Seller Shopee Buang Harga? Jadikan Supplier Bisnes Dropship E-Commerce Anda! | Dropship Kartel

Seller Shopee Buang Harga? Jadikan Supplier Bisnes Dropship E-Commerce Anda!

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Supplier Bisnes Dropship Ecommerce Shopee

Shopee terkenal dengan ‘peniaga buang harga produk’ dalam kalangan usahawan bisnes dropship dan pre-order. Sebab banyak produk yang bagus, dijual dengan harga yang sangat-sangat rendah. Sesetengahnya dah boleh jangka, ada yang ambil untung sekadar 2-3 ringgit jer.

Dalam artikel kali ini, saya explain kenapa Shopee adalah salah satu lubuk untuk dapatkan supplier bisnes dropship anda. Jom!

Kenapa Ada Isu Buang Harga Kat Shopee?

Kalau anda nak tahu kenapa orang cakap ‘peniaga Shopee buang harga’, anda kena tahu dulu siapa peniaga-peniaga yang ada kat Shopee ni. Sebab peniaga ni ada model bisnes yang berbeza.

Dalam kes ni, kita ketepikan produk-produk branded dan produk-produk dari founder. Sebab bisnes besar ni biasanya memang kawal harga produk diorang. Cuma produk-produk yang kebanyakannya dari China ni yang harganya tak dikawal. Bergantung ada peniaga nak jual berapa.

Untuk tunjukkan kat anda dengan lebih jelas, saya akan gunakan keyword ‘Women’s Hello Kitty Watch’ sebagai contoh untuk buat carian kat Shopee. Lagipun keyword ni memang keluar sebagai ‘recommended’ bila saya bukak laman web Shopee tadi.

Peniaga Dari China Jual Murah

Ya, peniaga yang ada kat Shopee bukannya dari kalangan usahawan Malaysia jer, tapi ada jugak peniaga dari negara China. Produk yang diorang jual ada kat China. Kalau anda order, produk dihantar dari China ke alamat anda.

Sebagai contoh, kalau kita tengok kat bahagian ‘Top Sales’ untuk keyword ‘Women’s Hello Kitty Watch’ ni, jualan tertinggi semuanya adalah peniaga ‘from overseas’. Hampir semua ‘fromoverseas’ tu adalah peniaga dari China.

Kenapa jualan tertinggi ni dimonopoli oleh peniaga dari China?

Sebab diorang boleh bagi harga murah! China kan ‘kilang dunia’.

Banyak pilihan produk yang best-best, diorang boleh jual dengan harga murah. Harga shipping pun murah, lebih kurang RM5 jer siap ada tracking number lagi.

Inilah peniaga utama kat Shopee yang menampakkan peniaga kat Shopee ni ‘buang harga’. Haha.

Cuma kekurangannya, tempoh penghantaran ambil masa jangkaan 7-10 hari bekerja. Dan kebiasaannya barang-barang murah ni dibungkus guna plastic dan paket kecil jer. Semua produk dalam halaman pertama ‘Top Sales’ tu adalah peniaga dari China.

Peniaga Malaysia Beli Borong Dan Jual Murah

Memang susah nak jumpa peniaga Malaysia yang dapat antara jualan paling tinggi dalam keyword ni. Sebab susah nak bersaing dengan peniaga dari China yang ada jauh lebih banyak pilihan produk dan menjual dengan harga yang sangat rendah.

Kalau saya tapis ‘Top Sales’ dalam kalangan peniaga ‘Local’ (peniaga tempatan) untuk keyword ‘Women’s Hello Kitty Watch’, paling tinggi pun jualan masih tak lebih 10 unit, huhu. Pilihan produk pun tak banyak.

.

Tapi ada jugak antara peniaga Malaysia ni, yang boleh jual dengan harga boleh tahan rendah (walaupun tak serendah peniaga dari China). Kenapa?

Sebab diorang adalah peniaga yang ada modal untuk beli produk secara borong dari China. Bila beli borong produk tertentu, boleh dapat harga lebih murah. Jimat pada kos shipping dan kelebihannya produk jadi ready stock kat Malaysia.

Sebab tulah diorang boleh jual dengan harga boleh tahan murah. Satu-satunya cara terbaik kalau nak bersaing harga dengan peniaga dari China tadi. Kena ada modal dan beli borong.

Peniaga borong ni cuba untuk bersaing harga dengan peniaga dari China tadi untuk dapatkan jualan kat Shopee. Keadaan ni menambahkan lagi perisa yang peniaga kat Shopee ni buang harga. Huhu.

Peniaga Kecil yang Terkesan!

Peniaga yang terkesan dengan keadaan ‘buang harga’ ni ialah usahawan kecil yang berniaga guna model bisnes pre-order. Kalau kita tengok niche buat bisnes online dalam 2 tahun yang lepas ni, banyak panduan beli borong China dan panduan bisnes Shopee yang naik.

Usahawan yang berniaga guna model bisnes pre-order ni sebenarnya ialah usahawan dropship jugak. Jadi orang tengah, promosi dan ambil order. Cuma disebabkan diorang ambil produk dari China yang mana tempoh penghantarannya lebih lama, kita panggil pre-order.

Usahawan yang buat pre-order dari China ni asalnya sebab banyak pilihan produk yang best-best dengan harga yang murah supaya dapat jual balik kat Shopee.

Tapi bila kat Shopee sendiri ada peniaga dari China yang jual dengan harga supplier, sebab tu lah peniaga pre-order atau dropship ni susah sikit nak menjual kat Shopee dari segi harga. Melainkan diorang buat model bisnes pre-order atau dropship ni kat platform lain. Nak jual kat mana tu? Ehem…teruskan bacaan…

Jadikan Shopee Sebagai Supplier Bisnes Dropship E-Commerce Anda!

Memandangkan banyak pilihan produk yang murah-murah kat Shopee akibat peniaga Shopee ‘buang harga’ ni, usahawan pre-order atau dropship boleh ambil peluang ni dengan jadikan diorang ni sebagai supplier bisnes dropship e-Commerce anda nanti!

Jadikan peniaga Shopee dari China dan peniaga borong ni tadi sebagai supplier bisnes dropship produk untuk anda jual kat kedai online e-Commerce sendiri.

Supplier Bisnes Dropship Shopee

Rasanya ramai yang tak tahu dan tak pernah terfikir idea ni. Anda boleh jadi agen dropship kepada peniaga-peniaga kat Shopee. Kebanyakan peniaga kat Shopee memang mengalu-alukan anda dropship produk diorang.

Macam mana nak komfemkan samaada kita boleh jadi agen dropship produk diorang?

Ada dua cara. Cara pertama, anda pilih produk kat Shopee yang anda nak jual secara dropship, dan nak jadikan mereka sebagai supplier bisnes dropship.

Masuk ke bahagian kedai (View Shop) peniaga yang menjual produk tu dan tengok pada ‘Shop Description’. Biasanya mereka akan tulis ‘dropshippers are welcome’, ‘dropship wanted’ dan sebagainya.

Cara kedua, anda boleh terus chat peniaga untuk produk tu dan tanya, “Hi, do you offer dropship program? I’m interested to promote anda dropship products in your store. TQ!”. Kebanyakannya memang boleh dropship, tak ada masalah.

.

Belajar Buat Bisnes Dropship E-Commerce Dalam Panduan Fast Track To E-Com Dropshipping!

Dalam Modul 2 video panduan Fast Track To E-Com Dropshipping, kami ajar anda macam mana nak cari supplier bisnes dropship yang mempunyai ready stock di Malaysia untuk jual melalui kedai onine e-Commerce sendiri.

Kami jugak tunjukkan cara cari supplier produk kat Shopee yang reliable dan trusted.

Kita jadikan isu buang harga kat Shopee sebagai kelebihan untuk kita sebagai usahawan dropship dan pre-order. Banyak produk yang bagus dan best-best dijual dengan harga yang murah kat Shopee.

Anda cuma perlu belajar macam mana nak cari ‘winning product’ kat Shopee dan jual dengan harga lebih tinggi guna kedai online e-Commerce sendiri. Kesimpulannya, setiap peniaga ada model bisnes yang berbeza.

‘Peniaga Shopee buang harga’ bukan bermaksud dah tak ada peluang langsung nak jana pendapatan kat Shopee. Banyak jer usahawan yang berjaya buat jualan ribu-riban guna model bisnes pre-order kat Shopee.

Banyak faktor yang mempengaruhi jualan bisnes online anda. Bergantung pada kajian dan pemilihan produk yang anda nak jual, pemilihan niche bisnes, model bisnes yang anda gunakan dan cara anda promosikan produk anda.

Cuma kalau anda rasa tak boleh nak bersaing dengan peniaga kat Shopee, anda boleh jadikan diorang sebagai supplier dan jual kat tempat lain pulak. Okay, cukup sampai kat sini dulu untuk artikel kali ni, jumpa anda lagi dalam artikel lain nanti!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK kami HANTAR KONTEN TERUS KE INBOX ANDA?

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship.
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

Dapatkan Update Konten Premium Terus Ke Inbox Anda

Setiap Minggu Saya Akan Hantar Konten Terbaik Saya Untuk Bantu Anda Meroket Dalam Bisnes Dropship eCommerce
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

JOM JOIN KOMUNITI DROPSHIP KARTEL

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship.

Masukkan nama & email aktif anda untuk join komuniti kami sekarang!

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

Scroll to Top

TUNGGU DULU!

Nak tahu camne student saya buat 5 angka sebulan hanya dari bisnes dropship ecommerce?

Kalau nak, anda boleh dapatkan panduan 6-Step Mudah Buat Bisnes Dropship eCommerce dengan Berkesan & Pantas secara PERCUMA!