fbpx

KENAPA PERFORMANCE MARKETING SANGAT PENTING UNTUK GROW BISNES ANDA (PART 1)

by Jul 11, 2020Pemasaran Digital & Jualan0 comments

Buat bisnes, mestilah nak lihat keuntungan.

Tahukah anda, ada garisan halus antara marketing yang bawa untung dan kaedah yang hanya membazirkan masa dan wang.

Tapi, susah nak kesan garisan tu ada kat mana dan jika anda mungkin sedang melintasinya.

Teknik marketing cara lama sememangnya berisiko tinggi, kerana ia tiada ukuran yang tepat. Tiada rekod sistematik.

Sebab itu, peranan performance marketing penting.

Perfomance marketing membantu meringankan permasalahan ini untuk pastikan anda membelanjakan duit demi pengiklanan yang berbaloi. 

Nampak macam rumit, namun tak mustahil untuk kuasainya.

Sama ada anda nak tarik jualan atau aliran trafik ke website, anda boleh capai sasaran ini menerusi performance marketing.

Bayaran, hanya perlu buat selepas sasaran dicapai.

Dalam artikel kali ini kita akan bincangkan tentang:

  • Definisi performance marketing.
  • Kepentingan performance marketing.
  • Contoh dan taktik performance marketing yang biasa.
  • Juga, ada beberapa tip untuk membantu anda bina strategi tersendiri yang mantap.

Definisi Perfomance Marketing

Merujuk nama yang diberi, performance marketing ni lebih kurang macam pemasaran digital di mana sesuatu jenama dibayar mengikut pencapaian kempen mereka.

Asas performance marketing ini hadir dalam pelbagai bentuk dan skala. Tapi sebagai core, terdapat dua pihak utama yang terlibat: jenama atau syarikat yang mahu dipromosikan DAN penerbit atau pemilik bisnes yang mempromosikannya.

Kedua-dua pihak bekerjasama untuk rancang sasaran yang spesifik, strategi dan buat perjanjian untuk merealisasikannya.

Apabila segalanya selesai mengikut terma yang dipersetujui, barulah pemilik jenama akan membayar penerbit bagi kerja yang dah dibuat.  

Selain dua pihak ini, terdapat beberapa jenis rangkaian, platform dan agensi yang menguruskan serta memantau keseluruhan proses.

Okey sekarang jom kita kenali pemain yang turut serta dan bagaimana mereka bermain bersama.

Pemain Performance Marketing

Terdapat 4 entiti yang terlibat dalam membina dan melaksanakan strategi performance marketing:

Jenama itu sendiri yang juga dirujuk sebagai saudagar, peruncit atau pengiklan. Contohnya, syarikat yang menjual produk atau servis yang ingin meraih sasaran tertentu.

Pihak penerbit, turut digelar sebagai affiliate, marketer atau rakan kongsi.

Mereka ini ialah pemilik atau syarikat yang menggunakan 1001 teknik untuk memperkenalkan sesuatu jenama.

Promosi dijalankan menerusi channel mereka sendiri seperti, website, blog atau akaun media sosial.  

Network dan platform. Kedua-duanya ialah pihak ketiga yang menghubungkan jenama dan penerbit, mengatur kempen dan kadar upah serta mengawasi prestasi kempen.

Pemilik jenama tak semestinya perlu melalui network, tapi mereka masih perlukan platform untuk monitor track clicks, jualan dan key performance indicators (KPI) yang lain.

Seiring perkembangan teknologi, sekarang ada banyak firma dan agensi yang menawarkan servis kempen pemasaran.

Bisnes produksi media sosial akan membantu anda dari segi buat videografi, fotografi, copwriting, kawal landing page dan beri panduan untuk search engine optimization (SEO).

Dah faham?

Teruskan membaca, untuk kita gali pula kenapa penting untuk buat pemasaran digital ni.

Kepentingan Performance Marketing

Sebenarnya, performance marketing ialah jalan penyelesaian utama bagi cabaran terbesar dalam dunia pemasaran hari ini: kebolehan, kuasa pemasaran

Biasa terjadi, kita tak dapat kesan mana satu teknik yang menghasilkan input positif dalam bisnes.

Sebab itu, menguasai tindakan yang jadi penghubung sesebuah pelan hingga keluar hasilnya itu sangat penting.

Umpamanya, jika anda tengok carta pengukuran pemasaran, kebolehan untuk menguasai semua jenama channel marketing ialah langkah kritikal untuk memahami punca dan cara pelanggan membeli.

Kefahaman ini boleh bantu anda optimakan pengalaman pelanggan, dari mereka mula kenal jenama anda sampailah ia berakhir dengan jualan.

Sebaik anda dapat pegang kunci yang betul, jenama anda akan meroket.

Perfomance marketing juga terbahagi kepada beberapa jenis, jom kita teknik yang biasa dibuat dalam dunia pemasaran.

Jenis-Jenis Performance Marketing

Performance marketing ialah kaedah jangka panjang yang boleh diaplikasi secara virtual dan dalam pelbagai bentuk pemasaran.

Apa yang pasti, bayaran perkhidmatan dibuat berdasarkan result yang kukuh.

Maksudnya kita boleh letak atau buat beberapa jenis pemasaran digital bawah payung performance marketing, dan biar semuanya beroperasi mengikut terma yang ditetapkan.

Ini termasuk pemasaran dalam bentuk lain seperti:

  • Pemasaran media sosial
  • Pengiklanan original dan tajaan konten
  • Iklan berbayar (mengikut kes tertentu)

Okey jom kita fahamkan dengan lebih lanjut ketiga-tiga aspek ini.

Affiliate Marketing

Anda pernah dengar atau anda sendiri ada join buat affiliate?

Jadi ejen affiliate atau affliator ni memang semakin meluas sekarang. Job yang sesuai bagi sesiapa yang nak buat duit tepi dan mereka yang bekerja dari rumah.

Sesetengah marketer menganggap marketing affiliate dan performance marketing tak jauh beza konsepnya.

Ia nampak serupa kerana dua-dua melibatkan individu atau syarikat yang mempromosikan jenama, dan terima komisen selepas ada hasil.

Tapi ramai pakar setuju bahawa marketing affiliate ialah subset kepada performance marketing.

Sebab performance marketing mampu uruskan kempen dalam skala yang lebih besar dan bervariasi.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, saya akan kongsi satu contoh marketing affiliate.

Contoh ini berkaitan dengan peranan seorang influencer, yang juga memakai topi ejen sebagai ejen affiliate.

Katalah seorang peniaga dropship menjual baju wanita bekerjasama dengan Instafamous yang popular dalam niche fesyen. Pemilik kedai minta influencer anjurkan pertandingan yang mampu meraih 1,000 peserta.

Untuk promosikan pertandingan itu, influencer akan paparkan custom tracked link, sejumlah konten, video dan stories di profil Instagram miliknya.

Kesemua post itu disambungkan ke link pendaftaran.

Klien boleh tahu jumlah peserta yang mendaftar menerusi link khas dan membayar nilai berpadanan.  

Segalanya bersistem dan mudah nak akses.

Jangan tak tahu, penyanyi nombor 1 Malaysia Dato Siti Nurhaliza juga dah mengorak langkah menggunakan servis affiliate.

Pre-order album terbarunya ManifestaSiti2020 terjual sebanyak 1,500 keping CD dalam tempoh sehari saja. CD tau, CD. Kita pun tahu orang dah jarang beli CD sekarang ni.

Itulah aura selebriti popular yang bergabung dengan kegigihan para ejen affiliate beliau.   

Pemasaran Media Sosial

Pemasaran guna medium media sosial semakin dapat perhatian ramai. Ada banyak platform yang tersedia, termasuklah Instagram, Facebook, Twitter, Linkedln dan Snapchat. Kempen performance marketing yang dibuat biasanya melibatkan para influencer dan iklan berbayar. 

Penajaan Konten

Bercakap tentang konten yang ditaja, penerbit akan membina sebuah blog yang di dalamnya terkandung sejumlah konten.

Topiknya mengikut kehendak klien dan bayaran hanya diterima selepas ‘goal’ mereka tercapai.

Iklan yang dibuat haruslah original, di mana kontennya itu direka supaya bersesuaian dengan medium dan audien yang disasarkan.

Perbezaaan utamanya, penerbit bangunkan konten untuk disiarkan dalam media milik sendiri bagi situasi konten yang dapat tajaan.

Manakala pengiklanan original, pemilik bisnes yang sediakan konten dan diberikan kepada pihak penerbit untuk dipaparkan.

Iklan Berbayar

Servis iklan berbayar boleh diletakkan dalam kategori perfomance marketing apabila pemilik bisnes membayar nilai promosi berdasarkan result akhir. Ikut kes.

Berbanding pengiraan secara tradisional yang biasanya ikut jumlah view seperti, cost-per-click (CPC) atau cost-per-thousand.

Sesetengah pakar bisnes cakap proses CPC tu sebahagian dari performance marketing juga. Tapi, ada definisi lebih kukuh untuk proses CPC ni. Macam cost-per-action or cost-per-acquisition (CPA) marketing, dan pay-per-action or pay-per-acquisition marketing (PPA).

Setakat ni boleh faham?

Kita berhenti dulu setakat ni. Sebab cerita pasal performance marketing ni panjang.

KEPENTINGAN PERFORMANCE MARKETING (PART 2)

Macam saya cakap tadi, huraian tentang Performance Marketing tidak sampai di sini sahaja. Sebab topik ini agak panjang.

Kita akan sambung lagi dalam bahagian ke-2 artikel nanti.

Stay tuned.