fbpx

PENGARUH WARNA DALAM BRANDING BISNES ANDA

by Jul 11, 2020Pemasaran Digital & Jualan2 comments

Putih bagaikan salji.

Merah likat macam darah.

Kuning bersinar keemasan.

Eh, macam baca puisi tentang warna pula ya?

Ini bukannya puisi, tetapi kita nak bercakap pasal psikologi warna yang boleh mempengaruhi perkembangan bisnes anda.

Peranan warna sememangnya penting dalam hidup kita. Sampaikan mesej tertentu macam yang anda faham pasal bunga dan maksud warnanya tu. Warna juga penting untuk menyerikan suasana. Kalau tak, semuanya monotone. Hitam putih saja. Bosan.

Pilihan warna melambangkan personaliti anda dan ada banyak lapisan cerita yang boleh dihuraikan menerusi warna kegemaran seseorang.

Prinsip yang serupa turut menentukan hala tuju bisnes anda.

Terkini, memahami psikologi warna merupakan strategi pemasaran yang diaplikasikan secara meluas. Sesuatu jenama atau produk akan lebih menonjol berdasarkan permainan warna yang ditampilkan.     

Oleh itu, warna yang digunakan untuk melatari ruang kedai juga penting untuk difikirkan.

Ramai usahawan terlepas pandang, betapa warna-warna yang menghiasi website mereka akan memberi kesan terus kepada emosi pelanggan.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Ya, rona warna yang tepat akan terus melekat pada minda bakal pelanggan. Ada dua kategori pelanggan di sini.

Golongan pertama ialah mereka yang jatuh cinta pandang pertama apabila melayari kedai online anda. Ada yang tidak bertangguh-tangguh lagi dan terus buat tempahan!

Mereka berasa sangat selesa dan memilih untuk menjadi pelanggan tetap anda. Seterusnya, dengan senang hati mereka akan mempromosikan kedai anda kepada keluarga dan rakan terdekat.

Pemasaran dari mulut ke mulut pun terjadi. Best kan?

Berbeza pula reaksi dengan golongan kedua yang mungkin hanya singgah, skrol ke sana ke sini dan lepas tu tinggalkan kedai ecommerce anda. Mereka tak jumpa rasa WOW untuk duduk lama-lama di website anda, jauh sekali mahu buat pembelian.

Ya, salah satu sebabnya ialah warna yang digunakan untuk kedai anda. Nampak tak?

Psikologi Warna

Menurut kajian oleh Seoul International Color Expo, lebih 92% responden berpendapat warna memainkan peranan penting ketika membeli barang dagangan.

Percaya atau tidak, hanya 6% yang berkata deria sentuhan ialah faktor terbesar. Manakala 1% responden memilih faktor bau dan bunyi – berkecuali jika mereka membeli penyegar udara atau muzik.

Kajian lanjut yang dilakukan oleh Institute of Color Research menunjukkan bahawa minda bawah sedar pembeli tidak terpengaruh dengan manusia, keadaan sekeliling dan sesuatu produk dalam tempoh 2 minit pertama.

Lebih utama, 60% ke 90% responden membuat penilaian bahawa ia adalah disebabkan pengaruh warna semata-mata!

Menarik, memang menarik!

Sebagai pemilik bisnes, manfaatkan data ini dan pastikan para pelanggan terpikat dengan warna yang dipersembahkan oleh jenama anda supaya proses jualan terjadi.

Pemilihan warna yang terbaekkk ialah pencetus kejayaan bisnes anda.

Baik, jom kita lihat secara ringkas 11 warna yang menjadi kegemaran ramai pengguna hari ini dan kesannya terhadap pelanggan online.

Coklat

Coklat melambangkan keteguhan dan boleh dipercayai.

Ia mendatangkan rasa tenteram kepada pembeli.

Secara tidak langsung, aura keyakinan akan meningkat. Jika warna ini digunakan dengan amaun yang betul, ia sangat membantu untuk menukar haluan pelanggan yang berpotensi.

Warna ini sangat sesuai untuk kedai kek.

Oren

Oren memancarkan aspirasi dan menampilkan pemiliknya bertenaga.

Ia mewakili keghairahan, keaslian dan permulaan yang segar.

Jika kita padankan warna oren dengan bayangan warna biru, ia akan mengeluarkan aura positif dan memberi getaran yang mengujakan.

Contohnya, kedai cermin mata amat serasi dengan warna oren.

Kuning

Kuning melambangkan suasana yang seronok dan ceria.

Cahaya kuning akan terus menggamit perhatian pelanggan.

Walau bagaimanapun, sebaiknya warna kuning diseimbangkan agar tidak keterlaluan. Pelanggan boleh bertukar fikiran jika melihat tona kuning yang berlebihan.

Kuning paling menyerlah dengan kedai barang permainan.

Hijau

Hijau sinonim dengan ketenangan alam semula jadi dan aura organik. Ppenyejuk mata.

Apabila pembeli melihat kehijauan, secara automatik mereka akan bayangkan sesuatu yang positif, santai, selamat dan harmoni.

Hijau berpadanan dengan kedai menjual barang kebun, baja dan sebagainya.

Merah Jambu

Merah jambu atau lebih popular dengan sebutan warna PINK sering dikaitkan dengan feminin, tapi ia juga boleh menarik perhatian kaum lelaki.

Merah jambu menggambarkan sifat baik hati, romantis dan perasaan cinta.

Pink ada elemen yang menyamankan. Ia berperanan mengimbangi warna-warna agresif seperti hitam, oren dan merah.

Kedai barangan yang sasaran pelanggannya terdiri daripada kanak-kanak perempuan atau gadis remaja sememangnya sesuai dengan latar merah jambu.

Merah

Merah warna yang dominan, original dan seakan memahami emosi pembeli.

Merah selalunya berkaitan dengan cinta, kehidupan dan keyakinan. Ia mampu mengubah pelanggan berpotensi menjadi pelanggan setia sepanjang hayat jika dimanfaatkan sebaiknya.

Tetapi hati-hati, terlalu banyak merah di webpage boleh memberi kesan visual yang keterlaluan dan sakitkan mata juga!

Jika anda mahu menjual teddy bear atau bunga, inilah warna yang paling ngam!

Putih

Putih memancarkan kesucian, kesegaran dan kejernihan. Ia penting kepada hampir semua laman sesawang.

Jangan lupa masukkan ruang kosong berwarna putih di sekeliling isi kandungan supaya pelanggan tidak berasa seakan ‘terkurung’. Rasa rilek.

Warna putih turut bertugas sebagai elemen kestabilan.

Pilih template ecommerce berlatar belakangkan putih yang memaparkan iklan semua fungsi media sosial yang boleh dikendalikan.

Ungu

Sebenarnya ungu sudah lama dikaitkan dengan status, kuasa dan kemakmuran.

Ungu memiliki sensasi tersendiri. Dan ada banyak ton ungu yang berbeza efeknya.

Kepakaran anda memilih dan mengaplikasikan warna ini sangat membantu mendapatkan pelanggan baru.

Contoh bisnes yang paling serasidengan warna ungu ialah kedai pakaian kasual lelaki.

Biru

Biru menyampaikan kepercayaan, ketenangan dan produktiviti.

Biru warna yang paling biasa digunakan untuk kedai online.

Jika anda pengusaha industri hospitaliti terutamanya restoran, elakkan guna warna biru. Ada pendapat mengatakan bahawa dekorasi warna biru berpotensi sebagai pemotong selera. Jadi pilihlah warna lain.

Manakala warna biru gelap sesuai untuk bisnesperabot pejabat.

Kelabu

Kelabu kebiasaannya berhubung dengan kesungguhan dan pemikiran konservatif.

Tona warna kelabu yang tepat, boleh memberi impak penuh sebagai pengisi ruang yang hebat berbanding warna cerah seperti oren, merah dan royal blue.

Contoh yang paling sinonim dengan kelabu ialah kedai kamera dan telefon.

Hitam

Hitam berkait rapat dengan kekuatan, kuasa dan dominan. Apabila digunakan di dalam dunia ecommerce, ia menghantar mesej yang menyakinkan kepada pelanggan berpotensi.

Tapi berhati-hati ya, jika berlebihan nanti lain pula maksudnya.

Ia boleh memberi kesan hambar dan persekitaran yang suram. Guna secara sederhana dan gabungkan juga warna yang tenang untuk kesan yang optimum.

Contohnya, anda boleh khaskan warna hitam untuk butik fesyen mewah dan juga reka bentuk teknologi laman web terkini.

So, Warna Mana Yang Anda Bakal Guna Untuk Branding Bisnes?

Di antara 11 warna yang dicadangkan ini, semestinya ada satu warna yang menawan hati.

Dah nampak warna yang sesuai untuk penjenamaan produk dan servis anda?

Jangan lupa, pilihlah warna dengan bijak bagi meraih ribuan pelanggan yang berkunjung dan berbelanja tanpa ragu!