Hakikatnya, sekarang sangat mudah untuk anda cari produk yang boleh dijual secara dropship.
Kalau kita scroll kat FB tu, kejap kejap keluar iklan orang cari agent dropship. Mudah sungguh!
Sangat berbeza dengan waktu saya bermula dulu.
Dulu saya siap kena buat surat email untuk minta izin jual secara dropship.
Rata-rata reply email saya dengan bertanya balik apakah itu dropship. Haha.
Cari produk memang mudah. Nak menjualnya agak mencabar sekarang.
Mana tak nya, kalau baling batu, saya yakin insyallah jatuh atas dua kepala orang yang jual barang secara online.
Disebabkan itu, nak tak nak jika anda nak berniaga online, anda perlu belajar dan mahirkan ilmu pemasaran online yang saya nak ceritakan dibawah.
Senjata pemasaran online ni ada banyak, tapi yang kami senaraikan adalah pilihan kami sendiri dan kami rasa sangat sesuai untuk newbie seperti anda mula guna dalam bisnes masing-masing.
Jom kita lihat apa senjata pemasaran online tersebut.
Bina website e-commerce sendiri
Saya letak ini sebagai item pertama untuk anda yang nak mula bisnes online.
Kerana dalam dunia bisnes online, anda wajib mempunyai website. Ia penting dan umpama ‘premis’ sebenar anda.
Cuma sebagai agent dropship, saya sangat galakkan anda untuk melabur dalam membina website jenis e-commerce anda sendiri.
Dengan adanya website seperti ini, anda akan dilihat sebagai profesional dan serius dalam bisnes di mata bakal pelanggan.
Selain itu, sistem yang ada dalam e-commerce juga akan memudahkan anda untuk menguruskan tempahan dengan sistematik dan mudah di masa akan datang.
Untuk membina sebuah website e-commerce yang baik, anda perlu upah seseorang dan kosnya bermula dari RM 2000 dan keatas.
Walaubagaimanapun, saya tahu anda baru bermula, dan tidak tahu selok belok dalam membina website e-commerce. Oleh yang demikian saya galakkan anda guna platform servis seperti Shopify atau Easy Store.
Secara peribadi, jika nak dibandingkan, saya lebih suka guna Shopify.
Ia sangat sempurna dan mudah untuk newbie seperti anda untuk memiliki sebuah website e-commerce yang berprestasi tinggi.

Saya dan rakan-rakan dalam dunia e-commerce pun pakai Shopify saja. Sangat berbaloi dan sangat mudah untuk buat jualan.
Anda boleh cuba gunakan Shopify secara percuma selama 14 hari. Jika anda berminat, baru anda teruskan dengan pakej berbayar serendah 29 USD.
Anda cuba dulu. Klik sini untuk dapatkan trial 14 hari Shopify anda.
Baca Juga : Panduan Lengkap Buat Website eCommerce
Bina blog sebagai senjata pemasaran online utama
Untuk membuatkan anda dilihat sebagai penjual yang dipercayai, anda perlu bina kepercayaan melalui konten-konten yang bermanfaat untuk mereka.
Konten boleh jadi pelbagai, dan boleh dipost melalui pelbagai platform seperi Facebook dan lain-lain.
Tetapi, secara peribadi, saya lebih suka establish trust dan kredibiliti melalui blog.
Ia bukan sahaja memberi manfaat pada audiens anda, tetapi ia membantu anda untuk lebih mudah ranking di halaman pertama Google.
Secara tak langsung, kedai e-commerce anda juga lambat laun akan dihujani pelawat-pelawat yang berkualiti tinggi untuk membeli dari anda.
Anda tak perlu bina satu lagi website khas untuk bina blog anda. Anda boleh sahaja aktifkan fungsi blog melalui website e-commerce anda.
Jika anda gunakan Shopify, ia lebih mudah kerana fungsi tersebut memang telah sedia ada dibina di dalam website e-commerce anda. Hanya aktifkan sahaja dengan satu klik.
Mudah bukan?
Gunakan Facebook Ads
Saya masih ingat pada tahun 2014, iaitu tahun mula-mula saya menceburkan diri dalam dunia bisnes online.
Ketika itu saya cuba menjual barang-barang terpakai saya di internet. Dan senjata pemasaran online yang pertama saya cuba dan belajar adalah Facebook Ads.
Waktu itu saya tekan saja butang apa yang ada. Satu benda pun tak paham. Tapi alhamdulillah semua barang saya jual di Facebook habis dalam masa 2 hari saja.
Saya terkejut beruk juga tengok betapa powernya Facebook Ads ni.
Dari situ saya mengorak langkah untuk mendalami Facebook Ads melalui mentor dan sifu yang proven.
Jadi, anda jangan abaikan kuasa Facebook dalam pemasaran online.
Tapi, perlu hati-hati, Facebook sekarang dah banyak beza dengan yang dulu. Jadi anda perlu belajar selok beloknya. Kalau tidak memang hangus duit iklan anda.
Kalau anda minat nak belajar dengan lebih mendalam cara saya dan student saya buat Facebook Ads untuk eCommerce, anda baca artikel lain.
Baca Juga : CARA BUAT FB ADS YANG IDEAL & BERKESAN UNTUK BISNES E-COMMERCE (LATEST 2020)
Saya ada sediakan complete guide untuk sesiapa yang serius nak belajar.
Gunakan Instagram Ads
Saya tak pasti anda tahu atau tidak, yang Instagram ni dah jadi sebahagian dari keluarga Facebook.
Jadi bila IG dah masuk dalam FB, semua ads untuk IG dibuat melalui Facebook Ads Manager. Anda hanya perlu tambah placement IG sahaja semasa nak buat iklan.
Kenapa IG?
Sebab IG sekarang adalah media sosisl yang paling pantas berkembang, dan ia memhampiri 1 billion jumlah pengguna aktif seluruh dunia.
Apa yang best IG ni adalah kuasa membeli audiens disana lebih kuat berbanding FB. Ini adalah kerana ramai golongan muda millenial suka lepak di sana.
Bagi mereka IG lebih fun, berbanding FB yang sudah jadi seperti pasar malam.
Terlalu banyak iklan dan terlalu ramai orang tua tunjuk pandai. (Ini saya sendiri tanya mereka. Haha)
Oleh yang demikian, kalau anda jual produk yang mensasarkan pada golongan muda, anda wajib cuba Instagram sebagai salah satu senjata pengiklanan online bisnes anda.
Boleh explore lebih banyak pasal Instagram Marketing di link bawah:
Gunakan Google Ads
Saya agak lambat pakai Google Ads jika dibandingkan dengan FB Ads. Saya hanya guna Google Ads pada tahun 2017.
Tapi saya tak nafikan, sebenarnya kalau anda nak power dalam bisnes online, anda perlu power juga dalam Google Ads.
Google Ads ini berbeza konsepnya dengan FB Ads.
FB Ads konsep iklannya adalah jenis ‘push’. Maknanya anda yang cari pelanggan.
Manakala Google Ads konsepnya adalah ‘pull’. Bermakna pelanggan yang cari anda.
Jadi kalau anda dah siapkan website jualan atau e-commerce, anda guna Google Ads.
Lebih murah, senang, dan efektif berbanding Facebook Ads. Ini pendapat dari pengalaman saya.
Kalau anda nak belajar, saya syorkan anda belajar dengan sifu Aulis Uwais. Die terer bab Digital Marketing punya strategi dan taktik.
Belajar dan buat SEO
SEO adalah ringkasan kepada terma Search Engine Optimization.
Terma dia macam canggih tapi simple je.
Ia adalah ilmu taktik dan strategi untuk buatkan website e-commerce anda duduk di halaman pertama search engine seperti Google.
Dengan mendapat ranking halaman pertama, anda akan dihujani dengan banyak pelawat-pelawat masuk ke website anda.
Macam mana nak buat SEO ni?
Banyak cara. Tapi cara paling mudah adalah tetapkan keyword yang relevan pada setiap konten di dalam website anda, supaya search engine boleh keluarkan website anda apabila mereka search keyword tersebut.
Untuk ilmu SEO, saya banyak rujuk kepada Neil Patel.
Beliau memang master dan konten-konten beliau sangat mesra newbie.
Boleh usya blog beliau nanti bila ada masa.
Gunakan influencer sosial media
Ini adalah satu strategi yang sangat best. Sebab ia sangat berkesan.
Berkesan dalam mendapatkan jualan yang baik dalam masa yang singkat. Dan jika kena pada caranya, sangat murah.
Saya pernah cuba jual barang secara dropship untuk pasaran luar. Saya bayar influencer 10 USD untuk postkan video produk saya pada followers beliau, dan alhamdulillah saya dapat jualan 300 USD.

Best kan?
Cuma ada benda yang saya tak suka bila guna influencer, iaitu saya tak boleh kawal dan forecast prestasi apabila menggunakan servis mereka.
Contohnya, saya tak boleh buat apa-apa jika saya nak tambah jualan dari 10 sales kepada 20 sales melalui seorang influencer yang sama.
Saya tiada data dan tiada kawalan terhadap jumlah trafik yang bakal masuk, apatah lagi jualan.
Tapi apa pun, untuk newbie, anda boleh cuba gunakan influencer.
Pastikan jangan ambil influencer yang harganya melebihi RM 100 untuk sekali post. Dan pastikan juga anda pilih betul-betul sama ada influencer tersebut sesuai atau tidak dengan produk yang anda ingin tawarkan.
Kesimpulan Senjata Pemasaran Online Yang Sesuai Untuk Agent Dropship
Anda mesti rasa macam banyak gila benda nak kena belajar pasal pemasaran online ni.
Saya memang perlu bersetuju dengan anda kalau anda decide nak buat semua dan belajar serentak.
Saya sendiri ambil masa lebih 5 tahun untuk belajar semua benda ni. Dah macam ambil degree rasa. Haha.
Jadi, sebagai newbie, saya cadangkan anda pilih dua sahaja. Dan masterkan kemahiran untuk dua bidang tersebut untuk tahun pertama ini.
Nanti bila anda dah ada keyakinan dan modal, anda boleh tambah skill baru atau upah orang buatkan bagi pihak anda.
Itu sahaja kali ini. Saya harap bermanfaat perkongsian kali ini.
Ada apa-apa anda nak tanya saya?
Atau ada apa-apa anda nak tambah?
Kongsikan pertanyaan, dan pendapat anda di ruangan komen dibawah.