Okay. Sekarang anda dah jadi agent atau dropship untuk sesuatu produk.
Masalah mencari produk dah selesai. Anda dah pilih produk terbaik dan harapnya produk tersebut menepati kriteria yang saya sudah ceritakan didalam artikel yang sebelum ini.
Satu benda dah setel. Sekarang benda lain pula. Iaitu, pada siapa anda nak menjual?
Mungkin ini kali pertama anda berniaga. Atau mungkin anda ini jenis introvert macam saya.
Dan sebenarnya, cara untuk dapatkan customer pertama boleh kata susah. Sebab orang belum kenal anda. Dan anda pun tak tahu cara-caranya.
Tapi percayalah, kalau anda berjaya dapat 10 pelanggan pertama ini, pelanggan yang seterusnya anda dah tak susah untuk cari.
Kerana method dan taktik yang sama anda boleh gunakan dan anda boleh dikatakan semakin mahir.
Yang susah hanya untuk permulaan ini sahaja.
Oleh itu, dalam artikel ini saya berikan beberapa tips dan cara dapatkan customer yang simple tapi power.
Dah jom kita tengok apa tips yang saya nak bagi.
Whatsapp kenalan, rakan-rakan, atau keluarga tentang bisnes anda
Bagi anda yang baru bermula, secara umumnya anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk buat marketing.
Melainkan anda memang asal anak orang kaya yang mewarisi perniagaan ibu bapa. Itu cerita lain.
Jadi, kalau kita sebagai peniaga hingusan yang baru nak berjinak-jinak merasa dunia bisnes ni, apa perlu kita buat untuk dapatkan 10 pelanggan pertama, tanpa keluarkan kos pengiklanan.
Senang je. Bagitahu member-member, kenalan, mahupun keluarga. Bagitahu mereka dan pujuk mereka beli.
Anda buat begini:
- Buka satu spreadsheet,
- Senaraikan nama dan nombor telefon yang anda save dalam handphone.
- Pilih 100 orang pertama dan whatsapp mereka dan bagitahu tentang bisnes anda.
- Lepas habis 100 yang pertama, ulang untuk 100 yang kedua, sampailah senarai contact anda habis.
Itu saja. Insyallah kalau anda buat, bukan setakat 10 sales dapat, silap haribulan 50 sales pun boleh. Saya tahu sebab saya pernah buat.
Cuba dulu. Benda free ni.
Bina online positioning di Facebook personal.
Sebenarnya kan, Facebook profile personal kita pun boleh guna sebagai cara dapatkan customer awal-awal ni.
Dari meroyan post benda tak bermanfaat, baik kita gunakan untuk sebar konten bermanfaat untuk bakal pembeli kita supaya mereka nampak kita serius, dan pakar dalam membantu menyelesaikan masalah mereka.
Ada kenalan saya buat bisnes online, memang guna method ini saja. Beribu-ribu juga jualan sebulan.

Tak perlu pakai duit buat iklan pun. Cuma masa saja yang kena labur sikit untuk uruskan semua promosi secara manual.
Apa-apa pun ia sangat bagus untuk anda sebagai pemula bisnes.
Sebarkan di Facebook Group.
Tahukah anda bahawa anda boleh capai beratus ribu orang hanya melalui Facebook Group?
Ya. Dengan hanya Facebook Group anda boleh dapat banyak gila leads atau bakal pelanggan secara percuma.
Cuma, tricknya disini adalah anda perlu pilih group yang bersesuaian dengan niche produk anda.
Contoh, anda jual barang kereta, pergi masuk group peminat kereta dan sebarkan info produk anda disitu.
Jangan anda masuk group kaki pancing kalau dah tahu jual barang kereta. Itu dah salah target audience tu. Buang masa je iklan dalam tu. Silap haribulan kene tendang keluar dari group.
Tapi nak iklankan dalam group dan kaut hasil yang bagus, ada strategi dan taktik tertentu anda kene buat.
Ini disebabkan Facebook Group sebenarnya bukan tempat menjual, tapi lebih kepada tempat untuk berbincang sesama komuniti.

Oleh yang demikian, bila anda baru sahaja masuk group tersebut, jangan terus menjual. Share konten bermanfaat dulu. Bagi orang selalu nampak anda.
Lepas itu sekali sekala post la iklan. Insyallah orang akan tertarik nak beli dengan anda sebab sudah percaya.
Teknik ni ada sifu underground yang kenalkan pada saya.
Amacam? Try la kalau tak percaya.
Iklankan di dalam marketplace percuma
Salah satu tempat yang anda boleh cuba untuk promote produk atau servis anda adalah dengan menggunakan marketplace.
Apa dia marketplace ni?
Nak senang paham camnilah. Korang kenal laman Shopee, Lazada, Mudah Dot My, atau Apps nama Carousell?
Ha itulah dia marketplace. Kalau offline, sama je macam pasar malam, pasar tani etc. Cuma konsep marketplace yang saya kenalkan ni adalah untuk online.
Korang boleh gunakan laman web, atau apps yang bersifat marketplace ni.

Jika produk anda itu demandnya sentiasa ada, pasti ada buyer disitu yang bersedia untuk membeli. Sebab orang yang dah ready untuk membeli sahaja akan masuk marketplace ini. Selain dari itu semua buyer.
Anda juga boleh cuba fungsi marketplace di dalam aplikasi Facebook. Sangat simple dan boleh tahan senang juga untuk buat sales.
Post saja ayat iklan macam biasa. Nanti automatic post tersebut akan ditukar kepada ‘Offer Post’.
Bila anda tengok post anda dah jadi offer post, itu bermakna produk yang anda upload itu sudah automatik disenaraikan dalam marketplace Facebook.
Cubalah dulu.
Buka Kedai Shopee
Antara method promosi yang tengah hot dan trending sekarang adalah menerusi Shopee.
Tahukah anda yang Shopee dah potong Lazada sebagai laman e-commerce terbesar di Malaysia?
Jumlah pengunjung yang masuk dalam Shopee untuk sebulan pun dah ramai gila. Lagi ramai dari jumlah total penduduk Malaysia.
Orang sekarang memang suka shopping di Shoppe sebab ia lebih selamat untuk orang membeli. Dan seller untuk buka akaun kedai Shopee pun mudah sebab percuma.

Cuma untuk bersaing dengan seller yang dah popular agak mencabar, tapi tak mustahil kalau anda sudah ada ilmu dan taktik yang proven dari otai-otai Shopee.
Anda boleh terus belajar direct dari otai tersebut. Saya sendiri pun belajar dari mereka ini.
Kalau anda berminat untuk belajar tentang bisnes di Shopee, boleh usha terus dilaman web ini.
Lebih elok belajar sekali listkan dan jual produk anda di Lazada. Baru peluang buat sales tu makin cerah. Klik sini.
Gunakan iklan online berbayar seperti Facebook Ads & Google Ads.
Bagi yang ada sedikit modal untuk dilaburkan untuk marketing, saya cadangkan guna perkhidmatan iklan dari Facebook dan Google.
Ia lebih cepat, mudah, dan kos efektif. Kos efektif ini bukan bermaksud murah. Maksudnya ia mampu memberi anda pulangan yang baik, jika anda tahu selok beloknya.
Apa yang perlu anda ada hanyalah dua benda. Iaitu, Facebook Page bisnes anda, dan juga akaun Facebook Ads.
Dah ada dua ini, anda dah ready untuk mulakan iklan berbayar. Anda boleh mulakan serendah RM 5 untuk mula beriklan.
Cuma, saya sarankan bagi yang tak nak bajet marketing hangus begitu sahaja, anda pergilah belajar dari pakar.
Even saya pun ada sediakan panduan buat FB Ads, khusus untuk eCommerce. So far feedback sangat positif. Alhamdulillah syukur.
Boleh klik sini untuk belajar.
Baca Juga : Cara Buat FB Ads Yang Ideal & Berkesan Untuk Bisnes Ecommerce
Itu untuk Facebook.
Untuk Google Ads pula, anda perlukan website atau landing page produk anda. Dan anda juga perlukan akaun gmail untuk buka akaun Google Ads anda.
Sama juga, anda boleh bermula dengan bajet serendah RM 5.
Seperti Facebook Ads, Google Ads ini juga agak teknikal. Jadi anda perlu tahu dan belajar selok beloknya supaya dapat hasilkan iklan bagus.
Kalau anda serius nak belajar, boleh belajar dari seorang sifu ini. Saya pun belajar dari beliau.
Boleh klik sini untuk belajar dari beliau.
Bina website e-commerce
Percaya atau tidak, saya jangka lagi 2 tahun, kebanyakan seller online dah tak pakai lagi whatsapp sebagai medium utama untuk close sales.
Semuanya akan diautomasikan menggunakan chatbot dan juga e-commerce.
Jadi, kalau anda nak positionkan bisnes supaya boleh bertahan dalam jangka masa panjang, better terus mula belajar bina bisnes online menggunakan platform e-commerce.
Ada banyak platform e-commerce yang bagus dan canggih.
Dan kalau rajin dan ada kemahiran teknikal, boleh lah buat website e-commerce anda sendiri menggunakan wordpress.
Tapi bagi kebanyakan seller online baru seperti anda, saya tak galakkan.
Baca Juga : Panduan Lengkap & Mudah Buat Website eCommerce Sendiri
Sebab anda akan ambil masa berminggu-minggu untuk belajar setup, dan design. Anda boleh upah orang tapi harganya sangat mahal.
Kos untuk upah orang buat website e-commerce wordpress, adalah bermula dari RM 2500 hingga ke puluhan ribu. Itu pun berminggu baru siap.
Bagi saya better anda pakai platform ready-made seperti Shopify. Anda tak perlu mahir bab teknikal. Sangat sangat mudah. Dalam 30 minit pun boleh siap kedai anda dan terus menjual.

Cumanya platfrom ini anda bayar bulan-bulan. Macam sewa kedai juga la. Harga bayaran bulanan bermula dengan 29 USD.
Saya sendiri pakai. Jadi saya galakkan anda pakai sebab ia sangat mudah, reliable, dan performance wise memang sangat baik.
Kalau anda nak cuba guna Shopify, anda boleh dapatkan access 14 hari trial untuk anda main-main dan cuba.
Boleh dapatkan disini.
Direct selling
Kalau anda jenis hati kering, boleh try buat direct selling. Ala yang macam orang datang kat kedai time anda makan tu, itu salah satu direct selling lah.
Saya guna approach direct selling ni masa jadi agent insurans dulu. Muka memang kene tebal, baru poket tebal beb. Hehe.
Dari segi keberkesanan, memang sangat berkesan, sebab sekali anda dah berjaya tarik perhatian prospek, biasanya mereka susah nak lari dan anda ada banyak peluang untuk close mereka.
Ada sesetengah pembeli suka pada approach direct selling, sebab ia nampak lebih dipercayai, berbanding dengan seller online yang banyak jadi scammer sekarang.
Cubalah.
Boleh cuba buat direct selling pada kawan-kawan dulu. Insyallah menjadi. Paling kuat pun mereka beli sebab kesian dengan anda.
Okay lah tu. Boleh kumpul modal. Hehe.
Sediakan program insentif untuk referral
Program insentif ni maksudnya anda bagi mereka insentif, mungkin dalam bentuk komisyen pada sesiapa yang bawakan anda customer.
Biasanya, saya guna teknik ini pada orang yang dah pernah beli dari saya. Sebab biasanya bila mereka sendiri pakai, mereka lebih yakin untuk promote produk anda pada kenalan mereka.
Kiranya mereka ini macam agent tak berdaftar bagi pihak anda.
Yang biasa guna teknik ini adalah orang-orang yang menjual produk digital, software, insurans, kereta, rumah dan juga MLM.
Kesimpulan 9 Cara Dapatkan Customer Pertama Anda Sebagai Agent Dropship
Semua taktik yang saya kongsikan diatas semua saya dah buat dan cuba.
Ada yang saya minat dan ada yang saya tak minat.
Semuanya bergantung pada kekuatan masing-masing. Tapi untuk permulaan, anda wajib cuba semua. Baru anda tahu mana satu yang menjadi untuk anda.
Saya harap dari perkongsian saya kali ini memberi manfaat untuk anda.
Anda ada apa-apa tanya?
Boleh saya tahu macam mana kaedah anda untuk dapatkan pelanggan?
Share pengalaman anda diruangan komen dibawah!