‘The great depression‘ ialah satu tempoh yang dialami waktu krisis ekonomi 1929. Pada waktu itu, kadar pengangguran meningkat sehingga 23% di Amerika Syarikat. Seluruh dunia mengalami impak yang besar disebabkan tempoh ini.
Apa persamaannya dengan tahun 2020? ada segelintir pakar ekonomi meramal bahawa tahun 2020 ini mungkin akan menjadi permulaan kepada ‘greater depression’ pada abad 21.
Jadi, apa perancangan kita untuk menghadapi isu krisis ekonomi yang bakal melanda ini?
Di Malaysia, kita beruntung kerana persediaan menghadapi pandemik Covid-19 adalah sangat baik dan dipuji oleh banyak pihak termasuklah WHO dan rakyat negara asing tetapi kita masih tidak dapat lari dari isu ekonomi yang melanda negara kita kini.
Selain dari kerja harian yang kita ada sekarang, kita juga boleh explore idea-idea baru untuk kita tambahkan pendapatan kita dalam menghadapi krisis ini.
Mana tahu, apa-apa terjadi kita dah bersedia dengan alternatif lain.
Di sini saya nak kongsi dengan anda idea-idea yang kita boleh buat pada tahun 2020 dengan modal yang minima dan menguntungkan. Jom kita mulakan.
Baca Juga : 5 BISNES ONLINE YANG ANDA BOLEH MULAKAN PADA MUSIM EKONOMI GAWAT ERA COVID-19
Bisnes Dropshipping
Anda pasti pernah dengar dengan istilah bisnes dropship bukan?
Konsep dropshipping ini ialah mengambil barang dari supplier dengan harga murah kemudian menjualnya dengan harga yang lebih mahal.
Jadi, keuntungannya adalah berdasarkan kadar mark-up anda terhadap produk tersebut.

Ada banyak seni dalam urusan dropshipping ini. Kita tidak perlu untuk pegang sesuatu produk pun sebenarnya.
Kita hanya perlu mencari supplier yang reliable dan trusted, kemudian kita dapatkan sebut harga (pada waktu ini saya cadangkan anda nego sampai dapat harga paling murah), kemudian kita rancang strategi untuk menjual kepada pelanggan anda.
Jika anda tertanya mengapa pelanggan akan beli dari anda walhal mereka boleh beli dari supplier dan dapat harga yang lebih murah?
Jangan risau kerana saya boleh jamin 80% ke 90% pelanggan anda tiada idea siapa supplier anda dan macam mana untuk beli dari supplier dengan harga yang murah.
Jadi, membuat bisnes dropshipping ini adalah sangat baik ketika ini kerana tidak perlu renyah-renyah pegang stok dan anda boleh buat bisnes ini secara part-time.
Sekarang ini dah banyak kemudahan-kemudahan online yang membantu anda membuat bisnes dropshipping dengan lebih mudah. Jika anda pening bagaimana nak cari barang Hot secara online, anda boleh gunakan tools seperti Oberlo.
Jika anda nak bina kedai online dengan murah dan cantik, anda boleh subscribe platform e-commerce seperti Shopify, EasyStore, atau Yezza (Whatsapp Commerce)
Baca Juga : 8 TIPS PENTING BUAT BISNES ONLINE DROPSHIP
Content Creator
Anda perasan atau tidak, tahun 2020 adalah tahun di mana content digunakan secara sangat meluas di semua platform.
Contohnya seperti content video di Youtube & Facebook, content text di blog, page dan profile influencer.
Dengan lambakan content yang digunakan di semua platform online pada waktu ini, wujudnya satu peluang dimana kita boleh buat duit dengan mencipta content dan membuat content kepada syarikat yang memerlukan.
Untuk platform online, anda boleh mendaftar di website seperti fiverr.
Di website ini anda boleh mengiklan servis membuat content anda dan menerima bayaran yang agak bagus untuk setiap content yang anda buat.

Anda juga boleh join group-group di Facebook yang mengumpulkan para penulis & pencipta content untuk mendapatkan tips serta mengiklankan khidmat anda.
Content creator ini sangat popular dan sangat lumayan jika anda dapat mencipta raving fans terhadap content-content yang anda hasilkan.
Lihat sahaja individu seperti Soloz (Gaming), Daddyhood (Gaming), Sugu Pavithra (Youtube), Aliff Irfan (Youtube), Syahmi Sazli (Youtube) dan ramai lagi yang mendapat bayaran lumayan terhadap content-content yang mereka hasilkan.
Cuma saya nak ingatkan bidang ini sangat kompetitif dan mencabar tetapi ia juga sangat bagus untuk dijadikan sebagai salah satu kerja sampingan pada tahun 2020 ini. Cubalah!
Baca Juga : 15 CARA POWER TARIK TRAFIK KE STORE E-COMMERCE ANDA
Bisnes Makanan-On-The-Go
Apabila bercakap tentang bisnes makanan on-the-go, kita akan berfikir tentang bisnes makanan seperti lunch-pack, dinner-pack, baking dan lain-lain.
Ya, tepat sekali. Lagi-lagi pada tahun 2020 kita dah ada kelebihan yang sangat besar iaitu wujudnya ramai rider-rider makanan yang berasaskan applikasi seperti Food Panda, BungkusIT, Lalamove dan lain-lain.
Jika sebelum ini kita berfikir halangan untuk menghantar makanan-makanan yang kita buat, kini tiada masalah lagi.
Di sebalik landskap perumahan seperti kondominium, studio dan apartment yang banyak waktu ini, rata-rata masyarakat kita tidak mempunyai kesempatan untuk memasak dan menyediakan makanan yang lengkap disebabkan kekangan ruang & masa.
Jadi, alternatif untuk mereka adalah untuk membuat tempahan di applikasi-applikasi penghantaran makanan ini.
Jika anda dapat menyenaraikan servis makanan anda di applikasi ini dan mengekalkan rating yang baik, sudah tentu anda akan menjadi favourite seterusnya mendapat hasil yang baik.
Ini menjadikan bisnes makanan on-the-go ini adalah satu idea bisnes yang praktikal dan menguntungkan di tahun 2020 ini.
Rider Makanan
Di atas saya ada nyatakan mengenai rider makanan berdasarkan applikasi yang meningkat naik sekarang ini seperti Food Panda, BungkusIT, Lalamove dan banyak lagi.
Ini juga adalah satu idea menjana pendapatan yang baik pada tahun 2020 ini kerana ianya tidak bergantung kepada sesiapa, masa flexible, dan ganjaran yang berbaloi serta demand yang tinggi.
Secara asasnya, rider makanan ini ialah servis penghantaran makanan dari restoran atau kedai makan terus kepada pelanggan di mana pelanggan hanya membuat pembelian makanan dari dalam aplikasi sahaja.
Tetapi dalam masa yang sama, penghantaran tidak hanya tertakluk kepada makanan, sebagai seorang rider makanan, anda juga boleh membuat penghantaran pelbagai seperti parcel, dokumen dan lain-lain berdasarkan apa yang ditawarkan melalui applikasi tersebut.
Contohnya, applikasi BungkusIT membolehkan anda menghantar bukan sahaja makanan, malah apa sahaja barang seperti parcel, hadiah, pakaian dan lain-lain.
Jadi, skop penghantaran yang pelbagai ini menaikkan demand pelanggan seterusnya rider boleh mendapat keuntungan yang lebih.
Dua ciri-ciri utama yang anda perlu ada jika anda nak menjadi rider makanan ialah rajin dan sabar.
Ada yang dah ada pengalaman jadi rider makanan?
Translation (Penterjemahan)
Anda fasih bertutur lebih dari 2 bahasa?
Jika ya, anda boleh mulakan bisnes berasaskan penterjemahan. Skill boleh berbahasa lebih dari satu ini sangat berharga dan in-demand.
Anda boleh mulakan mencari klien di website seperti Upwork & Flexjob dan perlahan-lahan mengembangkan portfolio anda.
Bila anda dah berkembang dan mempunyai banyak klien, anda boleh melantik translator-translator untuk duduk di bawah syarikat anda.
Anda juga boleh menggunakan platform sosial media seperti Facebook untuk mengembangkan bisnes anda dengan mencipta Facebook Groups yang spesifik kepada servis anda.
Idea ni agak rare, tetapi jangan tak percaya ianya sangat in-demand.
Serius, anda tak patut rugikan bakat anda boleh bertutur banyak bahasa itu!
Kesimpulan idea bisnes dari rumah yang anda boleh buat pada tahun 2020
Tak dinafikan tahun 2020 ini sangat mencabar dari segi ekonomi dan kewangan. Saya yakin semua orang terasa bahangnya.
Ada yang diberhentikan kerja dan ada juga yang menerima potongan gaji. Jadi, dengan idea-idea yang saya share tadi saya harap dapat memberi sedikit ransangan untuk anda start dalam membuat kerja tambahan yang menguntungkan di tahun 2020 ini.
Jauhkan diri anda dari memulakan sesuatu yang menggunakan kos yang tinggi seperti mulakan bisnes franchise, OEM dan MLM.
Bukan kerana bisnes-bisnes ini tidak bagus, tetapi ia memerlukan kos yang agak tinggi untuk mula. Apa yang saya boleh sarankan untuk mulakan dengan kos yang minima dan boleh terus membuat keuntungan.
Akhir kata, jangan terlalu risau mengenai hal yang berlaku pada tahun 2020 ini.
Ingat, di setiap krisis akan wujudnya peluang. Ayuh berjuang!