fbpx
RAHSIA BINA PERSONAL BRANDING TANPA NAMPAK MACAM MENJUAL

Berminat nak libatkan diri dalam dunia bisnes?

Okey, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah personal branding.

Mengikut pengalaman saya, newbie dalam bisnes akan rasa janggal untuk buat personal branding. Kebanyakan team leader biasanya encourage anak-anak buah untuk bina personal branding, tapi mereka pula ada rasa takut dan malu-malu.

Rasa kurang selesa untuk tonjolkan diri pada orang ramai.

Rasa seperti tunjuk pandai dan melebih-lebih.

Pasangan tak bagi keizinan.

Eh, macam-macam alasan lagi yang muncul.

Sebenarnya, jika anda betul-betul faham maksud personal branding, ia tak serumit yang disangka. Jika dibuat dengan cara yang betul, orang lain tak anggap pun kita tengah tunjuk hebat atau memandai-mandai.

Semuanya perlukan ilmu dan gerak kerja yang konsisten saja.

Apa pun jangan risau, teruskan membaca kerana saya akan share dengan anda rahsia di sebalik personal branding ini.

Dah ready ke belum tu?

Dah? Jom mula.

Apa Itu Personal Branding?

Perkara pertama yang perlu kita faham tentang personal branding ini bukanlah semata-mata nak jadi orang yang femes dan glamour. Ada juta-juta followers di akaun media sosial.

Bukan.

Bukan macam tu.

Dan tak perlu pun tunggu anda jadi kaya-raya, ada kereta besar dan rumah mewah 6 tingkat dulu baru nak buat personal branding.

Ramai orang silap faham.

Personal branding ini aktivitinya hanya berkongsi dengan follower tentang kisah kehidupan peribadi, bisnes dan juga karier anda.

Pendek kata, anda gabungkan sekali tiga perkara ini.

Perasan tak kebanyakan jenama terkenal, tak kiralah sama ada di Malaysia mahupun luar negara selalu dikaitkan dengan kisah dan reputasi pemilik jenama itu?

Contohnya, Bill Gates sering dikaitkan dengan Microsoft.

Tony Fernandes pula namanya semakin dikenali setaraf populariti Air Asia.

Dan, apabila menyebut tentang produk kecantikan Simplysiti, mesti nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang orang akan ingat dulu!

Jika diperhatikan, ramai sebenarnya usahawan berjaya di luar sana yang menggunakan teknik marketing zero cost ini. Mereka bijak mencari peluang dan sanggup ambil risiko. Selain mempunyai disiplin yang tinggi serta konsisten, mereka juga ada trademark tersendiri.

Baik, di sini saya buat sedikit ringkasan tentang beberapa langkah untuk membuat personal branding dengan cara yang berkesan:

1. Bina kepercayaan pelanggan anda supaya bisnes mudah berkembang.

2. Aktif bina networking. Lebih ramai orang yang anda kenal lagi bagus supaya banyak idea-idea baru boleh dihasilkan. Nanti nak buat partnership pun senang sangat.

3. Be authentic. Jadilah diri sendiri. Tak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain supaya anda boleh kekalkan reputasi dan momentum anda. Menjadi orang lain ni sebenarnya penat. Bila penat, kita mudah nak mengalah dan down. Nanti ambil masa pula nak bangkit semula. Bisnes dah mula slow dan pelbagai isu pun timbul.

4. Guna nama sebenar anda supaya orang senang percaya. Orang tahu yang anda bukan scammer.  Letak gambar anda sendiri di profile. Seeloknya di bahagian muka anda tu biar jelas.

Dan jangan letak gambar kartun atau haiwan kat profile.

Contohnya ada yang selamba letak gambar kucing sebagai profile picture. Elakkan walaupun anda tu peminat kucing dan kucing tu comel!

5. Cari platform yang bagus. Pastikan juga anda rasa selesa masa guna platform itu. Contohnya, Facebook, Twitter, LinkedIn, Telegram dan sebagainya.

“Langkah pertama yang perlu anda buat apabila ceburkan diri dalam bisnes adalah keluar daripada zon selesa.”

Branding ini sebenarnya gabungan antara jangkaan, ingatan, cerita dan perhubungan. Empat perkara ini boleh mempengaruhi dan jadi penyebab sama ada bakal pelanggan anda mahu memilih perkhidmatan anda atau cari orang lain saja.”

– Seth Godin

Elemen Personal Branding Yang Efektif

Jangkaan Apa yang orang expect tentang kita?Memori Bila orang lain tengok kita, apa yang orang akan ingat tentang kita?Cerita Orang akan kenal kita melalui cerita yang kita sampaikan.Perhubungan Bagaimana hubungan dan interaksi kita dengan mereka? Baik atau buruk? Aktif atau pasif?

Baiklah, tadi saya ada sebut bahawa kekuatan satu-satu personal branding itu tak semestinya bergantung pada jumlah followers yang anda berjaya kumpulkan. Tetapi, ia bergantung pada kerajinan anda mengaktifkan platform yang anda pilih tadi seperti blog, Facebook, Youtube dan sebagainya.

Makin aktif membuat konten, makin gempak personal branding anda.

Makin aktif berinteraksi dengan followers, makin gah personal branding anda.

  • Kalau ada follower tinggalkan komen di posting anda, jangan lupa untuk reply.
  • Menulis dengan kerap di platform yang anda pilih. Nyatakan pendapat anda dalam sesuatu isu, ataupun kongsikan kisah yang boleh dijadikan pengajaran.
  • Selain menulis, anda juga boleh rakam klip video. Katakanlah anda sedang bercuti di Eropah, kongsikan kepada follower anda senarai restoran yang ada menyediakan makanan halal atau tempat shopping yang murah-murah. Ramai orang suka makan dan shopping, kan?
  • Dan jangan lupa tunjuk “behind the scene” bisnes yang anda sedang jalankan. Contohnya, bagaimana cara untuk dapatkan sijil halal JAKIM, staf sedang bungkus parcel pelanggan atau dekorasi butik anda. Anda boleh buat dalam bentuk video atau gambar, terpulang.

Ingat, kita mahu pelanggan kenal kita dan mula berinteraksi dengan kita.

Itulah kunci utama yang membantu kuatkan jenama anda!

“Dianggarkan bahawa 90% daripada pengguna internet adalah silent reader – dan mereka sangat jarang berinteraksi seperti memberi komen, suarakan pendapat, tulis konten dan sebagainya.”

Youtuber Bernama Sugu Pavithra

Anda tak perlu tunggu jadi jutawan untuk cipta personal branding. Orang beshe-beshe pun boleh. Cuba tengok Sugu Pavithra tu. Dia aktif dan konsisten membuat konten di Youtube.

Dia juga kekalkan identiti dan jati dirinya yang sederhana. Tak semestinya perlu guna peralatan dapur yang canggih. Asalkan kemas dan bersih cukuplah.

Berkat usahanya, pendapatan pun dah bertambah. Buktinya, sekarang dia dah boleh pindah ke rumah baharu yang lebih selesa.

  • Konsisten dengan niche yang dipilih iaitu niche masakan. Tidak caca-marba.
  • Pandai ambil hati penonton dengan sebutan bahasa Melayu yang lancar.

Don’t try to be unique. Just be you-nique”

Dalam membina personal branding, ada 3 elemen yang perlu dititikberatkan.

  1. Target audience – Siapa pelanggan yang menjadi sasaran anda?
  2. Nilai yang ditawarkan – Bagaimana anda boleh membantu memudahkan kerja pelanggan?
  3. Keunikan anda – Mengapa pelanggan perlu pilih produk dan perkhidmatan anda berbanding peniaga lain?

Kesimpulan Rahsia Bina Personal Branding Tanpa Nampak Menjual.

Okey, sekarang saya nak ajak anda isi template ini.

Saya adalah [KENALKAN DIRI]. Saya menawarkan [PRODUK/SERVIS] untuk [TARGET AUDIENCE] untuk [VALUE YANG DITAWARKAN]

Tonjolkan personaliti, stail dan prinsip anda!

Dalam membina personal branding tanpa nampak macam menjual, anda mesti amalkan 5 perkara ini:

  1. Kongsikan aktiviti dan cerita anda di media sosial.
  2. Sebarkan kisah anda menerusi konten.
  3. Jadi diri sendiri.
  4. Aktif di media sosial.
  5. Gunakan profil media sosial anda dengan sebaiknya.

Saya harap anda belajar sesuatu dan sharing ini bermanfaat. Semoga anda semua berjaya mencipta personal branding masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK kami HANTAR KONTEN TERUS KE INBOX ANDA?

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship.
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

Dapatkan Update Konten Premium Terus Ke Inbox Anda

Setiap Minggu Saya Akan Hantar Konten Terbaik Saya Untuk Bantu Anda Meroket Dalam Bisnes Dropship eCommerce
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

JOM JOIN KOMUNITI DROPSHIP KARTEL

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship.

Masukkan nama & email aktif anda untuk join komuniti kami sekarang!

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

[FREE MASTERCLASS]

Nak Belajar Cara Buat Bisnes Online Dengan E-commerce Dropshipping?

Dalam panduan video percuma ini, anda boleh belajar Step-by-step cara untuk mulakan bisnes online dropship dengan berkesan.

Takpe saya dah pandai. Terima kasih.
Scroll to Top