Baru-baru ni kami bukak offer pada usahawan lain yang nak take over salah satu bisnes dropship e-Commerce kami yang dah terbukti buat jualan. Kami nak jual kedai online tu.

Kedai online ni baru jer berumur 2 bulan lebih, dah mencecah jualan RM19,000 sebelum kami bukak offer tu. Purata jualan RM9,000 sebulan dengan 50% keuntungan bersih lepas tolak semua kos yang terlibat.
Untung dalam 4k sebulan buat bisnes e-Commerce. Duduk rumah, duduk cafe, hadap laptop sambil minum ice blended Cappucino, monitor prestasi iklan dan handle fullfilment secara online jer hari-hari.
Siapa tak nak gaya hidup macam ni, kan?

Nak cakap susah pun tak, nak cakap senang pun tak. Kami dah pun dokumenkan proses buat bisnes e-Commerce ni dalam video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping. Mana-mana bisnes pun kita memang kena belajar dan cuba buat dulu.
Ada sebab kami bagi nama ‘FAST TRACK’ pada video panduan tu. Mindset kami sebagai tenaga pengajar, nak guide anda sampai dapat buat iklan FB Ads Conversion pertama untuk dapatkan 10 jualan pertama bisnes e-Commerce.
Itu yang penting.

Benda-benda yang melambatkan anda buat jualan bisnes e-Commerce, kami tak ajar. Kami ajar proses yang simple, straight to the point dan no fancy-fancy things, gitu. Sebab tu pentingnya ada mindset.
Supaya kami tak lari dari tujuan utama buat video panduan iaitu supaya anda dapat buat iklan FB Ads Conversion pertama dengan cepat dan dapatkan 10 jualan pertama dalam bisnes e-Commerce.
Mindset Buat Bisnes Dropship E-Commerce
Anda sebagai usahawan e-Commerce pun kena ada mindset yang betul. Mindset adalah cara kita berfikir terhadap sesuatu perkara. Macam mana cara kita berfikir, akan mempengaruhi tindakan kita.
Dengan mindset yang betul, anda dapat bertindak dengan cara yang betul dan lebih efektif, dapat tingkatkan keyakinan dan dapat kekalkan motivasi sepanjang mengusahakan bisnes.
Berikut adalah beberapa mindset yang anda perlu ada untuk buat bisnes dropship guna platform e-Commerce;
E-Commerce Hanyalah Platform Jualan! Tak Semestinya Kena Guna FB Ads!
Sebab utama saya nak buat artikel pasal mindset ni sebenarnya saya nak sampaikan point yang pertama ni. ‘E-Commerce hanyalah sebuah platform jualan’. Bagi saya, ada beberapa usahawan yang salah faham pasal ‘bisnes e-Commerce’ ni.
Ada yang ingat…kalau buat bisnes e-Commerce jer, wajib guna FB Ads. Tak wajib pun guna FB Ads. E-Commerce ni salah satu platform jualan, FB Ads pulak salah satu teknik dan strategi marketing. Dua benda yang berbeza dalam proses buat bisnes online.
Hanya disebabkan belum ready untuk laburkan modal minimum RM10 selama 7 hari untuk buat iklan FB Ads Conversion, diorang “tak nak main e-Commerce” katanya.
Guna jer lah e-Commerce. Apa masalahnya?

E-Commerce ni platform yang memudahkan proses educate prospek dan buat jualan tanpa perlu Whatsapp prospek. Lengkap dengan sistem pembayaran automatik.
Tak ready nak guna FB Ads? Okay…guna lah cara lain tarik trafik ke halaman produk kedai online anda. Ini antara lain cara tarik trafik ke kedai online;
- Promosi dalam group FB
- Promosi pada followers akaun Instagram sendiri
- Promosi pada followers akaun Instagram orang lain (Influencer Marketing)
- Promosi kat channel Youtube
- Promosi dalam laman web SEO
- Promosi Guna Google Ads
Jadikan E-Commerce Sebagai Medium Sebar Kebaikan! Bukan Sekadar Menjual Produk!
Mindset kedua ni akan tambahkan keyakinan anda nak promosikan kedai online e-Commerce anda. ‘Jadikan e-commerce sebagai medium sebar kebaikan’. Kalau kita fikirkan balik, bisnes ni sebenarnya membantu orang lain selesaikan masalah.
Sebagai agen dropship, kita adalah ‘orang tengah’ yang promosikan sesuatu produk yang bermanfaat kepada orang yang betul. Itu kerja kita, PROMOSI. Kita sebarkan kebaikan guna ilmu dan skill marketing yang ada.

Sebab tu lah dalam Modul 1 – Cari Produk Hot, kami kongsikan salah satu formula winning product untuk bisnes e-Commerce ialah produk yang ada ciri Problem Solver.
Untuk berjaya dalam bisnes e-Commerce, cari produk yang membantu orang lain selesaikan masalah . Lagi cepat anda buat marketing dan sebarkan kebaikan, lagi cepat anda dapat bantu orang lain.
Buat Bisnes E-Commerce Untuk Jana Pendapatan! Bukan Bina Jenama Besar!
Bila kita sebarkan kebaikan pada orang yang betul, pasti orang akan beli. Dari situ kita jana pendapatan. Untuk fasa awal, kita bukan nak bina jenama besar. Cukup sekadar promosi, hantar produk pada orang yang membeli dan jana pendapatan.

Jadi , tak perlu bazir masa dan tenaga pada benda-benda yang tak penting. Sebagai contoh, ambil masa terlalu lama nak fikir nama bisnes, nak design logo, design video dan gambar iklan, nak cantikkan kedai online dan sebagainya.
Ini yang kami maksudkan kami hanya ajar proses yang simple, straight to the point dan no fancy things dalam video panduan video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping. Benda-benda yang melambatkan anda buat jualan bisnes e-Commerce, kami tak ajar.
Run FB Ads Conversion Pertama Dulu, Baru Sembang!
Dan akhir sekali, bila anda dah langkah kaki dalam bisnes e-Commerce ni nanti, kami mintak anda pasanglah mindset nak run FB Ads Conversion – Website Purchases yang pertama cepat-cepat.
Janganlah nak memandai-mandai cakap bisnes e-Commerce ni susah ke, senang ke, berjaya ke gagal ke. Cuba buat dulu, baru sembang. Haaa gitu. Follow jer apa yang kami ajar dalam video panduan Fast Track kami tu.
Kesimpulan Mindset Buat Bisnes Dropship E-Commerce
Dengan adanya perkongsian mindset buat bisnes dropship e-Commerce ni, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk usahakan bisnes e-Commerce dengan cara yang lebih efektif dan keyakinan yang lebih tinggi berbanding sebelum ni.
- Buat jer satu kedai online e-Commerce sendiri. Tak nak guna FB Ads, cuba belajar teknik dan strategi marketing yang lain.
- Fokus pada sampaikan value dan bantu selesaikan masalah orang lain, anda akan lebih mudah buat jualan dalam apa-apa bisnes pun.
- Luangkan lebih masa pada task yang betul, anda akan lebih cepat capai matlamat.
Cukup sampai kat sini dulu untuk perkongsian kali ni. Sekarang turn anda pulak untuk kongsikan apa mindset lain yang perlu ada pada usahawan yang buat bisnes dropship e-Commerce. Kongsikan kat bahagian komen!