fbpx

5 Checklist Sebelum Run Iklan Facebook E-Commerce

by Feb 9, 2020Pemasaran Digital & Jualan0 comments

Kalau anda belum lagi cuba jual produk guna kedai online dan guna strategi marketing bisnes e-Commerce, saya sarankan anda bukak jer dulu satu akaun Shopify untuk ‘main-main’ dengan fungsi dan kelebihan buat kedai online guna platform Shopify.

Anda ikut santai-santai jer dulu langkah-langkah yang kami ajar untuk buat bisnes e-Commerce ni.

Cuba buat kedai online sendiri guna template sedia ada, masukkan gambar produk, tulis copywriting produk, set up sistem pembayaran automatik dan sebagainya.

Lepas tu boleh follow checklist yang kami sediakan untuk bantu anda sebelum run iklan facebook e-commerce anda yang pertama.

Jom kita sama-sama baca.

Customer Journey Untuk Bisnes E-Commerce

Bila anda dah dapat hasilkan satu halaman produk yang lengkap nanti, anda mesti dapat rasa, “Uishh…aku dah boleh run iklan facebook e-commerce dah ni. Kedai online aku dah 80% siap dah ni.”. Serius! Cer cuba dulu.

Sebab customer journey untuk bisnes e-Commerce ni simple jer sebenarnya.

Dari iklan Facebook ke halaman produk. Dari halaman produk ke sistem pembayaran automatik.

Cuma teknik dan strategi untuk tukarkan prospek kepada pelanggan tu yang kita kena belajar.

run iklan facebook bisnes e-commerce

Dalam artikel ni, saya nak kongsikan 5 checklist sebelum anda run iklan facebook e-commerce jenis ‘Conversion – Website Purchases’ pertama anda.

Ingat tak tadi, saya ada bagitahu bila anda dah siapkan satu halaman produk nanti, anda akan rasa dah 80% siap dalam proses usahakan bisnes e-Commerce.

Jadi, senarai semak yang saya nak kongsikan ni kiranya adalah baki lagi 20% usaha yang anda kena buat sebagai last check’ sama ada anda dah betul-betul follow langkah-langkah hasil dari pembelajaran dari panduan yang kami dah bagi ni..

Senarai semak ni jugak dapat tambahkan keyakinan anda untuk run iklan facebook e-commerce secepat mungkin dan elakkan anda tertinggal langkah-langkah penting yang dapat membantutkan proses membuat jualan sepanjang iklan berjalan. Jom tengok…

Siapkan Satu Halaman Produk Yang Lengkap!

Saya buat senarai semak ni berdasarkan apa persediaan yang kita kena buat sebelum run iklan facebook e-commerce jenis ‘Conversion – Website Purchases’ guna teknik Automated Ads.

Pada langkah pertama,anda akan diminta untuk masukkan link URL laman web atau landing page yang prospek anda akan lawat lepas klik butang ‘Shop Now’ pada iklan anda.

Link yang anda perlu masukkan kat sini ialah link halaman produk yang anda nak promosikan.

Jadi, anda perlulah siapkan satu halaman produk yang lengkap dalam kedai online anda dan copy link halaman produk tu untuk dimasukkan kat bahagian ni. Halaman produk adalah satu part yang sangat kritikal dalam customer journey bisnes e-Commerce.

Jangan Lupa Pasang FB Pixel!

Selain tu, anda jugak diminta untuk pilih Ads Account dan FB Pixel pada langkah pertama ni.

Fungsi FB Pixel adalah untuk track prospek yang lawat halaman produk anda, yang klik butang Add To Cart, yang isi maklumat kat bahagian checkout dan yang membuat pembelian.

Dengan FB Pixel, anda boleh track semua ‘checkpoint’ dalam customer journey bisnes e-Commerce.

Dengan adanya data FB Pixel ni jugak, anda boleh buat iklan retargeting guna Custom Audience dan kembangkan lagi audience yang targeted guna Lookalike Audience.

Jadi, FB Pixel jugak adalah benda yang sangat kritikal sebelum run iklan FB Ads ‘Conversion – Website Purchases’.

Baca Juga : Panduan Lengkap Buat FB Ads Untuk eCommerce.

Pastikan Anda Jelas Dengan Audience!

Pada langkah kedua buat iklan FB Ads Conversion – Website Purchases, anda akan diminta untuk pilih siapa audience untuk iklan produk yang anda nak promosikan.

Macam biasa, kita boleh pilih jantina, umur, lokasi dan masukkan interest.

Pemilihan interest jugak penting sebelum kita run iklan FB Ads.

Supaya iklan kita nanti dipaparkan pada audience yang betul.  

Interest berkait rapat dengan niche. Kalau anda jelas apa niche bisnes anda, ia akan memudahkan anda untuk isi senarai interest kat bahagian audience ni.

Bagi kami, pemilihan niche sangat kritikal dalam proses buat bisnes e-Commerce. Sebab tu lah kami hasilkan satu artikel untuk ajar anda pasal niche dan cara nak cari idea niche untuk bisnes e-Commerce.

Pastikan Anda Guna Bahan Marketing Yang Berkualiti!

Pada langkah ketiga buat iklan FB Ads Conversion – Website Purchases, anda perlu hasilkan iklan untuk produk anda. Anda perlu pilih Ads Format, tulis headline, tulis description sikit dan pilih Ads Placement kat Facebook sahaja untuk permulaan.

Untuk Ads Format, anda boleh pilih samaada nak guna format Single Image, Video, carousel atau Slideshow. Dalam Modul 4 video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping, kami sarankan anda gunakan video explainer produk.

Namun begitu, mungkin memakan masa untuk anda hasilkan satu video explainer produk tanpa skill buat video. Jadi, untuk cepatkan proses anda buat iklan Conversion pertama, saya sarankan anda guna Ads Format jenis Slideshow.

Dengani format Slideshow, anda menghasilkan iklan video slideshow menggunakan beberapa gambar. Anda jugak boleh pilih background music yang FB sediakan sendiri. Pilih minimum 5 gambar bersaiz Square (1:1) dengan durasi 2 saat setiap gambar.

Jelas Dengan Strategi Untuk Run Iklan Facebook E-Commerce Anda!

Pada langkah terakhir buat iklan FB Ads Conversion – Website Purchases, anda perlu pilih bajet untuk iklan anda dan review iklan yang anda akan run nanti.  Kami sarankan anda mulakan dengan bajet RM15 sehari selama 7 hari untuk dapatkan 10 jualan pertama.

Anda akan belajar lebih lanjut cara simple buat iklan Conversion untuk dapatkan 10 jualan pertama, cara menilai prestasi iklan dan tips untuk optimize iklan anda dalam Modul 7 video video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping.

Kalau anda dah selesai buat semua langkah ni dan yakin, klik butang promote untuk run iklan FB Ads Conversion – Website Purchases pertama anda!

Kesimpulan

Saya kongsikan senarai semak ni berdasarkan langkah-langkah nak hasilkan iklan FB Ads Conversion – Website Purchases guna teknik Automated Ads.

Dan saya tunjukkan macam mana langkah-langkah ni berkait rapat dengan pembelajaran dalam panduan FB Ads ni.

Dengan adanya 5 senarai semak ni, semoga dapat tambahkan keyakinan anda untuk buat iklan FB Ads secepat mungkin dan elakkan anda tertinggal langkah-langkah penting yang dapat membantutkan proses membuat jualan sepanjang iklan berjalan.

Okay, cukup sampai setakat ni dulu, kita sambung lagi dalam artikel seterusnya nanti!