fbpx
6 UPDATE SHOPIFY TERBARU TAHUN 2021 YANG ANDA PERLU TAHU

6 UPDATE SHOPIFY TERBARU TAHUN 2021 YANG ANDA PERLU TAHU

Setuju atau tak, komunikasi tu penting dalam perniagaan. Bukan setakat komunikasi antara peniaga dan pelanggan, perhubungan sesama usahawan dan pemilik bisnes dalam satu komuniti pun sama penting.

Dunia terbalik ke, dilanda taufan ke, kita tetap kena berhubung supaya semua orang faham dan bergerak dengan misi yang serupa.

Sebab itu, Shopify gerakkan Reunite.

Acara broadcast pertama untuk semua pemilik bisnes Shopify. Ini peluang baek untuk penjual, partner dan komuniti pemilik bisnes ‘duduk’ sekali dalam satu sesi.

Di situ nanti akan ada banyak perkongsian super penting dan info dalaman pasal masa depan dan perangkaan dunia bisnes ecommerce.

Oh, jika dah terlepas sesi broadcast ni anda dijemput untuk tonton rakamannya di sini.

So, ada enam perkara penting dan terkini yang anda perlu tahu pasal Shopify.

1. Duit

Aliran tunai ni benda paling penting dan tak pernah lari, sentiasa ada dan berputar-putar dalam kepala kita, lebih-lebih lagi waktu pandemik ni. Masa sukar untuk semua orang ni. Apabila ada sokongan kewangan yang kukuh, kita boleh pergi jauh dan kembangkan bisnes yang ada.

Atas sebab itu, Shopify melancarkan produk baru dengan ciri-ciri yang disasarkan khas untuk tolong pemilik bisnes kecil menguruskan kewangan masing-masing.

[Baru] Shopify Balance

Servis kewangan dan perbankan ialah bahagian besar dan penting untuk bisnes ecommerce.

Masalahnya, bank tak sediakan sistem yang menyenangkan urusan pemilik bisnes. Maka, Shopify membantu dengan memberi tools yang boleh memudahkan urusan kewangan bisnes anda.

Shopify Balance; produk terbaru berkaitan urusan kewangan yang dibina khusus untuk pemilik bisnes dan usahawan ecommerce.

Dengan sistem ini, anda boleh akses bahagian penting untuk mula, run dan kembangkan bisnes. Apa yang anda boleh akses dengan sistem Shopify Balance ni?

Shopify Balance account. Macam kedai one-stop, tempat admin nak tengok aliran tunai, bil yang nak dibayar, track perbelanjaan secara menyeluruh. Dari situ, anda akan lebih mudah nak buat keputusan untuk masa depan bisnes, tanpa perlu keluarkan bayaran tambahan untuk yuran bulanan atau baki minimum dalam akaun.

Shopify Card. Ada kad fizikal dan maya. Para peniaga boleh gunakan kad ini untuk akses maklumat akaun dengan lebih cepat. Ikutlah nak tengok masa berbelanja di kedai, melalui telefon atau online.

Ganjaran. Ada ganjaran istimewa macam cashback dan diskaun. Semuanya dikhususkan untuk perbelanjaan harian bisnes.

Shopify Balance akan memudahkan anda menjalankan perniagaan ringkas dan paling penting, ia boleh diakses oleh seramai yang mungkin. Sistem ini sudah dilancarkan terlebih dahulu di US dan akan dikembangkan ke negara lain pada masa hadapan.

[Update] Shopify Capital

Shopify Capital ialah program yang membantu kemudahan akses kewangan pemilik bisnes kecil.

Peniaga dari negara yang layak boleh memohon dana menggunakan akaun Shopify. Apabila dah lulus, anda akan lihat tambahan dana dalam akaun bank selepas beberapa hari.

Shopify issues amaun dari $200 hingga $1,000,000 tanpa ambil kira sejarah kredit anda. Selain itu, Shopify juga tak memiliki sebarang peratus daripada bisnes peniaga.

Bagi membantu peniaga kekal dalam pasaran, Shopify juga mengembangkan Shopify Capital di luar US, termasuk UK dan Kanada. Sebanyak $200 juta juga ditambah kepada dana $1 bilion sedia ada untuk program ini.

[Baru] Ansuran Shop Pay

Bukan peniaga saja yang ada situasi aliran tunai, pembeli pun sama.

Bagi membantu keadaan ini, Shopify mengumumkan pelancaran Shop Pay Installment.

Tudiaaa, boleh bayar ansuran. Sistem ini akan dimulakan dahulu di US sebelum dikembangkan ke negara lain pula.

Ansuran Shop Pay ini membenarkan pelanggan membuat pembelian dengan membayar secara ansuran sebanyak empat kali, tanpa ada faedah atau yuran tambahan.

Peniaga akan menerima jumlah penuh terlebih dahulu dan Shopify akan mengutip baki bayaran daripada pelanggan. Maknanya, peniaga tak tanggung risiko.

Pilihan yang fleksibel macam ni sememangnya seksi dan beri pelanggan keselesaan waktu membeli. Secara tak langsung, ia akan membantu ekonomi pemilik bisnes ecommerce.

Bayaran ansuran ini akan dihubungkan dengan sistem checkout Shop Pay. Jadi peniaga boleh terus buat tawaran urusan pembelian yang pantas dan lancar kepada pembeli.

2. Kedai Online

Kedai online ialah inti penting dalam pengalaman bisnes ecommerce. Di sini ada banyak cabaran yang perlu dilepasi dahulu sebelum web ecommerce anda boleh beroperasi.

Bagi membantu peniaga baru, ataupun yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ecommerce ni, Shopify akan membangunkan ciri-ciri baru dalam kedai online.

Apa maksudnya?

Maknanya di sini, akan ada tools dan kemudahan baru untuk sekalian Shopify Partner & Merchant untuk berniaga.

Macam mana? Jom tengok cara-caranya.

[Baru] Express Theme

Disebabkan makin banyak bisnes ecommerce baru tumbuh, Shopify memperkenalkan tools dan sumber yang akan bantu anda untuk buka kedai online lebih pantas.

Salah satu sumber ini ialah tema Shopify percuma yang dipanggil tema Express.

Express dicipta khusus untuk menyediakan pengalaman shopping dalam satu halaman dan ia dioptimumkan untuk pembelian mobile.

Anda boleh gunakan template ini untuk membangunkan kedai online secara pantas dan ia sangat sesuai untuk katalog produk kategori medium.

Tema ini dibangunkan supaya ia menepati ciri-ciri bagi bisnes seperti restoran dan kafe, serta sesiapa yang mahu pelanggannya merasai pengalaman pembelian yang ringkas. Juga, ia sesuai untuk mana-mana bisnes yang perlu terus sedia untuk online.

[Baru] Kad Hadiah (Gift Card)

Bagi menyokong peniaga, Shopify juga ada sediakan kad hadiah percuma. Paling best, kad ni ada untuk semua pelan Shopify.

Jadi, tak payah risau kalau-kalau nak kena tukar pelan untuk dapat features ni.

Seronoknya dengan pelan ni, pelanggan masih boleh sokong bisnes ecommerce kegemaran mereka melalui kad hadiah.

Sesuai sangat untuk anda yang ada situasi produk belum dapat dijual.

[Baru] Beri Tip

Satu lagi peluang best untuk menggalakkan kemasukan pendapatan (positive cashflow); iaitu melalui tip daripada pembeli. Dengan adanya fungsi Tip ini, pembeli boleh sokong bisnes anda dengan beri tip.

Contohnya untuk bisnes makanan yang ada tawarkan servis penghantaran, atau mana-mana bisnes yang sesuai untuk sistem tip, ciri-ciri baru ini boleh membantu anda.

Oh, satu lagi benda best anda juga boleh gunakan feature ini untuk dapatkan sumbangan bagi projek kutip sumbangan/derma.

[Baru] Pasaran Antarabangsa

Berita baik untuk peniaga pasaran antarabangsa dan pelanggan anda! Shopify juga akan menambah dan melancarkan DUA ciri-ciri baru kedai online :

i) Domain tempatan

Anda boleh gunakan domain tempatan, yang membolehkan anda siapkan domain individu bagi negara dan matawang, selain set bahasa yang nak digunakan.

Domain tempatan akan menambah baik pengalaman pelanggan masa berbelanja, khususnya pelanggan antarabangsa. Ia bagus untuk bina kepercayaan dan menggalakkan pembelian berulang.

Domain tempatan menggunakan ciri-ciri macam HTML tag hreflang yang fungsinya bantu Google arahkan pelanggan pergi ke kedai untuk negara dan bahasa yang betul. Ini  akan bagi sumbangan positif untuk ranking SEO kedai anda.

ii) Custom FX

Dengan feature ini, peniaga yang gunakan multicurrency boleh stabilkan harga produk walaupun masa matawang berubah-ubah. Maksudnya anda boleh menjual ke 133 negara, dapat bayaran dalam matawang negara asal penjual dan harga yang terpapar pada pelanggan masih stabil.

Sistem harga Custom FX ini juga ada peraturan tersendiri dan ia memudahkan anda untuk sasarkan pembeli dalam matawang tempatan. Jadi, lagi mudah nak rancang kerja pemasaran sebab peniaga boleh iklankan tanpa risau nak tukar harga produk.

Dengan sistem yang transparent ni, peniaga lebih mudah dapatkan kepercayaan pelanggan antarabangsa.  

[Update] Design Baru Kedai Online

Design baru kedai online ini ada komponen tambahan iaitu peniaga boleh tambahkan section pada pages kedai online. Drag and drop, tak susah pun untuk tambah dan anda boleh customize pages tanpa perlu tulis apa-apa coding.

Dengan adanya fungsi ini, peniaga boleh tambahkan macam-macam fungsi baru di kedai online. Paling penting, tak payah tulis coding.

Pada Januari lalu, Spotify dah lancarkan 2 app extensions baru iaitu snippet dan section yang peniaga boleh guna untuk buat kedai online lebih interaktif dan menarik. Barulah seronok orang nak shopping!

[Update] Checkout and Subscriptions

Subscription antara ciri-ciri yang paling banyak permintaan. Fungsi ini akan beri pengalaman membeli yang baru, selain set tools yang anda boleh guna untuk set up, uruskan dan dapatkan laporan pesanan dan subscription produk.

Fungsi ini akan menjadikan proses checkout yang lebih customize dan meluas.

Untuk mencapai matlamat ini, Shopify kena lebih fleksibel dan dan bersepadu dengan app untuk melancarkan proses checkout. Kelancaran ini akan membantu meningkatkan kadar penukaran (conversion rate) yang tinggi kepada peniaga.

3. Omnichannel dan Pemasaran

[Baru] Shopify POS

Dunia bisnes runcit dah berubah. Data dari 13 Mac -24 April menunjukkan penurunan jualan melalui Shopify POS (point of sales) berbanding enam bulan sebelumnya. Pasa masa yang sama, 94% daripada jualan yang hilang ini digantikan melalui pembelian online di kedai yang sama.

Ini menjadi bukti penting kepada peniaga runcit, bahawa ada penyelesaian yang mendekatkan jarak antara kedai fizikal dan kedai online.

Sebab itu, Shopify melancarkan Shopify POS yang baru dengan binaan baru bersama sistem POS yang ada keupayaan omnichannel untuk pembelian di kedai.

Salah satu ciri yang ada ialah smart grid.

Retailer boleh higlight app, diskaun dan workflow yang staff paling selalu guna dan smart grid akan adjust fungsi ini secara automatik mengikut data yang diperoleh dalam cart. Ia akan memberi peluang baru kepada developer app POS yang membantu peniaga bina dan kukuhkan bisnes mereka.

Ada beberapa fungsi yang ditambahkan dalam sistem POS yang baru ini termasuklah:

+ Contactless checkout: Dengan Shopify POS yang dah ada pilihan contactless payment seperti Google Pay dan Apple Pay (guna Tap & Chip card reader), kaedah pembayaran tambahan diperkenalkan untuk pengguna yang tiada akses kepada kedua-dua pilihan.

Tak lama lagi, pembeli boleh terus scan kod QR melalui telefon bagi pembelian di kedai, menggunakan fungsi online checkout di Shopify. Ia akan menyokong penjarakan sosial di kedai fizikal.

+ See what’s in-store: Pembeli juga akan dapat melihat produk yang ada di kedai melalui laman web peniaga tidak lama lagi. Ia akan memberi pelanggan membuat pilhan terbaik untuk mereka, termasuklah memilih mahu gunakan servis pickup di kedai atau di lokasi tertentu.

Sistem Shopify POS baru ini sudah beroperasi secara global. Untuk bantu peniaga sesuaikan bisnes dengan keadaan semasa, Shopify dah tambah POS Pro dan ia percuma untuk semua sehingga 31 Oktober 2020.

[Baru] Shopify Email

Emel ialah tool pemasaran power dan penting. Ia antara channel untuk peniaga berhubung dengan pembeli. Pada April 2020, Shopify lancarkan fungsi Emel Shopify untuk tujuan ini.

Shopify juga ada ciri-ciri lain yang memudahkan kerja-kerja merchant dengan menambah pelbagai template emel.

Akan datang, ada banyak fungsi lain akan ditambahkan. Contohnya, set automatik emel.

Bagi anda yang perlukan fungsi emel pemasaran yang lebih canggih atau khas, Emel Shopify mungkin bukan solution terbaik.

Namun Shopify akan sokong perkembangan pemasaran emel dengan membenarkan lebih banyak ruang untuk memasukkan app lain kepada developers, juga menyediakan lebih banyak pencirian yang membantu perkembangan bisnes peniaga.

Fungsi Emel Shopify ini percuma sehingga Oktober 2020.

[Baru] Penyenaraian Percuma di Google Shopping

Sebab nak luaskan lagi capaian audience yang akan nampak produk anda, Shopify bekerjasama dengan Google.

Tujuannya, membenarkan peniaga memasukkan produk mereka secara percuma di Google Shopping, melalui app Shopify’s Google Shopping.

Sekiranya anda sudah ada produk yang sync melalui app, produk yang diluluskan akan dipaparkan di tab hasil carian Google Shopping yang berkaitan, tanpa perlu buat apa-apa penambahan.

Aplikasi ini hanya boleh digunakan di US buat masa ini dan akan diluaskan ke peringkat global pada akhir tahun hadapan.

[Baru] Facebook Shop

Shopify juga bekerjasama dengan Facebook dan lancarkan Facebook Shops, ruang baru untuk cipta pengalaman shopping baru. Anda boleh bina kedai online yang ringkas, guna jenama kedai online masing-masing di Facebook dan Instagram, dan sync dengan Shopify.

[Baru] Shopify Ping

Shopify Ping ialah app mesej percuma baru, sebagai tempat untuk anda chat dengan pelanggan dan jawab pertanyaan mereka. Ia akan membantu pelanggan meyakini kedai online anda dan buat keputusan untuk membeli.

Aplikasi ini bersepadu dengan platform mesej popular yang lain seperti Apple Business Chat, Facebook Messenger dan Shopify Chat. Jadi, pelanggan boleh pilih mahu mesej peniaga melalui aplikasi yang dimahukan.

Ping boleh didapatkan di iOS dan iPad, manakala versi Android dan web akan tersedia tidak lama lagi.

Bagi membantu peniaga memberi servis yang lagi bagus, Shopify juga menambah akaun untuk staff retail. Dari situ, staff yang berbeza boleh berinteraksi dengan pelanggan secara one-to-one dan pastinya dengan sistem tiket.

Team anda boleh bergabung dan mesej sesama sendiri di Ping, bagi kelancaran operasi dan komunikasi. Barulah boleh elak salah faham dan operasi akan lebih cekap.

[Baru] Shop dan Shop Channel

Selain itu, Shopify juga gabungkan ciri-ciri Arrive dan Shop Pay untuk bina personal shopping assistant yang baru iaitu Shop.

Daripada pencarian hingga penghantaran, app Shop akan bantu anda untuk tambah baik pengalaman pelanggan berbelanja di kedai online mereka.

Dengan feature tempatan, Shop akan mudahkan pembeli cari peniaga terdekat dan dari situ mereka boleh sokong bisnes tempatan.

Pembeli juga boleh lihat rekomendasi produk daripada kedai yang mereka pernah shopping sebelumnya.

Apabila pelanggan dah buat keputusan nak beli, mereka tak payah nak pening-pening sebab urusan checkout yang pantas di Shop Pay.

Sebagai tambahan, Shop juga ada fungsi yang bantu pembeli track parcel.

Tak lama lagi, anda juga boleh gunakan Shop untuk ceritakan pasal jenama anda, dengan customize bagaimana dan di mana jenama anda akan muncul di app. Jika anda nak sertai, boleh sertai senarai menunggu di webpage Shop.

Shop akan jadi saluran percuma dalam Shopify dan ia boleh digunakan oleh semua peniaga, bersama kedai online dan POS. Peniaga boleh aktifkan Shop Pay di bahagian admin dan tambah notifikasi Shop di page status order.

4. Back Office

Jika kedai online adalah wajah peniaga, admin ialah otaknya. Di situlah tempat anda susun dan menguruskan segala hal untuk gerakkan bisnes. Untuk lancarkan proses di pejabat ini (admin), Shopify menambah beberapa perkara supaya peniaga boleh kerja lagi laju dan bijak:

[Baru] Product Conditions

Fungsi baru ini akan dilancarkan tak lama lagi dan ia akan beri akses kepada anda untuk create produk dan simpan sebagai draft, boleh tambah perincian nanti atau bagi member lain yang sudahkan, hanya publish apabila semuanya dah siap.

Anda juga boleh gunakan fungsi archive; ini best untuk sesiapa yang ada senarai produk yang panjang.  

[Baru] Faster Product & Inventory Updating

77% peniaga yang berpindah dari kedai fizikal ke kedai online cakap mereka habiskan banyak masa untuk masukkan produk di kedai online. Ini tak bagus.

Anda perlu buat task yang satu ini lebih pantas supaya bisnes boleh bertahan. Sebab itu tak lama lagi, anda boleh buat kerja-kerja upload ini melalui telefon sahaja.

Ambil gambar, masukkan details macam harga, tajuk, pilihan dan scan barcode semuanya guna telefon. Apabila dah sedia, anda boleh review produk gunakan telefon dan publish di kedai online.

Shopify juga sedang optimize kelajuan untuk desktop.

Nanti anda boleh create product secara pukal; peniaga boleh tambahkan gambar, harga, tajuk, pilihan, inventori dan banyak lagi di skrin yang sama dan ia akan buat kerja-kerja tambah produk di kedai online lebih laju.  

[Baru] Purchase Order

Apabila produk dah online, anda perlu uruskan inventori berkaitan. Nak dapatkan bilangan yang tepat, lokasi dan bila nak tambah produk ialah kerja yang mengambil banyak masa.

Fungsi Shopify Purchase Order (PO) memudahkan proses ini. Anda boleh pesan, track dan terima inventori daripada suplier melalui fungsi ini. Tak lama lagi, ia juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon yang pastinya akan jadikan kerja lagi cepat dan senang.

Ciri-ciri yang ada termasuklah:

+ PO dengan draf, pesanan, terima, dan tutup belian

+ Eksport ke PDF

+ Kos produk dan pelarasan kos

+ Terma bayaran

+ Notis penghantaran dan jangkaan tiba, tracking ID dan kurier

+ Pautan antara pembekal dan produk untuk mudahkan proses order semula

+ Penerimaan melalui telefon

Purchase Order boleh diakses di Shopify Admin.

[Update] Page Senarai Order

Sebab dah makin banyak peniaga beralih ke bisnes online, kita dapat lihat kenaikan belian online. Penting untuk anda dapatkan pesanan daripada pelanggan secepat mungkin untuk diproses.

Sebelum ini, anda kena klik setiap order untuk tengok perincian. Sekarang, semua maklumat yang perlu ada di page senarai order. Anda boleh semak detail pelanggan, order, kaedah penghantaran, nota pesanan dan tag pada satu tempat.  

Dengan maklumat ini, anda boleh lihat pesanan mana perlu dihantar ke luar negara dan tempatan, atau pesanan mana yang perlukan penghantaran atau diambil sendiri di kedai. Senang, kan?

5. Penghantaran

Dengan bisnes online makin banyak, strategi penghantaran yang bagus diperlukan untuk kejayaan peniaga. Jadi, Shopify membangunkan bahagian khusus untuk memenuhi keperluan ini.

[Baru] Kaedah Penghantaran dan Pickup

Dalam beberapa bulan ini, cara orang berbelanja di kedai tempatan sudah berubah. Antara 13 Mac dan 24 April, purata order tempatan meningkat sehingga 176%, berbanding enam minggu sebelumnya. Shopify sediakan dua updates untuk lajukan proses ini.

i. Penghantaran tempatan dan pickup di lokasi

Anda boleh sediakan pilihan untuk pelanggan ambil sendiri order di kedai, lokasi tertentu atau mana-mana tempat yang mereka mahu.

Anda boleh penuhi pesanan daripada Shopify POS, admin, atau app Shopify dan pelanggan boleh ambil sendiri pesanan mereka di lokasi yang sudah dipilih.

Staff boleh tengok notifikasi di sistem POS yang baru, sama ada pelanggan dah ambil order atau belum.

i. Penghantaran Tempatan

Anda di semua negara boleh tambah baik dan mudahkan sistem penghantaran tempatan. Mereka boleh gunakan kod pos atau radius (dalam jarak tertentu) untuk penghantaran tempatan.

Bukan tu je, anda juga boleh tentukan caj penghantaran dan harga pesanan minimum. Pelanggan boleh lihat pilihan ini apabila nak checkout dan boleh masukkan arahan spesifik jika perlu.

Shopify juga ada bangunkan app Shopify Local Delivery untuk bantu anda create laluan penghantaran optimum yang boleh dikongsi dengan staf.

Dengan app ini, staf boleh beritahu pelanggan yang penghantaran dalam perjalanan. App ini juga boleh diakses di peringkat global tak lama lagi.

[Baru] Capaian Network Shopify

Shopify Fulfillment Network dilancarkan tahun lalu. Jaringan yang dibina untuk pastikan penghantaran pantas pada kos rendah.

Tahun ini beberapa pembaharuan dibuat:

+ 7 gudang merentasi US

+ Pusat R&D di Ottawa (hometown Shopify), tempat ujian dan pembaikan operasi gudang dibuat. Sasarannya, nak tawarkan capaian ini kepada peniaga di Kanada.

+ Robot. Shopify dah dapatkan 6 River System pada akhir 2019, dan gunakan robot Chuck untuk bantu pekerja gudang menguruskan pesanan. Chuck mengurangkan 50% masa untuk berjalan dan melajukan kerja sehingga dua kali ganda daripada biasa.

Shopify bagi anda ruang untuk guna strategi berbeza untuk mengawal jenama masing-masing; peniaga boleh guna custom packaging. 99.5% pesanan dihantar pada hari yang sama menggunakan jaringan ini.

Jaringan ini dah boleh digunakan oleh semua peniaga di Amerika Utara dan Shopify dah belanjakan lebih $1 billion untuk penghantaran pantas dan mampu milik ini, supaya dapat digunakan oleh semua peniaga.

6. Prestasi

Dengan semua update dan ciri-ciri menarik yang baru, kelajuan ialah kualiti penting yang perlu untuk kejayaan kedai online.

Untuk pastikan anda terus berniaga, performance web ecommerce yang pantas ialah keutamaan di Shopify.

Kenapa?

Sebab kedai online yang laju penting untuk pengalaman membeli yang menyeronokkan kepada pembeli. Sebab itu, Shopify perkenalkan dua tools best ini:

i. Storefront Renderer

Shopify dah bina semula enjin yang bawa storefront tema Liquid dan jana output HTML yang hantar semula info ke browser pelanggan.

Renderer baru ini akan bawa 40 hingga 200 peratus pembaikan dalam masa muat naik kedai online.

ii. Dashboard Prestasi Kedai Online

Dashboard prestasi ini akan beri anda cara untuk faham macam mana customization tema dan pemasangan app memberi kesan kepada kelajuan kedai online anda.

Dengan perubahan yang dibuat, anda boleh troubleshoot isu prestasi dan pastikan operasi kedai online kekal laju.

KESIMPULAN UPDATE SHOPIFY TERBARU TAHUN 2020 YANG ANDA PERLU TAHU

Sekarang ialah masa sukar untuk pengusaha dan peniaga macam kita. Masa depan ecommerce bergantung pada kita; trend dan produk yang kita tak jangka akan lihat sampailah 2030 sudah ada di sini, sekarang.

Diharapkan dengan teknologi dan kemudahan ini, kita semua boleh tunjukkan yang kita bukan sahaja boleh bertahan dalam situasi sekarang, malah semakin berkembang.

Mana satu features yang anda suka?

Share dengan saya dalam ruangan komen dibawah.