Kebanyakan dropshipper baru yang saya jumpa, selalu sangat tersalah pilih produk dropship mereka.
Asalkan nampak orang buka program dropship terus sambar. Padahal kita pun tak tahu produk itu sesuai atau tidak bagi yang baru bermula seperti anda.
Kenapa pemilihan produk dropship pertama anda sangat penting?
Mudah saja.
Supaya anda boleh belajar menjual cepat, dan juga supaya anda tidak bazir masa, tenaga dan duit mempromosikan produk yang kurang permintaan.
Jadi oleh itu, pemilihan produk sangat penting.
Berikut saya ceritakan 7 tips yang anda boleh guna sebagai panduan dalam pemilihan produk dropship anda yang pertama.
Jom kita tengok apa tips yang saya kongsikan!
Tahap Populariti Produk Dropship
Sebagai pemula (newbie), kalau boleh, pilih produk dropship yang sudah popular di pasaran.
Kalau tak popular pun, sekurang-kurangnya cari yang sedang meningkat dengan pantas tahap populariti produk tersebut.
Anda perlu belajar buat duit secepat mungkin. Oleh sebab itu, anda perlu jual produk yang dah disahkan dalam pasaran.
Sah disini maksudnya, produk tersebut dah disahkan permintaannya (validated) dan sudah ada ramai pembeli. Ia ada tempat didalam pasaran.
Cara untuk check ada pelbagai. Tapi sebagai newbie yang baru nak belajar buat duit meniaga, saya sarankan korang guna Facebook Graph Search dan Google Trend.


Gunakan tools tersebut untuk semak post FB, Iklan dan juga page-page yang menjual produk sama.
Jika respon ok dan bilangan page atau agent ramai, kemungkinan besar, produk tersebut memang laku dan ada demand.
Sebagai pemula, korang perlu pendekkan learning curve dan cepat-cepat buat duit. Lagi lambat anda buat duit, lagi cepat anda give up sebenarnya.
Tiga jualan pertama anda sangat penting. Ikut pengalaman saya, agent yang berjaya buat 3 jualan pertama dengan cepat, biasanya akan stay jual produk tersebut sehingga berjaya.
Sebab tu saya nak korang ambil peluang dan ‘catch the wave’ pada produk yang popular atau sedang meningkat naik. Kurangkan risiko. Jangan mengada perasan ‘terer’ nak cuba jual produk yang sangat baru dimarket.
Baca juga : 6 Cara Cari Lubuk Supplier Untuk Buat Dropship
Produk Dropship Yang Bagus
Saya setuju dengan pendapat pakar yang mengatakan kalau nak buat bisnes, produk is nothing.
Cuma disini kita belum lagi fasa bina bisnes.
Korang baru nak belajar buat duit sebagai dropship. Jadi pendapat diatas tak terpakai. Itu pendapat saya.
Sebagai newbie dalam dropship, korang kene ada skill dan instinct dalam memilih produk.
Ada banyak cara, tapi saya kongsikan cara yang saya pakai dalam memilih produk dropship.
Cara saya simple tapi saya boleh dikatakan mencapai level Super Dropship untuk lebih dari 1 produk.
Cadangan saya, korang pilih produk yang berkait dengan kepakaran, dan pengalaman korang. Sama ada pengalaman hidup atau pengalaman kerja. Keduanya boleh dijadikan inspirasi.
Kalau buntu sangat, cuba cari produk yang ada kaitan dengan minat. Atau mungkin korang ada hobi tertentu. Tak perlu jadi pakar. Asalkan korang ada minat, korang boleh buat duit sambil explore minat korang.
Reason saya buat macam ni adalah saya nak korang buat duit cepat. Kalau produk tersebut ‘kene’ dengan korang, memang laju dan banyak jualan korang boleh buat.

Macam saya, saya sentiasa minat dengan niche sukan dan fitness. Oleh sebab itu saya memang tiada masalah dalam menjual produk-produk sebegini sebagai produk dropship, sebab ia dah jadi sebahagian dari diri saya.
Produk + Passion = Money!
Baca juga : Taktik Sempoi Dapatkan 10 Pelanggan Pertama Sebagai Agent Dropship
Persaingan
Bila dah nama meniaga, nak tak nak memang tak boleh lari dari persaingan. Itu asam garam.
Persaingan boleh jadi perkara positif atau negatif. Bergantung pada perspektif yang melihatnya.
Cuma sebagai agent dropship, kita ambil pada sudut yang positif, terutama dalam pemilihan produk.
Bila saya lihat produk yang saya dah aim untuk jual, mempunyai jumlah agen yang ramai, maka saya andaikan ia petanda positif dan ada potensi.
Cara saya check sama juga. Saya check di Facebook sahaja. Guna keyword atau hashtag berkaitan.

Dan kalau ada agent yang dah berjaya lagi bagus. Makna market dan demand untuk produk tersebut dah boleh dikatakan solid.
Korang sebagai agent dropship jangan rasa down kalau ramai juga orang menjual produk sama. Rileks. Sebab banyak benefit lain sebenarnya.
Antara benefit lain adalah kita boleh ‘curi’ dan improvise strategi dan taktik yang digunakan oleh agent lain. Takde la penat nak kene buat dan explore from scratch.
Dan satu lagi kalau boleh, cuba berkenalan dan cari jalan untuk JV dengan agent/stokis yang perform tu. Jadikan mereka sebagai mentor. Lagi berdesup progress anda.
Untung Kasar
Sebagai dropship, sebolehnya pilih produk yang ada keuntungan kasar per produk minimum rm30.
Lagi besar margin, lebih bagus. Sebab dengan untung yang banyak, korang boleh buat macam-macam untuk kembangkan jualan.
Ikut pengalaman saya, kalau korang nak jadi superstar dropship, korang tak boleh buat kempen pemasaran dan jualan sambil lewa macam agent dropshipper lain.
Untuk menjadi superstar, anda perlu lebih proaktif. Maka, secara tak langsung ia melibatkan kos.
Sebab itu dengan adanya margin yang besar, korang ada ruang untuk ‘bermain’ sehinggalah korang betul-betul buat duit dari produk tersebut.

Dan sebenarnya, saya telah buat kesimpulan bahawa proses dan usaha untuk korang jual produk mahal dan murah tak banyak beza. Dan ia melibatkan kos yang lebih kurang sama.
Jadi cuba korang fikirkan kalau untung satu produk RM 5 sahaja?
Kan jenuh tu sebab sampai bila-bila lah korang kene buat direct selling atau ‘free cost marketing’ untuk jual produk korang.
Jadi jangan risau tentang harga jual. Disini yang korang perlu risau adalah berapa jumlah untung kasar per produk (gross profit)
Pilihlah betul-betul. Tamak sikit takpe supaya berbaloi!
Sistem Sokongan & Pembangunan
Ini boleh dikatakan benda yang wajib korang ambil kira sebelum decide untuk pilih produk tersebut/ atau join program dropship seseorang.
Dengan adanya sistem sokongan dan pebangunan yang bagus, kita jadi lebih bersemangat dan rasa seperti duduk di dalam satu team yang menuju impian yang sama
Antara sistem sokongan yang bagus adalah tahap proaktif key person dalam sistem tersebut.
Adakah mudah untuk anda bertanya soalan?
Dan jika ada soalan, adakah jawapan dan perbincangan itu baik?

Sebolehnya cari program dropship yang mempunyai struktur dan hala tuju pembangunan dropship yang jelas. Sama seperti pembangunan karier di kebanyakan tempat kerja
Kalau boleh tanya penyelia program dropship apa plan mereka untuk jangka masa 3 hingga 5 tahun untuk dropship. Apa peluang yang menanti.
Nak bisnes atau berniaga sebaiknya berjemaah.
Dan melalui sistem sokongan dan pembangunan dropship yang bagus, biasanya jemaahnya pun bagus.
Aset Pemasaran Dari Supplier
Saya sangat particular part ni.
Sebabnya saya nak fokus pada execution of strategi dan taktikal marketing bila saya jadi agent dropship.
Oleh yang demikian saya tak prefer jadi agent sesuatu produk kalau saya perlu keluar kos yang banyak untuk produce aset kreatif untuk pemasaran.
Dan kalau anda buat secara part time, lagi lah anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk semua ini.
Kalau boleh anda hanya perlu promote setiap hari dan kerap, demi membuat jualan yang konsisten.

Dan lain-lain point untuk anda consider adalah:
- Adakah HQ sentiasa provide aset aset marketing secara konsisten?
- Berapa banyak? Cukup tak untuk digunakan bagi pengiklanan FB?
- Adakah HQ layan cadangan dan permintaan spesifik anda terhadap aset marketing ini?
- Mudah untuk akses?
So ini checklist yang saya pegang kalau berkenaan aset marketing.
Baca juga : 7 Senjata Pemasaran Online Yang Sesuai Untuk Agent Dropship
Produk Mesra Pengiklanan Digital
Ini benda yang sangat penting.
Disebabkan kita dah masuk era pemasaran digital, mahu atau tidak kita juga terpaksa menggunakan medium ini untuk menjual.
Saya tak nafikan. Ia sangat efektif, berkesan dan boleh kata murah jika dibuat dengan ilmu.
Tapi satu benda saya nak bagitahu anda.
Bukan semua produk boleh dijual di medium-medium ini terutamanya di Facebook & Google.
Kerana ada senarai produk-produk yang dilarang untuk diiklankan, dan juga ada produk yang anda perly hati-hati.
Mereka sangat strict. Salah produk dan salah cara iklan, memang kene blacklist terus. Sangat leceh.

So apa jenis-jenis produk yang perlu dielakkan?
Dibawah adalah senarai yang saya boleh fikirkan.
- senjata
- dadah
- vape atau rokok
- barang 18sx
- ubat kuat
- ubat ketat
dan macam-macam lagi. Untuk senarai lanjut tentang polisi pengiklanan di FB, boleh klik sini.
So cadangan saya, kalau boleh pilih produk yang tak sensitif seperti beg, baju, gadget dan sebagainya.
Senang cerita produk yang bersifat umum. Semua boleh pakai.
So kalau anda nak perjalanan anda lebih mudah, jangan jual produk yang mereka tak benarkan dan jangan cari pasal untuk cuba2 jual.
Perlu ingat. Ini tempat mereka, kita hanya menumpang sahaja.
Baca Juga : Cara Buat FB Ads Yang Ideal & Berkesan Untuk Bisnes Ecommerce
Kesimpulan Tips Power Pilih Produk Dropship Pertama Anda
Ambil masa. Rileks.
Saya sarankan anda ambil masa lebih kurang seminggu untuk betul-betul pilih produk mana yang anda ingin jual sebagai agent dropship.
Saya tahu anda masih terkial-kial nak buat. Takpe. Itu biasa. Tapi jangan stop mencari. Sebab kalau silap haribulan, silap produk, dapat penat je. Duit pun habis.
Kalau anda jenis nak cepat dan busy macam saya, boleh la consider guna tools power bawah ni, bagi bantu anda discover produk hot dengan cepat, dan berkesan.
Ada 3 tools yang saya rekomen dan suka pakai:
Itu sahaja. Happy hunting!
Adakah tips pemilihan produk dropship disini membantu anda?
Berikan komen, pendapat, dan pengalaman anda diruangan komen.
Baca Juga : 7 Strategi Rahsia Cari Produk Dropship Hot & Berpotensi