fbpx

6 TIPS POWER YANG ANDA PERLU TAHU SEBAGAI DROPSHIPPER BARU

by Jul 30, 2020Motivasi & Inspirasi, Mula Bisnes, Pemasaran Digital & Jualan6 comments

Kalau anda tanya saya, jadi dropshipper ni senang tak?

Ya dan tidak. Senang kalau anda tahu cara yang betul.

Saya juga boleh kata yang jadi dropshipper ini susah sebab ada banyak benda yang perlu anda ambil kira. Dan semua perkara berkaitan anda perlu fahami dengan jelas.

Jadi, tak hairanlah jika ramai beginners yang mahu quit.

Anda nak berjaya dalam dunia ecommerce?

Perkara pertama yang perlu anda cari ialah mentor.

Mereka ialah orang-orang yang berpengalaman dalam bisnes.

Sebelum berjaya menjadi usahawan, mereka sudah menempuh macam-macam cabaran.

Jadi, mereka akan tahu dan faham situasi anda sebab pernah melaluinya.

Kalau anda rasa ada ramai orang yang cuba buat anda down, mereka pun pernah hadap semua tu.

Adat berbisnes begitulah. Tak lekang daripada komen negatif dan hasad dengki manusia.

Sebab itu, sangat penting untuk anda berada dalam circle yang sama dengan anda supaya matlamat anda tak tersasar.

Baiklah, dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi kisah seorang usahawan bernama Suhail Nurmohamed yang memulakan bisnes ecommerce dropshipping pada usia 16 tahun.

Tahu tak, dia berjaya buat sales sebanyak RM69,000 dalam masa 18 bulan?

Pada awalnya, ahli keluarga Suhail membangkang keputusannya untuk menjadi seorang usahawan.

Ada ramai saudara-mara yang mencemuh dan cuba patahkan semangat dia.

Tapi, dia tak peduli dan jalan terus je. Dia usaha sungguh-sungguh buktikan kemampuan diri.

Dan sekarang dia dah boleh tutup mulut orang yang ejek dia tadi.

Okey sekarang mari kita lihat rahsia kejayaan Suhail.

Ada 6 tips power untuk newbies yang baru berjinak-jinak dalam dunia eCommerce Dropshipping ni.

Jom kita kupas.

Kenapa Berbisnes?

Sebelum anda memulakan satu-satu bisnes, tanya diri anda dahulu. Apa sebab anda nak buat bisnes?

Jika anda gagal jelaskan matlamat sendiri, kemungkinan besar anda akan ada masalah nak survive.

Katakan anda berbisnes hanya kerana nak duit.

Kalau sales tak masuk, adakah anda rasa anda boleh kekal dalam bisnes itu?

Sebenarnya ada benda yang lebih besar daripada itu.

Cuba cari lagi big why anda.

Nak tolong keluarga?
Nak jadi pemberi zakat yang lebih besar?
Nak bantu lagi ramai anak muda untuk berjaya?
Nak bantu kurangkan pencemaran alam?

Gali, fikirkan sedalam-dalamnya.

Ambil contoh para usahawan berjaya di luar sana, mereka banyak berkorban masa, wang dan tenaga.

Kadang-kadang ada di antara mereka yang terpaksa menanggung kerugian. Banyak pula tu!

Tapi, mereka tetap teguh berdiri disebabkan tekad yang bulat dari hati.

Sebab ada perjuangan dan matlamat dalam bisnes yang nak dicapai. Sebab mereka ada big why yang kuat.

Buat Satu Bisnes Dahulu Selama Setahun

Okey, dah nampak sebab anda nak berbisnes? Jika sudah, bagus!

Step kedua pula, pilih niche yang anda suka dan paling dekat dengan jiwa. Jangan salah pilih pulak.

Contohnya, anda langsung tak suka dan tak tahu apa-apa pasal make up, tapi anda jual produk make up.

Nanti macam mana nak buat tutorial?
Macam mana nak educate audien? 
Macam mana nak yakinkan customer kalau anda sendiri pun tak serius dengan produk yang anda jual?

Jadi kalau anda nak result yang meletop dan nak fly high, pilih niche baik-baik.

“Bisnes adalah sebahagian daripada hidup anda.”

Maksudnya, anda perlu beri komitmen setiap saat.

Kenapa kena buat bisnes satu niche saja dahulu selama setahun?

Pertama, anda boleh improve diri dan bisnes secara konsisten dan berkesan.

Bermakna, anda fokus pada satu-satu bisnes itu sampai anda dapat sales 6 angka.

Bayangkanlah kalau anda buat dua ke tiga bisnes sekaligus.

Anda rasa anda boleh tumpukan perhatian?
Anda rasa anda boleh commit?

Bukan apa, takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Boleh saja kalau anda nak buat pelbagai bisnes, tapi pastikan anda dapat capai sales 6 angka dahulu untuk satu-satu bisnes itu.

Anda rasa anda mampu?

Satu lagi, kita bukan nak kejar sales semata-mata, tetapi kualiti dan servis kita juga mestilah tip top.

Letakkan diri anda di dalam kasut customer anda. Agak-agak apa yang mereka fikir tentang anda?

Bayangkan diri sendiri jadi customer, tanya soalan-soalan ini:

  • Adakah anda akan beli produk yang anda jual tu?
  • Customer service okey ke tak?
  • Website dah cukup mesra pengguna?
  • Produk berkualiti tak?

Jawapannya, hanya anda sahaja yang tahu.

Kualiti, kualiti, kualiti!

Sebelum memulakan operasi bisnes, pilih siap-siap platform yang anda suka untuk menjual.

Contohnya Instagram, Web, Shopee dan sebagainya.

Biasanya bila mendaftar jadi dropshipper, bahan-bahan dan gambar produk memang dah disediakan oleh supplier. Boleh saja kalau anda nak gunakan gambar produk itu.

Tapi, sekarang ini anda perlu jadi kreatif dan berbeza supaya lebih menonjol daripada orang lain. Biar nampak ketara keistimewaan anda.

Selain itu, pastikan gambar-gambar yang anda upload serta penampilan di media sosial nampak profesional, kemas dan teratur.

Macam mana nak buat tu?

Anda boleh guna aplikasi Canva.

Ada banyak template free. Hanya pillih dan masukkan gambar produk yang supplier bekalkan tadi. Nanti anda akan dapat satu grafik yang sangat cantik.

Jangan lupa hias Instagram anda dengan menetapkan tema.

Pilih 2 atau 3 warna sahaja supaya nampak seragam. Jadi, Instagram anda tak nampak serabut.

Anda juga boleh reka banner yang cantik untuk website anda. Tambah watermark dan logo bagi mengelakkan orang ciplak hasil kerja anda.

Kalau anda ada modal lebih, beli stok daripada supplier dan ambil gambar sendiri. Barulah nampak unik dan luar biasa.

Test Market

Perhatikan brand besar dan ternama di luar sana, mereka banyak melabur duit pada targeted customer semata-mata untuk test market.

Sebagai dropshipper, anda boleh tanya dan dapatkan feedback ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.

Agak-agak mereka minat tak nak beli produk anda?

Kalau anda nak jual makanan, bagi mereka rasa dulu.

Sesuai dengan selera mereka atau tak?

Peranan Influencer

Kalau anda tak ada bajet yang besar untuk buat Facebook Ads, anda boleh guna khidmat influencer.

Bayaran kepada influencer biasanya tidaklah semahal membuat Ads. Jadi, carilah influencer yang mempunyai ramai followers berkualiti.

Kena pastikan bahawa followers mereka sememangnya berkualiti dan bukan robot ya!

Jangan tertipu dengan bilangan followers yang ramai.

Contohnya kalau anda berminat nak menggunakan servis review produk daripada Dena Bahrin.

Jangan lupa tanya, biasanya berapa ramai yang view Ig Story dia?
Berapa ramai pula yang tinggalkan comment?
Engagement excellent tak?

Tugas influencer biasanya membuat rakaman video seperti unboxing produk. Atau buat tutorial, komen dan sebagainya.

Video recording yang mereka hasilkan itu nampak lebih natural. Tidak seperti menjual. Para viewers tak rasa pun itu satu iklan.

Servis Haruslah Tiptop

Sesiapa saja boleh jadi dropshipper asalkan ada keinginan.

Tapi, nak berjaya tu biasanya ambil masa.

Antara ‘perencah’ yang anda boleh tambah dalam bisnes ialah anda kena sentiasa add value.

Beri sesuatu kepada customer anda supaya mereka sukakan servis anda berbanding servis orang lain.

Apabila jadi dropshipper ini anda kena jadi unik dan lain daripada yang lain. Kalau tak, anda akan tenggelam.

Sebagai contoh, jika ada customer whatsapp anda, reply dengan segera.

Kemudian, jangan lupa engage dengan customer anda dimedia sosial.

Anda juga boleh buat contest. Bagi free gift. Bagi kad loyalty dan hantar ucapan selamat hari lahir.

Selain itu, anda juga boleh bina blog.

Tulis artikel yang berkaitan dengan produk anda.

Pasti akan lebih banyak orang melihat anda sebagai autoriti.

Kesimpulan Tips Power Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Dropshipper Baru

Okey, setakat ni dulu sharing pasal tip-tip power daripada usahawan hebat bernama Suhail.

Kalau nak berjaya macam Suhail, follow setiap teknik yang dikongsi.

Ada yang tak jelas atau perlu penjelasan lanjut?
Atau anda pernah buat salah satu tip tapi tersangkut?

Tanya sahaja di ruangan komen di bawah. Saya sedia membantu.