan meningkat sehingga 176%, berbanding enam minggu sebelumnya. Shopify sediakan dua updates untuk lajukan proses ini.

i. Penghantaran tempatan dan pickup di lokasi

Anda boleh sediakan pilihan untuk pelanggan ambil sendiri order di kedai, lokasi tertentu atau mana-mana tempat yang mereka mahu.

Anda boleh penuhi pesanan daripada Shopify POS, admin, atau app Shopify dan pelanggan boleh ambil sendiri pesanan mereka di lokasi yang sudah dipilih.

Staff boleh tengok notifikasi di sistem POS yang baru, sama ada pelanggan dah ambil order atau belum.

i. Penghantaran Tempatan

Anda di semua negara boleh tambah baik dan mudahkan sistem penghantaran tempatan. Mereka boleh gunakan kod pos atau radius (dalam jarak tertentu) untuk penghantaran tempatan.

Bukan tu je, anda juga boleh tentukan caj penghantaran dan harga pesanan minimum. Pelanggan boleh lihat pilihan ini apabila nak checkout dan boleh masukkan arahan spesifik jika perlu.

Shopify juga ada bangunkan app Shopify Local Delivery untuk bantu anda create laluan penghantaran optimum yang boleh dikongsi dengan staf.

Dengan app ini, staf boleh beritahu pelanggan yang penghantaran dalam perjalanan. App ini juga boleh diakses di peringkat global tak lama lagi.

[Baru] Capaian Network Shopify

Shopify Fulfillment Network dilancarkan tahun lalu. Jaringan yang dibina untuk pastikan penghantaran pantas pada kos rendah.

Tahun ini beberapa pembaharuan dibuat:

+ 7 gudang merentasi US

+ Pusat R&D di Ottawa (hometown Shopify), tempat ujian dan pembaikan operasi gudang dibuat. Sasarannya, nak tawarkan capaian ini kepada peniaga di Kanada.

+ Robot. Shopify dah dapatkan 6 River System pada akhir 2019, dan gunakan robot Chuck untuk bantu pekerja gudang menguruskan pesanan. Chuck mengurangkan 50% masa untuk berjalan dan melajukan kerja sehingga dua kali ganda daripada biasa.

Shopify bagi anda ruang untuk guna strategi berbeza untuk mengawal jenama masing-masing; peniaga boleh guna custom packaging. 99.5% pesanan dihantar pada hari yang sama menggunakan jaringan ini.

Jaringan ini dah boleh digunakan oleh semua peniaga di Amerika Utara dan Shopify dah belanjakan lebih $1 billion untuk penghantaran pantas dan mampu milik ini, supaya dapat digunakan oleh semua peniaga.

6. Prestasi

Dengan semua update dan ciri-ciri menarik yang baru, kelajuan ialah kualiti penting yang perlu untuk kejayaan kedai online.

Untuk pastikan anda terus berniaga, performance web ecommerce yang pantas ialah keutamaan di Shopify.

Kenapa?

Sebab kedai online yang laju penting untuk pengalaman membeli yang menyeronokkan kepada pembeli. Sebab itu, Shopify perkenalkan dua tools best ini:

i. Storefront Renderer

Shopify dah bina semula enjin yang bawa storefront tema Liquid dan jana output HTML yang hantar semula info ke browser pelanggan.

Renderer baru ini akan bawa 40 hingga 200 peratus pembaikan dalam masa muat naik kedai online.

ii. Dashboard Prestasi Kedai Online

Dashboard prestasi ini akan beri anda cara untuk faham macam mana customization tema dan pemasangan app memberi kesan kepada kelajuan kedai online anda.

Dengan perubahan yang dibuat, anda boleh troubleshoot isu prestasi dan pastikan operasi kedai online kekal laju.

KESIMPULAN UPDATE SHOPIFY TERBARU TAHUN 2020 YANG ANDA PERLU TAHU

Sekarang ialah masa sukar untuk pengusaha dan peniaga macam kita. Masa depan ecommerce bergantung pada kita; trend dan produk yang kita tak jangka akan lihat sampailah 2030 sudah ada di sini, sekarang.

Diharapkan dengan teknologi dan kemudahan ini, kita semua boleh tunjukkan yang kita bukan sahaja boleh bertahan dalam situasi sekarang, malah semakin berkembang.

Mana satu features yang anda suka?

Share dengan saya dalam ruangan komen dibawah.

Strategi Bina Bisnes E-commerce Yang Boleh Bertahan Lama (Dan 5 Cadangan Produk Best)

Strategi Bina Bisnes E-commerce Yang Boleh Bertahan Lama (Dan 5 Cadangan Produk Best)

Kita selalu dengar, bina sesuatu yang mapan dan mampan dan selalunya ia dikaitkan dengan alam sekitar dan pembangunan.

Apa kaitan dengan bisnes ecommerce?

Dari sudut bisnes ecommerce, ia adalah hal yang sangat relevan.

Siapa yang tak nak bisnes kukuh dan bertahan lama, kan?

Tapi, macam mana nak ada bisnes ecommerce yang kuat?

Ini bukan semata-mata menguruskan duit, produk dan masa. Ada satu faktor lagi yang membantu iaitu membina bisnes yang memberi impak positif dari sudut sosial dan kepada alam sekitar.

Ha, bunyi macam kompleks. Dah nak kena fikir alam sekitar pula, bisnes sendiri pun entah ke mana ni.

Saya tak nafikan, ia tak senang.

Buka bisnes dah satu hal, dan yang paling penting adalah bagaimana anda boleh menjadi dropshipper yang memanfaatkan alam sekitar dan bertanggungjawab kepada masyarakat?

Ada beberapa tip yang saya boleh kongsi.

Selain itu, saya juga akan kongsikan beberapa jenis produk untuk bisnes ecommerce yang bagus untuk alam sekitar.

Memberi Semula Kepada Alam Sekitar dan Masyarakat

What you give, you get back.

Earn more and give back to the community.

Pernah dengar dua ayat di atas? Jika belum pernah, tahniah kerana anda dah baca kali ini. Ya, jika kita tak pentingkan masyarakat sendiri, siapa lagi nak jaga? #kitajagakita

Ramai pembeli sekarang concern dan mahu berurusan dengan peniaga yang bertanggungjawab kepada masyarakat.

Atas sebab itu, mereka akan lebih suka untuk berurusan dengan anda apabila mereka tahu anda terlibat dengan hal-hal yang bagus untuk komuniti dan alam sekitar.

Sebagai contoh, kajian yang dibuat oleh Cone Communications di Amerika Syarikat menunjukkan 87% responden lebih percaya syarikat yang menyokong atau terlibat dengan social cause atau kerja kebajikan untuk alam sekitar.

Selain itu, 89% responden berkata mereka akan sanggup tukar dan pilih jenama yang terlibat dengan good cause ni.

Dalam bahasa mudahnya, ia akan menguntungkan syarikat berkenaan dalam jangka panjang. Maknanya, syarikat akan boleh bertahan.

Jika bisnes ecommerce anda adalah syarikat yang dimaksudkan bermaksud anda akan untung, dan pada masa yang sama anda akan rasa lebih baik kerana telah menyumbang untuk masyarakat.

Ada banyak cara untuk jadi tauke bisnes ecommerce yang bertanggungjawab kepada masyarakat:

1. Tanam Pokok / Pelihara Haiwan Terancam

Bukan bermaksud anda sendiri yang tanam. Dah kedai pun online, takkanlah nak tanam pokok di tepi blog?

Boleh juga kalau anda nak tanam atas tanah sendiri. Atau libatkan diri dengan kerja-kerja sukarelawan berkaitan di sekolah atau mana-mana pusat.

Selain itu, anda boleh membantu dalam usaha pemuliharaan dan perlindungan haiwan terancam seperti orang utan, Harimau Malaya dan penyu.

Anda boleh menyumbang terus kepada komuniti yang terlibat seperti Orang Utan Appeal UK yang aktif memelihara orang utan di Sepilok, Sabah.

2. Menyokong Kerja Amal dan Kebajikan

Libatkan diri dengan kerja-kerja amal. Selain menyumbang secara peribadi atau melalui syarikat, anda juga boleh menyediakan pakej khusus untuk pelanggan yang mahu membeli sambil menyumbang.

Atau anda boleh juga ajak para pelanggan terus menyumbang kepada kerja kebajikan berkaitan. Contohnya, pengasas FashionValet Vivy Yusof dan Fadza Anuar bekerjasama dengan IMARET (Pasukan Perundingan & Rawat Persatuan Perubatan Islam Malaysia) dan menubuhkan Dana Sokongan FV Covid19 (www.simplygiving.com/fv-covid19-support-fund).

Tujuannya, mengumpul dana untuk membantu kerja-kerja pasukan perubatan yang sedang berjuang di barisan hadapan bagi memerangi wabak Covid-19 di Malaysia.

Bagaimana anda boleh bantu? Ikut menyumbang dan sebarkan supaya lebih ramai boleh melakukannya juga.

Selain itu, servis anda kepada pelanggan juga adalah salah satu cara untuk menyumbang kepada masyarakat. Dengan menjadi peniaga yang mementingkan kualiti servis dan produk, anda sudahpun menyumbang.

Tak pasti bagaimana? Saya kongsikan di bawah ini.

Teruskan skrol dan baca.

Berusaha untuk Kurangkan Peratus Pemulangan dan Bilangan Pelanggan Tidak Puas Hati

Buat sebaik mungkin supaya pelanggan berpuas hati dengan produk dan servis yang diterima. Lebih-lebih lagi apabila anda menjual produk dari luar negara dan mengambil masa panjang untuk penghantaran.

Elakkan pemulangan yang disebabkan oleh isu produk itu sendiri seperti isu salah saiz, barang tidak boleh digunakan dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anda sudah memberi sumbangan kepada pelanggan dan masyarakat.

Bagaimana nak buat? Saya kongsikan tiga cara yang boleh membantu anda.

i) Sediakan Penerangan Produk yang Jelas dan Gambar Elok

Walaupun sebelum ini saya pernah bercerita dalam topik mengenai penjagaan dan pengurusan pelanggan (http://dropshipkartel.com/8-cara-buat-pelanggan-kembali-membeli-di-kedai-e-commerce-anda/), hari ini saya nak ulang sekali lagi.

Tulis penerangan yang jelas mengenai produk anda. Jika anda menjual baju, perincikan semua material, saiz dan pilihan warna yang ada (lengan, bahu, labuh, punggung, dll) supaya pelanggan boleh bandingkan dengan ukuran tubuh mereka.

Sertakan gambar yang jelas dan paling dekat dengan warna asal produk yang dijual. Dengan memberi maklumat terperinci, anda membantu mereka membuat pilihan yang tepat untuk diri sendiri. Ia akan mengurangkan pembaziran dan pembelian sia-sia.

ii) Sediakan Panduan untuk Kitar Semula Produk

Salah satu cara yang anda boleh buat sebagai servis selepas transaksi jual-beli berlaku adalah menyediakan panduan untuk mengitar semula produk yang anda jual.

Saya guna semula contoh tadi. Katalah anda jual baju atau pakaian. Anda boleh sediakan siap-siap artikel mengenai cara pelanggan boleh recycle baju mereka selepas suatu tempoh.

Bagaimana nak recycle baju? Bagi baju yang masih cantik dan elok, sudah pasti ia boleh didermakan.

Untuk pakaian yang sudah lusuh, ia boleh digunakan semula sebagai kain pengelap, baju untuk anak patung, atau alas kaki. Tidak salah jika anda sediakan tutorial cara-cara membuat alas kaki daripada pakaian lama.

iii) Tidak Perlu Minta Pelanggan Pulangkan Barangan

Daripada anda minta pelanggan pulangkan semula barangan kepada anda, ada baiknya anda sediakan pilihan supaya mereka hanya hantar gambar. Jika perlu, minta mereka rakam video produk untuk beritahu sebab mereka mahu pulangkan.

Jika barangan dipos daripada luar negara, pastilah kos penghantarannya tidak murah. Maka, biarlah pelanggan simpan sahaja barang yang tidak boleh digunakan atau dipakai itu.

Anda hanya perlu proses pemulangan menggunakan video atau gambar yang diterima dan minta pelanggan buat recycle, derma atau jadikan hadiah kepada orang lain, bergantung kepada keadaan produk berkenaan.

Jika anda khuatir polisi ini akan menaikkan jumlah permintaan untuk pemulangan, tidak perlu iklankan secara besar-besaran. Hanya pastikan maklumat ini dimasukkan dalam FAQ atau dalam Polisi Return & Refund.

Dah nampak cara-caranya?

Okey sekarang kita tengk pula contoh produk mesra alam yang boleh anda jual sebagai permulaan bisnes ecommerce anda.

Cadangan Produk yang Boleh Dijual di Web Ecommerce Anda

1. Beg Kain Mesh yang Boleh Diguna Semula

Memandangkan penggunaan beg plastik dah kena caj dan tak lama lagi ada kemungkinan akan diharamkan, ada baiknya anda jual beg kain yang jauh lebih banyak fungsinya ini.

Selain boleh digunakan berkali-kali untuk pergi beli barang keperluan, anda pastinya telah memberi sumbangan besar kepada alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan beg plastik.

2. Beg Storage yang Boleh Diguna Semula

Selain bekas simpanan makanan, satu lagi produk yang menarik adalah beg storage. Iyalah, kita nak simpan macam-macam barang. Kalau semua bekas, tak muat peti ais.

Lagi seronok apabila boleh letak macam-macam jenis stok kekacang dalam plastik berlainan dan kemudian susun dalam satu bekas.

Selain itu, ada juga barang yang lebih sesuai letak dalam beg plastik. Lagipun, plastik lebih ringan dan mudah untuk dibawa. Berbanding angkut bekas plastik atau kaca. Berat dan makan ruang.

Jika ada beg plastik, pelanggan akan lagi suka sebab boleh sumbat lebih banyak barang. Di rumah pula, plastik ini boleh dileperkan semula dan disimpan apabila tidak digunakan.

Tak ada lagi masalah ruang, kan? Boleh guna semula lagi.

3. Lampin, Sudah Pastilah yang Boleh Diguna Semula

Semakin banyak pihak yang mula menggunakan lampin guna semula. Apatah lagi apabila ada banyak corak menarik di pasaran. Tidak sukar untuk menggunakannya.

Bagi ibu bapa yang mementingkan alam sekitar, mereka sentiasa mencari alternatif kepada lampin pakai buang. Di sinilah pentingnya anda sebagai peniaga cloth diaper.

Macam pakaian bayi yang lain, ia tahan lama dan boleh digunakan banyak kali. Berbanding lampin pakai buang yang sah-sah hanya sekali guna dan buang.

4. Straw Besi

Satu lagi produk yang semakin lama semakin penting dan perlu.

Walaupun straw plastik laku keras dan bertahan lama dalam pasaran, kini semakin ramai yang berhenti menggunakannya dan beralih kepada penyedut minuman daripada sumber terbiodegradasi.

Malah, restoran makanan segera juga sudah menghentikan pembekalan straw plastik kepada pelanggan. Para pengguna juga sudah sedar straw plastik termasuk dalam bahan yang berbahaya kepada alam dan haiwan.

Sebab itu, straw besi yang boleh dicuci dan diguna berkali-kali semakin mendapat tempat dalam pasaran. Bila lagi anda nak bantu dalam penjagaan alam sekitar?

5. Botol dan Lunch Box – Stainless Steel

Bekas stainless steel adalah antara item popular bagi pelanggan yang mahu produk boleh guna dan tahan lama. Ia bukan sahaja berkualiti, tetapi rekannya juga menarik dan cantik.

Macam mana nak tunjuk kelebihan produk? Selain menyenaraikan kelebihannya, anda juga boleh gunakan video. Jika lunch box ada banyak saiz dan rupa, gambar dan video akan sangat membantu.

Mahu lagi menarik, anda siapkan sekali set dengan kutleri stainless steel juga. Kalau ada yang mahu, siapkan juga chopstick stainless steel. Ia akan jadi pakej untuk bawa ke pejabat yang nice!

Kesimpulan Strategi Bina Bisnes E-commerce Yang Boleh Bertahan Lama

Saya percaya, setiap peniaga ada matlamatnya.

Tidak salah anda letakkan sasaran untuk menjadi peniaga ecommerce yang memberi impak positif dari sudut sosial dan kepada alam sekitar. Bahkan, ia akan buat anda menjadi peniaga yang jauh lebih baik.

Anda ada cadangan produk lain?

Boleh kongsikan dalam ruang komen. Saya seronok nak tahu pandangan anda.

5 Cara Jaga Hati Pelanggan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

5 Cara Jaga Hati Pelanggan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Selamat Hari Doktor kepada semua doktor-doktror kat Malaysia. Kat U.S, tarikh 30 March ni disambut sebagai Hari Doktor Negara sebagai tanda terima kasih dan menghargai usaha dan pengorbanan doktor-doktor kepada masyarakat dan negara.

Jadi, tak salah sebenarnya kalau kita pun ambil kesempatan jugak benda yang baik ni untuk ucapkan terima kasih kat para doktor negara kita. Lebih-lebih lagi dalam keadaan diorang menjadi barisan hadapan berjuang melawan penularan wabak Covid-19 sekarang ni.

Bantu, Ringankan Beban & Prihatin!

Hari ni hari ke 13 sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Dan dah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

Perdana Menteri (PM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) tak henti-henti sampaikan update dan info-info terkini kepada kita.

Dalam minggu ni jer, banyak inisiatif yang kerajaan perkenalkan untuk bantu dan ringankan beban rakyat sebagai tanda prihatin.

3 perkataan yang diperlukan orang ramai kat luar sana dalam tempoh kritikal sekarang ni ialah bantu, ringankan beban dan prihatin. Siapa yang dapat berikan diorang 3 benda ni, komfem kasih sayang diorang pada si pemberi makin bertambah-tambah, betul tak?

Jadi, apa tindakan anda sebagai usahawan untuk bantu, ringankan beban dan jadi prihatin kepada pelanggan anda? Tak nak ke anda ambil peluang ni untuk tambahkan lagi kasih sayang pelanggan terhadap bisnes anda?

Dalam artikel ni, saya akan kongsikan 5 cara jaga hati pelanggan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 ni. Jom layan…

Bagi Tawaran Tak Masuk Akal!

Saya dah tengok beberapa orang usahawan yang bagi tawaran tak masuk akal dalam tempoh stay at home ni untuk produk diorang. Saya bagi satu contoh kat sini untuk anda jadikan inspirasi…

Pakar penulisan content, Khairul Hakimin Muhammad tawarkan akses percuma untuk e-book dia ‘118 Idea Menulis Content’. Saya dulu pernah tengok produk ni dengan harga premium. Hanya mampu tengok jer lah masa tu.

Tapi bila dia boleh bagi akses percuma dalam tempoh stay at home ni, bagi saya tu memang tak masuk akal. Saya dah go-tru sikit content e-book tu, memang setanding dengan harga premium yang dia letak asalnya.

Sedikit sebanyak, cara ni dapat bantu dan ringankan beban dari segi kewangan untuk followers dan pelanggan sedia ada yang teringin nak dapatkan e-book tu. Macam mana agaknya perasaan followers dia yang dah dapatkan e-book tu?

Saya jugak dah bagi beberapa contoh usahawan yang gunakan kekuatan bisnes untuk bantu orang dalam artikel yang lepas. Dengan cara ni jugak, sebenarnya anda boleh kembangkan bisnes dengan cara kumpul database.

Buat Rumusan Berkaitan Inisiatif Kerajaan!

Saya ada tengok beberapa usahawan yang guna cara ni. Diorang buat rumusan berkaitan inisiatif kerajaan dengan cara yang mudah faham dan blast ke database emel. Bagi saya, cara ni dapat bagi added value kepada pelanggan.

Sebabnya? Bukan semua orang yang tahu atau faham kenyataan dan perutusan khas Perdana Menteri berkaitan inisiatif prihatin kerajaan yang panjang tu.

Jadi, kalau anda dapat rumuskan dengan cara yang mudah faham, bagi point-point penting dan bagi tips tindakan seterusnya melalui emel, blog dan media sosial… sudah tentu pelanggan melihat anda sebagai bisnes yang prihatin dan membantu diorang jugak.

Tukar Copywriting Iklan Yang Sesuai Dengan Isu Semasa!

Dalam tempoh kritikal sekarang ni, orang ramai dalam ‘mood’ resah. Resah gelisah pasal kesihatan diri dan keluarga. Resah gelisah pasal kewangan diri dan keluarga. Harapkan ada orang bantu, ringankan beban dan prihatin.

Tapi ada beberapa iklan yang lalu kat newsfeed FB, saya tengok macam tak ada simpati dengan mood resah audience sekarang ni. Diorang guna copywriting ‘lama’ yang biasa guna sebelum ni.

Tak ada sentuh langsung pasal isu Covid-19 dan bagaimana tawaran diorang tu boleh bantu audience dalam tempoh stay at home. Senang cerita, memang tak prihatin lah! Mungkin sebab tu lah saya tengok iklan tu tak dapat banyak enggagement.

Saya sarankan anda tukar copywritng iklan yang sesuai dengan isu semasa untuk jaga hati audience, prospek dan pelanggan anda. Saya tak nak tunjuk contoh yang tak OK. Saya nak tunjuk satu contoh copywriting iklan yang OK jer…

Maklumkan Pelanggan Jika Penghantaran Produk Ditangguhkan!

Untuk usahawan yang buat bisnes produk digital dan servis freelance, mungkin tak berapa terkesan dari segi operasi bisnes. Tapi untuk usahawan produk fizikal, pasti terkesan. Anda mesti pastikan stok masih ada dari supplier dan servis penghantaran berjalan lancar.

Apa yang anda kena buat ialah sentiasa berhubung dengan supplier produk anda tentang status produk. Anda jugak kena sentiasa up-to-date dengan waktu operasi servis penghantaran kat kawasan anda. Sebagai contoh, saya tengok cawangan Pos laju kat kawasan saya banyak yang tutup.

Kalau operasi bisnes dan pengantaran produk kepada pelanggan terjejas, pastikan anda maklumkan kepada pelanggan yang dah buat pembayaran. Bincang dengan pelanggan samaada diorang boleh tunggu atau bersedia untuk bagi refund!

Pastikan Maklumat Untuk Dihubungi Mudah Di Akses Pelanggan!

Akhir sekali, pastikan anda pamerkan maklumat untuk dihubungi seperti nombor Whatsapp support dan emel support untuk tujuan pertanyaan dan aduan pelanggan. Biasalah, dalam waktu macam ni, kita hanya boleh minimakan risiko masalah jer.

Kekalkan komunikasi yang pantas dan profesional dengan pelanggan. Anda sebagai usahawan pun dalam mood resah gelisah jugak. Dan anda harapkan pelanggan untuk prihatin dan faham situasi bisnes anda.

Tapi sebagai usahawan, kita yang kena bantu orang lain dulu. Kan bisnes tu memudahkan orang lain..? Jangan sampai mood resah gelisah anda pulak yang terbawak-bawak dalam komunikasi dengan pelanggan, huhu.

Kesimpulan Cara Jaga Hati Pelanggan Dalam Tempoh Stay At Home

Untuk jaga hati pelanggan dalam tempoh kritikal sekarang ni, anda kena ingat 3 benda jer… bantu, kurangkan beban dan prihatin.  Daripada 3 perkataan ni, saya cadangkan 5 tindakan iaitu;

  • Bagi Tawaran Tak Masuk Akal!
  • Buat Rumusan Berkaitan Inisiatif Kerajaan!
  • Tukar Copywriting Iklan Yang Sesuai Dengan Isu Semasa!
  • Maklumkan Pelanggan Jika Penghantaran Produk Ditangguhkan!
  • Pastikan Maklumat Untuk Dihubungi Mudah Di Akses Pelanggan!

5 cadangan ni jugak adalah hasil daripada pemerhatian saya terhadap beberapa entiti bisnes lain dan perkongsian masalah-masalah yang para usahawan hadapi dalam tempoh stay at home setakat ni.

Semoga perkongsian saya ni jugak dapat bantu, ringankan beban dan jadi bukti yang kami, team DropshipKartel pun prihatin terhadap usahawan seperti anda! Sekarang turn anda pulak untuk cadangkan cara jaga hati pelanggan dalam tempoh stay at home!

Tulis kat bahagian komen!

3 Strategi Kembangkan Bisnes Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

3 Strategi Kembangkan Bisnes Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Hari ni dah masuk hari ke-5 sejak kerajaan isytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 March hingga 31 March 2020. Usaha kerajaan untuk hentikan penularan wabak Covid-19.

Kedai-kedai banyak yang tutup.

Kalau kita pergi tengok kat kedai mamak pun, diorang hanya bukak kaunter makanan jer. Orang hanya boleh beli bungkus dan bawak balik. Meja dan kerusi diorang susun tepi nak elakkan orang melepak.

Hari ni, 22 March…kerajaan perkuatkan lagi perintah ‘just stay at home’ ni bila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan untuk membantu pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM).

Ada dapat mesej dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) tak? Sekarang ni hanya sorang jer wakil yang dibenarkan keluar rumah untuk beli barang keperluan dalam satu-satu masa. Ingat tu.

Duduk Diam-Diam Kat Rumah Bukan Bermaksud Tak Buat Apa-apa!

Kerajaan dah buat tindakan yang terbaik untuk keselamatan rakyat. Kita jugak kena lah take action untuk  jaga diri sendiri dan orang sekeliling. Lebih-lebih lagi kita sebagai usahawan yang dah sebati dengan perkataan ‘take action’ ni.

Siapa nak jaga diri kita kalau bukan diri kita sendiri? Siapa nak jaga bisnes kita kalau bukan diri kita sendiri? Nanti kalau diri sakit, bisnes pun sakit.

Walaupun kita kena duduk diam-diam kat rumah, tak kan lah kita nak membazir masa tak buat apa-apa, kan? Sepatutnya, kita merancang untuk tingkatkan produktiviti diri dan bisnes sepanjang tempoh perintah stay at home ni.

Jadi, dalam artikel ni saya akan kongsikan 3 strategi kembangkan bisnes dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.

Gunakan Kekuatan Bisnes Untuk Bantu Negara!

Bisnes ni asasnya membantu orang lain. Kalau nak kembangkan bisnes, ambil peluang untuk bantu orang lain dulu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan orang semua berjuang melawan Covid-19 sekarang ni.

Tengok apa kekuatan bisnes kita yang boleh dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan, orang yang terkesan dan orang yang bertugas sepanjang tempoh stay at home ni.

Sebagai contoh, baru-baru ni team Firdaus Azizi, pakar pemasaran Facebook bersama-sama beberapa usahawan yang lain menggunakan kepakaran masing-masing melancarkan kempen kutipan dana khas untuk Frontliners Covid-19.

Kat bawah ni adalah contoh iklan dalam kempen marketing diorang. Diorang menggunakan kepakaran dalam Facebook Marketing untuk sebarkan dan jayakan kempen kutipan dana untuk Frontliners Covid-19 ni. Klik gambar untuk ke FB PAge Serantau Muslim.

Dana ini sangat diperlukan memandangkan peningkatan jumlah pesakit membuatkan hospital-hospital yang terlibat mengalami masalah kekurangan stok keperluan seperti Face Mask, Hand Sanitizer dan pakaian perlindungan (PPE)  yang lain.

Selain tu, platform email marketing Mailerlite menawarkan akses percuma selama  3 bulan kepada institusi kerajaan, pendidikan dan kesihatan yang berjuang melawan wabak Covid-19.

Sistem email autoresponder ni sangat bermanfaat untuk institusi tersebut sebab diorang banyak sebarkan update dan informasi kepada umum.

Platform video maker InVideo pulak menawarkan akses percuma kepada template video yang berkaitan dengan Coronavirus dan boleh di render tanpa watermark walaupun anda gunakan trial plan.

Template video ni sangat bermanfaat untuk sesiapa sahaja yang nak gunakan video sebagai medium untuk tingkatkan kesedaran dan sampaikan maklumat berkaitan wabak covid-19 ni.

Bagaimana pulak dengan bisnes anda? Apa yang bisnes anda boleh tawarkan untuk bantu orang lain?

Tak kira siapa dan berapa banyak orang yang anda dapat bantu, anda dapat naikkan nama bisnes, tingkatkan kredibiliti, tarik minat orang ramai untuk gunakan produk anda dan seterusnya kembangkan bisnes.

Hasilkan Perkongsian Content Yang Berkualiti!

Anda jugak boleh kembangkan bisnes dengan cara hasilkan perkongsian content yang berkualiti. Content boleh jadi dalam bentuk penulisan atau video.

Anda boleh hasilkan penulisan artikel laman web, perkongsian kat FB peribadi atau buat video kat Youtube dan media sosial lain.

Tujuan kita hasilkan content adalah untuk dapatkan enggagement, bina trust dengan audience, naikkan personal branding,  tingkatkan followers kat media sosial dan kumpul database prospek.

Persoalannya, content apa yang perlu anda hasilkan?

Yang paling utama, hasilkan content yang berkaitan dengan bisnes anda dan dapat memberi added value kepada audience bisnes anda. Perkongsian tips, strategi, tutorial, how-to dan sebagainya.

Selain tu, anda boleh hasilkan content berkaitan isu-isu semasa. Sebagai contoh, baru-baru ni saya terbaca satu posting viral dari Ammar Zahar kat FB yang baru jer di post pada 20 March yang lalu. Perkongsian tu dapat 21,000 shares, 15,000 reactions dan 734 komen.

Pada kali pertama saya baca posting tu, saya tengok followers dia kat FB dah dah ada 12 ribu lebih. Sehingga artikel ni ditulis, followers dia dah pun mencecah 13 ribu. Terbukti perkongsian content yang berkualiti dapat tingkatkan enggagement dan followers.

Fokus Kembangkan Database!

Secara umumnya, antara kita mesti ada yang buat bisnes jual produk fizikal, produk digital dan tawarkan servis freelancer. Untuk freelancer yang dah ada klien tetap, mungkin tak berapa terkesan dari sudut bisnes akibat perintah stay at home ni.

Untuk usahawan produk digital, mungkin lebih mudah nak dapatkan prospek atau pelanggan baru. Bergantung pada niche bisnes. Sebab ada orang nak mengisi masa lapang belajar benda baru dan belajar secara online jer sepanjang tempoh perintah stay at home.

Tapi, boleh jadi jugak jualan bisnes akan terkesan dan berkurang disebabkan peruntukan perbelanjaan pengguna sekarang ni lebih mengutamakan keperluan asas untuk menghadapi tempoh perintah stay at home.

Kalau ini berlaku pada bisnes anda, fokus pada kembangkan database jer dulu buat masa ni supaya anda boleh follow up menjual pada masa yang sesuai kemudian.

Untuk usahawan produk fizikal, pastikan anda stay up-to-date dengan waktu operasi servis penghantaran supaya tak alami masalah dalam proses menghantar produk kepada pelanggan sepanjang tempoh perintah stay at home ni.

Kalau jualan bisnes terkesan dan berkurang, sama jugak…anda boleh hasilkan produk digital atau lead magnet yang berkaitan dan fokus pada kembangkan database jer dulu buat masa ni supaya anda boleh follow up dan menjual pada masa yang sesuai kemudian.

Kesimpulan Strategi Kembangkan Bisnes Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19

Dalam artikel ni, saya dah kongsikan 3 strategi kembangkan bisnes yang anda boleh buat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari ni. Apa yang anda boleh buat ialah;

  • Gunakan kekuatan bisnes untuk bantu orang yang memerlukan,
  • Hasilkan perkongsian content yang berkualiti,
  • dan fokus kembangkan database.

Saya jugak dah tunjukkan contoh usahawan yang dah ambil peluang dan laksanakan strategi ni untuk kembangkan bisnes diorang.

Dengan sedikit perkongsian ni, semoga anda dapat satu panduan atau idea bagaimana nak merancang untuk tingkatkan produktiviti diri dan bisnes sepanjang tempoh stay at home ni.

Sekarang turn anda pulak untuk kongsikan apa strategi lain yang kita semua boleh buat untuk kembangkan bisnes sambil berjuang melawan Covid-19. Kongsikan kat bahagian komen!

10 Apps Edit Gambar Cantik Di Smartphone Untuk Store E-commerce Anda

10 Apps Edit Gambar Cantik Di Smartphone Untuk Store E-commerce Anda

Salah satu cara mempromosi laman ecommerce adalah melalui fotografi. 

Gambar cantik akan mudah menarik perhatian pelanggan dan ia adalah kerja yang amat sukar untuk dilakukan.

Benda lagi payah, hasilnya mesti lebih padu.

Lebih-lebih lagi sekarang.

Dengan semua orang tertumpu kepada media sosial, tempoh tumpuan pengguna sudah berkurang kepada 8 saat sahaja.

Bermakna, anda hanya ada lapan saat untuk mendapatkan perhatian pelanggan.

Lapan saat yang mahal.

Lapan saat yang anda boleh grab melalui gambar lawa yang punyalah payah nak dibuat tu. 

Berbaloi atau tak? 

Rata-rata marketer akan bersetuju bahawa imej visual ini super penting bagi bisnes. Maka, berbaloi anda laburkan belanja dan masa untuk hasilkan gambar cun.

Tetapi, nama pun zaman teknologi kan?

Tentu ada cara nak mudahkan kerja yang satu ini. Haruslah ada, dan namanya ‘Photo Editing Apps’. Hahaha.

Sebelum kita pergi jauh, meh saya terangkan dahulu apa sebenarnya benda alah ni.

Photo Editing Apps adalah perisian atau aplikasi yang direka khusus untuk mengedit gambar menggunakan telefon pintar.

Untuk pemilik bisnes ecommerce, ini salah satu kegunaan telefon anda yang mahal dan ada banyak ruang data itu.

Hari ini, saya nak kongsi 10 aplikasi untuk edit gambar melalui iPhone dan Android.

1. Snapseed 

Percuma di iOS dan Android. 

Aplikasi ini sesuai untuk edit foto di telefon. Ia mempunyai filter tertentu untuk anda set gambar dari awal. Macam aplikasi lain, anda boleh edit filter ini dan buat semuanya sendiri dari awal. 

Snapseed mempunyai tool klasik macam crop, frame, tambah teks, vignet dan macam-macam lagi. Oh ya, ada fungsi untuk buat gambar lebih sharp juga. 

Satu hal menarik, Snapseed juga ada fungsi masking. Maknanya, anda boleh edit bahagian tertentu pada gambar dengan lebih terperinci.

Contoh, anda nak background blur dan mahu gambar objek depan lebih fokus. Boleh gunakan fungsi mask ini.

Lagi, anda juga boleh gunakan tool Selective Adjust. Dengan tool ini anda boleh pilih bahagian khusus pada foto dan buat pembaikan.

Sama ada anda nak tukar saturation, contrast ataupun brightness pada titik yang dipilih tadi. 

Paling best, aplikasi ini akan simpan edit history yang anda dah buat.

Katalah anda tiba-tiba nak ubah lagi, anda tak payah nak mula semula dari awal. Hanya perlu pilih dan mula dari point yang nak diubah daripada edit history saja.

2. Prisma Photo Editor

Percuma di iOS dan Android.

Aplikasi yang paling sesuai jika anda nak tukarkan foto kepada lukisan. Ha, bila lagi anda nak ada lukisan gaya Picasso dalam telefon?

Menggunakan Artificial Intelligence (jangan tanya saya macam mana ia berfungsi), aplikasi ini membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang nampak macam lukisan Picasso ataupun Salvador Dali.

Cubalah, anda pasti terkejut campur seronok. Anda boleh juga bayar untuk akses filter tambahan tetapi set percuma yang tersedia pun sudah banyak.

Satu lagi, Prisma pun ada komuniti sosial macam Instagram. Nanti dah selesai edit gambar, anda boleh kongsikannya di feed Prisma, simpan ke telefon, kongsi di mana-mana media sosial atau hantar melalui emel dan mesej.

3. Adobe Photoshop Express

Percuma di iOS dan Android.

Adobe dan foto, cukup sinonim. Aplikasi ini sesuai untuk edit foto secara menyeluruh. 

Seronoknya, ia mengambil banyak tool Photoshop yang best dan dimuatkan dalam satu aplikasi khusus untuk telefon pintar. Walaupun ada ciri-ciri canggih yang banyak, aplikasi percuma ini masih mudah digunakan pada skrin sentuh kecil macam telefon. 

Anda hanya perlu muat naik gambar daripada memori telefon, atau ambil gambar baru guna kamera, atau gunakan imej tersedia dalam Akaun Adobe Creative Cloud dan mulakan sesi edit.

Semua tool yang anda perlu; crop, red-eye correction, brightness, contrast, saturation, filter, border, dan banyak lagi ada dalam aplikasi ni. Yang paling best adalah smart filter. Filter dah bijak, apa lagi yang anda mahu? 

Senang banyak dah.

Apa smart filter ni buat?

Ia akan betulkan kalau ada isu-isu biasa macam color temperature atau exposure tak betul. Tapi ingat, app bijak pun tetap anda yang perlu kawal dan pilih nak yang macam mana. 

Macam perisian dan aplikasi Adobe lain, anda kena daftar dulu untuk ID akaun Adobe. Lepas dah siap edit, anda boleh saja simpan di Cloud, telefon atau kongsi ke media sosial lain.

4. Foodie

Percuma di iOS dan Android.

Dengar namanya pun dah boleh agak untuk apa, kan? Ya, ini aplikasi khusus untuk ambil gambar makanan. Baik punya hasil. Tauke makanan sure suka ni.

Ada masanya kita susah betul nak cari sudut okey untuk ambil gambar makanan.

Apabila dah ambil dari atas, kadang-kadang senget. Lepas tu ada pula pantulan lampu pada pinggan. Kalau alas meja ada gambar, lagilah rasa tak okey.

Jangan risau, muat turun saja aplikasi ini dan lihat hasilnya. Foto makanan anda tentu akan lain daripada yang lain. 

Fungsi suntingannya sama macam Instagram.

Yang berbeza, 30 filter dan features dalam app ni khas untuk makanan. Anda boleh edit gambar biar nampak elok macam pandangan dari atas, dengan warna yang betul-betul naik. Tentu makanan nampak super sedap.

Anda suka dan perlu ambil gambar makanan? Anda wajib ada app ni.

5. Photo Collage

Percuma di iOS dan Android.

Macam namanya, aplikasi ini sesuai untuk sediakan kolaj foto superb. Kalau nak ikutkan, ada banyak app yang boleh hasilkan kolaj ringkas tapi app ini ada lagi banyak kelebihan khusus untuk kolaj.

App ini dah siap ada ribuan layout. Anda tinggal cari dan pilih yang mana sesuai untuk digunakan.

Ada banyak stail dan latar berbeza yang menarik. Lagi, anda juga boleh tambah teks, tukar jenis font, warna dan saiz.

Oh ya, tool asas untuk edit gambar dah siap ada dalam app ini. Jadi, tak payahlah anda nak tukar-tukar antar app masa nak buat kolaj.

6. Instagram

Percuma di iOS dan Android.

Instagram adalah app yang sesuai untuk kongsi gambar online dan kumpul follower. Senang cakap, apabila ada gambar Instagram ialah tempat paling syok untuk anda kongsikannya. 

Selepas Facebook dan YouTube, Instagram adalah media sosial ketiga terbesar di dunia. Sehingga Jun 2018 sahaja, app ini ada 1 bilion pengguna aktif sebulan. Bayangkan jumlahnya sekarang?

Aplikasi ini juga ada tool asas untuk edit gambar, termasuklah fungsi filter, efek, sticker dan overlay.

Selain gambar, aplikasi ini turut mempunyai tool lain yang anda boleh gunakan untuk tambah follower. Contohnya, anda boleh manfaatkan data daripada Insight Instagram bagi memahami cara audiens engage dengan post anda.

Anda juga boleh gunakan Instagram Stories dan Instagram Live untuk sesi yang lebih interaktif bersama follower

7. Canva

Percuma di iOS dan Android. 

Berlainan dengan app lain, Canva sesuai untuk gambar dan material melibatkan bisnes. Ia bukan untuk foto semata-mata. 

Jika anda nak buat poster atau apa-apa gambar untuk page ecommerce dan bahan-bahan untuk kerja pemasaran, app ini sangat sesuai.

Macam mana nak buat? Anda ambil gambar, muat naik di Canva, edit dan mula tambahkan elemen lain yang perlu. 

Anda boleh sediakan dalam format banner, poster, saiz untuk post Instagram, cover profil Facebook dan banyak lagi. 

Nanti apabila pelanggan buka mana-mana media yang anda ada pun, mereka boleh lihat maklumat sama tetapi dalam bentuk berbeza. 

8. SKRWT

$0.99 di iOS dan Android.

Aplikasi berbayar ini sesuai untuk betulkan perspektif gambar.

Bayangkan anda ada gambar yang perspektifnya sedikit lari atau herot. SKRWT boleh bantu betulkan.

SKRWT akan betulkan perspektif imej, supaya semuanya nampak selari ataupun tersusun dengan sempurna. Ia juga ada fungsi auto-crop dan pembetulan perspektif. Maknanya, anda tak payah suruh, ia dah betulkan siap-siap.

Jika anda mahu betulkan sendiri pun boleh. Anda boleh gunakan fungsi 4 Points Correction untuk edit secara manual.

Anda juga boleh gunakan app ini untuk betulkan lensa kamera smartfon yang terherot. Ini isu biasa kamera smartfon.

Atas sebab itu, SKRWT menggunakan tagline “Missing link in high-end smartphone photography.”

9. TouchRetouch

$1.99 di iOS dan Android.

Satu lagi aplikasi berbayar yang menarik. TouchRetouch ialah aplikasi yang paling best untuk singkirkan objek yang anda tak nak ada dalam gambar. 

Bunyi macam kool, tapi apa yang app ni buat sebenarnya?

Pernah tak anda ambil gambar, tapi rasa nak buang ‘benda’ atau ‘objek’ yang rosakkan background lawa anda.

Punyalah penat anda cari sudut, elok nak snap ada pula orang lalu. Kalau tak pun, sebab dah tak ada sudut lain. Itu sahaja yang ada dan paling elok pun.

Di sinilah aplikasi TouchRetouch ini boleh bantu hilangkan masalah anda yang ini.

Contohnya, anda tak nak gambar tu anda nampak tong sampah, kabel elektrik, penanda arah atau orang yang lalu tadi. 

Atau anda ada gambar selfie dan nampaklah segala kecacatan, jerawat, bintik hitam pada wajah anda. Orang photobomb pun anda boleh ‘buang’ kalau nak. 

Tak susah pun nak guna app ni. Anda hanya perlu tap objek yang nak dibuang. Tapi kalau anda perlu bantuan, ada tutorial dah tersedia dalam app. Anda boleh rujuk dan maksimakan penggunaan features yang ada sebaik mungkin.

10. VSCO

Percuma di iOS dan Android. 

Aplikasi ini adalah filter untuk gambar klasik. Seperti Instagram, VSCO menggabungkan kamera, tool edit dan komuniti online. Yang membezakannya ialah jenis filter. 

App ini menyediakan set filter yang boleh buatkan gambar anda nampak macam diambil menggunakan kamera analog.

Klasik beb.

Filter yang lembut menambahkan sentuhan istimewa pada gambar berbanding tetapan Instagram yang filternya heavy.

Filter yang ada pun boleh disesuaikan, anda hanya perlu slide sahaja.

Dan pastilah app ini ada tool standard untuk edit gambar. Macam adjustment, crop, border dan vignet. Anda juga boleh guna fungsi saturation, contrast, temperature dan skin tone dalam app ini.

Dah siap edit, anda boleh kongsi gambar di komuniti VSCO atau media sosial lain.

Kesimpulan Apps Edit Gambar Cantik Di Smartphone Untuk Store E-commerce Anda

Banyak tak? Sebenarnya ada lagi dan tak dinafikan, ada banyak aplikasi di smartfon untuk edit gambar. Bahkan, ia mungkin bertambah setiap hari. 

Bagi mendapatkan aplikasi terbaik untuk bisnes ecommerce anda, lihat semula matlamat dan sasaran yang anda mahu capai. Kemudian, uji beberapa aplikasi dan pilih yang terbaik untuk bisnes anda.

Untuk hasil terbaik, cukup anda pilih satu atau dua aplikasi sahaja. Mahirkan betul-betul dan maksimumkan penggunaannya untuk bisnes ecommerce anda.

10 Skil Bisnes Yang Usahawan Dropship E-commerce Perlu Ada Pada Tahun 2021

10 Skil Bisnes Yang Usahawan Dropship E-commerce Perlu Ada Pada Tahun 2021

Tidak dinafikan, ada kemahiran bisnes yang kadang-kadang kita tak tahu.

Tetapi apabila kita sudah memilih mahu menjadi usahawan, lagi-lagi jika menjadi usawahan dropship e-commerce, salah satu usaha yang perlu ada adalah menambah skil sendiri dan pasukan.

Lebih-lebih lagi apabila bisnes berada pada fasa startup.

Masa ini, usahawan perlu pakai banyak topi, pantau dan buat sendiri banyak perkara melibatkan bisnes. 

Bagaimana mahu membangunkan skil bisnes?

Ada tiga cara yang paling top:

Cuba Jaya (Trial and Error)

Dalam mana-mana situasi, cara paling cepat untuk tahu hasil adalah dengan melakukannya.

Contohnya, anda akan tahu lebih banyak mengenai rakaman video untuk saluran YouTube apabila anda membuatnya sendiri berbanding hanya membaca daripada perkongsian orang lain. 

Apabila dah buat, baru anda tahu cabaran yang perlu dihadapi waktu merakam video pertama.

Malu, segan, tak reti, ayat berterabur, banyak filler, salah sana sini, gagap dan macam-macam lagi.

Banyak yang kurang dan perlu dibaiki tetapi dari situlah anda akan belajar banyak perkara dengan lebih cepat.

Belajar Daripada Orang Lain

Jika terus terjun dan buat sendiri, pasti banyak dinding yang anda akan langgar.

Namun, anda boleh kurangkan peratusan itu dengan belajar daripada orang lain yang sudah melakukannya.

Ya, ada perkara yang lebih baik jika dipelajar daripada orang lain khususnya yang melibatkan risiko besar kepada perniagaan. 

Mahu pergi kursus mana, belajar dengan siapa? 

Ada banyak kursus untuk usahawan di luar sana. Anda tinggal pilih mahu ikut dan praktik yang mana. Google sahaja dan jangan lupa, lihat komen dan testimoni orang lain. 

Jika mahu belajar cara memulakan bisnes dropship e-commerce, boleh belajar daripada Panduan Fast Track Ecom.

-Cari Corak

Melihat dan mencari corak daripada perniagaan orang lain, khususnya usahawan dropship e-commerce yang sudah berjaya adalah satu lagi cara untuk membangunkan kemahiran bisnes. 

Saya ambil sekali lagi contoh video YouTube tadi. Bagaimana nak buat video yang baik?

Hal yang tidak keluarkan belanja, sudah pastilah anda perlu habiskan lebih banyak masa dan tenaga. 

Cari dan tonton video yang ramai viewers dan saluran yang banyak subscribers.

Dari situ anda kaji habis-habis apa yang dibuat; cara bercakap, pemilihan topik, konten, interaksi, bahasa tubuh, pakaian dan macam-macam lagi.

Anda ada guna ketiga-tiga cara?

Bagus, anda sudah berada di laluan yang betul. 

Jadi, apa skil yang usahawan perlu ada? 

Mari semak satu persatu dan sediakan ruang, masa dan bajet untuk belajar jika masih belum cukup.

1. Pemasaran

Kemahiran paling penting sebagai usahawan dropship e-commerce adalah pemasaran.

Sebab sekalipun anda ada staf yang sudah dibayar untuk melakukannya, pemilik bisnes tetap perlu ada kemahiran ini.

Tujuannya supaya anda boleh mencari pelanggan baru, tambah pengikut di media sosial, tulis deskripsi web yang menarik perhatian, rangka promosi dan sebagainya.

Dengan mengetahui semua ini, baru anda boleh sediakan S.O.P (Standard of Procedure) untuk staf dan anda tahu di mana nak tambah baik sekiranya ada isu timbul.

Dalam tahun 2020, pemasaran ini termasuklah melalui emel, content marketing, iklan, dan pemasaran menggunakan Instagram, TikTok, YouTube, dan pelbagai platform media sosial lain.

2. Jualan

Selain pemasaran, usahawan dropship e-commerce perlu tahu cara-cara menjual produk sendiri kepada pelanggan.

Dan apabila pelanggan keliru mahu buat pilihan, anda tahu cara terbaik untuk membantu dan memujuk mereka.

Tahu membezakan hard sales dan soft sales juga adalah skil yang usahawan perlu tahu cara dan bila mahu digunakan. Sebagai contoh, katalah anda jual produk aksesori ataupun lipstick. 

Apabila nak buat hard sales anda beritahu terus kepada pelanggan bahawa produk sekian dijual pada harga istimewa hanya dalam tempoh tertentu.

Jika mahu buat soft sales, anda boleh sediakan sampel produk pada saiz mini atau sediakan panduan memilih aksesori yang sesuai dengan jenis atau warna kulit.

3. Khidmat Pelanggan

Berhadapan dengan aduan, memproses refund, menjawab pertanyaan dan permintaan serta menguruskan maklum balas, semuanya melibatkan servis kepada pelanggan.

Sebagai usahawan dropship e-commerce, ini adalah skil yang anda sendiri perlu mahir.

Fokus utama khidmat pelanggan, memastikan pelanggan gembira berurusan dengan kedai online anda sekalipun apabila mereka mengalami pengalaman tidak gembira semasa melakukan belian pertama.

Matlamat anda, pujuk mereka tanpa sedar supaya menjadi superfan. 

Menjadi tanggungjawab anda untuk membina hubungan baik dengan pelanggan sebelum, semasa dan selepas pembelian dibuat. 

Contohnya, apabila anda menerima terlalu banyak aduan mengenai kualiti sesuatu produk, anda sediakan penyelesaian dengan mendapatkan pembekal baru yang lebih baik.

Melalui cara ini, pelanggan akan mendapat mesej bahawa anda melakukan yang terbaik untuk mereka.

4. Perakaunan

Skil dan pengetahuan mengenai akaun dan kewangan adalah kritikal kepada usahawan dropship e-commerce.

Memang ia akan mengambil masa untuk mahir, tetapi tetaplah anda perlu belajar skil ini selari dengan perkembangan bisnes.

Mengapa?

Sebab anda perlu tahu untuk rangka perbelanjaan, pelaburan dan forecast sebab anda perlu bayar cukai.

Selain itu anda akan tahu amaun yang perlu dibelanjakan untuk pemasaran, penggajian pekerja, pengurusan, dan segala hal yang perlu untuk kelangsungan syarikat. 

Baru anda boleh jadi bos yang cekap dan tahu duit keluar masuk akaun sendiri. Dapat juga elak situasi ditipu akauntan, sebab anda tahu cara nak semak laporan akaun.

Paling penting, anda tahu cara untuk menjana keuntungan melalui pelaburan. 

5. Kebolehsuaian

Untuk bisnes berkembang, usahawan dropship e-commerce perlu ada skil untuk beradaptasi dengan keadaan semasa.

Sekalipun anda memilih mahu menjadi dropshipper, anda tetap perlu tahu situasi semasa dan menyesuaikan bisnes dengan keadaan yang ada.

Sebagai contoh, Covid-19 menyebabkan gangguan pada stok produk. Banyak syarikat dropship menghentikan jualan.

Pakej tidak dihantar sehingga berbulan-bulan lamanya disebabkan pelbagai masalah termasuklah halangan daripada negara China sendiri. 

Untuk survival bisnes, mahu atau tidak anda perlu cari pembekal baru daripada negara lain.

Sama ada daripada rantau Asia Tenggara sendiri ataupun terus dapatkan bekalan daripada pembekal di Amerika Syarikat.

6. Pengurusan Masa

Berdisiplin dengan masa adalah skil pengurusan yang perlu dikuasai oleh pemilik bisnes.

Ramai usahawan dropship e-commerce baru yang masih mempunyai pekerjaan hakiki dan bisnes dijalankan secara separuh masa. 

Dah penat kerja, kena sediakan masa untuk jalankan bisnes sendiri pula.

Sukar, namun anda tetap perlu mencari jalan keluar. 

Bagi perniagaan online khususnya e-commerce, menjadi tugas anda untuk memastikan tempahan mula diproses pada hari yang sama.

Lebih-lebih lagi apabila produk akan dihantar daripada luar negara, maka anda tidak boleh berlengah. 

Ingat satu perkara sahaja, para jutawan dan usahawan berjaya lain turut mempunyai 24 jam seperti anda. Apabila mereka boleh menguruskan masa, sudah tentu anda pun boleh melakukannya.

7. Keazaman

“Jatuh tujuh kali dan bangun semula lapan kali.”

Kita selalu dengar ayat ini diulang dan ini adalah skil yang usahawan perlu ada.

Ia memastikan usahawan kekal bermotivasi sekalipun ketika bisnes menghadapi masalah dan kesukaran. 

Dengan sikap ini jugalah anda akan belajar untuk mengabaikan para haters, komen dan kritikan skeptikal yang tidak membantu.

Anda tahu matlamat bisnes yang nak dicapai, maka anda bangunkan keazaman untuk menggapainya sebab ia akan menjadi penguat semangat anda sepanjang jalan. 

Bak kata Og Mandino, penulis buku The Greatest Salesman in The World, “Kegagalan tak pernah menjatuhkan saya selagi keazaman saya untuk berjaya cukup kuat.” 

8. Banyak Sumber

Menjadi usahawan dropship e-commerce yang mempunyai banyak sumber adalah skil yang mahal.

Tahu banyak lubang dan jalan, anda akan boleh selalu mencari jalan keluar. Anda tahu siapa yang boleh dihubungi untuk mana-mana situasi. 

Memiliki banyak sumber bermakna anda tahu bagaimana, bila, dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. 

Apabila anda skil ini, lebih mudah untuk anda menjadi usahawan yang tidak bergantung kepada orang lain.

Anda selalu tahu apa yang perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

9. Kreatif

Kreatif adalah kemahiran yang diperlukan bagi memulakan perniagaan.

Menghasilkan konten untuk laman web syarikat, mengeluarkan idea-idea yang lain daripada orang lain serta membuat kempen pemasaran, kesemua ini memerlukan daya kreativiti.

Pada tahun 2020 ini, menjalankan perniagaan dalam format dan gaya stereotaip akan membuatkan anda berhadapan risiko yang tinggi.

Sebagai contoh, iklan dalam bentuk teks akan terpaksa berhadapan dengan saingan konten menarik daripada YouTube dan TikTok. Maka anda terpaksa kreatif bagi menarik perhatian pelanggan.

Di mana anda boleh belajar semua ni?

Cari sahaja di Youtube dan TikTok, sangat banyak idea kreatif yang anda boleh gunakan.

10. Strategi

Gagal merancang, bermakna anda merancang untuk gagal.

Mana-mana bisnes akan perlu kemahiran menyusun dan merancang strategi.

Baik strategi jangka panjang ataupun pendek. Membuat strategi jangka panjang akan membolehkan bisnes anda bertahan beberapa bulan. 

Memiliki kemahiran ini bermakna anda mampu mempertimbangkan kesan jangka panjang untuk keputusan jangka pendek yang dibuat.

Anda juga dapat melihat isu yang berpotensi untuk timbul serta menyediakan penyelesaian lebih awal. Ya, mencegah sebelum ia berlaku. 

Selain itu, anda tahu risiko yang berbaloi untuk diambil dan yang mana harus dielakkan.

Anda tahu di mana anda akan berada dalam tempoh lima, sepuluh atau 20 tahun akan datang sebab anda sudah merancang semuanya. 

Kesimpulan 10 Skil Bisnes Yang Usahawan Dropship E-commerce Perlu Ada Pada Tahun 2020

Setiap skil yang anda bangunkan akan membantu kejayaan anda sebagai usahawan.

Ambil masa anda untuk belajar dan mahirkan skil ini supaya anda dapat membina jenama yang kukuh. 

Bukan anda sahaja, sebagai pemilik bisnes anda juga perlu menyediakan latihan yang mencukupi kepada staf. 

Daripada 10 skil yang saya kongsi hari ini, skil mana yang anda sudah mahir?