Dalam artikel sebelum ni, saya ada kongsikan cerita pasal bos Dropship Kartel kita, Hafiz Azman nak jual satu kedai online yang dah berjaya buat jualan RM9,000 sebulan dengan 50% keuntungan bersih.
Sebenarnya, segala proses bisnes e-Commerce yang bos Hafiz Azman buat untuk capai tahap tu, semuanya dia dah dokumenkan dan ajar dalam video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping.
Saya sendiri pernah tanya beberapa soalan pasal bisnes dropship e-Commerce kat Hafiz Azman. Sebab kadang-kadang dia kongsi screenshot hasil jualan kedai online dia dan klien dia kat FB.
Ye lah, dia share hasil jualan bisnes e-Commerce ribu riban dalam masa yang singkat…of course lah saya pun curious nak tahu teknik dan strategi yang dia buat!

Saya pernah tanya pasal objektif iklan dan bajet iklan FB Ads yang klien dia guna untuk buat jualan RM3,474 dalam masa 22 hari. Cuba teka apa yang Hafiz Azman jawab…

Dia jawab, “Sama macam diajar dalam video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping!”.
Siapa yang dah dapat akses ke panduan tu tahu lah macam mana strateginya. Jadi, sebenarnya kita semua boleh follow jer apa yang dia ajar dalam panduan tu.
TAPI, bukan semua orang yang mampu terus faham dan terus buat walaupun lepas beli panduan, kan?
Kadang-kadang dah faham pun, macam tak yakin nak run kempen marketing FB Ads. Takut habis duit modal.
Contoh macam hasil jualan kat atas tu tadi. Klien kami tu ambil servis DONE FOR YOU BIsnes Dropship E-Commerce dengan kami. Barulah dia ada progress buat bisnes e-Commerce.
Yang terbaru, siapa sangka klien kami yang jual produk kat bawah ni dah hasilkan jualan RM16,371.30 melalui bisnes dropship e-Commerce Dropship dalam masa 60 hari.
Sama jugak, dia ambil servis Done-For-You BIsnes Dropship Dropship e-Commerce dengan kami…

Ini pulak screenshot hasil jualan 60 hari dari kedai online klien kami tu…

Ini pulak screenshot jumlah trafik hasil dari kempen marketing FB Ads dalam tempoh 60 hari tu…

Done For You Bisnes Dropship E-Commerce!
Servis ‘Done for you’ (DFY) bisnes dropship e-Commerce dari Dropship Kartel ialah servis buatkan satu kedai online dropship yang dah siap, lengkap dengan persediaan yang diperlukan dalam e-Commerce sales funnel.
Hafiz Azman yang buat kajian produk dan sediakan satu bisnes dropship e-Commerce.
Klien tu hanya perlu bawak trafik jer ke kedai online dia untuk bangunkan bisnes tu.
Maksudnya, tugas klien tu hanya perlu buat FB Ads untuk tarik trafik ke kedai online jer guna strategi yang dah disusun.
Dia dapat kedai online yang dah siap, lengkap dengan produk hot yang Hafiz Azman dah kaji sendiri dan bahan marketing seperti copywriting, gambar dan video.

Kenapa Usahawan Sanggup Dapatkan Servis Done For You Bisnes E-Commerce?
Kalau anda nak tahu kenapa ada usahawan yang sanggup dapatkan servis done for you bisnes dropship e-Commerce, anda tengok dulu proses yang setiap usahawan dropship e-Commerce kena lalui untuk bina satu bisnes dropship e-Commerce ni…
- Buat kajian dan pilih produk hot.
- Buat kajian dan pilih supplier.
- Buat copywriting produk.
- Sediakan gambar dan video .
- Bina satu kedai online yang lengkap dengan sistem pembayaran.
- Buat iklan FB Ads guna strategi bisnes e-Commerce.
- Uruskan tempahan pelanggan.

Maunya tak memakan masa nak buat semua persediaan ikut senarai tu?
Macam yang saya cakap, bukan semua orang yang mampu terus faham dan terus buat walaupun lepas beli panduan bisnes.
Berikut ialah 3 sebab kenapa ada usahawan yang sanggup dapatkan servis done for you bisnes dropship e-Commerce…
Tak Mahir Buat Kajian Dan Pilih Winning Product!
Sesetengah usahawan banyak bazir masa kat fasa awal pembinaan bisnes dropship e-Commerce iaitu fasa buat kajian dan pilih produk sebab tak tahu nak pilih produk yang hot.
Awal-awal lagi dah stuck, bila nak start buat marketingnya?
Apa yang anda boleh dapat dari servis Done For You Bisnes Dropship E-Commerce Dropship Kartel ialah satu produk hot yang dah terbukti buat jualan guna kedai online e-Commerce.
Jadi, anda tak perlu susah-susah buat kajian dan pilih produk hot. Siap dengan supplier produk sekali akan ditunjukkan nak ambil dari mana.
Tak Ada Masa Nak Buat Bisnes Online!
Mungkin anda sebenarnya dah tahu nak buat sendiri bisnes dropship e-Commerce ni. Cuma, tak ada masa nak bagi komitmen. Waulaupun hati tu memang nak sangat usahakan satu bisnes online, tapi tak dapat nak luangkan masa.
Ada antara kita yang bekerja fulltime. Waktu kerja jer dah guna sampai petang. BIla balik, nak uruskan hal keluarga dengan berehatnya lagi.

Apa yang anda boleh dapat dari servis Done For You Bisnes Dropship E-Commerce DropshipKartel ialah satu kedai online yang lengkap dengan gambar produk yang dah dipilih, description produk, video explainer dan sistem pembayaran automatik.
Jadi, anda tak perlu lalui fasa buat copywriting produk, sediakan gambar dan video, bina satu kedai online yang lengkap.
Apa yang anda kena buat? Anda hanya perlu buat iklan FB Ads dan uruskan tempahan pelanggan jer, huhu.
Tak Yakin Nak Buat Kempen Marketing E-Commerce!
Mungkin anda ada rasa tak yakin nak run kempen marketing FB Ads.
Bukan sebab tak tahu, tapi sebab pernah terbaca orang lain buat bisnes dropship e-Commerce banyak habis duit kat FB Ads. Ataupun memang anda sendiri pernah alami.
Walaupun dah belajar dari video panduan, anda masih ragu-ragu samaada dah buat persediaan yang cukup sebelum run iklan FB Ads e-Commerce atau tak. Kalau boleh anda nak sifu anda sendiri yang review apa yang anda buat dan bagitau okay atau tak okay.
Melalui servis Done For You Bisnes Dropship E-Commerce dari Dropship Kartel, anda dapat sesi coaching percuma dan private support dari Hafiz Azman.

Setakat ni, Dropship Kartel tak bukak sesi coaching face-to-face kepada umum. Hanya untuk orang yang ambil servis Done For You Bisnes Dropship E-Commerce ni jer.
Kesimpulan Buat Jualan Guna DONE FOR YOU Bisnes E-Commerce!
Dalam artikel ni, anda dah tengok beberapa hasil jualan dari kedai online klien kami yang ambil servis Done For You Dropship Bisnes E-Commerce.
Anda jugak dah tahu kenapa ada usahawan yang sanggup dapatkan servis done for you bisnes e-Commerce ni.
Melalui servis ni, anda boleh terus mulakan bisnes Dropship e-Commerce dengan hanya buat iklan FB Ads dan uruskan tempahan pelanggan jer.
Kalau anda berminat nak jimatkan masa dan yang paling best dapat sesi coaching dengan Hafiz Azman…
…anda boleh terus contact Hafiz Azman melalui Facebook untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan servis Done For You Bisnes E-commerce ni.
Cukup sampai kat sini dulu, kita sambung lagi perkongsian dalam artikel seterusnya nanti!