fbpx

Tips Buat Video Produk Untuk Boost Jualan Store E-commerce Anda

by Apr 23, 2020Pemasaran Digital & Jualan0 comments

Apabila prospek sampai di kedai online anda, mereka ada bermacam-macam harapan. Antaranya, tidak mahu sekadar melihat gambar produk, senarai ciri-ciri dan kelebihan produk.

Lebih-lebih lagi pada zaman teknologi di hujung jari ni.

Mereka lebih suka apabila dapat pengalaman, kalau boleh nak tengok sendiri macam mana produk yang anda jual tu berfungsi dan cara-cara menggunakannya sehabis baik supaya setiap sen yang akan dibelanjakan untuk produk tu bermakna.

Tak payah cakap banyak, anda lihat sendiri macam mana jualan CJ Wow Shop naik mencanak-canak apabila mereka buat promosi secara live di TV.

Anda juga boleh berbuat cara yang sama.

Walaupun tidak secara live, anda boleh sediakan video produk yang boleh diakses di kedai online.

Apabila ada video produk, pelawat kedai online anda akan lebih puas hati dengan pengalaman mereka dan lebih mudah tertarik dengan produk anda.

Apabila anda menggunakan video yang menunjukkan produk anda digunakan oleh orang sebenar, ia akan terus dapat membina keyakinan dan membuang keraguan prospek terhadap produk yang anda jual.

Senang cerita, buat video ini antara strategi yang bagus untuk product optimization atau anda akan hilang pelanggan kepada pesaing.

Supaya anda dapat boost jualan melalui video produk, hari ini saya nak kongsi 3 perkara utama:

  • Cara-cara Buat Video Produk
  • Tip Tambahan untuk Buat Video Lebih Osem
  • Video Creator yang Best untuk Web Ecommerce

Teruskan membaca.

Cara-cara Membuat Video Produk

Untuk menghasilkan video produk yang mengajak pelanggan berindak, ikuti langkah berikut:

i) Sediakan Skrip

Tulis skrip dan nyatakan ciri-ciri produk yang anda mahu demonstrasikan dalam video, dan cari peluang untuk buat seolah-olah anda berinteraksi dengan pelanggan.

Banyakkan penggunaan anda, awak dan anda punya (you, your anda yours) sebagai memberitahu anda mementingkan para pelanggan dan sebab itu video ini dibuat dengan konten yang sedemikian.

Jangan lupa, akhiri video anda dengan call-to-action. Ajak penonton untuk subscribe page/newsletter anda. Ingatkan mereka untuk kongsi video anda juga supaya ia boleh sampai kepada lebih ramai prospek.

Rancang video anda, baik konten skrip mahupun bahasa tubuh penyampai. Sediakan template untuk memudahkan anda buat rujukan selain mengelakkan tertinggal hal-hal yang penting.

Bahagian Konten Video:Bahagian Konten Audio:
Tuliskan jenis shot yang anda mahu penonton nampak pada masa tertentu:   Contoh: 1. Pandangan depan penyampai, senyum 2. Pandangan sisi penyampai, perlahan-lahan fokus pada bahagian tepi kepala….Dalam kolum ini, tuliskan skrip audio yang anda mahu penonton dengar.   Contoh: 1. Narrator: Mulakan dengan soalan. 2. Narrator beri contoh masalah prospek.
  
  
  

Tip penting: Tidak perlu video panjang, mencukupi 2-3 minit. Untuk video pendek, anda perlu skrip yang tepat dan padat.

ii) Latar belakang ringkas

Fokus video tentulah kepada produk anda. Sebab itu, elakkan guna latar belakang dengan pattern komplek apabila membuat rakaman video. Anda tidak mahu penonton tertarik untuk membelek corak pada dinding sehingga lupa mahu lihat produk yang anda jual.

Latar kosong berwarna lembut ialah pilihan yang baik. Sebab apa? Supaya ia kontra dengan warna produk. Keadaan ini akan meninggikan tumpuan penonton pada produk anda.

Jika anda tidak ada akses kepada latara ringkas, mencukupi dengan menyediakan kain muslin putih bagi tujuan penggambaran dan rakaman.

iii) Gunakan smartfon

Smartfon sekarang makin canggih. Anda boleh ambil banyak gambar lawa pada kualiti tinggi. Sama juga halnya dengan video. Sekiranya anda tiada bajet untuk membeli kamera DSLR, gunakan sahaja smartfon anda untuk buat rakaman.

Penting untuk anda tahu, sentiasa rakam video secara lanskap/ horizontal. Ini disebabkan platform jaringan sosial seperti YouTube, Facebook, Twitter dan LinkedIn menyiarkan video dalam mod horizontal. Hanya Instagram Stories yang menyiarkannya secara menegak.

Bagi rakaman yang stabil, gunakan tripod dan pastikan anda setup set rakaman dengan pencahayaan yang baik.

Dah sediakan segala setting yang perlu? Okey, masa untuk buat rakaman.

Tip Tambahan Untuk Video Lebih Osem

Dah selesai shooting? Seterusnya anda kena buat sedikit kerja-kerja mengedit supaya dapat video yang lagi umph dan menarik perhatian pengguna.

i) Masukkan muzik dan kapsyen

Masukkan muzik ringan untuk video pendek anda akan buat ia lebih menarik.

Di mana anda boleh dapatkan sumber muzik latar tanpa perlu hadap isu-isu berkaitan hak cipta?

Anda boleh ke laman berikut:

Selain muzik, anda juga boleh tambahkan kapsyen atau teks overlay pada video. Meletakkan teks akan beri kelebihan dari segi carian Google dan Facebook, macam artikel blog.

Anda boleh optimize mesej yang mahu ditulis supaya ia dapat dicari. Pastikan ia sejajar dengan tajuk video, deskripsi dan tag untuk hasil maksimum.

ii) Embed video dengan betul

Selalunya platform ecommerce tak ada masalah dengan video. Maka, anda boleh sahaja embed video yang dah dibuat pada page produk. Hanya perlu ikut langkah tertentu iaitu upload dahulu video di YouTube atau Vimeo.

Kemudian, dapatkan code embed dengan right-click pada video dan pilih option “copy embed code” daripada senarai.

Satu lagi pilihan ialah anda boleh dapatkan embed code yang responsif pada gajet yang digunakan (smartfon, PC, tablet).

Copy link URL video anda dan paste di laman embedresponsively.com. Lepas klik butang ‘Embed’, salin code berkenaan dan paste di web ecommerce anda.

iii) Guna spesifikasi yang dicadangkan untuk media sosial

Supaya anda boleh embed video pada page produk, anda perlu upload konten berkenaan ke jaringan media sosial dahulu.

Namun, setiap media sosial ada spesifikasi unik dan tersendiri untuk video dan gambar. Saya senaraikan specs video laman sosial utama untuk rujukan anda.

– Facebook: Facebook ada beberapa video format dan saiz yang anda boleh pilih.

  • Feed video – Saiz: 1280 x 720, ratio: 16:9 atau 1:1, Panjang maks: 240 minit
  • Carousel video – Saiz: 1080 x 1080, ratio: 1:1, Panjang maks: 240 minit
  • Messenger video – Saiz: 1280 x 720, ratio: 9:16 ke 1.9:1, Panjang maks: 240 minit
  • Video 360 – Saiz: 4096 x 2048, ratio: 2:1, Panjang maks: 40 minit

– Instagram: Instagram ada tiga jenis tempat untuk letak video: feed, stories dan IGTV.Setiap satunya ada specs berbeza dan anda kena ikut untuk hasil yang berkualiti.

  • Feed video – Saiz: 600 x 600 (square), 600 x 315 (horizontal) dan 600 x 750 (vertical), ratio: 1:1, 1.9:1 atau 4:5, Panjang max: 60 saat
  • Stories video – Saiz: 1080 x 1920, ratio: 9:16 ke 16:9 ke 4:5, Panjang maks: 15 saat
  • IGTV video – Saiz: 1080 x 1920, ratio: 9:16 ke 16:9 ke 4:5, Panjang maks: 10 minit

– YouTube: Di YouTube, anda boleh letak video pada main feed (Display) atau format skippable/non-skippable/mid-roll/bumper format.

  • Display – Saiz: 426 x 240 to 3840 x 2160, ratio: 16:9, Panjang maks: 12 jam
  • Skippable/non-skippable/mid-roll/bumper  – Saiz: 426 x 240 to 3840 x 2160,
    ratio: 16:9, Panjang maks: 12 jam (skippable), 30 saat (non-skippable), 30 saat (mid-roll), dan 6 saat (bumper).

Video Creator Best untuk Ecommerce

Banyak proses yang anda nak kena faham, kan?

Apabila dah banyak langkah ni, kita kena mudahkan kerja dengan cari cara paling cepat untuk hasilkan video produk.

Pilihan yang ada, tentulah video creator tool.

Perisian ini selalunya mudah digunakan dan hasilnya juga berkualiti.

Mesra pengguna dan anda tak perlu pening kepala nak buat setting video daripada scratch. Tool, tentulah dah ada format tertentu yang anda tinggal nak pilih saja.

Ada satu perisian yang best iaitu Animoto.

Bukan saja boleh guna di PC, anda boleh terus install apps di smartfon. Lagi senang dan pantas. Dah rakam guna smartfon, edit pun di situ jugalah.

Anda hanya perlu buka apps dan muat naik video atau gambar produk yang sudah diambil.

Kemudian, buatlah kerja-kerja produksi yang perlu. Nak trim, crop, tambah teks, audio dan sebagainya.

Lagi, anda juga boleh pilih jenis font, muzik dan warna.

Apabila video dah siap, anda boleh terus share ke media sosial. Tak susah. Mungkin akan ambil masa sedikit apabila belum biasa dan nak selongkar setting dan dapatkan yang terbaik.

Apps mesra pengguna begini sangat membantu apabila anda tak ada pengalaman sebagai penyunting video profesional.

Kesimpulan Tips Buat Video Produk Untuk Boost Jualan Store E-commerce Anda

Okey, kita recap semula entri kali ini. Apa yang anda perlu ada untuk  buat video produk?

Pertama, setting untuk rakaman video (skrip, latar belakang kosong warna lembut dan smartfon).

Kedua, edit video dengan tambah muzik dan kapsyen supaya lagi menarik untuk ditonton seterusnya membantu menaikkan jualan. Dah siap edit, upload di media sosial gunakan spesifikasi yang betul dan embed code di page produk.

Sampai sini saja perkongsian saya.

Selain Animoto, anda pernah tak gunakan apps lain untuk edit video?

Ada yang kata KineMaster pun bagus. Atau jika ada apps lain, mohon kongsikan di ruang komen.