8 Tips Penting Buat Bisnes Online Dropship | Dropship Kartel

8 Tips Penting Buat Bisnes Online Dropship

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Tips Mula Bisnes Sebagai Agent Dropship Berjaya

Zaman sekarang boleh katakan semua orang nak buat bisnes online.

Senang cakap, kalau kita ambil batu dan baling, mesti akan jatuh atas kepala orang yang buat bisnes online. Ha, macam tu lah nak bagi analogi untuk menunjukkan betapa ramainya orang berbisnes.

Saya tak terkejut.

Sebab kita sendiri boleh rasa betapa peritnya kehidupan moden sekarang.

Lebih-lebih lagi bagi yang hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sekitarnya. Perit!

Mengikut kajian ahli ekonomi dan akademik tempatan, purata pendapatan sebulan yang diperlukan seseorang untuk hidup sederhana dan boleh dikatakan selesa sedikit adalah sebanyak RM 7000!

Pendapatan Purata Isi Rumah Malaysia Hanya Di Paras RM 5,228 Pada Tahun 2016!

Banyak tu. Tapi jika dilihat dan diteliti, itulah hakikatnya. Saya faham, majoritinya, malah saya sendiri mempunyai income bawah RM 7000. Dan kebanyakannya berada pada paras RM 3000 sebulan sahaja.

Oleh kerana itu, desakan untuk berbisnes amat tinggi, dan saya boleh kata sebenarnya anda wajib mulakan bisnes hari ini.

Kalau tak sampai bila-bila anda akan tersepit dalam masalah kewangan.

Namun, untuk mulakan bisnes tidaklah sesukar seperti 20 tahun lepas.

Dengan kepesatan teknologi dan internet, anda boleh kaut pendapatan tambahan. Malah, berpeluang cerah untuk jana pendapatkan melebihi dari gaji anda sekarang.

Tambahan pula, anda tak perlu berhenti kerja. Anda boleh buat secara sambilan hanya dirumah. Apa yang anda perlukan hanyalah handphone dan internet.

Buat Bisnes Online Dropship Kartel
Beberapa Idea Untuk Membina Pendapatan Dari Rumah Dengan Menggunakan Platform Online

Sebagai permulaan, saya sarankan anda untuk bermula buat bisnes online dengan menjual produk orang lain sebagai agent dropship.

Bagi anda yang tidak tahu apakah itu bisnes dropship online dan bagaimana untuk bermula, saya ada huraikan caranya di dalam artikel ini.

Pastikan baca sampai habis ya. Jom kita mula!

Apa Maksud Buat Bisnes Online Secara Dropship?

Selalu tak dengar di internet orang buat bisnes dropship? Bila orang cakap camtu ada idea tak sebenarnya dia buat bisnes apa?

Kalau anda blur, biar saya cerita.

Sebenarnya, bila ada orang cakap die buat bisnes dropship, maksudnya dia merujuk pada diri dia yang menjual barang secara dropship.

Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya adalah agent yang tukang promote dan menjual barang orang lain.

Konsep dropship online ini simple je sebenarnya.

Tugas utama anda hanya promote di internet dan jual secara terus pada pengguna akhir.

Tapi yang bestnya adalah, anda tak perlu pegang produk. Dan urusan tempahan dan penghantaran produk semuanya dijalankan oleh supplier.

Rasa kalau tulis macam ni susah nak faham.

Jadi saya sediakan diagram dibawah bagi bantu anda faham konsepnya.

Model Bisnes Dropship Melalui Internet

Kalau anda tengok dalam diagram diatas, anda hanya perlu jual. Dan bila ada order masuk, anda hanya perlu hantar order tersebut pada supplier dan bayar pada mereka dengan harga diskaun.

Manakala urusan penghantaran akan diuruskan oleh supplier.

Disebabkan tadi anda bayar pada harga diskaun, maka secara langsung lebihan duit yang masuk pada akaun anda adalah dikira sebagai untung anda.

Mudahkan?

Saya memang suka konsep dropship ini. Malah saya dah mula buat sejak 2014 lagi hingga sekarang.

Antara kelebihan anda buat bisnes online secara dropship adalah.

  • Anda boleh bermula dengan modal rendah.
  • Tidak perlu beli stok
  • Tidak perlu pening urusan packing dan kurier (fulfillment)
  • Boleh buat dirumah. Hanya perlukan komputer dan internet.
  • Hanya perlu fokus pada marketing dan sales sahaja bagi mendapatkan pelanggan.

Secara kesimpulannya, jika modal adalah halangan anda mula bisnes, maka model bisnes dropship adalah model yang paling sesuai untuk anda bermula.

Percaya atau tidak, melalui dropship sahaja saya mampu buat jualan sehingga 6 angka sebulan pada tahun 2014 hingga 2016.

Sampaikan saya berhenti kerja kerajaan untuk fokus pada bisnes. Gila kan?

So jangan pandang rendah pada potensi bisnes secara dropship ini.

Baca juga : Panduan Simple Mula Bisnes Dropship Online 2020.

Tetapkan Mindset Yang Betul

Dalam apa jua pekerjaan yang kita buat, mindset adalah perkara paling penting. Ini termasuklah dalam menjalankan bisnes dropship online.

Sebab apa saya kata ia penting?

Sebab dunia bisnes sangat susah, kejam dan meletihkan.

Jika anda tidak pasakkan mentaliti yang betul, anda akan cepat menyerah kalah dan give up.

Mindset Bisnes Yang Betul

Anda ingat saya buat bisnes online terus boleh dapat hasil jualan yang banyak?

Tidak!

Sebelum tu entah berapa kali dah saya gagal. Macam-macam bisnes buat, dan beribu duit habis kerana mencuba itu ini.

Jadi kalau anda rasa bisnes boleh buat anda cepat kaya, lebih baik anda tukar mentaliti atau jangan langsung berbisnes.

Silap haribulan, anda tak kaya, malah dapat penyakit seperti kemurungan akibat tekanan melampau.

Cadangan saya, jangan terlalu obses pada keinginan berbisnes sebab nak cepat kaya.

Tetapi, anda perlu fokus dan obses pada proses dalam membina sebuah bisnes yang berjaya.

Kerana hanya itu sahaja perkara yang didalam kawalan anda. Bukannya hasil akhir.

Dan satu lagi, kalau anda rasa kerja dengan orang itu susah, saya nak beritahu jujur dengan anda, bisnes 10 kali lebih susah.

Jadi pastikan anda terus usaha, usaha, dan usaha jika anda serius ingin berjaya.

Tetapkan Matlamat Jangka Masa Pendek Dan Panjang

Bisnes kecil atau besar, anda wajib mempunyai matlamat yang jelas.

Bayangkan anda sedang memandu kereta tanpa destinasi yang ingin dituju.

Pasti penat bukan? Minyak habis. Hasil pun tiada.

Begitu juga dalam bisnes. Tanpa destinasi jelas yang ingin dituju, anda seperti hampir pasti menempah tiket untuk gagal.

Bagi memudahkan anda menetapkan matlamat untuk buat bisnes online kali ini, saya cadangkan anda ikut formula SMART.

SMART ni sebenarnya adalah sebuah akronim yang mewakili item berikut:

S – SPECIFIC.
M – MEASURABLE
A – ACHIEVABLE
R – RELEVANT
T – TIME BOUND

Penetapan Goal Bisnes Menggunakan Formula SMART

Gunakan formula ini untuk cipta semua statement goal anda.

Sebagai contoh:

“Bisnes saya perlu jana sekurang-kurangnya RM 3k sebulan melalui penjualan product A, dalam tempoh 3 bulan yang pertama”

Statement di atas adalah satu statement yang lengkap menggunakan formula diatas.

Oleh yang demikian cuba senaraikan matlamat bisnes yang anda ingin capai dalam masa 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, dan 3 tahun.

Dan lepas dah senarai, touch up matlamat tersebut supaya lebih jelas menggunakan formula diatas.

Kenalpasti Apa Minat, Pengalaman Dan Kelebihan Diri

Lepas anda dah siap buat statement matlamat bisnes anda, sekarang saya nak anda ambil kertas kosong dan pen.

Lepas itu bahagikan pada 3 kolum. Buat macam gambar dibawah.

Bisnes Yang Patut Anda Buat Adalah Bisnes Yang Berkaitan Dengan Minat, Pengalaman, Atau Kemahiran Yang Anda Ada.

Tujuan saya nak anda buat macam ni adalah supaya saya nak anda buat refleksi diri sebelum mulakan bisnes.

Saya nak anda kenalpasti apa minat, pengalaman dan kelebihan yang ada supaya anda boleh gunakan ia dalam memilih produk yang betul untuk dijual.

Kalau anda nak berjaya sebagai agent dropship, anda ikut cakap saya.

Sebab melalui tiga benda inilah yang akan membantu anda create unfair advantage untuk diri anda apabila menjual.

Kerana anda perlu ingat, bukan anda seorang saja agent yang menjual produk yang sama. Ramai lagi.

Belum campur anda bersaing dengan produk dan jenama lain lagi.

Sebab itu benda ini penting kerana ia boleh bagi kelebihan dan keunikan anda berbanding penjual lain.

Dan satu lagi, melalui aktiviti ini, anda sedikit sebanyak boleh kurangkan risiko tersalah pilih produk, dan juga untuk elakkan semangat anda cepat lemau dalam berbisnes.

Faham ke apa saya bebel?

Pilih Produk Yang Sesuai Untuk Anda Bermula

Ini benda yang saya paling suka sampaikan. Sebab ramai gila yang bermula dengan produk yang salah.

Memang rugi. Banyak duit habis, masa habis bila kita promote produk yang salah.

Salahnya tu bukan sikit-sikit. Macam segenap segi salah.

Tapi saya faham kenapa jadi macam tu. Isu utamanya pengalaman.

Bagi orang yang dah berkecimpung dalam bidang ini untuk sekian lama, mesti faham.

Ada Berjuta Produk Yang Anda Boleh Jual Secara Online. Persoalannya sekarang adalah, MANA SATU NAK JUAL?

Sebenarnya ada artikel lain yang saya tulis berkenaan ini, tapi saya mudahkan dan ringkaskan untuk pembacaan anda kali ini.

Apabila nak pilih produk untuk dijual online, pastikan ia memenuhi kriteria dibawah:

  • Pastikan produk dah berada di pasaran sekurang-kurangnya setahun.
  • Mempunyai testimoni yang banyak.
  • Sering nampak iklan keluar.
  • Ramai agent menjual produk yang sama.
  • Mempunyai support sistem yang padu dari HQ
  • Margin untung sekurang-kurangnya RM 30.
  • Rajin keluarkan content dan marketing material untuk agent.

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi point di atas adalah yang saya rasa kritikal.

So, cuba check. Produk yang bakal anda pilih tu ada kriteria di atas? Kalau ada, anda dapat green light dari saya untuk menjual!

Belajar Ilmu Pemasaran Dan Jualan Online

Mahu atau tidak, anda baru nak mula buat bisnes online, dan kemungkinan besar, anda tak mampu untuk upah orang buatkan marketing dan sales untuk anda.

Jika itu situasinya, maka anda perlu mula belajar ilmu-ilmu yang berkait dengan pemasaran dan jualan. Dan anda perlu lakukan semua itu secara bersendirian.

In fact, hampir semua usahawan berjaya dalam dunia, akan mulakan perjalanan mereka dengan menguasai ilmu tersebut.

Anda Wajib Kuasai Ilmu Marketing Kalau Ingin Berjaya Didalam Bisnes

Kalau anda rasa takut, dan tak konfiden, saya galakkan anda untuk daftar mana-mana kelas pemasaran dan jualan online.

Boleh juga follow rapat-rapat Dropship Kartel sebab kami sentiasa akan update ilmu dan tips terbaru berkenaaan bisnes online untuk bantu anda mudah menjual.

Ada pelbagai senjata pemasaran online yang anda boleh gunakan.

Saya rasa tak susah dah nak jumpa kelas yang bagus dan murah, jika nak dibandingkan waktu saya baru nak mula dahulu.

Malaysia antara negara yang paling ramai sifu didunia kalau anda nak tahu (gurau).

Malah, saya juga masih ingat, kelas pertama saya masuk masa baru nak berniaga adalah kelas pemasaran online.

Padahal waktu itu, saya produk pun belum ada!

Tapi bila saya dah jumpa produk yang saya minat, saya dah ada berbagai idea tentang bagaimana untuk lariskan produk tersebut.

Simple!

Artikel lain : Taktik Sempoi Dapatkan 10 Pelanggan Pertama Untuk Agent Dropship

Urus Kos Bisnes Dan Duit Jualan Dengan Betul

Pada tahun 2014 sehingga 2016, bisnes online saya mendatangkan hasil yang baik.

Kehidupan saya memang sangat berbeza berbanding sebelumnya.

Pendek kata kalau saya nak beli apa-apa, saya tak fikir panjang sangat. Saya terus beli sebab mampu.

Tapi pada tahun 2017, atas sebab-seban tertentu bisnes saya jatuh teruk. Saya hilang bisnes. Income saya putus terus.

Kewangan saya sangat teruk sehingga saya nak makan pun berkira-kira.

Saya cuba buat pelbagai bisnes tapi tak menjadi.

Antara sebab saya susah untuk bangkit semula adalah saya tak ada simpanan. Saya takde cash reserve untuk kegunaan kecemasan seperti itu.

Ini semua gara-gara saya tak belajar untuk urus kewangan bisnes dengan betul.

Oleh itu jangan jadi macam saya.

Urus Kewangan Dengan Baik Adalah Langkah Pertama Untuk Elak Bisnes Anda Bungkus Awal

Duit jualan, duit untung pastikan diasingkan dari akaun peribadi. Masukkan ia dalam satu akaun khas. Lebih baik buka akaun bank khas untuk bisnes anda.

Selain dari itu, pastikan anda ada simpanan bisnes bagi keperluan ketika bisnes anda sedang gawat. Ini supaya anda boleh bangkit semula lebih mudah dan cepat apabila ia berlaku.

Asingkan kalau boleh minimum 20 percent duit untung bersih ke dalam tabung simpanan dan pembangunan bisnes.

Dengan cara itu bisnes anda akan lebih mudah grow dan mampu bertahan lama.

Rancang Strategi & Taktik Untuk Capat Matlamat Bisnes

Orang bijak pandai pernah berkata,

“Kalau anda gagal merancang, bermakna anda merancang untuk gagal”

– Orang Bijak Mana Tah –

maksudnya, jika anda tiada buat perancangan, dan mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku, maka apa yang harapkan sebenarnya adalah kegagalan.

Dalam apa jua bidang pun kita mesti ada plan. Ini termasuklah dalam bisnes.

Kalau takde plan macam mana kita nak pastikan apa yang kita boleh capai apa matlamat yang kita tetapkan awal-awal tadi.

Rancang Dari Awal Untuk Anda Mudah Besarkan Bisnes Di Masa Akan Datang

Lets say, anda dah set matlamat untuk ada 1000 followers FB pada akhir bulan ini.

Maka, dalam plan tersebut anda perlu senaraikan strategi dan taktik yang bersesuaian untuk capai target tersebut.

Contohnya, mungkin antara plan yang anda boleh buat untuk dapat 1000 followers adalah:

  • Post content sehari sekali di Page & Profile
  • Add 100 orang baru sehari di FB
  • Engage dengan 100 orang sehari di FB

Dan pelbagai lagi

Seterusnya, apa anda perlu buat adalah paksa diri anda untuk ikut plan tersebut, tanpa gagal.

Lepas dah ikut, pastikan selalu review action dan plan anda supaya apa yang anda buat meninggalkan kesan positif pada bisnes atau sebaliknya.

Jika tiada kesan positif berlaku, buat plan yang baru terus.

Mudah kan?

Kesimpulan

Saya dah terangkan panjang lebar dan berikan tips-tips diatas berdasarkan pengalaman saya bermula bisnes online sebagai agent dropship dari tahun 2014 hinggalah sekarang.

Apa yang anda perlukan selepas baca artikel ini adalah simple. Anda hanya perlu mula.

Ya, mula buat sesuatu dan rancang. Jangan terlalu banyak berfikir sampai jadi perfectionist. Sebab makin lama anda bertangguh, makin lama masa diambil untuk keluar dari masalah kewangan sekarang.

Anda zero. Saya faham. Tapi semua orang bermula dari tempat anda sekarang.

Tetapkan matlamat dan keazaman untuk buat hari ini.

Jangan terpengaruh dengan orang-orang yang menunjukkan kemewahan dan kejayaan mereka berbisnes di media sosial. Kerana lambat alun anda juga akan mencapai kejayaan yang sama.

Yang penting, sikap ingin belajar harus terus diterapkan.

Dropship Kartel juga mempunyai team untuk menyampaikan ilmu dan membantu anda untuk berjaya dalam bisnes sebagai agent dropship.

Akhir kata, selamat maju jaya saya ucapkan, dan sentiasa follow kami rapat-rapat di Dropship Kartel untuk lebih tips dan ilmu berjaya dalam menjalankan bisnes online.

Ada apa-apa yang saya tertinggal untuk dihuraikan dalam artikel ini?
Atau anda ada soalan?

Tinggalkan pertanyaan dan komen anda diruangan komen dibawah!

46 thoughts on “8 Tips Penting Buat Bisnes Online Dropship”

      1. Saya nak tanya boleh kah dropship Sabah dan Sarawak boleh berjaya.. Sebab kebanyakkan orang Semenanjung yg berjaya sebab dorang dekat kilang, supplier, pelanggan dan harga pun murah.. Kalau Sabah Sarawak jauh, orang semenanjung oder dengan orang semanjung dan org sabah sarawak ni juga oder juga dengan org semenanjung sbb bg dorang sama ja.. Dorang lebih percaya yg dekat dengan supplier daripada agen d negeri sendiri.. Bagus oder dari semenanjung ja terus bagi mereka.sebab sama juga lama baru sampai yg di oder tu..

        1. Tak kesah pun. Kalau buat dropship bukan kita yang pos barang tu. Supplier yang pos. Lambat atau cepat tu bukan big issue sangat. Saya duduk Malaysia tapi saya buat dropship jual barang di overseas. Okay je.

  1. ‘Disebabkan tadi anda bayar pada harga diskaun, maka secara langsung lebihan duit yang masuk pada akaun anda adalah dikira sebagai untung anda.’
    Boleh tak encik terangkan semula macam mana bayar dengan harga diskaun dan dapat untung dari lebihan duit tu?
    Sebab saya masih kurang faham.
    Terima Kasih.

    1. Maksudnya kita beli harga murah, dan jual dengan harga mahal. Macam dropship, customer akan bayar duit kat kita, dan baru kita order pada supplier dengan harga murah. So lebihan yang tinggal dalam akaun bank bisnes kita tadi adalah untung kita.

        1. Saya bagi contoh ya Fateha.

          HQ jual barang rm10, awak sebagai dropship dapat harga rm7. Bila customer beli dengan awak, dia bayar awak rm10, awak bayar HQ rm7. SO awak untung rm3.

  2. terima kasih sangat untuk info tentang berbisnes ni. Sekarang saya baru faham cara berbisnes dengan betul & mindset saya pun saya akan ubah. Sebab mindset saya selama berbisnes, baru selangkah berbisnes sudah kaya raya. Terima kasih sangat-sangat untuk info anda

  3. Mior imran haris

    Saya ada soalan.

    Bila kita dah setup kedai e-commerce, dah dapat supplier dan mempunyai barang untuk kita jual melalui dropship, macam mana dengan bayaran dan kita nak bagi barang tu kepada pelanggan?

  4. Azlinawati Binti Mohd Ariff

    Terima kasih dengan perkongsian yang hebat dan menarik… Insyaallah saya akan ikut step by step apa yg dikongsikan.

  5. sy nk tnya skit, kalau dlm pemilihan produk yg kita nk jual, perlu pilih ikut demand jenama ke atau ikut demand permintaan sesuatu produk( ikut jenama apa2 pun)?? srry, sy x pandai lg bab ni, sbb sy baru nk cuba buat bisnes😅😅

    1. Assalamualaikum, sy seorg dropship bg produk kosmetik. Mmg seronok jadi dropship ni bila org beli kat kita & seolah percaya kat kita. Tapi, ada cabarannya.. Pelanggan tetap sy telah ‘dicilok’ oleh ejen sy sendiri. So, pelanggan sy dah sama naik dgn sy sbg dropship jugak. Rasa mmg terkilan, kecewa pun ada apatah lg masa PKP ni..pelanggan sy tadi ialah rakan sekerja sy, bertugas sama unit. Sebelum ni, sy meniaga sesama rakan sekerja. Sy tau mmg dia akan turut serta meniaga di Unit kami. Terkilan ya sy kerana ejen sy tau pelanggan sy tu rakan sekerja sy. Tuan, bagaimanakah cara sy menangani situasi ini?

      1. senang je. move on. manusia ada 7 billion kat planet bumi. ramai lagi orang yang sudi beli kat kita. ini biasa dalam bisnes. lagipun itu tak dikira cilok sebab yang dapat customer tu pun, ejen sendiri. die jual produk kita. so bagus lah.

  6. hello, content ni mmg sngt menarik. Tuan, boleh ke explain mana satu platform E-commerce yg perlukan bayaran yuran sebelum masuk? dan bayaran tu bulanan atau tahunan?

  7. NOR IZWANIHUSNA BINTI AHMAD YAZIZ

    Tuan,boleh ke seorang dropship menjual pelbagai barangan? Contohnya,dia menjual makanan dan juga beg tangan.

  8. Tq sifu Hafiz azman sy newbie lagi dlm mencari ilmu bisnes online jadi apa cara skli pon sy sudi menerima ilmu dari tuan demi mengubah pendapatan utk terusakan hidup Di kota metropolitan ini #insanyangmencarilmudemihidup

  9. saya jadi dropship marjin RM10 je satu barang x tahu berbaloi ke tak . boleh advise sikit tak sifu . sebab baru je join dropship ..

    1. depends pada strategi. kalau nak terus buat untung dari setiap jualan, saya suka cari produk yang margin die paling kurang rm50. sebab ada kos lain yang terlibat untuk dapatkan satu customer.

      Contoh kalau saya punya kos untuk dapat satu customer rm15. dan saya punya margin rm10 je untuk satu jualan, makna saya dah rugi rm5.

  10. Content terbaik bg semangat kat sy utk jd ds yg berjaya. Doakan sy utk ad branding sendiri ye tuan. huhuhuhu…

  11. Apa ubat utk bina keyakinan jadi ds ni ? Saya nak cuba tapi ragu2. Dah banyak kali try utk positifkan diri. Apa nak jadii laaa

    1. keyakinan tu tak penting sgt. yang penting kita sedar kita ada tanggungjawab. bila tahu ada tanggungjawab, suka atau tak tetap kena buat. so kalau kita kene berjaya untuk lunaskan tanggungjawab, then kita kene buat. keyakinan akan datang kemudian bila dah mula dan selalu buat.

  12. Salam. Nak tanya boleh tak dalam satu igshop saya sendiri, saya menjual dua product? For example saya jual Sobella Cosmetic & Whitefluffy Facial Cleanser? Sbb agent Sobella saya tak membenarkan saya posting anything other than their product dekat igshop saya sendiri. I need a help 😔

  13. Saya baru je jadi dropship buku.. untung satu buku bawah RM 10 sahaja. Apa pendapat tuan? Patut ke saya teruskan? Lagipun buku permintaannya tak macam produk kosmetik kan.

  14. Salam. Sy dh jd dropshipper utk satu produk ni. Sy adalah dropshipper kpd dropshipper yg lain. Bkn direct bwh agent. (Sy br tau lps dh masuk dlm group)Recently, agent asa post dlm group whtsapp utk sesiapa yg dpt buat sale (katakan rm500) smpai isnin ni, akan dpt naik kpd agent. Malangnya, agent x mention offer tu terbuka kpd dropshipper yg direct bwh dia shj. So, sy ingt offer tu terbuka kpd semua dropshipper dlm group tu. Sy buat sale lbh drpd target dan yg dpt naik jd agent hanyalah org ats sy tu. Sy hanya dpt sale shj. Sy x kisah sgt klau dua2 dpt naik agent, tp, yg dpt dia sorg dan yg plg sy kecewa, usaha tu dr sy sorg. Soalan su ialah, sy suka produk tu, boleh tak sy nak teruskan jual produk tu, tp, sy nk cari agent/leader lain? Sbb ketua yg direct ats sy mmg x mmbntu pun sy rasa.

  15. Salam. Sy dh jd dropshipper utk satu produk ni. Sy adalah dropshipper kpd dropshipper yg lain. Bkn direct bwh agent. (Sy br tau lps dh masuk dlm group)Recently, agent asa post dlm group whtsapp utk sesiapa yg dpt buat sale (katakan rm500) smpai isnin ni, akan dpt naik kpd agent. Malangnya, agent x mention offer tu terbuka kpd dropshipper yg direct bwh dia shj. So, sy ingt offer tu terbuka kpd semua dropshipper dlm group tu. Sy buat sale lbh drpd target dan yg dpt naik jd agent hanyalah org ats sy tu. Sy hanya dpt sale shj. Sy x kisah sgt klau dua2 dpt naik agent, tp, yg dpt dia sorg dan yg plg sy kecewa, usaha tu dr sy sorg. Soalan su ialah, sy suka produk tu, boleh tak sy nak teruskan jual produk tu, tp, sy nk cari agent/leader lain? Sbb ketua yg direct ats sy mmg x mmbntu pun sy rasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

NAK kami HANTAR KONTEN TERUS KE INBOX ANDA?

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship.
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

Dapatkan Update Konten Premium Terus Ke Inbox Anda

Setiap Minggu Saya Akan Hantar Konten Terbaik Saya Untuk Bantu Anda Meroket Dalam Bisnes Dropship eCommerce
Isi Nama Glamer & Email Aktif Anda Di Bawah

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

JOM JOIN KOMUNITI DROPSHIP KARTEL

Dapatkan konten-konten bermanfaat yang boleh bantu anda berjaya dalam menjalankan bisnes online secara dropship. Masukkan nama & email aktif anda untuk join komuniti kami sekarang!

Selepas itu sila semak email anda. Jangan risau, kami tidak akan spam anda.

Scroll to Top