fbpx

5 Kriteria Wajib Ada Dalam Memilih Produk eCommerce Dropship

by Sep 8, 2019Mula Bisnes168 comments

Salah satu kejayaan dalam menjalankan bisnes dropship ecommerce adalah datang melalui pemilihan produk ecommerce yang betul.

Tapi tak ramai yang spend masa untuk cari dan research produk sebaik mungkin.

Sebab tu 90 peratus dropshipper ecommerce gagal dalam tahun pertama mereka.

Antara sebab utama yang buatkan ramai orang gagal memilih produk yang betul adalah sebab mereka tak tahu nak pilih.

Mereka tak tahu apa ciri-ciri dan kriteria yang perlu ada bagi meningkatkan kemungkinan produk yang dipiih itu adalah produk yang hot dan berpotensi.

Kalau anda salah seorang dari mereka, anda wajib baca sampai habis artikel perkongsian saya kali ini.

Sebab untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan 5 kriteria penting dalam memilih produk ecommerce yang betul bagi kedai dropship anda.

Jadi tanpa lengahkan masa, jom kita mula!

Menyelesaikan Masalah Audien Sasaran

Perkara terpenting dalam memilih produk ecommerce untuk dijual, baik secara online mahupun offline, adalah dengan menjual produk yang mampu menyelesaikan masalah audien sasaran anda.

Sebagai contoh, pada satu ketika, produk seperti Posture Corrector seperti dibawah sangat laku dijual di internet.

Produk Posture Corrector Yang Menyelesaikan Masalah Sakit Belakang & Postur Bongkok. Sangat Laku Satu Ketika Dulu.

Produk ini laku sebab ia menyelesaikan masalah utama audien sasaran mereka, iaitu masalah badan selalu sakit dan lenguh akibat postur badan yang salah.

Disebabkan audien sasaran mereka sangat desperate dalam mencari solusi bagi masalah tersebut, maka ia sangat convincing dan sangat mudah terjual.

Cuma, saya faham, ada berjuta masalah ada kat dunia ni, jadi anda mungkin confuse masalah mana yang anda nak selesaikan melalui produk yang bakal anda tawarkan.

Betul?

Takpe, jangan risau. Anda tak perlu susah-susah pun.

Anda boleh je pilih mana-mana yang anda nak.

Ataupun kalau nak mudah lagi, anda boleh buat pemerhatian dan survey melalui orang-orang disekeliling anda hari ini. Boleh jadi pasangan, kawan, atau diri anda sendiri.

Tengok apa masalah harian yang mereka hadapi.

Take note dan cari produk yang boleh bantu mereka.

Google je.

Dari situ, saya yakin anda boleh brainstorm dan cari beberapa produk yang sesuai untuk bantu golongan seperti mereka.

Mudah bukan?

Takde jual kat kedai luar (offline)

Setiap kali saya keluar berjalan-jalan di shopping mall, saya akan jadi extra alert.

Bukan alert sebab apa pun. Alert sebab nak tengok apa produk-produk yang mereka jual di kedai. 

Reason saya buat macam ni adalah:

  • Nak tengok apa produk yang tengah laku sekarang
  • Nak elak jual produk yang sama

Cuma pada kebanyakan masanya, saya ambil tahu sebab saya tak nak offer produk yang sama di dalam kedai ecommerce saya.

Saya nak produk yang dijual dalam kedai ecommerce saya nampak unik, rare dan special.

Dengan itu, saya automatik create apa yang saya gelar ‘Simple USP’ pada produk dan kedai saya.

Barulah orang rasa excited nak beli online dari kita! Special gitu~

Contoh ‘Simple USP’ bagi cawan kopi. Cawan ni boleh kacau sendiri dan tiada dijual di kedai-kedai luar.

Dan satu lagi, kalau produk ecommerce yang anda nak jual dah ada dijual di kedai luar, kemungkinan besar anda susah nak compete dari segi harga.

Especially kalau barang anda ada dijual di kedai seperti Daiso, Mr DIY, Eco Shop, Typo dan sebagainya. Memang payah la nak jual sebab kedai tersebut jual sangatlah murah.

Amaran: Elakkan bawa bini masuk kedai-kedai ini. Elok masuk nak beli bateri, keluar bawa langsir.

Jangan mimpi nak bersaing dengan mereka sebab mereka ada modal besar dan mampu untung besar walaupun jual murah..

So, biar mereka ‘main’ sesama sendiri. Kita main padang lain.

Susah untuk teka harga

Biasanya jika ikut pengalaman saya dan otai dropship ecommerce lain, produk yang mudah untuk dijual adalah produk yang susah untuk bakal pelanggan anda teka harga produk tersebut.

Cuba andaikan anda nampak iklan online orang jual ‘ball pen’ biasa yang anda selalu pakai masa belajar dulu.

Saya yakin anda mesti boleh agak harganya berapa.

Dan bila anda anda mudah untuk teka harga, saya yakin anda mesti takkan tertarik untuk beli dari iklan tersebut, dan tambahan lagi bila penjual tersebut jual lebih mahal dari harga market.

Betul kan?

Dan satu lagi, bila anda ada produk yang agak susah untuk diteka harganya, anda boleh ambil peluang untuk naikkan ‘perceived value’ produk tersebut.

Dan salah satu cara untuk naikkan ‘perceived value’ adalah dengan membina brand kedai ecommerce anda dan juga produk tersebut.

‘Perceived Value’ dalam bahasa pasarnya kita panggil nampak mahal, berkualiti dan bernilai tinggi.

produk ecommerce yang bagus
Beg baby ni pun hot juga. Orang biasa memang tak tahu harga jualan sebenar beg macam ni, especially pada first time parents. Boleh jadi ratus-ratus, boleh jadi puluh-puluh. So, sangat bagus dijual di kedai ecommerce anda.

Saya tak nak cerita panjang lebar tentang cara untuk buat brand positioning disini. Saya akan cover topik tersebut dalam artikel lain.

Tapi anda faham apa point saya.

Sebenarnya, ada berjuta barang yang anda boleh jual dalam kedai ecommerce yang mempunyai ‘High Perceived Value’.

Dan barang yang mempunyai value sebegini tak semestinya mahal, dan selalunya murah saja kosnya.

Yang penting, barang tersebut mestilah barang yang audien anda susah untuk teka harganya.

Ciri-ciri yang menarik

Dalam hidup ni mesti semuanya nak best-best dan menarik.

Nak kereta best, nak makan best, nak bini best (eh?), nak holiday tempat best dan macam-macam lagilah.

Sama juga kalau anda nak pilih produk untuk dijual dalam store ecommerce anda.

Mesti cari yang best-best dan menarik ciri-cirinya.

Kalau boleh cari produk yang orang tak pernah terpikir ada dibuat. Atau pun produk yang orang tak pernah nampak.

Produk-produk macam ni sangat mudah untuk dijual dalam kedai ecommerce anda nanti.

Buat iklan cincai pun, berduyun orang datang dan beli.

Sebagai contoh, dalam gambar bawah ni adalah bola untuk orang main basketball.

Tapi bola ni special sebab dia menyala dalam gelap.

Menarik kan bola ni? Boleh main dalam gelap selamba je.

Orang puteh cakap ‘Glow In The Dark’.

Produk ni memang menarik.

Sebab dia bercahaya dalam gelap. So senang la nak main basketball malam-malam. Nampak cool gila.

Saya sendiri secara jujur tak pernah nampak bola macam ni jual di mana-mana kedai. Unik sangat.

Kalau tunjuk kat geng main basketball confirm akan minat punya.

Tapi ni contoh saja.

Ada berjuta produk best yang anda boleh promote dan ada ciri-ciri yang menarik. Tinggal nak cari je.

Margin keuntungan yang selesa

Bila sebut margin untung, ia sebenarnya agak subjektif, dan bergantung pada banyak faktor seperti model bisnes, positioning, strategi dan taktik anda.

Itu belum masuk mazhab sifu dan otai ecommerce lain. Pening beb.

Tapi, kalau saya punya style senang je.

Saya biasa akan pilih produk yang saya boleh markup sekurang-kurangnya 3 kali dari kos produk. Sebab kita ada kos lain lagi untuk nak cover. Lagi banyak boleh markup lagi bagus.

Make sure duit dari setiap jualan, anda asingkan siap-siap. Sebab saya punya kira-kira dan pecahan macam ni:

  • ¼ untuk bayar kos produk
  • ¼ untuk kos iklan dan marketing
  • ¼ untuk pembangunan bisnes
  • ¼ untuk untung bersih

Contoh: Kos produk harga RM 10. Paling kurang anda kena jual RM 40. Baru anda ada UNTUNG BERSIH dalam RM 10.

Untung bersih kalau RM 10 tu kira paling minimum la. Bagi saya bawah dari RM10 untung bersih memang tak berbaloi dengan masa dan tenaga saya.

Itu je.

Cuma cabaran disini adalah anda kena research sikit produk apa yang anda boleh markup sebanyak itu.

Bukan semua produk sesuai.

Anda perlu bandingkan juga harga jualan yang anda kira tu, dengan harga purata pasaran untuk produk yang sama.

Tip: Compare market price dengan kedai ecommerce dropship lain, bukan dengan marketplace seperti Shopee. Lazada, Alibaba, Taobao, Aliexpress etc.

Sebab kalau anda jual harga terlalu tinggi dan tak masuk akal, saya boleh kata susah sikit la untuk terjual.

Kalau nak jual harga tinggi juga boleh je, tapi kena ada extra effort untuk buat strategi branding yang proper dan mantap.

Audien senang faham produk anda

Produk ecommerce yang bagus untuk anda jual adalah produk yang mudah difahami oleh audien anda.

Maknanya sekali tengok iklan, diorang terus faham produk tu untuk apa, siapa, dan apa benefit yang ditawarkan oleh anda.

Elakkan produk-produk ecommerce yang complicated dan susah untuk faham.

Ia bertujuan untuk buatkan mereka buat keputusan dengan cepat.

Contoh produk yang anda perlu elakkan adalah seperti produk elektronik, gadget, supplement, dan kosmetik.

Produk-produk sebegini biasanya memerlukan extra effort oleh audien anda untuk research.

Dan bila mereka confuse, anda secara tak langsung sebenarnya menambahkan beban pada daya fikir mereka.

Bila kita beri beban sebegini pada otak, bahasa canggihnya adalah ‘Cognitive Load’.

Lagi tinggi ‘cognitive load’ yang anda berikan pada mereka, lagi susah mereka nak buat keputusan.

-Hafiz Azman-

Lagi susah customer anda faham pasal produk anda, lagi susah jualan untuk berlaku.

Sebab tu kadang-kadang dalam banyak kes, anda akan nampak banyak trafik masuk, tapi orang untuk ‘Add To Cart’, ‘Initiate Checkout’, dan ‘Purchase’ sikit sangat.

Kadang nak dapat 1% purchase conversion pun payah.

Kita kalau boleh nak orang tengok saja produk iklan kita, mereka terus faham, dan mereka terus beli.

Kalau mereka tengok produk pun susah nak faham, memang susah la diorang nak beli. Dah la nak chat dengan sales reps pun lambat.

Memang bazir jela traffik yang masuk tu.

Faham ke ni?

Kesimpulan Kriteria Wajib Ada Dalam Memilih Produk eCommerce Dropship

Cari produk ecommerce yang hot dan berpotensi untuk kedai dropship ecommerce anda memang mencabar.

In fact, sampai sekarang semua otai-otai ecommerce pun rasa ini benda yang paling mencabar.

Sebab ia sangat susah. Tapi once dah jumpa produk yang hot untuk market anda, memang seronok sangat.

Berbaloi rasa spent masa berjam, berminggu untuk research produk.

Jadi, kalau anda yang masih newbie, jangan terburu-buru buat research.

Ambil masa.

Tapi kalau anda pemalas, dan busy macam saya, boleh la consider guna software product hunting.

Bawah ni saya senaraikan software yang bagus dan senang untuk guna.

Dan kalau boleh, saya sangat galakkan anda cari sampai dapat produk ecommerce yang mempunyai kesemua kriteria yang saya senaraikan diatas.

Jangan takut.

Anda harus faham yang it’s okay to make mistake. Lagi lagi untuk newbie.

Hanya melalui kesilapan anda akan belajar banyak dan jadi semakin mahir.

Gunakan kriteria-kriteria yang saya senaraikan ini sebagai panduan.

Anda juga boleh rujuk tips ini semua dengan more details dalam video dibawah.

Itu sahaja untuk kali ini.

Anda belajar sesuatu?
Ada apa-apa yang anda rasa nak tambah?

Kongsikan pendapat dan feedback anda diruangan komen dibawah.