fbpx

7 Komponen Penting Buat Duit Online Guna E-Commerce

by Jan 12, 2020Mula Bisnes, Pemasaran Digital & Jualan, Pengurusan Bisnes4 comments

Nak buat bisnes online bukan benda yang main-main sekadar ‘fun-fun nak buat duit lebih’ dalam masa terluang. Perlu ada persediaan, perancangan, tindakan dan matlamat sampai bisnes boleh hasilkan jualan yang menguntungkan dan hasilkan pendapatan yang konsisten.

Sesetengah usahawan banyak buat silap bila nak mulakan satu bisnes online. Diorang tak ada asas yang betul dan tak jelas dengan ‘the whole process’ buat duit online.  

Banyak luangkan masa pada benda-benda yang tak mendatangkan jualan, beli panduan dan software bisnes yang tak perlu hanya disebabkan ‘termakan’ dengan hype iklan-iklan kat media sosial, mula belajar benda yang salah dan akhirnya lost jugak tak ada hala tuju.

Semua ni sebab diorang tak tahu asas buat duit online yang betul.

Dalam artikel ni, saya akan terangkan kat anda secara ringkas tapi padat, 7 komponen kritikal buat duit online dan cara perlaksanaannya dalam bisnes e-Commerce. Teruskan membaca.

7 Komponen Penting Buat Duit Online

1) Ilmu Model Bisnes

Ada banyak cara yang berbeza untuk usahakan bisnes online. Anda kena tahu model bisnes yang mana satu yang anda nak usahakan.

Antara model bisnes yang sesuai untuk newbie ialah bisnes dropship, bisnes affiliate, beli borong produk dari China (ikut kemampuan modal) dan tawarkan servis sebagai seorang freelancer.

.

Tak kesah yang mana satu pun model bisnes yang anda pilih, anda kena ada ilmu. Kena belajar the whole process, risiko yang terlibat, kos yang terlibat dan sebagainya.

Mulakan dengan membaca dari sumber-sumber kat Google, tengok video kat Youtube atau terus belajar dari orang yang dah berjaya buat model bisnes tu.

2) Niche Bisnes

Niche adalah satu sub-kategori atau sub-topik yang spesifik. Sebagai contoh, katakanlah anda nak jual produk dalam kategori yang berkaitan dengan ‘pencinta kucing’ (Cat Lovers). Anda nak jual permainan untuk kucing (Cat Toys) atau hadiah untuk pencinta kucing (Gift For Cat Lovers)?

Kedua-duanya adalah niche yang berbeza. Ada banyak produk dalam niche ‘permainan untuk kucing’. Dan ada banyak produk dalam niche ‘hadiah untuk pencinta kucing’.

Tujuan pemilhan  niche dalam bisnes adalah supaya anda dapat fokus pada bisnes yang anda nak bangunkan dan menjual produk pada audience yang spesifik.

3) Produk Dan Supplier

Secara umumnya, buat bisnes online ni samaada anda jual produk fizikal, produk digital ataupun tawarkan servis sebagai freelancer. Untuk produk fizikal, samaada anda jadi agen dropship atau beli borong dari China dalam kuantiti yang kecil ikut bajet.

Untuk produk digital, samaada anda promosikan produk digital orang lain atau anda hasilkan produk digital anda sendiri. Untuk tawarkan servis sebagai freelancer, anda kena ada skill set tertentu seperti kemahiran menulis, design, buat video dan sebagainya.

Apa yang penting kat sini ialah, anda kena pilih produk yang anda nak promosikan dan tahu dari mana nak dapatkan produk tu. Kalau anda dah ada niche, lagi senang. Ini akan membantu anda dalam kajian dan pemilihan produk untuk bisnes anda nanti.

4) Platform Jualan (Tapak Niaga)

Lepas anda dah pilih model bisnes, dah ada niche dan dah pilih produk…seterusnya anda kena tahu kat mana nak ‘letak’ produk tu.

Dalam bisnes online, tapak niaga sudah tentuah media sosial dan laman web. FB Page, FB personal, FB Marketplace, Instagram, Shopee, Telegram dan kedai online e-Commerce adalah contoh platform ‘letak produk’.

Buat duit online guna platform e-commerce

Kedai online e-Commerce adalah satu laman web yang dibina khas untuk tujuan berjual beli produk secara online.

Antara platform yang kita boleh guna untuk bina kedai online sendiri dengan cepat dan mudah ialah Shopify dan Easystore.

Dalam video panduan Fast Track E-Com Dropshipping, kami ajar anda buat persediaan sebelum membina kedai dropship online pertama anda dan langkah demi langkah bina kedai e-commerce menggunakan platform Shopify.

5) Teknik Dan Strategi Pemasaran Setiap Platform

Seterusnya, anda mestilah belajar cara-cara, teknik dan strategi yang betul dan berkesan untuk menjual secara online. Lain platform, lain tekniknya. Sebagai contoh, ada pelbagai teknik dan strategi untuk menjual Facebook, Instagram, marketplaces dan kedai online e-Commerce.

Untuk bisnes e-Commerce, kami gunakan FB Ads sebagai medium pemasaran. Itulah yang kami ajarkan dalam Modul 6 video panduan Fast Fast Track To E-Com Dropshipping. Iaitu cara simple untuk buat iklan conversion dan dapatkan 10 jualan pertama untuk bisnes e-Commerce anda.

6) Kolam Database Prospek Untuk Follow-Up Atau Retargeting

Daripada ketujuh-tujuh komponen kritikal yang saya terangkan dalam artikel ni, kumpul database prospek adalah benda yang paling kritikal sekali dalam bisnes online. Database prospek adalah maklumat seperti nama, emel dan nombor fon.

Tujuan kita kumpul database propek adalah untuk follow up dan remarketing. Kesilapan besar yang ramai usahawan buat ialah guna buat marketing berbayar tanpa kumpul database. Diorang mengharapkan jualan pada kali pertama buat iklan.  Itu mindset yang salah.

Prospek berkemungkinan besar tak akan membeli pada kali pertama nampak iklan anda. Kelebihan kumpul database ialah anda boleh educate, bina bonding dan promosi berkali-kali pada database sedia ada.

Namun begitu, ada sikit perbezaan strategi dalam bisnes e-Commerce yang menggunakan FB Ads sebagai medium pemasaran. Berbeza dengan konsep kumpul database prospek dan follow-up, kita gunakan strategi ‘kumpul data e-Commerce funnel dan retargetting.

Berikut ialah funnel asas untuk bisnes e-Commerce;

Antara data yang kita perlukan dalam funnel bisnes e-Commerce ialah View Content, Add To Cart, Initiate Checkout dan Purchase.

Konsepnya ialah…kita gunakan kekuatan algorithm FB Ads dengan jutaan data pengguna yang diorang ada untuk mencari prospek dan pelanggan untuk bisnes e-Commerce kita.

Baca Juga : Panduan Lengkap Buat FB Ads Untuk Bisnes eCommerce

7) Proses Jualan Dan Sistem Pembayaran

Akhir sekali, setiap kempen marketing yang anda buat untuk bisnes anda mestilah berakhir dengan proses jualan. Atau kita selalu panggil ‘close sale’. Bagaimana proses close sale tu berlaku?

Bagaimana sistem pembayaran yang anda nak gunakan…minta prospek bank-in secara manual atau ada sistem pembayaran automatik?

Kesimpulan Tentang 7 Komponen Penting Buat Duit Online Guna E-Commerce

Itulah 7 komponen kritikal buat duit online yang anda kena pegang dan ingat sampai bila-bila. Tak kesah samaada anda buat model bisnes apa dan produk apa pun, inilah 7 komponen yang anda kena fikirkan, buat persediaan dan rancang macam mana nak gunakan untuk bisnes anda.

Dengan adanya asas yang betul untuk buat duit online ni, lepas ni anda tak perlu luangkan masa pada benda-benda yang tak mendatangkan jualan, tak perlu beli panduan dan software bisnes yang tak berkaitan, mula belajar benda yang betul dan jelas dengan hala tuju bisnes online anda.

Untuk mulakan bisnes e-Commerce pada tahun 2020, kami jemput anda untuk join dan belajar buat bisnes e-Commerce melalui panduan lengkap disini.

Okay, cukup sampai kat sini dulu…jumpa anda lagi dalam artikel seterusnya!